Assalamualaikum semua..=))
Selamat malam dan selamat bergembira semua.. moga-moga diberi kesihatan dan umur yang panjang oleh Allah untuk kawan-kawan semua.. Amin..=)).
Malam ni us nak kongsikan info tentang penyakit Hepatitis atau keradangan hati. penyakit hepatitis ni antara penyakit berbahaya dan merupakan pembunuh secara senyap. Penyakit ini berpunca daripada virus seperti penyakit HIV, tetapi penyakit ini menyebabkan kerosakan pada hati sebaliknya Virus Hiv menyerang pada sistem imun manusia. Mungkin ramai di antara kita yang kurang pendedahan tentang penyakit-penyakit ini, jadi adalah sangat penting bagi kita mengenalinya.
Tapi sebelum us bercerita dengan lebih lanjut, us nak menjawab persoalan daripada someone...Ada orang bertanya, Owner blog doktor ke?.. heheh.. jawapanya TIDAK.. us merupakan seorang pelajar yang mmg meminati bidang perubatan dan penah berciti-cita menjadi DOKTOR.... mungkin bukan rezeki us menjadi doktor perubatan.. tetapi InsyaAllah doktor falsafah suatu hari nanti..amin..=))
Walaupun tiada sijil perubatan utk merawat, sekurang2nya kita dapat mencegahkan.. jadi ilmu perubatan adalah penting bagi waktu2 kecemasan. sejak sekolah menengah lagi us dah menjalani ujian darah bagi penyakit-penyakit kronik seperti talasemia, hempedu, anemia, urin test,hati dan lain-lain.. Alhamdulillah result bagi semua penyakit ni negatif... =))
sejak 10 tahun lepas, us dengan sukarelanya menjalani ujian darah selama setahun.. seingat us waktu tu us masih lagi bergelar pelajar sekolah menengah.. jadi setiap 2 mggu us akan sedekahkan darah kat hospital Kangar bagi ujian kuning sendirian tanpa pengetahuan family, namun doktor and pakar pon x tau puncanya.. kemudian us follow chek up lagi kat pusat kesihatan universiti dan di klinik2 swasta selama 5 tahun..Tetapi keputusan dan pendapat doktor agak mengecewakan... dan jawapan chek up terakhir yang us dapat untuk ujian kuning adalah ALERGIK.. sangat mengecewakan jawapan yg diberikan drpd doc ni.. terasa macm nk jerit jer kat muka doktor bt keja cincai2 and ambik mudah ni... come on doc.. jaundice pada baby baru lahir pon alergik ya doc..??.. kalau jawapan ini lah yg us dapat dari doc perubatan yg ambik sijil perubatan selama 7 tahun.. baik buang jer sijil tu dalam laut..:P
Minggu lepas, us ada menjalani Medical chek up, ujian darah dan urin test lagi sampai us terasa lali dengan setiap suntikan jarum tu... dan alhamdulillah result dia keluar hari ni.. and us bebas hepatItis B...ttp result dia agak tidak memuaskan. so doc dari arab yg baik ini nak us bt ujian Hepetitis A dan Hepatitis C. ALHAMDULILLAH esk us akan bt ujian darah lagi walaupon takut dengan result yg bakal keluar nnt. ini kali pertama us bt ujian hepatitis.. dan terasa nak nangis sorang2.. sob.. sob.. sbbnya selama 10 tahun us bazirkan masa utk diagnosis dan chek up.. dan jikalau resltnya positif...ini bermakna us da biakkan virus ni lebih 10 tahun tanpa us sedari... terasa sedih dan marah yg amat dgn pakar dan service dr doc di malaysia..=((..
ini form utk red blood test utk esk.. |
Puas us juga fikir pasal virus-virus ini..setahu us family us x penah ada penyakit kronik or merbahaya... us jarang makan makanan luar kecuali bila us datang ke ukm ni.. mungkinkah us dapt dari jarum suntikan masa kecik2.. or sbb bertindik masa baby dulu or berkongsi barang peribadi or us dapat jangkitan daripada pengidap hepatitis...sgt la pening fikir pasal virus pembunuh secara senyap ini... sedih sgt2....doakan resultnya negatif ya kawan-kawan. Apapun.. moga-moga kuning ini hanyalah alergik and normal bak kata pakar and bukan hepatitis C.. AMIN..:P
APA ITU HEPATITIS?
