Friday, March 13, 2009

"Berapa banyak air yang kita perlukan..?"

Asasalamualakum...==))


Secara umumnya setiap orang memerlukan sekurang-kurangnya lapan gelas air atau satu liter air sehari. Namun, jumlah ini berbeza antara setiap individu, aktiviti dilakukan dan cuaca tempat tinggal. Tentu saja jika kita melakukan senaman pada hari panas, kita kehilangan lebih banyak air melalui peluh.Air yang keluar ini perlu diganti segera, sama ada ketika atau selepas bersenam, untuk mengelak masalah kekeringan. Kehilangan banyak air menyebabkan tekanan darah turun mendadak, bekalan oksigen ke otak menurun dan jika terlalu serius, ia boleh membawa maut.

Jika terlalu banyak minum, tidakkah akan berlaku keracunan air? Memang boleh, tetapi ia jarang berlaku. Sebenarnya sukar bagi orang sihat mengalami keracunan air. Ia biasanya berlaku pada bayi. Malah, individu yang alami masalah berat badan berlebihan perlu minum lebih banyak air, iaitu segelas bagi setiap 11 kilogram melebihi berat badan unggul.Mereka yang bercita-cita mengurangkan berat badan juga digalakkan minum banyak air. Kekurangan air merendahkan kadar metabolisma dan badan tidak boleh memecah dan menggunakan lemak dengan berkesan. Akibatnya, proses menurunkan berat badan menjadi lebih sukar.

Masalah retensi air atau ketidakbolehan badan mengeluarkan air dari pundi kencing menjadi lebih buruk jika kita tidak mendapat cukup air. Ada kalanya masalah ini boleh diatasi dengan minum lebih banyak air untuk menggalakkan pembuangan air berlebihan.Oleh kerana kebanyakan zat makanan larut dalam air, mungkin ada yang risau ia dibuang melalui air kencing. Jangan risau. Masalah ini tidak berlaku kerana buah pinggang kita mempunyai sistem penapisan yang cerdik. Hanya bahan tidak berguna dibuang. Semua khasiat makanan diserap ketika dalam usus dan dimasukkan ke dalam darah untuk diagihkan ke seluruh badan. 

Sebenarnya ramai mengalami masalah kekurangan air tanpa disedari. Malah, ramai juga berkata tidak mahu kerap berulang ke tandas sebagai alasan untuk tidak minum banyak air. Tindakan ini sebenarnya meracun diri kerana tanpa air yang cukup, badan sukar mengeluarkan bahan toksik dan boleh berkumpul membentuk batu karang.Tanpa air yang cukup juga, nutrien daripada makanan tidak dapat diagihkan dengan baik dan menyebabkan lebih banyak lemak terkumpul dalam badan. Bentuk dan saiz otot turut berubah. Paling malang, jika kekurangan air meningkatkan paras bahan toksik hingga membahayakan nyawa.

kesimpulanya, minumlah air secukupnya untuk kesihatan tubuuh badan..;p

Noktah==))

"Khasiat Air"

Assalamualaaikum..=))


Mengantuknya.. Setiap kali selepas makan tengah hari mesti mengantuk. Kadangkala rasa tidak larat hendak buka mata. Rasanya bukan sebab tidak cukup tidur sebab tiap-tiap malam aku tidur nyenyak,” rungut seorang rakan yang beberapa kali tersengguk-sengguk depan komputer.

Sememangnya, mengantuk selepas makan bukan disebabkan kurang tidur, sebaliknya ia menandakan kita dahaga dan badan tidak cukup air. Ramai tersilap menafsirkan keperluan badan terhadap air dengan rasa lapar.Dahaga bukan petanda terbaik untuk memberitahu badan memerlukan air kerana sensitiviti terhadap dahaga semakin berkurang apabila umur meningkat, terutama pada orang tua. Badan kita hanya boleh mengawal keseimbangan air hingga satu peringkat tertentu.

Paras garam akan meningkat apabila simpanan air dalam badan berkurang. Otak akan mengesan perubahan keseimbangan ini dan memberi isyarat kepada buah pinggang untuk mengurangkan kehilangan air serta mencetuskan rasa dahaga.Bagaimanapun, cetusan rasa dahaga ini berlaku lewat. Biasanya apabila kita berasa dahaga, badan sudah kehilangan kira-kira dua cawan cecair badan. Kehilangan ini boleh menimbulkan pelbagai implikasi. Air adalah unsur penting dalam badan. Badan lelaki membabitkan 65 peratus air dan 55 peratus bagi wanita. Air bertindak sebagai pelarut, penyejuk, pelincir dan agen pengangkut nutrien ke seluruh badan.Kandungan air dalam badan setiap orang adalah berbeza mengikut kandungan lemak masing-masing.

