Friday, January 21, 2011

Fathimah az-zahra dan Gilingan Gandum



salam semua..==))



Suatu hari masuklah Rasulullah SAW menemui anandanya Fathimah az-zahra rha. Didapatinya anandanya sedang menggiling syair (sejenis padi-padian) dengan menggunakan sebuah penggilingan tangan dari batu sambil menangis.

Rasulullah SAW bertanya pada anandanya, "apa yang menyebabkan engkau menangis wahai Fathimah?, semoga Allah SWT tidak menyebabkan matamu menangis". Fathimah rha. berkata, "ayahanda, penggilingan dan urusan-urusan rumahtanggalah yang menyebabkan ananda menangis". Lalu duduklah Rasulullah SAW di sisi anandanya. Fathimah rha melanjutkan perkataannya, "ayahanda sudikah kiranya ayahanda meminta 'Aliy (suaminya) mencarikan ananda seorang jariah untuk menolong ananda menggiling gandum dan mengerjakan pekerjaan-pekerjaan di rumah".

Mendengar perkataan anandanya ini maka bangunlah Rasulullah SAW mendekati penggilingan itu. Beliau mengambil syair (Gandum) dengan tangannya yang diberkati lagi mulia dan diletakkannya di dalam penggilingan tangan itu dengan diucapkannya "Bismillaahirrahmaanirrahiim". Penggilingan tersebut berputar dengan sendirinya dengan izin Allah SWT. Rasulullah SAW meletakkan syair ke dalam penggilingan itu untuk anandanya sedangkan penggilingan itu berputar dengan sendirinya dengan bertasbih kepada Allah SWT dalam berbagai bahasa sehingga habislah butir-butir syair itu digilingnya.

Rasulullah SAW berkata kepada gilingan tersebut, "berhentilah berputar dengan izin Allah SWT", maka penggilingan itu berhenti berputar lalu penggilingan itu berkata-kata dengan izin Allah SWT yang berkuasa menjadikan segala sesuatu dapat bertutur kata. Maka katanya dalam bahasa Arab yang fasih, "ya Rasulullah SAW, demi Allah Tuhan yang telah menjadikan baginda dengan kebenaran sebagai Nabi dan Rasul-Nya, kalaulah baginda menyuruh hamba menggiling syair dari Masyriq dan Maghrib pun niscaya hamba gilingkan semuanya. Sesungguhnya hamba telah mendengar dalam kitab Allah SWT suatu ayat yang berbunyi : (ertinya)

"Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya para malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang dititahkan-Nya kepada mereka dan mereka mengerjakan apa yang dititahkan".

Maka hamba takut, ya Rasulullah kelak hamba menjadi batu yang masuk ke dalam neraka. Rasulullah SAW kemudian bersabda kepada batu penggilingan itu, "bergembiralah kerana engkau adalah salah satu dari batu mahligai Fathimah az-zahra di dalam syurga". Maka bergembiralah penggilingan batu itu mendengar berita itu kemudian diamlah ia.

Rasulullah SAW bersabda kepada anandanya, "jika Allah SWT menghendaki wahai Fathimah, nescaya penggilingan itu berputar dengan sendirinya untukmu. Akan tetapi Allah SWT menghendaki untukmu beberapa kebaikan dan dihapuskan oleh Nya beberapa kesalahanmu dan diangkat-Nya untukmu beberapa darjat.

Ya Fathimah, perempuan mana yang menggiling tepung untuk suaminya dan anak-anaknya, maka Allah SWT menuliskan untuknya dari setiap biji gandum yang digilingnya suatu kebaikan dan mengangkatnya satu darjat. Ya Fathimah perempuan mana yang berkeringat ketika ia menggiling gandum untuk suaminya maka Allah SWT menjadikan antara dirinya dan neraka tujuh buah parit.

Ya Fathimah, perempuan mana yang meminyaki rambut anak-anaknya dan menyisir rambut mereka dan mencuci pakaian mereka maka Allah SWT akan mencatatkan baginya ganjaran pahala orang yang memberi makan kepada seribu orang yang lapar dan memberi pakaian kepada seribu orang yang bertelanjang. Ya Fathimah, perempuan mana yang menghalangi hajat tetangga-tetangganya maka Allah SWT akan menghalanginya dari meminum air telaga Kautshar pada hari kiamat.

