CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, July 30, 2009

Virus Influenza A (H1N1)


Situasi semasa Influenza A(H1N1)(Setakat 30 Julai 2009, jam 8.00 pagi)


Kes - Kes Baru:36
Kes - Kes Import: 0
Kes Jangkitan Tempatan: 36
Kes Kematian: 0

Jumlah Kes di Malaysia: 1,302 termasuk 4 kematian.........
574 (44%) merupakan kes import dan 728 (56%) kes jangkitan tempatan. Daripada jumlah ini, 1,272 kes (98%) telah sembuh, hanya 19 kes atau 1% sahaja yang sedang menerima rawatan antiviral di hospital dan daripadanya berada di Unit Rawatan Rapi. Sebelas (11) orang atau 1% sedang menerima rawatan antiviral di rumah

Virus influenza A (H1N1) adalah virus baru dan semua orang tiada daya ketahanan kepada jangkitan ini. Vaksin bagi melindungi jangkitan juga belum ada. Jika penularan dalam komuniti tidak dikawal dengan baik, penyakit yang mudah menular ini (contangious) akan merebak dengan cepat serta melibatkan kejadian kes-kes yang tinggi atau banyak dan jika keadaan ini tidak terkawal kejadian kes berkomplikasi akan berlaku termasuk kematian.

Sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini, untuk membendung wabak pandemik di Malaysia (to slow down the spread), aktiviti kawalan dan pencegahan yang sedia-ada akan diteruskan melalui langkah-langkah pencegahan dan mitigasi. Langkah pencegahan dan mitigasi ini perlu diambil bagi memastikan kes-kes yang berisiko dikenal pasti dan diambil tindakan awal untuk mengelakkan komplikasi. Orang ramai adalah diminta untuk sama-sama mengambil bahagian dalam menangani pandemik ini.

Peranan Masyarakat Semasa Fasa Mitigasi

Masyarakat perlu mengetahui cara virus ini merebak.
Influenza A (H1N1) virus berjangkit dari manusia kepada manusia melalui titisan cecair, (yang dikeluarkan semasa bercakap, batuk atau bersin).

Mana-mana individu yang berhubung rapat (lebih kurang 1 meter) dengan individu yang mengalami gejala selesema (demam, bersin, batuk, hidung berair, menggigil, sakit sendi dan lain-lain adalah berisiko untuk mendapat jangkitan penyakit akibat dari titisan cecair.

Oleh itu, masyarakat perlu mengambil langkah pencegahan berikut:

Amalkan kebersihan diri dan adab batuk yang betul

Amalkan kawalan jangkitan sama ada di rumah, tempat kerja atau pengangkutan awam....Peranan penutup mulut dan hidung (mask) dalam masyarakat

Tiada bukti kukuh mengenai keberkesanan memakai mask di tempat awam. Namun, ia telah digunakan dalam ruang yang sesak/tertutup apabila berhubung dengan individu yang mengalami gejala selesema

Individu boleh memakai penutup mulut dan hidung (surgical mask) di rumah dan di kalangan masyarakat, terutamanya jika mereka berhubung rapat dengan individu yang mengalami gejala influenza, contohnya semasa menjaga ahli keluarga yang sakit.

Penggunaan mask membolehkan individu yang mengalami gejala influenza untuk menutup mulut dan hidung mereka bagi menghalang titisan cecair dari tersebar, salah satu kaedah adab batuk yang betul/baik.

Surgical mask juga disyorkan kepada golongan yang berisiko tinggi apabila berada di kawasan yang sesak
.
Pesakit dinasihatkan untuk tinggal di rumah, elakkan berhubung rapat dengan ahli keluarga yang lain serta mengambil langkah kawalan dan pencegahan dari menjangkiti mereka yang menjaga pesakit.

Sekiranya gejala influenza semakin teruk, pesakit hendaklah SEGERA mendapatkan rawatan di hospital.

Sekiranya individu yang tergolong dalam kumpulan yang berisiko tinggi mengalami gejala influenza, segera dapatkan rawatan awal
Elakkan berada di kawasan sesak dan seboleh-bolehnya tangguhkan/ batalkan / kurangkan menghadiri majlis keramaian
______________________________________________________
kesihatan adalah hadiah paling bernilai dalam kehidupan..... jaga dan hargai la.....
noktah...

Wednesday, July 22, 2009

HOMESICK.............