Tahukah anda virus Hepatitis B 100 kali lebih mudah dijangkiti berbanding dengan virus HIV (AIDS). Hepatitis adalah penyakit yang disebabkan oleh beberapa jenis virus yang boleh menyerang dan merosakkan sel-sel hati manusia. Hepatitis terbahagi kepada 3 jenis utama iaitu Hepatitis A, Hepatitis B dan Hepatitis C. Hepatitis merupakan istilah yang digunakan untuk keradangan organ hati. penyakit ini berpunca daripada pelbagai faktor seperti virus, ubat-ubatan dan lain-lain. Hepatitis adalah penyakit berbahaya karena menyerang hati, yang merupakan organ penting bagi fungsi badan.
Hepatitis A
Hepatitis A ialah sejenis penyakit yang disebabkan oleh virus hepatitis A (HAV) dan ia amat mudah berjangkit. la boleh mengakibatkan penyakit hati yang melemahkan tubuh..Hepatitis A merebak melalui makanan dan minuman yang dicemari.
Virus ini merebak melalui najis individu yang menghadapi penyakit ini. Sebagai
contoh, ikan atau kerang daripada kawasan air yang dicemari oleh najis manusia
yang dijangkiti. Ia juga boleh dijangkiti melalui hubungan rapat dengan
individu yang dijangkiti.
Tanda-tanda jangkitan boleh dilihat selepas dua ke tiga minggu. Pada minggu
pertama, individu yang dijangkiti akan mengalami sakit seperti kuning,
keletihan, demam, hilang selera makan, muntah-muntah, pening dan kencing yang
berwarna hitam pekat. Penyakit Hepatitis A mempunyai vaksin yang boleh diambil terutamanya kepada
mereka yang keluar negara. Menjaga kebersihan diri adalah penting. Cuci tangan
dengan sabun, jika boleh guna sabun anti kuman selepas menggunakan tandas,
sebelum menyediakan makanan dan sebelum makan.
Hepatitis A dapat menyebabkan pembengkakan hati, tetapi jarang menyebabkan kerusakan kekal. Anda mungkin merasa seperti terkena flu, mual, lemas, kehilangan nafsu makan dan kulit berwarna kuning, tinja berwarna pucat dan urin berwarna gelap atau mungkin tidak merasakan gejala sama sekali. virus hepatitis A biasanya menghilang sendiri setelah beberapa minggu. Untuk mencegah infeksi HAV, ada vaksin hepatitis A untuk menanganinya.
Tanda-tanda Hepatitis A
Pada peringkat permulaan, tanda‑tanda penyakit sama dengan flu, demam,
senak perut, muntah, ceret‑beret, keletihan, sakit sendi, sakit kepala dan
biasanya bermula dengan hilang selera makan, kelesuan, rasa loya, muntah-muntah
dan keadaan semakin letih. Selepas seminggu, ini diikuti dengan penyakit kuning
pada kulit dan pada bahagian mata putih. Tanda-tanda ini boleh berterusan
sehingga enam bulan pada sesetengah pesakit
JANGKITAN
Jangkitan paling
biasa ialah melalui makanan (salad, buah-buahan, makanan mentah yang lain) atau
air yang tercemar dengan najis orang yang dijangkiti. la boleh juga berjangkit
melalui makanan laut berkerang dari kawasan air laut yang tercemar dengan bahan
naiis, kepah, tiram, kerang dan kupang yang mentah atau separuh masak atau juga
melalui hubungan rapat dengan orang yang dijangkiti.