Ya Fathimah, yang lebih utama dari itu semua adalah keredhaan suami terhadap isterinya. Jikalau suamimu tidak redha denganmu tidaklah akan aku do'akan kamu. Tidaklah engkau ketahui wahai Fathimah bahwa redha suami itu daripada Allah SWT dan kemarahannya itu dari kemarahan Allah SWT?.

Ya Fathimah, apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya maka beristighfarlah para malaikat untuknya dan Allah SWT akan mencatatkan baginya tiap-tiap hari seribu kebaikan dan menghapuskan darinya seribu kejahatan. Apabila ia mulai sakit hendak melahirkan maka Allah SWT mencatatkan untuknya pahala orang-orang yang berjihad pada jalan Allah yakni berperang sabil. Apabila ia melahirkan anak maka keluarlah ia dari dosa-dosanya seperti keadaannya pada hari ibunya melahirkannya dan apabila ia meninggal tiadalah ia meninggalkan dunia ini dalam keadaan berdosa sedikitpun, dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga, dan Allah SWT akan mengkurniakannya pahala seribu haji dan seribu umrah serta beristighfarlah untuknya seribu malaikat hingga hari kiamat.

Perempuan mana yang melayani suaminya dalam sehari semalam dengan baik hati dan ikhlas serta niat yang benar maka Allah SWT akan mengampuni dosa-dosanya semua dan Allah SWT akan memakaikannya sepersalinan pakaian yang hijau dan dicatatkan untuknya dari setiap helai bulu dan rambut yang ada pada tubuhnya seribu kebaikan dan dikaruniakan Allah untuknya seribu pahala haji dan umrah. Ya Fathimah, perempuan mana yang tersenyum dihadapan suaminya maka Allah SWT akan memandangnya dengan pandangan rahmat.

Ya Fathimah perempuan mana yang menghamparkan hamparan atau tempat untuk berbaring atau rumah untuk suaminya dengan baik hati maka berserulah untuknya penyeru dari langit (malaikat), "teruskanlah 'amalmu maka Allah SWT telah mengampunimu akan sesuatu yang telah lalu dari dosamu dan sesuatu yang akan datang".

Ya Fathimah, perempuan mana yang meminyak-kan rambut suaminya dan janggutnya dan menggunting kukunya maka Allah SWT akan memberinya minuman dari sungai-sungai syurga dan Allah SWT akan meringankan sakaratulmaut-nya, dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga seta Allah SWT akan menyelamatkannya dari api neraka dan selamatlah ia melintas di atas titian Shirat".

noktah,..==))

Wednesday, January 19, 2011

My Failures Do Not Define Me .!!!.



salam semua..==))



"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran." (Al 'Asr 103: 1-3)


Dah hampir genap sebulan sesi 2010/2011 bermula, tp sifat malas semakin menjadi2...ditambah pula dgn pilihan yg sgt terhad.....bertambah-tambah kritikal lah tahap kemalasan pada permulaan tahun 2011... baru tersedar diri ini betoi2 dalam kerugian..!!!

Bagai pahat dengan penukul..!!! Mesti korang penah dengar ttg peribahasa melayu ni kan yang membawa maksud desakan atau keterpaksaan yg tidak akan menjanjikan kejayaan. Maksud disebalik peribahasa ni agak negatif yang hanya memberi gambaran yg "si pahat " tidak mungkin akan berjaya...Bagaimana dgn golongan mcm sy ni yg dah penat menjadi "penukul" dan sesekali ingin mencari ruang untuk diri sendiri dan perlukan pendorong or "penukul" untuk bermula..hihihi

Bunyi nya agak kelakarkan... "I honestly think that everyone has weaknesses. The strongest person you see in a day may be.....the one going home and crying herself to sleep at night."...Walaupun sentiasa memberi dorongan and nasihat pada org lain.. tp kadang2 gagal utk memotivasikan diri sendiri and paling teruknya terasa bagaikan Tin yg berbunyi and didalamnya hanyalah kosong semata2...!!..hihihi... Apa pon... klu korang rasa nasihat tu bole pakai or berguna.. ambik la.... sebagai manusia biasa, kadang2 kita mungkin lalai n perlukan bantuan org lain utk sedarkan kita kan kan!!! hihihi...

Noktah..==))


Tuesday, January 18, 2011

Kisah keluarga pembohong

18 jan 2011: 2:00 pm

Tetibe rasa best plak membuli budak kecil.. hihihi..