DO I MAKE YOU PROUD MoM....??..


alang: 8/2/1407
rabu: 29/7/1430 4:00pm

salam semua..

EMMM.... wangi nya cempedak kat bilik aku ni... da sebulam peram... baru ari nih pula berbau and masak.. mencabar betoi la... maklum la tgh posa plak ari ni.. heheheh... dugaan2... mlm nnt siap la ko cempedak...jaga2 la... hahahahhaha...emm.. bez betoi klu kat rumah ni... da la musim buah.. bertambah homesick la aku ni... hehehehhe... maklum la ku ni penggemar buah, semua buah aku hentam,.. kecian kan klu da org yg alergik buah.. and rugi la sapa2 yg x mkn buah,.....hahahahh...namun ku turut bersimpati...

Hari ni hari yg bole dikatakan agk bez w/pon x dak apa2 aktiviti sgt la selain kls.. tp cam happy je... senang plak senyum.. ringan plak otak ni... enta sbb cempedak ni apa... bau menusuk ke perut.. sampai satu aras blok ku leh bau ni.. heheheh..... emmm... ni may be tandanya aku kena blk ke rumah... heheh... mesti kena blk ke rumah mggu ni.. kena jg cari tiked bas ni...hahahaha...maklum la... tempat jatuh lagi dikenang,.. inikan pula bermain...........betoi x??..
______________________________________________________________

Hari ni bermulalah klas pertama bagi subjek "inovasi dan teknologi dalam pendidikan".. emmmmm.... kali pertama aku menjejakkan kaki ke fakulti pendidikan w/pon hampir 4 tahun aku study kat ukm ni.. hehehhehe.. kelakar betoi..., teruk pon da...hhuhuu... tp terpaksa lah aku cover line bt cam tempat sendiri.. huhuhu...

Inilah kali pertama aku rasakan makna belajar yg sebenar... huhuhu....maklumlah sebelum ni..hidup ku sebahagiannya dihabiskan hanya dihadapan laptop dan berkomunikasi dgn komputer mengunakan bahasa komputer..php,..asp,..c++,.. visual basic,.. java,.. graphic,.. micromedia,.. dreamwiver.. arena.. and bla.. bla.. bla.. yang semuanya berkomunikasi dalam bahasa "coding"... cam org tak dak mulut pon da kan,... huhuhuu...
maybe aku patut bertukar angin and belajar cabang ilmu yg lain pula yg berkomunikasi dgn manusia sebenar plak.. hehehhe... maklum la,.. sejak dibangku sekolah lagi aku da diajar belajar pelbagai subjek and ilmu....

Aku masih teringat kata2 mak ku yg selalu memberi nasihat takala aku mengeluh malas ke sekolah....."katanya harta (ilmu) ini la yg paling berharga dalam hidup kita...klu sebidang tanah apabila mati kelak terpaksa la dibahagi - bahagikan yang akhirnya hilang hak dan nama.. tetapi ilmu ni adalah milik mutlak kita. yang tak perlu dibahagikan...and tidak akan kurang sedikit pon...tp semakin bertambah."..
_____________________________________________________________

Sekarang ku da memahami apa maksud kata2 ini... menuntut ilmu ibarat bumi yang tiada sempadan dan penghujung.... semakin dewasa... semakin terasa terlalu kerdil... terlalu byk lagi ilmu di dunia Ini yg kita belum kutip dan belajar.....
maybe da masa nya aku travel ke tempat lain pula utk cari makna kehidupan and pengalaman + ilmu... insyaALLAH....


Noktah....



Saturday, July 18, 2009

Kembali Senyum...


alang: 8 safar 1407
sun 26 rejab 1430 8:30am..

Salam semua....

Apakah makna senyuman dalam diri anda???...namun bagi ku... pastinya senyuman adalah anugerah dan hadiah yang paling bernilai dan istimewa kerna hadiah ini tidak akan rosak & expire serta tidak ada dijual dimana-mana kedai di dunia ini.....wah hebatkan.....huhuhu... w/pon hebatnya cinta laila & majnun... romeo & julie.... namun....smile,..happy...and senyum...adalah perasaan yang lahir secara semulajadi dan tidak perlu dipupuk dan dijaga seperti ikatan dan hubungan manusia malahan smile adalah tali penghubung manusia....hahahaha...seperti kata-kata pujangga... hehhehhe... iaitu hargailah benda yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit (RM) kerna itulah (senyuman) kekayaan sebenar kehidupan kita..huhuh....

lagu cute ni khas untuk semua kwn2 yang suka happy2 and kembali senyum...