Secara umumnya, jumlah peratusan air dalam badan orang yang tidak banyak lemak adalah lebih tinggi. Kira-kira 70 peratus berat otak, 75 peratus berat jantung, 90 peratus berat paru-paru dan 82 peratus kandungan darah membabitkan air.Badan mengalami kehilangan air sepanjang masa iaitu hampir 80 peratus sehari, walaupun kita tidak aktif. Kehilangan ini berlaku melalui air kencing, najis, peluh dan pernafasan.


Setiap kali menghembuskan nafas, kita kehilangan air dalam bentuk wap. Jika dikumpulkan, kita mungkin boleh dapat satu atau dua gelas air yang hilang melalui pernafasan.Ini sebabnya pakar kesihatan menyarankan kita minum sekurang-kurangnya lapan gelas atau satu liter air setiap hari. Sumber air bukan hanya daripada air minuman kerana ia juga ada dalam makanan, buah-buahan dan sayur-sayuran.

Noktah..=))

"Tips Tingkatkan Metabolisme "

Assalamualaikum..==))


Ada orang tetap kekal kurus walaupun makan banyak, sebaliknya ramai mengalami masalah pertambahan berat badan meskipun hanya makan sekali sehari. Orang yang kekal kurus dikatakan mempunyai kadar metabolisme yang tinggi iaitu proses penukaran makanan kepada tenaga yang berlaku dengan cepat, manakala individu gemuk pula adalah sebaliknya.Namun pendapat ini bukan 100 peratus tepat kerana semuanya bergantung kepada gaya hidup, tabiat pemakanan dan kekerapan bersenam.


Hakikatnya, jika kita makan banyak melebihi tenaga diperlukan, kita pasti mengalami masalah pertambahan berat badan. Jika kurang makan tetapi banyak menggunakan tenaga, berat badan akan berkurang.Metabolisme adalah proses badan menukarkan kalori daripada makanan kepada tenaga. Keperluan kalori atau tenaga setiap orang berbeza mengikut gaya hidup masing-masing.Contohnya lelaki dewasa yang aktif berusia antara 20 hingga 39 tahun dengan berat 55 kilogram memerlukan 2,530 kalori sehari, manakala wanita dewasa sederhana aktif pula memerlukan 2,000 kalori sehari.

Jika anda tidak aktif, keperluan tenaga harian adalah jauh lebih rendah. Walaupun faham mengenai perkara ini, ia sukar dijadikan sebahagian daripada amalan. Malah, mengira kalori setiap kali hendak makan juga tidak dianggap sebagai amalan praktikal.  Metabolisme membabitkan tiga perkara asas. Pertama ialah kadar metabolik asas yang merangkumi keperluan kalori harian untuk membolehkan badan berfungsi dengan baik. Biasanya setiap orang menggunakan sehingga 75 peratus daripada tenaga harian untuk tugas ini. Kedua ialah pencernaan dan penyerapan makanan. Kira-kira 10 peratus daripada kalori harian digunakan untuk proses ini. Ketiga ialah aktiviti fizikal harian seperti bersenam pula akan membakar baki tenaga yang ada. Berapa banyak tenaga dibakar bergantung kepada tahap aktiviti dilakukan.


Secara semula jadinya, beberapa faktor akan memperlahankan metabolisme, iaitu:

  • Umur — Metabolisme akan menjadi perlahan dengan peningkatan umur pada kadar lima peratus selepas 40 tahun. Apabila kita bertambah tua, keanjalan otot juga merosot dan paras lemak badan meningkat. Otot lebih aktif berbanding tisu lemak dan ini sebabnya apabila otot berkurang, kadar metabolisme juga menurun.
  • Jantina — Secara umumnya metabolisme lelaki lebih cepat berbanding wanita kerana saiz badan mereka yang besar dan mempunyai kurang lemak badan
  • Masalah hipotiroidisme — Kelenjar tiroid yang kurang aktif akan memperlahankan metabolisme dan masalah ini boleh menyumbang kepada pertambahan berat badan.
  • Genetik — Sesetengah orang memang beruntung dilahirkan dengan kadar metabolisme cepat. Jika anda mempunyai kadar metabolisme perlahan, usah bersedih kerana ia berlaku kepada kebanyakan orang. Walaupun ada banyak produk kesihatan dan pil yang mendakwa boleh mempercepatkan kadar metabolisme, ia bukan kaedah terbaik. Memang tidak salah untuk mencuba produk seperti ini, tetapi kita perlu berhati-hati dan sebaik-baiknya dapatkan pandangan pakar terlebih dulu sebelum menggunakannya. Mengamalkan gaya hidup kurang bergerak dikatakan menjadi penyumbang utama kepada kadar metabolisme perlahan. Perkara ini dialami kebanyakan orang di seluruh dunia, termasuk penduduk di negara kita. Rata-rata memberikan alasan sibuk dan tiada masa untuk bersenam. Tanpa semangat dan keazaman kuat, bersenam adalah tugas yang sangat berat untuk dilakukan, walaupun ramai tahu manfaatnya.
Tidak kira berapa umur kita, beberapa cara boleh dilakukan untuk meningkatkan kembali paras metabolisme, iaitu melalui:
  • Pemakanan — Pastikan anda mendapat sekurang-kurangnya 1,000 kalori setiap hari. Seperti badan, proses metabolisme memerlukan tenaga daripada makanan. Jika anda mengamalkan diet kurang daripada 1,000 kalori sehari, secara automatik badan memperlahankan kadar metabolisme untuk menjimatkan tenaga. Makan dalam kuantiti kecil tetapi kerap iaitu setiap empat hingga lima jam. Apabila ada kemasukan makanan, kadar metabolisme akan meningkat kerana badan perlu bekerja untuk mencernakan makanan. Secara tidak langsung ia juga menyebabkan kadar metabolisme akan meningkat bagi menukarkan makanan kepada tenaga. Pastikan anda mengambil sarapan. Kajian menunjukkan individu yang mengambil sarapan secara tetap dalam masa dua jam selepas bangun tidur mempunyai keupayaan lebih baik untuk mengawal berat badan.
  • Ada yang menyarankan supaya mengambil protein setiap kali makan. Protein dikatakan mampu meningkatkan kadar metabolisme lebih baik berbanding karbohidrat dan lemak. Bahkan pengambilan protein pada kadar sederhana mampu membantu mengekalkan dan membina jisim otot. 
  • Buat senaman empat hingga lima hari seminggu; sekurang-kurangnya 20 minit satu sesi. Senaman adalah perlakuan berulang-ulang seperti berjalan cepat, berlari, berenang, berbasikal atau menari dan buat senaman angkat berat. Tidak perlu pergi ke gimnasium, mengangkat dumbel sudah memadai. Jika tiada, gantikan dengan botol mineral yang berisi air.
  • Minum banyak air masak sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Ia membantu meningkatkan kadar metabolisme, proses pencernaan dan perkumuhan bahan toksin daripada badan. 
  • Tidur secukupnya. Tidur memberi peluang badan berehat dan memperbaiki kerosakan tisu. Ia juga membuatkan kita berasa lebih bertenaga untuk melakukan tugas harian dan meneruskan senaman.

Noktah==))

Friday, March 6, 2009

movie..

jumaat.. 6 march 2009..


Bermula pukul 5 pagi , mimpi ku diketuk oleh deringan alarm clock.. namun hati dan badan masih melekat di bantal busukku.. kelopak mata pula masih berat nak buka.,alangkah bagus x dak exam pagi ni..Itu la rungutan pertama yang keluar dari mulut ku.. namum lepas solat subuh laptop la menjadi teman di kala sunyi.. study tetap sudy walaupon masih termimpi-minpi..

Tapi lepas saja exam, tetibe beban yang dipikul ringan ibarat angin.. walaupon hati susah seribu alasan.. apapon biasa la,.. sedar tak sedar da hampir 17 tahun hidup ini berperang dengan exam. ..namun ku tempuh juga dgn tenang walaupon mencabar kewarasan..

Namun hati menjadi tenang kerna taun ialah tahun terakhir sebelum grad.. tapi may be akan masih belajar untuk master.. enta la masih tiada plan utk kerja lagi.. satu persatu cita2 kecundang.. tak tahu la kemana arah takdirku...arggggg... kenapa menyelamun ni... bosan nya hidup kat cni.. tanpa arah tujuan mosikal menghala terus ke alamanda, putrajaya..ini la tempat melepak dan tgk wayang yang selalu ku singgah dgn teman ku.. hampir setiap movie aku tonton... tp kali ni movie street fighter..

Cam ni cite faveret aku.. lawan2.. hehehe.. layan jer otak ni...ni la antara filem yang baik berbanding dgn cite lake eden yang enta apa la kepala punca nya.. merosak kan otak jer dgn cerita kejam.. hehehehe.. jalan cite yang bagus n bersetail....Tanpa ku sedar malam da melabuh... kat cni asyik hujan jer.. namun terpaksa ku redah juga utk blik ke hostel..


Noktah..==))