Sunday, November 27, 2011

"Apakah itu strok?.."

Assalamualaikum..==))

Strok adalah keadaan dimana bekalan darah ke sebahagian otak tiba-tiba terputus. Ini kerana sel otak memerlukan bekalan oksigen yang berterusan daripada darah. sekiranya bekalan darah terputus, sel di dalam kawasan yang terjejas di otak menjadi rosak atau mati. 

Disebabkan kurang kefahaman, ada yang menyangka ia serangan jantung. Namun, strok ialah serangan otak akibat berkurangnya aliran darah dan oksigen ke otak. Masalah itu disebabkan saluran darah yang tersumbat, sempit atau pembuluh darah pecah. Kebanyakan kes berlaku di kalangan mereka yang berusia lebih 65 tahun. Bagaimanapun, ia boleh berlaku kepada sesiapa saja tidak mengira usia, termasuk kanak-kanak. Setiap tahun, kira-kira 110,000 orang di Britain diserang strok awal manakala kira-kira 30,000 mengalami kes strok berulang. 

Penyakit ini menjadi punca terbesar hilang upaya, selain punca ketiga paling lazim kematian selepas penyakit jantung dan kanser. Antara gejala strok ialah ia terjadi secara tiba-tiba, pesakit terasa kebas sebelah badan sama ada kaki atau tangan, butir percakapan tidak difahami dan sakit kepala yang teruk mahupun pening secara mendadak. Pesakit juga mungkin mengalami muntah-muntah dan tidak seimbang/stabil ketika berjalan serta nampak keliru.

Perunding Neurologi Pusat Perubatan Prince Court, Dr Julia Shahnaz Merican, berkata sebilangan individu mungkin mengabaikan gejala awal dan kurang berwaspada dengan penyakit itu, tambahan pula ia sukar dikenali. Mengenali gejala strok mungkin dapat membantu seseorang mengelak kejadian tidak diingini. Pesakit strok mungkin menderita kerosakan otak atau lebih buruk lagi, koma atau menyebabkan kematian. 

Punca strok 
Ada dua jenis utama iaitu strok iskemik dan hemoragik. 

Strok iskemik 
Berlaku pada kira-kira tujuh dalam 10 kes. Iskemik bermakna bekalan darah dan oksigen berkurangan ke bahagian badan. Kes biasa strok disebabkan darah beku dalam arteri yang menghalang aliran darah. 
  • Darah beku selalunya terbentuk di dalam arteri itu sendiri. Ini biasanya berlaku terhadap tampalan lemak bahan yang dipanggil ateroma.
  •  Dalam sesetengah kes, darah beku terbentuk di bahagian lain tubuh dan kemudian bergerak dalam aliran darah. Contoh paling biasa ialah darah beku dalam kebuk jantung akibat aliran darah yang tidak normal. Ini mungkin berlaku dalam situasi yang dipanggil fibrilasi atrium. Darah beku kemudian dibawa dalam aliran darah sehingga ia terperangkap dalam arteri di dalam otak. 

Strok hemoragik (pendarahan) 
Arteri yang rosak atau lemah boleh ‘pecah’ dan berdarah:
  •  pendarahan intraserebrum ialah apabila saluran darah pecah di dalam otak. keadaan ini menyebabkan darah tumpah ke dalam tisu otak berhampiran. Ini boleh menyebabkan sel otak berkenaan terputus bekalan oksigen, lantas menjadi rosak atau mati. 
  • pendarahan subaraknoid apabila salur darah pecah dalam ruang subaraknoid iaitu merupakan ruang sempit di antara otak dan tengkorak. Ruangan ini biasanya terisi dengan cecair dipanggil bendalir serebrospina. Kira-kira satu dalam 20 hentakan menyebabkan pendarahan subaraknoid. 
Sebab yang tidak pasti dalam segelintir kes strok 
Strok menyebabkan kerosakan otak. Gejala dan hilang upaya akibat strok berbeza bergantung kepada bahagian otak yang terjejas dan tahap kerosakan. Rawatan termasuk ubat-ubatan untuk mengurangkan ‘faktor risiko’. Pemulihan adalah sebahagian besar daripada rawatan. 