__________________________________________________


First of all.... us nak ucapkan tahniah kat team manchester united and skuad kebangsaan yang menang tipis 3-2 semalam.. heheheh... and bones satu lagi perlawanan pada mlm esk setelah menunjukkan persembahan hebat di Stadium Nasional, Bukit Jalil petang semalam... us tumpang gumbira jer la and bagi sokong dr luar stdium...hehehe....maklumlah stadium tak nak trima us .. hahahahah........ pastinya lebih 85,000 penonton yang hadir berasa puas hati,..gumbira and kembali senyum kerna rata-rata penyokong yang hadir adalah penyokong red devil ...hahaha... and julung2 kalinya MU bertandang ke malaysia untuk dua kali perlawanan ....huhuhu.... maklum la gaji penjawat awam baru masukkan.... hahahah...
______________________________________________________________

May be kwn2 penah dgr lirik lagu senyumlah ini... yang selalu kita dgr kat corong2 radio masa kecil2 dulu... cam ni... hhahahah...


Senyum seindah suria...yang membawa cahaya...senyumlah dari hati...duniamu berseri...senyum umpama impian dalam kehidupan...kau tersenyum...ku tersenyum...kemesraan menguntum


senyum.... kepada semua...senyumanmu amatlah bermakna...senyum membahagiakan..dengan senyuman...terjalinlah...ikatan..."

may be kita sendiri tidak sedar sejak bila kita berhenti senyum dalam kehidapan.... maklum la us ni mmg jenis org suka senyum.... depan laptop pon bole senyum sorang2... tp korang jangan la pula salah tafsirkan yer...hehehehehe....bagiku...senyuman adalah terapi semulajadi yang dapat membantu menghilangkan masalah..,stress and yang penting awek muda...so smile yeah...... huhuhuhu.. smile padaku merupakan nilai kehidupan yang sebenar yang payah jumpa... and susah cari...hehe... korang paham2 sendiri la ekk... namun hakikatnya ramai manusia di dunia ni tidak tahu bagaimana hendak memulakan smile pada diri sendiri....emm....ibarat penghargaan pada diri sendiri laa ....renung2 kan lah... huhuhu..
__________________________________________________________________


Mungkin kwn-kwn semua penah dgr or x dak penah tahu-menahu langsung mengenai kisah pinky smile yang dicalonkan sebagai dokumentari terbaik 2009 di Oscar awards .Pinki adalah seorang budak yg berasal dr india selatan yg mempunyai kecacatan sejak dalam kandungan lagi... pada setiap tahun seramai 35,000 org kanak2 dilahirkan sumbing or clefts di India..... pinki antara kanak2 malang yang tidak pernah mengenal erti senyum dalam kehidupanya sehinggalah dibantu oleh doktor dan sokongan perubatan bagi membantu kanak2 sumbing yg sekaligus mengembalikan semula senyuman pada wajah kanak2 tersebut...emm bertapa gumbiranya kan sekiranya kita dapat membantu orang lain tersenyum w/pon bukan dgn bentuk RM...emm.. fikir2lah sejenak...... huhuhu... ..

video ini khas kepada semua kawan2 yang tidak tahu nilai sebenar senyuman dalam kehidupan..
senyumlah... senyumlah....huhuu..


mulakan hari anda dengan senyuman,,,..

Noktah...


Thursday, July 16, 2009

Beranilah katakan TIDAK........

Alang : 8/2/1407
24/7/1430: 11 am..

salam semua.......^~^.



Gambar bersama dato fadhilah kamsah ini diambil semasa menghadiri program menjadi pelajar cemerlang di IPTA di komplek bestari ukm....cam program pengisian rohani la...w/pon berlangsung dalam masa yang singkat tetapi pengisian dan kualiti nya yang cukup bermakna serta membantu mengembangkan kredibiliti diri.... dato fadhilah kamsah juga adalah salah sorang idola ku...
_________________________________________________________________

Seperti kata-kata dato fadhilah kamsah dalam buku nya yang bertajuk 55 petua orang berjaya..tajuk katakan tidak juga telah dimuatkan oleh beliau.....Mungkin semua kawan-kawan pernah mengalami keadaan TIDAK BERANI KATAKAN TIDAK... sblm ini ataupon mmg selalu menghadapi situasi sebegini dalam kehidapan seharian... tidak kira lah semasa membeli belah, berkerja, makan, ajakan rakan-rakan, kekasih atau suami isteri...huhuhuh....bukan katakan tidak pada rokok saja ekkk...