MEREKA YANG MENGHADAPI RISIKO
- Mereka yang memakan cengkerang mentah atau separuh masak contohnya tiram, kerang, kepah
- Mereka yang menguruskan makanan
- Mereka yang rapat hubungan dengan orang yang dijangkiti termasuk ahli keluarga
- Pengunjung-pengunjung ke kawasan sesak dan tidak bersih
- Mereka yang memberi jagaan harian kepada kumpulan kanak-kanak kecil dan mereka yang terencat akal atau cacat anggota
- Pekerja-pekeria tempat perkumbahan
- Penghuni rumah orang terencat akal
- Mereka yang menyalahgunakan dadah
- Individu yang menghidap penyakit hati kronik yang tidak nampak contohnya Hepatitis B atau C,
- Mereka yang mengalami masalah pembekuan darah, haemophilia dll
- Mereka yang bekerja dalam persekitaran makmal ujian virus Hepatitis A
Hepatitis B
Hepatitis B ialah sejenis penyakit serius yang merebak di seluruh
dunia dan disebabkan oleh virus hepatitis B (HBV). la boleh menyebabkan masalah
kesihatan termasuk hepatitis kronik (inflamasi hati yang berterusan), sirosis
hati (hati menjadi keras), hati gagal berfungsi dan kanser hati. Penyakit ini disebarkan oleh individu yang dijangkiti
penyakit ini, juga oleh sejumlah 300‑350 juta pernbawa penyakit ini diseluruh
dunia. Kira‑kira 2000 juta orang dijangkiti virus ini dan 2 juta orang mati
setiap tahun akibat penyakit berkaitan dengan hati.
5-10% Daripada 90% adalah orang dewasa tidak dapat menyediakan antibodi yang mencukupi untuk membasmi jangkitan dan akan dijangkiti secara teruk untuk jangka masa panjang. Mereka ini adalah pembawa penyakit Hepatitis B yang kronik. Tanda-tanda jangkitan Hepatitis B yang teruk adalah sama seperti jangkitan virus Hepatitis C. Ini termasuk demam, sakit perut dan kuning. Kebanyakan yang dijangkiti secara teruk tidak mempunyai tanda-tanda yang jelas dan mereka boleh menjangkit ia kepada orang lain.
Hepatitis B adalah penyakit dalam kumpulan ini yang paling serius dan amat perlu diambil perhatian. Kesedaran tentang bahaya Hepatitis B ini masih kurang di kalangan orang ramai. Cara jangkitannya yang begitu mudah, malah lebih mudah daripada dijangkiti AIDS. Virus ini boleh dijumpai dalam semua bahagian cecair tubuh manusia yang menghadapi Hepatitis B secara teruk dan serius. Virus ini dijumpai di dalam darah, air mani, cecair faraj, cecair sendi, air susu, air kencing, air mata dan pelbagai. Penyakit ini adalah biasanya di Asia adalah daripada kes-kes ibu menjangkitkan ia kepada anak sewaktu bersalin.
Penyakit boleh dijangkiti melalui pemindahan darah atau sebarang hasil darah melalui luka di kulit atau melalui tindik, membuat tatoo, akupuntur, kecederaan, dan berkongsi berus gigi. Penagih dadah yang berkongsi jarum turut menghadapi risiko yang sama. Begitu juga penggunaan alatan perubatan dan pergigian yang tidak di nyah kuman dan dicuci bersih. Jangkitan paling ketara adalah melalui hubungan seksual dan hubungan rapat melalui pembawa penyakit ini. Individu yang menghadapi penyakit ini secara serius dan teruk adalah turut menjadi pembawa.
Mereka yang dijangkiti secara teruk mempunyai risiko tinggi mengalami penyakit dan kanser hati yang boleh menyebabkan kematian. Risiko ini meningkat 200 ke 300 kali ganda berbanding yang bukan pembawa. Turut didapati wanita pembawa Hepatitis B,mudah menjangkitkan ia kepada bayi yang dilahirkannya dan bayi tersebut pula menjadi pembawa dan menyebarkan kepada orang lain. Harus diingat, virus ini telah didapati hampir di semua bahagian berair dan cecair tubuh manusia.
3- 5% darah di derma di Semenanjung Malaysia diperiksa mempunyai virus HBU iaitu virus yang menyebabkan Hepatitis B. Ini bermaksud, sekitar 468,000 ke 780,000 daripada jumlah penduduk, Sekitar 15.6 juta, sudah menjadi pembawa yang boleh menjangkitkan ia kepada orang lain dan mereka ini mempunyai risiko yang tinggi menghadapi penyakit hati dan kanser hati.
