Thursday, April 21, 2011

"Ayam punya telur...!! "

Assalamualaikum..==))

Minggu lalu, rakyat Malaysia dikejutkan dengan pendedahan Persatuan Pengguna Pulang Pinang (CAP) mengenai kewujudan telur tiruan di pasaran.
Bagaimanapun ujian yang dilakukan terhadap sampel telur ayam tiruan yang dirampas dari sebuah pasar di Pulau Tikus, Pulau Pinang itu mendapati ia tulen. Telur itu memiliki saiz yang luar biasa di samping bentuknya tidak bulat dipercayai berlaku disebabkan penyakit.
Kekalutan yang timbul daripada isu telur tiruan itu membuktikan telur masih penting dalam diet harian rakyat Malaysia. Sebelum ini, telur dianggap salah satu makanan paling mengelirukan dari segi kesihatan.
Mula-mula ia dikatakan sihat dan sumber protein. Kemudian, telur didapati mengandungi kolesterol dan semua orang beranggapan mengambil telur akan menyebabkan mereka diserang sakit jantung.
Tidak lama selepas itu, penemuan membuktikan kolesterol dalam telur adalah ‘neutral’ dan kita disarankan mengambil beberapa biji telur sehari. Namun, penemuan pada tahun 2008 oleh penyelidik di Universiti Harvard, Amerika Syarikat mendapati pengambilan sebanyak tujuh biji atau lebih telur dalam seminggu meningkatkan risiko kematian. Daripada 21,000 lelaki yang dikaji selama lebih 20 tahun mendapati 1,550 orang diserang sakit jantung, 1,342 mendapat strok dan 5,000 meninggal dunia.
Di Malaysia, sukar untuk menentukan secara tepat bilangan telur yang diambil oleh rakyat negara ini kerana mereka turut mengambilnya secara tidak langsung seperti dalam kuih-muih, roti dan makanan lain.
Apa sahaja makanan yang diambil secara tidak terkawal ditambah gaya hidup yang tidak sihat pasti mendatangkan risiko penyakit kepada individu terbabit. Pengguna disaran mengambil tidak lebih daripada tiga biji telur ayam seminggu.
Telur juga mengandungi kesemua asid amino yang diperlukan oleh badan selain vitamin A, B12, D, asid folik, kolina dan kalsium. Ia juga mengandungi asid lemak omega 3 yang membantu meningkatkan kandungan kolesterol baik dan mengurangkan risiko sakit jantung.
Pengambilan secara mentah pula tidak digalakkan kerana berkemungkinan mengandungi kuman Salmonella yang boleh menyebabkan keracunan makanan dan sebaik-baiknya telur direbus dan tidak digoreng kerana ia akan menambah kandungan lemak dan kalori.
Sebiji telur dianggarkan mengandungi lima gram protein serta merangkumi 12 peratus daripada keperluan protein harian. Ia sudah cukup untuk membekalkan sebanyak 70 kalori dan mengenyangkan.
Pengambilan protein terlalu tinggi, ia akan menyebabkan penghasilan keton. Keton merupakan bahan toksik kepada tubuh yang boleh mengakibatkan ginjal dan buah pinggang mengalami beban untuk mengeluarkannya daripada badan. Selain itu, ia akan memberi tekanan terhadap jantung dan saluran darah.

Kesimpulannya, setiap kehidupan manusia mempunyai pilihan,…. Jadi, pilihlah dengan bijak…==))
Noktah..==))

Tuesday, April 12, 2011

"Sindrom Metabolik..!!!"

Assalamualaikum..==))


Kejadian mati secara mengejut akibat serangan jantung dan angin ahmar (strok) semakin meningkat setiap tahun.Lebih buruk apabila penyakit yang dahulunya banyak menyerang individu melebihi usia 50-an kini mula menyerang golongan muda sama ada mereka aktif bersukan atau sebaliknya.
Dalam tempoh dua dekad kebelakangan ini, dunia perubatan mengetengahkan istilah sindrom metabolik. Sindrom itu berpunca daripada tiga jenis penyakit iaitu serangan jantung, diabetes dan hipertensi.
Sindrom bererti sekumpulan simptom atau keabnormalan fizikal yang wujud pada masa yang sama dalam diri individu tertentu. Metabolik merupakan satu proses kimia yang berlaku dalam badan manusia untuk tujuan tumbesaran dan reproduksi, mengekalkan struktur tubuh serta reaksi kepada persekitaran manusia.
Sindrom metabolik juga dikenali sebagai sindrom x atau sindrom rintangan insulin. Ia merupakan sindrom yang terdiri daripada pelbagai risiko gangguan metabolisma yang meningkatkan risiko individu mendapat penyakit kronik..
Seseorang cenderung menghidap sindrom metabolik jika mempunyai ukur lilit pinggang melebihi 80 sentimeter (sm) bagi perempuan dan 90 sm bagi lelaki. Kebiasaannya penghidap sindrom itu mempunyai gaya hidup yang tidak sihat dan tiada melakukan senaman.
Faktor lain yang menyumbang kepada sindrom tersebut adalah genetik, stres dan peningkatan usia. Meskipun pelbagai kempen dan promosi dilaksanakan agar masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat, namun peningkatan penyakit itu semakin ketara.
Punca sindrom itu dibahagikan kepada dua iaitu 50 peratus disebabkan faktor genetik dan separuh lagi berpunca daripada gaya hidup tidak sihat. Individu yang mempunyai sindrom metabolik mempunyai risiko lebih 50 peratus mendapat serangan jantung berbanding individu yang tidak menghidap sindrom berkenaan. Di Malaysia, Kekerapan sindrom ini pula melibatkan golongan muda yang berumur kurang daripada 40 tahun berbanding dua dekad lalu, malah paling muda berusia 25 tahun.
Jika di Barat, pembedahan pintasan jantung kebiasaannya dilakukan antara usia 60 hingga 70 tahun, tetapi di Malaysia ia lebih muda iaitu antara 40 hingga 50 tahun. Ini menunjukkan perbezaan umur yang ketara.
Individu yang mempunyai masalah sindrom metabolik memerlukan motivasi bagi mengubah gaya hidup yang lebih sihat. Individu yang mempunyai sejarah keluarga seperti masalah jantung, hipertensi (darah tinggi) dan diabetes supaya segera mendapatkan rawatan kerana mereka berisiko tinggi untuk mewarisi sindrom tersebut.