memang tidak dinafikan, saya juga merupakan salah seorang yang bole dikatakan tergolong dalam kategori ni la... heheheheh... tapi untuk perkara yang kecil-kecil and remeh.. sebab sy ni malas nak bising2... contohnya bab makan... sy ni org yg agak cerewet ttg bab makanan.... terlalu jaga mkn...hehhehe... tp bila da diner or lunch dgn kwn2 or family... ku hanya tahu cakap YA ..... BOLE LA... MAKANAN NI...and angguk je la...hahahah...... mungkinkah kita patut katakan "ya" pada sesetengah perkara... ???

Saya memang sederhana orangnya and pastinya tidak suka mencari masalah dan tidak mahu terlibat dengan sebarang kontroversi. Setiap langkah dan keputusan, adalahlah bergantung kepada kemampuan diri..... berfikir sebelum melakukannya.. huhuhu... (bukan nk promote diri ekk... maybe kuality diri and mengenal diri sendirilah...) dan memiliki hati yang kuat dan itulah yang menjadi penyelemat diri ku dari bebanan melampau... bukan zalim or kejam.... tp ku sangat menyanyangi hati ku daripada hancur dan dilukai.... heheheh....

seperti kata-kata yang sangat mendalam maknanya ini... renung-renungkan lah...huhuhu

sekiranya anda berusaha memenuhi kenginan orang lain,
anda sebenarnya berusaha untuk gagal


Rata-rata komen or pendapat yang selalu ku dgr apabila bercakap mengenai situasi ini adalah kerna hendak menjaga HATI orang lain yang akhirnya susah hati kerana terlalu baik HATI.... harap korang paham ekkk... huhuhuhu....kehidupan ku juga tidak penah lari daripada hal sebegini...setiap mggu aku slalu mendengar rungutan and ngomelan kakak ku... hehehe..maklum la nk lepas kan stress melalui bercerita and nak audit dairy mingguan...huhuhu http://bashirahbakar.blogspot.com/.. inilah masalah yang selalu dihadapinya.. .. terpaksa menanggung beban seorang diri or rasa tidak puas hati lah...katanya x sampai hati nak kata tidak,...maklum la nak menjaga hati semua org....katanya terpaksa.. terpaksa.. terpaksa,...huhuhu... w/pon pon pahit terpaksa ku telan juga.. huhuhuuhu.


walaupon siapa pon kamu... be your self..


Adakah berbaloi sekiranya selalu menjaga hati orang lain.. w/pon kadang2 tiada sesiapa yang hendak menjaga hati kita... heheheh... bukan hendak kan balasan.. tetapi cukuplah sekadar menjaga hati.... huhuhu.(apa ni... hehehhe.. tajuk lagu rupanya..)...and memahami...

selalunya orang yang tidak berani katakan TIDAK ni adalah berpura-pura pada diri sendiri ( tidak tahu kemampuan diri ) and tidak memberi diri sendiri ruang dan pilihan...yang akhirnya perlukan rawatan dan ubat... huhuhu...seperti pepatah melayu..buat baik berpada-pada.,..buat jahat jangan sekali...hehehe namun perkara ini adalah terlalu subjektif.. bergantung kepada penilainya.. adakah berbaloi menjaga hati semua orang w/pon hati sendiri menderita???.. atau inilah lumrah dunia yg terpaksa diterima...berkhidmat untuk masyarakat...

kaulah apa kau fikirkan..
1. sanggup berkorban apa saja???.
2. ingin menjaga hati???
3. orang ln bahgia,saya pon bahgia???.
4. be gentlemen??.. jadi pak turut..??
5. kamu la pemanupulasi org ln....???
siapa kah kamu.....


noktah...

Tuesday, July 14, 2009

kadang-kadang Kita perlu lepaskan sesuatu, untuk mendapat sesuatu yang lain


alang: 8 safar 1407
22 rejab 1430 10:20 am



Kita perlu lepaskan sesuatu, untuk mendapat sesuatu yang lain...Kita tidak boleh mendapat dua perkara sekaligus, tetapi kita kena beri laluan pada yang paling utama terlebih dahulu.
---------------------------------------------------------------------------------------------------
Seperti kata-kata Ben Parker, pakcik kepada Peter Parker dalam filem Spiderman.


