Friday, September 11, 2009

"Surah luqman...;P"

Assalamualaikum..=))


21 ramadhan 2009

(Luqman menasihati anaknya dengan berkata): “Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekalipun seberat bijih sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuanNya; lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi.

“Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.

“Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.. “Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai”.

Tidakkah kamu memperhatikan bahawa Allah telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan telah melimpahkan kepada kami nikmat-nimatNya yang zahir dan yang batin? Dalam pada itu, ada di antara manusia orang yang membantah mengenai (sifat-sifat) Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan atau sebarang petunjuk; dan tidak juga berdasarkan mana-mana Kitab Allah yang menerangi kebenaran.

Dan apabila dikatakan kepada mereka (yang ingkar): “Turutlah akan apa yang telah diturunkan oleh Allah” mereka menjawab:” (Tidak), bahkan Kami hanya menurut apa yang Kami dapati datuk nenek kami melakukannya”. Patutkah mereka (menurut datuk neneknya) sekalipun Syaitan mengajak mereka itu (melakukan perbuatan yang menjerumuskan mereka) ke dalam azab api neraka yang marak menjulang?..Dan sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah (dengan ikhlas) sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh dan (ingatlah) kepada Allah jualah kesudahan segala urusan.

Noktah..=))

Sunday, September 6, 2009

"Halal tetap halal.... Haram tetap Haram."

Assalamualaikum..=))


Islam Itu Jelas...‎"Sesungguhnya yang halal itu jelas, dan yang haram itu jelas. Diantara keduanya ada perkara-perkara syubhat dan barangsiapa yang jatuh dalam perkara syubhat, maka dia jatuh kepada hal yang haram…” (HR Bukhari & Muslim, dari Nu'man bin Basyir)



MEMANG terkejut melihat dalam Youtube mengenai satu ujian yang sangat mudah iaitu dengan mengambil dua potongan daging babi dan diletakkan dalam bekas besi, kemudian dicurahkan air minuman berkarbonat ke atas daging babi itu.Selepas dibiarkan dua jam, kelihatan begitu banyak sekali ulat kecil merayap keluar dari daging babi itu.

Terkejut sangat tengok itu kerana dua perkara; pertama dahsyatnya dan jijiknya daging itu. Kedua, bangga menjadi Muslim betapa agungnya syariat Allah yang mengharamkan makan daging babi dan betapa al-Quran memang kitab petunjuk dari langit dan segala terkandung di dalamnya yang berbentuk suruhan wajib ikut dan terlarang mesti dihindari.

Kalau nak tengok dengan jelas lagi cuba semak ayat al-Quran iaitu pada surah al-Maaidah, ayat 3 yang bermaksud: "Diharamkan bagimu memakan bangkai, darah, daging babi dan daging haiwan yang disembelih bukan atas nama Allah...

"Semak lagi surah al-Ana'am ayat 145, yang bermaksud: "Katakanlah tidak ku dapati di dalam apa yang diwahyukan kepadaku sesuatu yang diharamkan memakannya bagi yang ingin memakannya kecuali daging haiwan yang mati (bangkai), darah yang mengalir, daging babi."

Pengharaman babi dalam al-Quran sepatutnya dikaitkan dengan wabak dahsyat yang sedang melanda dunia, termasuk negara kita Malaysia iaitu H1N1 yang sudah meragut berpuluh nyawa. Subhanallah, Maha Suci Allah yang mengetahui keburukan apa yang dicipta-Nya. Jika Allah kata tak boleh, rupanya sangat bahaya sama ada pada daging babi itu ataupun akibat daripada jangkitan babi itu sendiri...Hasil kajian barat, babi membawa virus dan sejenis kuman yang tidak mati 'duduk' di dalam genetik babi yang boleh membawa 70 jenis penyakit.

Noktah...16 ramadhan 1430..=))