Gejala strok 
Fungsi bahagian yang berlainan dalam badan dikawal oleh bahagian berlainan dalam otak. Maka, gejala berbeza bergantung kepada bahagian otak yang terjejas dan pada saiz bahagian yang rosak. Gejala yang timbul biasanya termasuk satu atau lebih daripada yang berikut: 
  • Lemah lengan, kaki atau kedua-duanya. Ini mungkin kesan berlakunya lumpuh sebelah badan atau sebelah tangan yang sederhana 
  •  Lemah dan ‘herot’ sebelah muka. Ini boleh menyebabkan air liur meleleh disebabkan hilang fungsi otot mulut untuk mengawal 
  •  Masalah penglihatan, pertuturan, komunikasi, penyelarasan atau menelan 
  •  Rasa kebas di bahagian badan 
  •  Sakit kepala, pening dan keliru 
  •   Koma 
Apakah strok mini (TIA)? 
Strok mini gejala kelihatan seperti strok tetapi menyerang dan menghilang tidak sampai 24 jam. Ia disebabkan kekurangan sementara darah ke otak. Dalam kebanyakan kes, TIA disebabkan darah beku kecil yang terperangkap dalam saluran darah (arteri) di dalam otak, seterusnya menghalang pengaliran darah dan menyebabkan sebahagian daripada otak kekurangan oksigen. Bahagian otak yang kekurangan oksigen terjejas hanya selama beberapa minit, dan pulih tidak lama kemudian. 

Kesan mendapat strok 
Jenis dan sejauh mana kecacatan disebabkan oleh strok mungkin jauh berbeza. Ia bergantung kepada tahap kerosakan kepada otak. Strok yang besar boleh menyebabkan kematian. Strok kecil boleh menyebabkan masalah kecil yang mungkin pulih sepenuhnya dari semasa ke semasa. 

Jenis masalah yang mungkin berlaku termasuk satu atau lebih daripada yang berikut: 
  • Lemah sebelah badan. Ini boleh menimbulkan masalah untuk melangkah seandainya kaki terjejas, atau sukar menggunakan lengan atau tangan dengan betul 
  •  Masalah dengan keseimbangan dan penyelarasan 
  •  Masalah untuk menelan makanan. Dalam kes tertentu, ia boleh membahayakan kerana makanan mungkin memasuki hujung salur udara dan tidak turun ke tekak apabila anda makan. Disebabkan itu, ‘ujian menelan’ biasanya dilakukan terhadap pesakit strok sebelum mereka dibenarkan makan atau minum. Ini bagi memastikan mereka dapat menelan dengan selamat. Jika wujud kesukaran teruk untuk menelan, pesakit mungkin perlu makan dan minum melalui tiub yang dimasukkan ke dalam perut 
  • Ucapan dan kesukaran komunikasi. Mungkin berlaku kesukaran mencari kata-kata yang tepat atau tidak dapat bercakap. Kemampuan untuk membaca atau menulis juga mungkin terjejas
  • Masalah penglihatan. Jika bahagian otak berkaitan penglihatan terjejas, masalah mungkin timbul. Sebagai contoh, beberapa orang diserang strok mengalami penglihatan berganda, manakala sebahagian lagi kehilangan separuh daripada bidang penglihatan mereka
  • Kesukaran dengan proses mental. Sebagai contoh, mengalami kesukaran dalam pembelajaran, tumpuan mahupun mengingat 
  •   Emosi terjejas. Berikut strok, sesetengah orang mungkin menangis atau ketawa pada masa tertentu tanpa alasan jelas  dan keletihan 
Jenis ujian yang diperlukan 
Doktor biasanya boleh mendiagnosis strok daripada gejala yang biasa dialami pesakit. Ujian yang biasa dilakukan termasuk: 
  •  Imbasan otak (CT scan atau imbasan MRI). Ini boleh menentukan jenis strok (iskemik atau hemoragik) dan menyisihkan gejala jarang berlaku yang boleh menyebabkan strok atau mungkin menyerupai gejala strok 
  •  Ujian darah untuk memeriksa paras gula di dalam darah dan paras kolesterol. Paras tinggi boleh meningkatkan risiko strok 
  •  Ujian X-ray di dada dan ECG (mengesan jantung) untuk memeriksa jantung atau paru-paru yang mungkin menjadi punca strok (misalnya, fibrilasi atrium) 
Faktor risiko yang boleh dielakkan: 
  • jika merokok, anda perlu berusaha sedaya upaya untuk berhenti. Bahan kimia dalam tembakau dibawa di dalam saluran darah dan boleh merosakkan arteri anda. Jika anda merokok dan berhenti, ini boleh mengurangkan risiko mendapat strok 
  • Tekanan darah tinggi. Pastikan tekanan darah diperiksa sekurang-kurangnya sekali setahun. Jika tinggi, ia boleh dirawat. Tekanan darah tinggi biasanya tidak menyebabkan gejala, tetapi boleh merosakkan arteri. Jika tekanan darah anda tinggi, rawatan tekanan darah mungkin langkah sangat berkesan dalam usaha mengurangkan risiko anda mendapat strok. 
  • jika mempunyai berat badan berlebihan, anda dinasihatkan mengurangkan berat badan dan mengurangkan Kolesterol.     
  •  Tidak bersenam. Jika boleh, anda perlu berusaha melakukan beberapa aktiviti fizikal yang sederhana pada hari biasa sekurang-kurangnya 30 minit. Sebagai contoh, berjalan pantas, berenang, berbasikal, menari atau berkebun
  •  Anda perlu berusaha mengamalkan diet sihat 
  • Diabetes antara faktor risiko. Jika anda mempunyai diabetes, rawatan untuk menyimpan gula dalam darah anda dengan seberapa normal yang mungkin adalah penting.
Noktah..==))