"With great power, comes great responsibility". Bagi saya, kata-kata itu terubah menjadi "with a great knowledge, comes a great responsibility."


Sekaranglah masanya untuk saya aplikasikan apa yang saya tahu dan apa yang dah saya baca dalam banyak buku motivasi. Mesti ada hikmah mengapa Allah temukan saya dengan dugaan fizikal dalam kehidupan, dugaan mental dalam pelajaran lalu dugaan emosi dalam kehidupan.... seperti kata-kata dalam filem syurga cinta tu...


kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari, kemudian datangkan pula hujan dan kilat...puas kita mencari di mana matahari itu,... rupa-rupanya Allah mahu hadiahkan kita pelangi yang indah.
....emmmm... lebih kurang la cam tu.. hahahaah...


-----------------------------------------------------------------------------------------




Kali ni saya terjumpa dengan penemuan terbaru.....Tahu tak, kita boleh menangani stress dengan cinta? Memang boleh,..... jika Anda tahu caranya. Tapi bagaimana nak menangani stress dengan cinta?...
ENTRY ni khas to my beloved cousin http://nurcendrawasih.blogspot.com/ yg tgh stress tu n dilema...huhuhuhu
..

----------------------------------------------------------------------------------------
Cinta telah diketahui sebagai emosi yang paling kuat kesannya pada diri manusia. Jika Anda sedang stress, pergilah berjumpa orang yang Anda cintai, ......isteri Anda atau kekasih Anda....Luahkan stress padanya, minta dia dengar saja luahan Anda.... Lama-kelamaan, bila meluah Anda akan merasa lebih tenang...... Meluah secara berdepan lebih berkesan berbanding meluah melalui telefon atau kiriman sms.... Jika Anda stress sebab ada orang hentam anda atau ada orang permainkan anda,..... meluahkan perasaan membuat Anda rasa lega. orang yang paling kita percaya adalah orang yang kita cinta, bahkan kita lebih percayakan dia lebih dari kita percayakan ibu dan bapa sendiri.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Lupakan stress buat sementara, dalam 10 minit.
Sepanjang 10 minit itu, biarkan rasa bahagia menguasai Anda sepenuhnya. Bayangkan wajah kekasih Anda, isteri atau suami anda. Bayangkan seolah-olah dia ada di depan mata Anda, senyum pada Anda dan Anda melihat dia melambai-lambai ke arah Anda sambil tertawa riang. Siapa yang tak bahagia bila camtu, ya tak? Bayangkan sekerap yang mungkin. Ia akan membuat Anda 'feel good' lalu merubah emosi Anda dari tertekan menjadi riang.

----------------------------------------------------------------------------------
sekiranya tak hilang juga stess tu.. da satu lagi tip...

Tidur atasi masalah....

SEKIRANYA anda mempunyai masalah untuk diselesaikan, pakar menasihatkan .. hahahaha....anda agar tidur dengan masalah tersebut.

Kajian oleh pelajar perubatan di Universiti California, San Diego mendapati pergerakan pantas mata ketika tidur akan mencetus penyelesaian kreatif bagi masalah yang sedang dihadapi.

ni dilakukan dengan pembentukan jaringan aktif di dalam otak sekali gus memberi ruang penyelesaian masalah ketika tidur.

korang jgn la pula salah ertikan jer... tidor hanya la untuk freshkan otak untuk kembali berfikir dan cari penyelesaian... dan bukan alasan x nak buat keje and.. apapon... nothing come from nothing.. mesti usaha ok...

noktah...

Mengenal Diri Sendiri Melalui Tarikh Lahir






alang:8/2/1407
22 rejab 1430 10:40 am



ciri-ciri diri sendir
i

1. Pemimpin
2. Lembut
3. Kemas (Cerewet)
4. Rajin
5. Boleh berbincang
6. Angin
7. Patuh
8. Bisnes
9. Glamour

Contoh: 13 10 1986

1 +3 = 4

Maka kotak pertama adalah 4.. Kemudian campurkan kesemua nombor..