Hepatitis B boleh dicegah. Kini terdapat vaksin Hepatitis B yang diberikan secara suntikan. Bagi orang dewasa dan kanak-kanak berumur 10 tahun ke atas, vaksin ini diambil 3 kali di jarak selama sebulan. Bagi kanak-kanak yang berumur di bawah 10 tahun cukup 2 dos yang dijarakkan selama 2 bulan. Dos booster juga perlu diberikan selepas 12 bulan. Daripada data-data yang diterima, penerima suntikan yang lengkap boleh mempunyai imuniti lebih enam tahun. Satu dos tambahan perlu diambil selepas jangka itu untuk meningkatkan semula pertahanan badan.
TANDA-TANDA PENYAKIT
Tanda-tanda awal sama dengan flu, demam, menggigil, keletihan, sakit
kepala, sakit perut, muntah, hilang selera makan, sakit‑sakit otot dan sendi.
Kemudian diikuti dengan penyakit kuning pada kulit dan pada bahagian mata
putih, selain itu air kencing akan menjadi kuning dan najis pucat. Hepatitis A
dan B menampakkan tanda‑tanda. yang hampir sama pada pesakit yang dijangkitinya
JANGKITAN
Virus ini tersebar
melalui darah yang tercemar atau bendalir badan yang lain seperti air liur, air
mani, atau bendalir faraj. Oleh itu penyakit ini boleh berjangkit menerusi
penggunaan alat-alat peribadi yang tercemar (contohnya pisau cukur, berus gigi,
dll) atau jarum, atau melalui perhubungan seks dengan orang yang dijangkiti
MEREKA YANG MENGHADAPI RISIKO
- mereka yang bermain sukan sentuhan dan kemungkinan mendapat luka dan calar‑calar pada kulit
- pekerja jagaan kesihatan, juru teknik makmal clan pekerja lain yang kerap menyentuh darah atau bahan darii darah
- remaja yang aktif dan rambang seks, homoseksual dan pelacur
- mereka yang menerima rawatan akupunktur dan mereka yang membuat tatoo di badan
- mereka yang kerap melawat rantau yang tinggi kadar penyakit ini
- bayi yang lahir dari ibu-ibu yang membawa penyakit ini
- perhubungan rapat dengan pesakit tenat yang mengidap penyakit hepatitis B dan pembawanya
- mereka yang menyalahgunakan dadah intravena
Hepatitis C
Hepatitis C merupakan jangkitan yang sukar dikesan oleh
pesakit sendiri kerana ia selalu menyerang tanpa membawa simptom, membawa
simptom yang tidak menonjol atau tidak berpanjangan. Hepatitis C sering menerima gelaran sebagai pembunuh
senyap kerana ramai pesakit tidak mengetahui diri mereka dijangkiti sehingga
bertahun-bertahun malahan berpuluh tahun lamanya.
Apa yang menyedihkan, kebanyakan kes Hepatitis C
hanya diketahui selepas umur 40 tahun walaupun ramai pesakit tersebut
dipercayai telah menghidap virus berkenaan tersebut jauh lebih awal. Tidak kurang yang hanya menyedari tubuh mereka
menjadi habitat virus selepas tahap kesihatan bertambah teruk akibat kegagalan
hati atau pertumbuhan kanser hati.
Satu daripada 5 antara mereka yang menghidapi Hepatitis C akan mengalami parutan dan pengerasan hati secara berperingkat. Risikonya mengalami barah hati meningkat sebanyak 5 peratus selepas 20 tahun dan 4 peratus setahun bila hati mengalami parut.
Penyakit ini merebak melalui pendedahan kepada darah mereka yang menghidapi penyakit Hepatitis C. Malah darah yang telah kering masih mempunyai virus yang boleh menjangkiti. Antara cara jangkitan adalah dengan menyentuh darah yang telah dijangkiti. Malah perkongsian alatan suntikan ubat dan darah boleh menjadi punca jangkitan. Kebersihan alatan tatoo dan tindik juga perlu dipastikan dan mereka yang menerima darah atau produk darah sebelum 1994 perlu menjalani pemeriksaan.