Saturday, November 26, 2011

'''Salam Maal Hijrah Semua''

Assalamualaikum..==))




May Allah Bless You

Salam maal hijrah semua,.. ==))
May Allah bless your day with prosperity, happiness and hope. 
Moga2 tahun 1433 H membawa seribu satu barakah untuk diri dan org disekeliling kita.. 
Amin...'p

Noktah..==))

Monday, November 21, 2011

"Standardisasi di peringkat Nasional"


Assalamualaikum..==))


Setelah memberi satu gambaran global tentang isu standard di peringkat antarabangsa, eloklah sekiranya kita mengkaji pula status standard di Malaysia. Jabatan Standard Malaysia (DSM) merupakan satu badan yang bertanggungjawab dalam membentuk dan membangunkan standard Malaysia. Seperti juga ISO, standardisasi di peringkat nasional dicapai melalui persetujuan sebulat suara oleh ahli-ahli jawatankuasa yang  dibentuk. 

Terdapat juga di antara standard-standard di Malaysia yang diperolehi sepenuhnya daripada standard antarabangsa. Misalnya, ISO 9000, dan ISO 14000. Siri ISO 9000 memberi keutamaan kepada kualiti dalam bidang pengurusan. Sebagai contoh, Boh Plantation Sdn Bhd telah diiktirafkan ISO 9000 dan jenamanya terkenal di seluruh dunia. Ini adalah kerana prestasinya yang cermerlang dalam standard pembungkusan teh berkualiti tinggi dan konsisten.

Siri ISO 14000 pula memberi galakan dan dorongan kepada sektor industri di Malaysia agar bersifat lebih mesra alam. SIRIM Berhad telah dilantik oleh DSM untuk menjalankan tanggungjawab terhadap pembangunan standard Malaysia pada peringkat teknikal. Sirim telah lama menceburkan diri dalam persaingan kualiti dan kecekapan industri. Antara tanggungjawab Sirim termasuklah mengeluarkan sijil ISO 9000 dan ISO 14000 kepada syarikat-syarikat yang layak.

Sirim turut mengeluarkan dua jenis lesen kepada pengilang-pengilang di Malaysia. Lesen itu diberi nama “MS” dan “S”. Pemegang lesen ini boleh menggunakan tanda tersebut pada produk mereka yang bakal dipasarkan. Sekiranya produk yang telah disahkan oleh Sirim disyaki sebagai punca sesuatu malapetaka, Sirim akan bertanggungjawab untuk menjalankan siasatan terhadap punca kejadian tersebut. Untuk pengetahuan umum, barangan elektrik seperti multisoket dan multiplug adapter boleh mengakibatkan kejutan elektrik dan kebakaran sekiranya ia diperbuat daripada bahan yang berkualiti rendah. Oleh itu, semasa membeli barangan elektrik, pastikan bahawa barangan tersebut mengandungi cop Sirim!