Tetibe plak muncul pic ni... pic ni hanyalah iklan semata-mata... xdak kena mengena dgn cite ni...hihih...

AL-kisah bermula..

Ada dua beranak, yang sorang bapak,dan sorang lagi anaknya. Mereka berdua ni selalu berbohong apabila tentang sesuatu. Sudah ramai la penduduk kampung yang menjadi mangsa pembohongan mereka berdua.

Lama kelamaan, mereka berniat untuk insaf dari perbuatan mereka. Mereka telah bertemu dengan seorang bomoh dan bertanyakan bagaimana cara menghilangkan tabiat buruk mereka tuh. Bomoh pon bagitau la mereka supaya menuju ke satu bukit, dan naik ke puncak air terjun, kemudian terjunlah ke bawah, moga-moga ia dapat menyembuhkan penyakit mereka.

Mereka berdua pun pergi la ke air terjun tersebut. Sampai di tempat berkenaan, masing-masing takut untuk terjun ke bawah...setelah hampir 10 minit, si bapak pon sanggup untuk terjun dahulu. lalu terjunlah dia. Si anak mula panik kerana bapaknya tak timbul-timbul. Setengah jam kemudian, barulah bapaknya naik dan menghampiri anaknya.

Anak : Kenapa lama sangat pak?
Bapak : Bapak jumpa kawan kat bawah, dia ajak minum kopi dulu kat
warung tu. Apa lagi kamu tunggu tuh, terjun jer lah.

Si anak pon terjunlah, dan sekejap saja timbul ke permukaan dan
menghampiri bapaknya.

Bapak : Hah,kenapa dengan benjol dahi kamu tu?
Anak : ini semua bapak punya pasal la. Bapak minum kopi tadi tak bayar.
Dah tu saya pulak yang kena pukul...

Noktah..==))

Sunday, January 16, 2011

"May 2011 brings U full of joys and success in life."

Assalamualaikum semua....==))


Happy new year to all my friend...., rasanya masih belum terlambat lg klu us nak wish happy new year kat u all semua kan...hihihi... maklum lah mood masih lagi dalam tahun baru.., and yang pastinya masih ramai yg masih menanam azam utk tahun 2011 ni kan.. termasuk lah us.. w/pom azam tahun ni masih lagi kabur.. namun yg pastinya azam terbesar us dalam hidup to be a better man and happy alwaz...apa pon...May 2011 brings U full of joys and success in life...==))

********************************************************************
Me:: How do I get the best out of Life...????

Setiap kali tahun baru menjelma jer,.. mesti persoalan ni akan timbul..How do I get the best out of Life...????... may be dah menjadi lumrah masa utk mengaudit azam2 yg lepas samada tercapai or tidak kan.. hihih...bila di belek2 blog ni... rupanya da lama us x update blog ni... hiihi...itu pom setahun 2 entry jer..nampak sgt kan malas nk mengarang..

Memandangakan hari ahad sajalah masa yg terluang... meh us cite satu KISAH kat korang.., maklum lah., da bosan dok menghadap xsigmnt yg x tau kepala punca nya.. hihiih..baik us mengasah bakat kat blog plak kan... hahahha...;p

*******************************************************************
Cite ni tentang sifat somebody... tp korang jgn salah faham plak yee.... x dak niat pom nak mengutuk mana2 pihak and jika terasa may be hanyalah kebetulan.. hihiih... sbb mcm org selalu kata.. semua manusia tak sempurna...(termasuk jg us la).. and may be semua org akan menggunakan alasan ni lah utk tidak mengaku salah...;p

Maklum lah... us kadang2 suka memerhati and menilai org ln.... mungkin daripada tindak balas diorang ttg sesuatu...w/pom org cakap don't judge book by its cover...but mesti diingat sifat luaran adalah cerminan sifat dalaman... hiihihi....... jadi berhati2 la dalam setiap tindakan..

Apa pon.. moga2 somebody tu mendapat hidayah and berubah... w/pon 100% adalah mustahil.. hihiih.... mesti korang x setuju kan dgn pendapt ni.??.. tp ini lah realiti... manusia yg sgt susah utk berubah and may be salah satu penyebab nya ialah disekelingi oleh org yg baik dan sgt memahami and sentiasa menjaga hati..... hingga lupa org sekelilingnya juga manusia n ada perasaan.

Rugi sgt ke rendahkan ego and sifat amarah....??... tepuk dada tanya lah iman...!!!

Noktah...==))