Bahaya jangkitan juga datang melalui berkongsi berus gigi, pisau cukur dan alat pemotong kuku dengan mereka yang diketahui mengidap hepatitis C. Walau pun risikonya rendah, namun kesan darah mungkin terdapat pada alatan yang dikongsi. Berkongsi tuala juga boleh mendatangkan risiko. Jangkitan melalui hubungan seks adalah rendah dan masih samar-samar lagi kewujudannya. Namun ada kajian tentang bahan-bahan virus hepatitis ini dijumpai di dalam cecair vagina atau air mani.
Cara jangkitan Hepatitis C lebih kurang sama seperti cara
jangkitan virus HIV di mana antara penyebab utama jangkitan ialah perkongsian
jarum dadah. Pemindahan darah juga menjadi cara jangkitan
yang utama tetapi sejak 1990-an. kebanyakan negara telah melakukan kawalan
ketat untuk mengelakkan jangkitan Hepatitis C melalui pemindahan darah.
kajian mendapati terdapat
kemungkinan besar Hepatitis C juga boleh dijangkit daripada ibu kepada anak
dalam kandungan. Terdapat kes di mana kanak-kanak seawal tiga hingga
lima tahun dijangkiti Hepatitis C, satu-satunya penjelasan yang boleh diterima
ialah virus dijangkiti ketika mereka dalam kandungan. Walaupun pesakit Hepatitis C berpeluang sembuh,
namun kajian dunia menunjukkan hanya 40 peratus pesakit sembuh selepas setahun
menerima rawatan.
Faktor genetik dan keturunan turut
mempengaruhi peluang penyembuhan pesakit Hepatitis C dan kajian menunjukkan
pesakit Asia mempunyai peluang yang lebih besar untuk sembuh. Keadaan ini disebabkan oleh faktor genetik di mana
mereka yang memiliki genetik positif mempunyai peluang penyembuhan lebih 70
peratus. Dalam kes Hepatitis C, gen positif lebih prevalen
di kalangan penduduk Asia berbanding Caucasian dan Afrika. selain faktor genetik, soal usia dan
metabolisme turut mempengaruhi peluang penyembuhan seseorang pesakit. Pesakit muda lebih berpeluang untuk disembuhkan,
mereka yang mempunyai Indeks Jisim Badan (BMI) rendah juga menunjukkan hasil
rawatan lebih baik berbanding pesakit dengan BMI tinggi.
Kejayaan rawatan juga bergantung kepada bilakah
anda menerima rawatan iaitu sejauh mana kerosakan hati anda. Peluang pesakit
untuk sembuh lebih tinggi jika mendapat rawatan awal. Rawatan Hepatitis C bagaimanapun bukan semudah yang
disangkakan apatah lagi tiada jaminan bahawa pesakit boleh sembuh sepenuhnya,
keadaan ini sering menyebabkan pesakit takut untuk menghadapi perjalanan
rawatan yang sukar.
Rawatan
Terdapat dua kaedah rawatan di mana yang pertama
melalui suntikan sekali seminggu, iaitu stimulasi imun badan pesakit untuk
menentang virus. Ia merupakan satu rawatan yang tidak spesifik. Pesakit akan menerima kesan sampingan seperti sakit
badan dan demam. Rawatan memakan masa kira-kira 48 minggu, ramai pesakit tidak
tahan dan takut untuk menerima rawatan. kaedah kedua menggunakan ubat pula
didapati mampu menghentikan pembiakan virus Hepatitis C walaupun saintis masih
gagal menguasai secara 100 peratus bagaimana ia berfungsi.
Masalahnya ubat ini ialah ia bersifat toksik kepada
sel darah merah, menyebabkan hemoglobin menurun dan membawa kepada amenia. Walaupun rawatan itu menimbulkan kesan yang tidak
diingini tetapi ia tetap perlu dijalankan kerana virus Hepatitis C tidak akan
hilang dengan sendirinya, rawatan segera menjanjikan peluang penyembuhan yang
lebih baik. Ujian lebih daripada sekali perlu dilakukan kerana
mungkin terdapat virus yang ‘tersembunyi’ di hati tetapi tidak dikesan dalam
ujian darah.