1 + 3 + 1 + 0 + 1 + 9 + 8 + 6 = 29

Kemudian hasil campur yang lebih dari 9 akan dicampur lagi seperti:

2 +9 = 11

Kemudian hasil campur yang lebih dari 9 akan dicampur lagi seperti:

1+1 = 2

Maka kotak kedua adalah 2.. Selepas itu kotak pertama akan dicampur ngan kotak kedua

4 + 2 = 6


Maka kotak ketiga adalah 6



hasilnya..

4: Rajin

2: Lembut

6: Angin

rupanya aku ni angin juga... heheheh... watch up.... huhuhu

Maka anda sudah cerminkan diri anda mungkin sifat-sifat ini ada dalam diri anda dan mana tahu mungkin suatu hari nanti dengan sifat ini anda akan menjadi seorang yang berguna..

ciri ini hanya la untuk suka-suka...

noktah..

Monday, July 13, 2009

Two Voices One song....


alang 8 safar 1407
20 rejab 1430 04:50pm

Salam semua....
First of all..... THANZ kat semua kawan yang ada di sisi us... heheheheh... us tujukan lagu yang sgt istimewa ni kepada semua sahabat...It's so rare to find a friend like you....If I could wish for one thing ....I take the smile that you bring,...Wherever you go in this world my pray will come along....

selamat hari kawan sedunia... w/pon da lama lepas....huhuhuhu..



--------------------------------------------------------------------------------------------

"Hari yang membosankan"....ini la kerja aku hari2 sepanjang bergelar pelajar... hehehhe... kalah study kan... seingat aku la kan disekolah dulu.. aku la pelajar paling malas mengarang dan menulis... terutamanya subjek bahasa...hehehhe... tp hari ini, aku da mula berjinak2 belajar menulis kembali w/pon kurang 350 patah perkataan cam waktu exam...huhhuu...aku da mula memaksima kan penggunaan laptop kesayangan ku.. maklum la dok single room plak tu... on 24 jam.. klu x sunyi la hidup ku... hahahaha....

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Semalam adalah hari yang menbosankan....bermula pada pukul 7 am aku cam biasa membelek2 kosmo n metro online.. itu la kerja yg dapat ku lakukan bersama teman ku ini... heheheh...then aku keluar bersama geng2 ku.... namun tiada hala tujuan...segala perancangan ku tidak menjadi pada saat2 akhir... dr bukit tiara (salah satu kawasan banglow mewah di malaysia dgn pengawai keselamatan yg menakutkan..) ke klcc then ke putrajaya.. namun semua nya sia2....sepanjang perjalanan aku hanya memikirkan masalah. masalah.. masalah.. nape la otak ku selalu aktive pikir pasal semua masalah ni...masalah ini selalu memberi masalah kepada mood ku.. expresion muka pon x dapat hidden..hehehe.. apa la yg aku merepek ni...(klu cikgu bahasa baca ni mesti mesti fail ni...).

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

"marni"...... ni kwn ku yg telah lama ku kenal.. heheheh.. seingat aku masa form 2..karang still study...heehheh...(bukan nk promote & bodek ekk marni..) ....marni tq kerana sudi mendengar luahan & ngomelan us semalan,...huhuhuu....kecian marni ekkk....emm dia la tempat aku meluahkan segala rahsia dan masalah ku... tp korang yang lain jangan dok korek rahsia ekk...walaupon cbuk dgn study namun dia dgr juga w/pon da tgh pagi...

---------------------------------------------------------------------------------------

"Sebenarnya hari ahad semalam"... merupakan hari bermakna sahabat ku..majlis perkahwinannya di sabah...... namun agak mengecewakan juga la.. kerna aku x dapat pegi mengacau kat majlis tu...hehehhe... semalam juga la aku mendapat panggilan ugutan darinya...."salam.. sampai hati x datang majlis (-----).. macam ni ke kawan.. (----)nk sgt jumpa n berkongsi happy dgn korang....then aku hanyalah tahu say sorry..". may be bila ku da gaji aku akan ke sana.... . lebih kurang cam tu la bunyi nya ... (tut tut tut). tu la detik yg menyedihkan dlm idup aku... tibe2 nangis sorang diri..

---------------------------------------------------------------------------------------------

Utk semua kengkawan... w/pon da lama x bersua, x bermesej, x bercakap.. doa ku sentiasa bersama sahabat semua.. tak kira jauh ke dekat... us doakan semoga bahagia selalu... harap korang kenal us.. tiada istilah dendam n marah dalam hati...sekali bergelar kawan.. us pegang sepanjang hayat w/pon jarang bertemu..and you always in my heart..... this is me...