Noktah..==))

"Mengapakah pengguna perlu terlibat bersama dalam pembangunan standard? "



 Assalamualaikum..==))


Peraturan standard yang kurang ketat tidak kira di peringkat nasional, wilayah, ataupun antarabangsa boleh mendatangkan kesan yang tidak diingini. Sebagai contoh, di negara India, telah dilaporkan bahawa sebanyak 21 jenis jenama termometer, 20 jenis daripadanya dikatakan telah memberikan bacaan suhu yang kurang tepat. Ketiadaan peraturan standard yang ketat untuk mengawal pengilangpengilang termometer ini telah menimbulkan banyak masalah kepada beberapa keluarga berkenaan. Ini kerana sedikit kenaikan atau penurunan bacaan suhu yang direkodkan boleh memberikan perbezaan yang besar lebih-lebih lagi apabila soal hidup dan mati dipertikaikan.

penggunaan telefon bimbit tanpa kawalan juga boleh mengancam kesihatan seseorang seperti risiko mendapat penyakit kanser, alzheimer, sakit kepala, dan kerosakan pada sistem ketahanan badan. Di negara Sweden misalnya, telah terbukti bahawa penggunaan telefon bimbit yang berlebihan akan meningkatkan risiko penyakit tumor otak sebanyak 2 1/2 kali lebih daripada kebiasaan.

 Selain itu juga, pengguna yang  membuat panggilan telefon sebanyak 4 kali atau lebih dalam sehari boleh meningkatkan risiko sakit kepala  sebanyak 3.6 kali lebih daripada kebiasaan. Oleh itu, memandangkan situasi yang genting ini, maka perlaksanaan peraturan standard yang ketat amat diperlukan bagi mengawal tahap radiasi pada semua telefon bimbit. Standard bukan sesuatu yang mudah dibentuk tetapi ianya mengambil masa yang panjang untuk dicapai.

Walaubagaimanapun, kesedaran pengguna terhadap bagaimana sesuatu standard itu dilaksanakan adalah penting dan perlu diketahui oleh setiap pengguna supaya mereka akan menghargai dan memahami nilai standard kepada mereka. Selain itu, penglibatan pengguna dalam membuat rangka standard juga tidak kurang  pentingnya.

Mengapa demikian? Standard memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seharian kita.!!

Cuba bayangkan suatu keadaan di mana anda tidak dapat mengeluarkan wang dari mesin ATM disebabkan oleh kad ATM yang anda gunakan itu terlalu besar ataupun keadaan di mana bateri yang baru dibeli oleh anda tidak sesuai digunakan pada semua peralatan elektrik. Dengan adanya standard, semua keadaan ini dapat dikawal dan segala kehidupan harian anda akan menjadi lebih mudah. Standard yang dibentuk adalah berdasarkan kepada keperluan harian dan kehidupan pengguna dalam pelbagai bidang. Oleh yang demikian, pengguna perlu terlibat secara aktif dalam aktiviti merangka dan membentuk standard kerana hanya pengguna itu sendiri yang akan tahu keperluan mereka sendiri.

Noktah..==)

" Apakah itu ISO? "


Assalamualaikum..==))

Standard kepada semua hanyalah sepatah perkataan sahaja. Pengguna terutamanya, tidak sedar akan peranan yang dimainkan oleh standard dalam kehidupan harian mereka. Sebagai contoh, pembelian sesuatu jenis bateri adalah senang dan mudah kerana spesifikasi untuk bateri telah distandardisasi. Standard sebenarnya adalah suatu dokumentasi persetujuan yang mengandungi penerangan atau spesifikasi teknikal terhadap produk dan perkhidmatan  untuk memastikan bahawa produk dan perkhidmatan yang dipasarkan itu adalah selamat dan sesuai digunakan oleh pengguna. Dengan lain perkataan, standard memberi jaminan bahawa produk dalam pasaran adalah selamat dan tidak membahayakan kesihatan pengguna.



Ramai di antara kita mungkin bertanya, “Siapakah yang bertanggungjawab dalam pembentukan standard antarabangsa?”.  

Jawapannya mudah sahaja iaitu International Organization for Standardisation (ISO). ISO merupakan satu badan pertubuhan antarabangsa yang terdiri daripada beberapa jawatankuasa standard kebangsaan dari 130 buah negara. Ia ditubuhkan pada tahun 1947 dengan objektifnya adalah untuk mempromosi dan mempertingkatkan standardisasi di seluruh dunia bagi memudahkan perdagangan di peringkat antarabangsa. 