Pesakit yang telah sembuh pula perlu menjauhi gaya
hidup berisiko kerana virus Hepatitis C yang baru boleh menyerang semula
pesakit yang sama.Dalam pada itu, syarikat-syarikat
farmaseutikal telah melakukan banyak kajian mengenai Hepatitis C dan ubat baru
yang menyasarkan virus itu secara spesifik telah diperkenalkan di lebih 40
negara dan dijangka diluluskan di negara Asia Tenggara seperti Filipina dan
Malaysia pada 2012. Ubat yang sedia ada adalah merangsang sistem imun
badan pesakit untuk melawan virus, ubat baru yang dikeluarkan pula menentang
virus secara fokus. Ubat baru ini boleh digunakan seiring dengan dua kaedah
rawatan sedia ada. Kemunculan ubat ini menawarkan peluang baru kepada
pesakit Hepatitis C yang gagal disembuhkan sebelum ini.
Walaupun kemajuan farmaseutikal dapat menawarkan
lebih peluang kepada pesakit yang menderita virus Hepatitis C, namun usaha itu
perlu dilakukan selari dengan pengesanan awal bagi memastikan kejayaan
berganda.
Lazimnya, selepas
terdedah kepada virus penyakit itu, pesakit jarang mengalami sebarang simptom
atau gejala. Hanya 20 peratus daripadanya akan mengalami hepatitis akut dan
mengalami gejala seperti tidak sedap badan, lemah, kurang selera makan dan
badan bertambah kurus. Bagaimanapun, kira-kira
85 peratus pesakit akut hepatitis C akan mengalami kronik hepatitis C atau
kanser hati selepas tempoh antara 20 dan 50 tahun.
Simptom yang boleh
dialami adalah terasa loya, jaundis, demam dan air kencing berwarna kuning
pekat. Bagaimanapun, bukan semua pesakit hepatitis C akan mengalami gejala
seumpama itu. Dalam keadaan kronik, hati yang tidak lagi berfungsi boleh
menyebabkan pesakit mengalami busung atau asites iaitu keadaan perut yang
membuncit. Sehubungan dengan itu, biarpun saudara kelihatan sihat dan
bertenaga, itu tidak bermakna saudara bebas daripada jangkitan virus berkenaan.
Apakah bentuk
pemeriksaan bagi mengesan hepatitis C?
1. Pemeriksaan fungsi hati dikenali sebagai serum ALT/SGPT.
2. Pemeriksaan anti hepatitis C (HCV).
3. Biopsi hati.
Apakah masalah dihadapi
pesakit hepatitis C?
Apabila seseorang
pesakit didapati positif terhadap pemeriksaan mengesan virus hepatitis C,
mereka memerlukan sokongan moral daripada keluarga dan masyarakat sekeliling. Pesakit mestilah dirujuk sama ada kepada pakar gastroenterologi atau hepatologi
bagi menjalani pemeriksaan lanjut dan seterusnya mendapatkan rawatan dan terapi
ubat-ubatan. Justeru, pesakit hepatitis C tidak seharusnya disisihkan daripada
masyarakat kerana virus penyakit itu hanya merebak melalui pemindahan darah dan
bukannya melalui sentuhan atau percakapan.
Apakah bentuk dan jenis
rawatan?
1. Banyakkan berehat.
2. Berhenti mengambil minuman keras.
3. Amalkan diet seimbang dan berkhasiat.
4. Pemindahan organ. Bagaimanapun, ia hanya dilakukan di negara Eropah dan
Amerika Syarikat.
5. Pengambilan ubat-ubatan yang dibekalkan oleh doktor.
BAGAIMANAKAH VIRUS HEPATITIS C MEREBAK?
Lazimnya,
transmisi virus hepatitis C merebak melalui pemindahan darah yang sudah
dijangkiti virus itu melalui:
1. Perkongsian jarum suntikan di kalangan penagih dadah.
2. Pemindahan darah jika darah yang didermakan tidak menjalani ujian saringan.
3. Haemodialisis di kalangan pesakit buah pinggang.
4. Pemindahan organ apabila organ itu didermakan oleh pesakit hepatitis C.
5. Amalan perubatan yang tidak selamat iaitu apabila membabitkan kakitangan perubatan yang mengambil darah daripada pesakit hepatitis C.