ISTIMEWA LAGU NI KAT SEMUA KWN YANG KENAL US...

NOKTAH..




Thursday, July 9, 2009

Mistake are ok, as long you learned


Alang : 8 safar 1407
14 REJAB 1430 - 0130 pm
---------------------------------------------------------------------------------------------
Today, may be my unlucky day..huhuhu
hari ini hari yang meletihkan, berjalan ke hulu ke hilir macam orang x betoi je...makin maju negara, makin berbirokrasilah semua perkara.. makin banyak peraturan dan makin banyak la duit keluar....
------------------------------------------------------------------------------------------
Da 3 hari aku kat blok d1101 kolaj zaba... hampir 2 bulan tinggalkan kolej ni.. dan byk juga crita yg pelik2 yang aku dgr kat cni...takziah juga pd keluarga mangsa jatuh bangunan blok c kolej ni, moga2 apa yang berlaku mempunyai hikmah disebalik perkara ni..walaupon kedengaran teka teki... namun Allah lebih mengetahui...
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
" kena denda".... tu la yang berlaku sebenarnya, kali pertama dalam hidup di denda...malu pon ada juga.. nape la ku x alert awal -awal lagi... "kamu taun brapa tanya kerani di fakulti ku dengan nada yang sinis "....hhuhuhu.. aduh malunya!!!! ... pas tu aku pon berlaku pergi.. tanpItalica fikir panjang bayar jer la denda tu... malas nk gaduh n fikir panjang...
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Banyak betoi perkara x diduga, satu persatu berlaku.. masa membaca online metro, byk betoi kes jenayah berlaku...terutamanya kat area kajang ni... cni mmg tempat jenayah utama.. maklum la ramai org asing di sini and org2 yang hidup segan dan mati x mau ni.. asyik menyusahkan org saja..... sambil membaca brita ni.. aku teringatkan kwan ku yang ditawan dalam bas mini diluar ukm... hanya 2 or 3 org penyamun rasanya... semua penumpang kena spot check dalam bas tu.. yang teruk nya adalah org pompuan yang pakai rantai.. di hentap sesuka hati...
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
kena saman lagi!!!!..polis pon macam penyamun juga... apa la yg diorang belajar sampai 9 bulan di pulapor..(pusat latihan polis).. ada ke patut saman org macam penyamun... kelakar pon da... malu pon da... tp aku ni org yang low profile.. malu alah kut.. malas nk gaduh... cam ni la aku.. x akan bertolenrasi and cakap dgn org yang ku x suka and x respect.... cam ni kisah lawak ni..bahaya pon da... pada satu ptg...hehehehe.. moto aku pula tenat bab kurang minyak.. so dgn berhati2 and cover line ku bergerak ke petronas...
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tp enta macam mana la 2 org mamat polis ni bole berada kat belakang aku ni... dgn pantas diorang yang menaiki motosikal melakukan kerja terhormat diorang iaitu menyaman orang awan.. maklum la.. tu la kerja diorang.. salah seorangnya menyentap kunci motor ku yang sedang bergerak dengan pantasnya.. hampir nak tercabut jantung pon ada juga.. ku ingatkan org melanggar belakang motor ku.... namun.. nak cakap pandai pon x.. n maybe kurang cerdik la..
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
polis yang menyamun kunci moto ku itu, terus memintas jalan motosikal ku dan blok motosikalnya pada hala jalan moto ku.... tu la kali pertama aku melanggar polis atas tindakan kurang cerdik nya... macam org nk bunuh diri pon da juga... itu kah yang dia belajar masa latihan dulu iaitu blok hadapan kenderaan bergerak... apa lagi terus ku meluncurkan moto ku pada motonya dan bergolek la di jalan...huhhuhu.. maka berlakulah kisah lucu n malu disitu..
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
org ramai yang melihat kejadian itu pon tertanya2 kenapa polis tu menghalang moto org begitu.. polis itu pon bangun dgn pantas.. konon nya nk cover line la.. nasib baik aku x jatuh moto... maklum la x sempat nk break.. terlalu dekat...klu x maybe berparut2 la muka ku jawabnya.. di situ la aku di saman walaupon polis itu la yg menyebabkan berlaku kemalangan...may be dia menang sbb dia polis...
------------------------------------------------------------------------------------------------
setahu aku,.. bila nak menyaman polis kena bt sekatan jalan raya..nape pula terus samun kunci motor yang bergerak dari belakang..tanpa ada sekatan and arahan,,.. aku bawa moto pon slow.. bukan mat rempit yang melarikan diri.... nak salah kan sapa ni...last2 dapat surat cinta...lain kali bt la kerja secara berhemat n pentingkan keselamatan.. jangan sbb suka2 n bangga dgn diri sendiri bab nk tunjuk power....
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
INI DA MASUK KATOGERI MENYAMUN....
unluck day betoi la...
noktah..