selain itu, sindrom metabolik tidak semestinya dihidapi oleh mereka yang obes, ada kebarangkalian mereka yang bertubuh kurus menghidap sindrom berkenaan, malah Indeks Jisim Tubuh (BMI) mereka mungkin normal. Namun, apabila diukur lilitan pinggang perkara sebaliknya berlaku.
Sebab itu kita menggunakan ukuran lilitan pinggang dan bukan menggunakan ukuran berat badan sahaja kerana melalui kaedah itu kita dapat mengetahui seseorang itu menghidap sindrom ini atau tidak. Gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok, pengambilan makanan yang tinggi lemak dan kerap mengambil makanan ringan menyumbang kepada masalah tersebut.
Kira-kira 40 peratus atau lebih orang dewasa menghidap sindrom metabolik. Bagi orang dewasa yang tinggal di bandar, peratusan itu mungkin lebih tinggi yang mencatatkan sehingga 60 peratus. Berbanding di kawasan kampung, purata yang menghidap sindrom metabolik agak kecil iaitu empat hingga lima orang sahaja kerana mereka lebih aktif secara fizikal.
Kesimpulanya, selalulah bersenam dan  amalkanlah gaya hidup sihat untuk kehidupan hari esok ...==))
Noktah..==))

Thursday, April 7, 2011

"PERDATECH Open Futsal, Pulau Pinang..!!"


Assalamualaikum..==))


Perdatech sebuah Institut Kemahiran di bawah Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang akan mengadakan pertandingan futsal padang sempena hari terbuka PERDATECH. Maklumat penyertaan adalah seperti berikut:


Yuran penyertaan : RM70
Tempat : Padang PERDATECH , Bukit Panchor , SPS , Pulau Pinang
Tarikh : 30 April 2011 (sabtu)

Ahli pasukan : 7 orang pemain + 1 pengurus
format pertandingan = kalah mati ( 7 + 1 + 7 )


Hadiah
Pertama : RM500
Kedua : RM 300
Ketiga dan Keempat : RM 150


Terbuka kepada 60 pasukan sahaja
Tarikh tutup penyertaan pada 29 April (jumaat sebelum pukul 5 ptg)

Noktah..==))

Wednesday, April 6, 2011

"Gambaran Hari Kiamat..!!!"

Assalamualaikum..==))



✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi.

Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

☞ Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
sumber: Amar Sufi
Noktah..==))

Saturday, April 2, 2011

"Fuhh.. lega..!! ==))"

Assalamualaikum...==)))

Alhamdulillah.. akhirnya minggu-minggu tersibuk dalam hidup sebagai student sudah pon berakhir untuk semester ini,.. huhu.. terasa macam beban 50 kilo yg digalas atas bahu hilang tiba2.. hihiih... and  terasa sedikit kecewa dgn presentatition terakhir semalam.. first time terasa badan panas semacam jer, bila sesi soal jawab dgn lecturer... huhu.. mmg masak lah kena goreng dgn lecturer n student2 arab..==))

Apapon.. selamat menduduki peperiksaan utk dak2 master and phd utk mggu depan... and selamat bercuti panjang utk semua student.... hehehe.. Jadi kita berjumpa lagi selepas 5 bulan dari sekarang and selepas hari raya aidilfitri..==))



Opzz... sebelum us lupa, takziah kepada semua rakyat negeri perlis,.. hari ni dah masuk hari ke-5 banjir diperlis...gara2 banjir ni, us pon x dapat blk umah kat perlis and tak dapat bt lawatan kat sana... hihihi.. maklum lah jln dah tutup utk sementara... apapon moga2 air cepat surut dalam masa terdekat ni..and yg penting utamakan keselamatan..... amin.

Bye semua blogger...

Noktah..==))