Di samping itu, ISO juga bermatlamat untuk mewujudkan kerjasama antarabangsa dalam pelbagai bidang seperti intelek, saintifik, teknologi dan ekonomi. ISO bermula dengan misi pertamanya iaitu menstandardisasi saiz mentol lampu, skru, bateri dan beberapa produk pengguna yang lain. Seterusnya, ISO beralih kepada menetapkan satu format untuk kad-kad kredit, kad-kad telefon, serta kad-kad pintar. Kad-kad yang mematuhi standard ISO ini mempunyai ciri-ciri tertentu seperti ketebalan kad bersamaan dengan 0.76 mm.

Standard yang telah dibentuk ini membolehkan kad-kad tersebut digunakan di mana-mana sahaja di seluruh dunia. Pembentukan Standard ISO adalah hasil usaha perbincangan di antara beberapa jawatankuasa teknikal yang terdiri daripada pakar-pakar dalam pelbagai bidang iaitu pakar dalam sektor perindustrian, teknikal dan perniagaan, perwakilan daripada agensi-agensi kerajaan, ahli-ahli pencinta alam, persatuan-persatuan pengguna dan lain-lain lagi. Secara keseluruhannya, seramai lebih kurang 30,000 pakar mengambil bahagian dalam mesyuarat sebegini setiap tahun. Pendek kata, ahli jawatankuasa boleh mengambil bahagian dalam pengundian tentang isu-isu teknikal ISO..

Noktah..==))

Wednesday, November 16, 2011

" It Will Rain "

Assalamualaikum..==))



Sometimes I wonder if you know...Exactly how I feel.
You come to me when you feel bad..And everything goes wrong.
I’ll always be here when you hurt...I know you know I’ll stay.
But I’m not sure you’d miss me..If I ever went away..

Friends in deed are a very rare find..Not too many stick it out.
Through the good times and bad..Giving no cause to doubt..
So don’t take that friend for granted..Tomorrow you may be alone.
With no one around to help you...And pain like you’ve never known..;p





Tetibe suka plak dgr lagu ni, w/pun tidak dikenali.. tp agak cool penyanyi ni..==))

Noktah..=))

Tuesday, November 15, 2011

"Hangin Betoi lah"

Assalamualaikum semua..==))

Smilys Smile Graphic



Orang selalu cakap, setiap kesabaran ada hadnya.. tapi hakikatnya dalam islam, sifat sabar tu tiada penghujungnya atau limitnya..  jadi semua manuasia akan diuji mengikut tahap kesabaran dalam diri masing2 samada berjaya atau tewas terhadap sesuatu ujian..==))

Kalau bercakap pasal sabar ni,.. awal2 lagi us dah surrender.. hihihi.. sebabnya graf tahap kesabaran us ni mmg x menentu.. ada harinya us adalah seorang yang sgt penyabar and ada suatu ketika meletup juga.. memang hampeh betoi la kan.. hihih...;p.. kiranya hanya org  bertuah sajalah yang berjaya membuatkan us meletup..hehehe.. maklumlah us ni org yg sgt penyabar and jarang2 marah org,. jadi bila terasa nak marah jer.. automatik us akan diamkan diri or ignore jer..==))

ok berbalik pada topik ni,.. sebenarnya us nak cite pasal orang yang suka hidup bersenang lenang and goyang kaki jer 24 jam or cite pasal pemalas ni.. heheh.. bukan lah nak kata diri sendiri orang terajin di dunia.. tetapi cukuplah jikalau kita dapat usahakan sekadar yang termampu and yang pentingnya jangan  membeban dan menyusahkan orang lain..bukan us nak kutuk or mengata pasal sesiapa.. tp just perkongsian pengalaman us sendiri ok..;p

Agaknya us paling marah betoilah dgn org yang pemalas tahap kritikal ni..hihihi.. kalau budak kecil masih boleh dimaafkanlah.. tp kalau dah besar and dah nak masuk tahap vateren ni.. mulalah mulut us nak membebel. pelik betoikan.. hihhi.. org pendiam macam us ni kalau membebel mmg dasyat juga lah.. hihhiih... emm... sgt tak relevanlah kalau orang lain yang kena settle kan semua kerja kita w/pon termasuk perkara yang peribadi.. jadi walau berat tulang macam manapun and tak suka membantu org lain, cukuplah kita settlekan kerja kita sendiri and belajar supaya tidak menyusahkan orang lain... sebabnya us mmg pantang kalau tgk org tua2 yg terketar2 buat and siapkan kerja kita..tp yg muda ni bersila panggung tanpa ada rasa tanggungjawab hendak membantu w/pun org lain yg settlekan kerja kita..:p

p/s.. sabar us sabar
Noktah..==))