6. Proses kelahiran, iaitu membabitkan ibu berpenyakit hepatitis C kepada anak.
7. Mereka yang gemar mengamalkan seks rambang.
2. Pemindahan darah jika darah yang didermakan tidak menjalani ujian saringan.
3. Haemodialisis di kalangan pesakit buah pinggang.
4. Pemindahan organ apabila organ itu didermakan oleh pesakit hepatitis C.
5. Amalan perubatan yang tidak selamat iaitu apabila membabitkan kakitangan perubatan yang mengambil darah daripada pesakit hepatitis C.
6. Proses kelahiran, iaitu membabitkan ibu berpenyakit hepatitis C kepada anak.
7. Mereka yang gemar mengamalkan seks rambang.
Apakah langkah bagi
mencegah penyakit hepatitis C?
1. Amalkan gaya hidup sihat.
2. Jauhi seks rambang.
3. Berhati-hati ketika bertindik, bertatu, bercukur dan menjalani rawatan
akupunktur dengan memastikan peralatan digunakan benar-benar bersih dan
selamat.
4. Jauhi dadah.
Penjagaan kebersihan adalah penting bagi menghindari mana-mana jenis hepatitis. Elakkan berkongsi alatan mandi seperti berus gigi, pencukur dan tuala dengan mana-mana individu. Jangan berkongsi jarum atau alatan perubatan dan pastikan alatan perubatan dan pergigian telah dibersihkan terlebih dahulu. Penyakit yang boleh berkekalan sepanjang hayat seseorang ini tidak dapat dikesan bagi sesetengah pesakit kerana kebanyakan mereka tidak mengalami masalah besar, sehinggalah mereka meningkat tua. Ada yang dihinggapi penyakit ini ketika berusia lima tahun lagi, tapi hanya disedarinya 20 tahun kemudian.
Bagaimanapun, mereka bernasib baik sekarang. Penyakit ini, yang dianggap tidak boleh diubati sebelum ini, kini boleh diubati dan sejak sembilan tahun lepas, sejenis ubat sudah ditemui untuk pesakit hepatitis C. Satu kajian telah dijalankan terhadap tujuh ribu pesakit hepatitis C dan mereka dirawat dengan ubat berkenaan selama enam tahun. Setelah dirawat, virus berkenaan dikesan tidak wujud lagi dalam tubuh mereka dan kehadirannya terus tidak dapat dikesan dalam tempoh lima tahun selepas itu. Sejenis ubat baharu juga ditemui sebulan lepas bagi pesakit hepatitis C, yang mampu meningkatkan kadar penyembuhan mereka.
Ini merupakan penemuan penting bagi pesakit hepatitis C, walaupun ubat bagi hepatitis jenis lain belum ditemui. Namun demikian, semua jenis hepatitis boleh dikawal melalui rawatan berkala yang disediakan di semua hospital di seluruh negara. pemeriksaan awal perlu dilakukan dan perundingan dengan doktor patut diadakan untuk memastikan penyakit berkenaan dapat dikesan dan penghidapnya diberi rawatan.
Elakkan amalan seks bebas. Jangan bertukar-tukar pasangan. Pemakaian kondom masih tidak dapat mengelakkan jangkitan kerana virus ini telah didapati dalam air liur dan cecair badan yang lain. Berhati-hati apabila bertindik dan melukis tatu, rawatan
akupunktur dan bercukur kepala juga boleh mendedahkan seseorang kepada
hepatitis C. Peralatan yang digunakan seperti gunting, pisau cukur dan jarum
yang tidak bersih dan sudah dijangkiti virus penyakit itu akan meningkatkan
lagi risiko seseorang menjadi mangsa hepatitis C
Dapatkan suntikan vaksin terutamanya hepatitis B. Bersihkan tangan selepas ke tandas dan sebelum makan. Jalani pemeriksaan kesihatan dan darah sekurang-kurangnya setahun sekali dan sebaiknya 6 bulan sekali. Hepatitis A, B dan C mudah untuk dielakkan. Sebarkan maklumat bahan bahaya penyakit ini kepada yang lain kerana ia semakin menjadi wabak. Dapatkan vaksin dan perbaharuinya setiap 6 tahun bagi vaksin hepatitis B.
Noktah..=))