Wednesday, July 8, 2009

Satu Bintang... berjuta kerdipan..




al-fatihah..

Salam semua... sudah sekian lama menyepi... hari ni terpanggil nk update blog ni... huhuhu.... hari ni da 2 mggu tentang pemergian jakco...namun masih ramai bercakap tentang nya...dan ranking downloader pon semakin bertambah... nape jadi cam tu.. lebih famous selepas pergi... jom kita view ckit sapa jacko ni....

REST IN PEACE
..MJ



Michael Joseph Jackson atau Jacko, lahir pada 29 Agustus 1958-26 june 2009 dan dikenali serata dunia.... sebagai 'The King of Pop'. Ia adalah seorang pemuzik, penghibur, dan ikon pop Amerika . Ia telah mempengaruhi budaya pop di Amerika lebih 40 tahun .

Michael Jackson dipandang sebagai salah seorang penghibur terhebat dengan hasil rakaman paling popular dalam sejarah musik dunia. Dengan mempamerkan teknik-teknik fizikal yang rumit, seperti tarian robot dan moonwalking.

Bintang yang mula menyinar ini memulakan cariernya seawal usia tujuh tahun sebagai penyanyi utama kumpulan The Jackson 5. Ia telah mengeluarkan rekaman solo perdana, 'Got to Be There' pada tahun 1971.

Dalam karier solonya, Jackson menerbit album yang terlaris dijual sepanjang zaman, iaitu album Thriller sebanyak 104 juta. Selepas Thriller, Jackson mengeluarkan album-album yang menjadi juara carta antarabangsa seperti Bad (1987), Dangerous (1991), HIStory (1995), dan Invincible(2001), album terkini beliau yang mengandungi semuanya karya asli.

Michael Jackson telah menerima 13 anugerah Grammy dan mencatat 13 kali menduduki top #1 single di Amerika. Pada bulan November 2006, World Music Awards mengumumkan Michael Jackson telah menjual lebih 750 juta di seluruh dunia dan Dari 1988 hingga 2005, Jackson menetap di Neverland Ranch. Disana Jacko mendirikan panti sosial untuk anak-anak yang kurang bernasib baik yang telah disalah ertikan sebagai tempat perlakuan seksual terhadap kanak-kanak.

Sebenarnya, Moral de story di sebalik cerita tentang jacko ini adalah tentang bagaimana sebutir bintang yang mengembangkan sinarnya di serata dunia. ini kerana, jacko menjadi ikon kerana kualiti nya tiada pada mana2 manusia lain.selain itu, jenama yang di bawa nya juga di kenali ramai dan mempunyai expectation dan performance yang tinggi di kalangan peminatnya. bukan nya untuk mengagungkan nya tetapi setiap manusia perlu tahu akan kualiti diri dan jangan la berbangga atas kejayaan atau harta orang lain, tetapi berusahalah untuk kejayaan diri sendiri,tetapi jangan sesekali riak atas kejayaan sendiri, tetapi ikut la seperti resmi padi....

"You Are Not Alone"

Another day has gone.......I'm still all alone....How could this be.....You're not here with me....You never said goodbye .....Someone tell me why......Did you have to go.......And leave my world so cold .. Everyday I sit and ask myself..........How did love slip away..............Something whispers in my ear and says.........That you are not alone......For I am here with you.............Though you're far away.........I am here to stay..........But you are not alone......For I am here with you..........Though we're far apart...........You're always in my heart...........But you are not alone..............'Lone, 'lone Why, 'lone

Just the other night........I thought I heard you cry........Asking me to come..........And hold you in my arms..........I can hear your prayers...........Your burdens I will bear..........But first I need your hand..........Then forever can begin..........Everyday I sit and ask myself.............How did love slip away..........Something whispers in my ear and says............That you are not alone

noktah..


16 reJaB 1430 hijrah..

0251 pm..

video