Sunday, July 19, 2009

"Kembali Senyum."

Assalamualaikum semua..==))



Apakah makna senyuman dalam diri anda???...namun bagi ku... pastinya senyuman adalah anugerah dan hadiah yang paling bernilai dan istimewa kerna hadiah ini tidak akan rosak & expire serta tidak ada dijual dimana-mana kedai di dunia ini.....wah hebatkan.....huhuhu... w/pon hebatnya cinta laila & majnun... romeo & julie.... namun....smile,..happy...and senyum...adalah perasaan yang lahir secara semulajadi dan tidak perlu dipupuk dan dijaga seperti ikatan dan hubungan manusia malahan smile adalah tali penghubung manusia....hahahaha...seperti kata-kata pujangga... hehhehhe... iaitu hargailah benda yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit (RM) kerna itulah (senyuman) kekayaan sebenar kehidupan kita..huhuh..lagu cute ni khas untuk semua kwn2 yang suka happy2 and kembali senyum...



First of all.... us nak ucapkan tahniah kat team manchester united and skuad kebangsaan yang menang tipis 3-2 semalam.. heheheh... and bones satu lagi perlawanan pada mlm esk setelah menunjukkan persembahan hebat di Stadium Nasional, Bukit Jalil petang semalam... us tumpang gumbira jer la and bagi sokong dr luar stdium...hehehe....maklumlah stadium tak nak trima us .. hahahahah...pastinya lebih 85,000 penonton yang hadir berasa puas hati,..gumbira and kembali senyum kerna rata-rata penyokong yang hadir adalah penyokong red devil ...hahaha... and julung2 kalinya MU bertandang ke malaysia untuk dua kali perlawanan,..maklum la gaji penjawat awam baru masukkan.heheh.

May be kwn2 penah dgr lirik lagu senyumlah ini... yang selalu kita dgr kat corong2 radio masa kecil2 dulu... cam ni... hhahahah...


Senyum seindah suria...yang membawa cahaya...senyumlah dari hati...duniamu berseri...senyum umpama impian dalam kehidupan...kau tersenyum...ku tersenyum...kemesraan menguntum

senyum.... kepada semua...senyumanmu amatlah bermakna...senyum membahagiakan..dengan senyuman...terjalinlah...ikatan..."

may be kita sendiri tidak sedar sejak bila kita berhenti senyum dalam kehidapan.... maklum la us ni mmg jenis org suka senyum.... depan laptop pon bole senyum sorang2... tp korang jangan la pula salah tafsirkan yer...hehehehehe.....senyuman adalah terapi semulajadi yang dapat membantu menghilangkan masalah..,stress and yang penting awek muda...so smile yeah...... huhuhuhu.. smile merupakan nilai kehidupan yang sebenar yang payah jumpa... and susah cari...hehe... korang paham2 sendiri la ekk... namun hakikatnya ramai manusia di dunia ni tidak tahu bagaimana hendak memulakan smile pada diri sendiri..ibarat penghargaan pada diri sendiri laa ..emm renung2 kan lah... huhuhu..

Mungkin kwn-kwn semua penah dgr or x dak penah tahu-menahu langsung mengenai kisah pinky smile yang dicalonkan sebagai dokumentari terbaik 2009 di Oscar awards .Pinki adalah seorang budak yg berasal dr india selatan yg mempunyai kecacatan sejak dalam kandungan lagi... pada setiap tahun seramai 35,000 org kanak2 dilahirkan sumbing or clefts di India..... pinki antara kanak2 malang yang tidak pernah mengenal erti senyum dalam kehidupanya sehinggalah dibantu oleh doktor dan sokongan perubatan bagi membantu kanak2 sumbing yg sekaligus mengembalikan semula senyuman pada wajah kanak2 tersebut...emm bertapa gumbiranya kan sekiranya kita dapat membantu orang lain tersenyum w/pon bukan dgn bentuk RM...emm.. fikir2lah sejenak...... huhuhu...

video ini khas kepada semua kawan2 yang tidak tahu nilai sebenar senyuman dalam kehidupan..senyumlah... senyumlah..==))


P/S..Mulakan hari anda dengan senyuman..;P


Noktah...

Friday, July 17, 2009

"Beranilah Katakan Tidak"


Assalamualaikum ....==))





sekiranya anda berusaha memenuhi kenginan orang lain, 
anda sebenarnya berusaha untuk gagal

Gambar bersama dato fadhilah kamsah ini diambil semasa menghadiri program menjadi pelajar cemerlang di IPTA di komplek bestari ukm....macam program pengisian rohani la...w/pon berlangsung dalam masa yang singkat tetapi pengisian dan kualiti nya yang cukup bermakna serta membantu mengembangkan kredibiliti diri.. dato fadhilah kamsah juga adalah salah sorang idola us..;p


Seperti kata-kata dato fadhilah kamsah dalam buku nya yang bertajuk 55 petua orang berjaya..tajuk katakan Tidak juga telah dimuatkan oleh beliau.. Mungkin semua kawan-kawan pernah mengalami keadaan tidak berani katakan Tidak sebelum ini ataupon mmg selalu menghadapi situasi sebegini dalam kehidapan seharian. Tidak kiralah semasa membeli belah, berkerja, makan, ajakan rakan-rakan, kekasih atau suami isteri..S0, bukan katakan tidak pada rokok jer 0k..=))

Memang tidak dinafikan, us juga merupakan salah seorang yang bole dikatakan tergolong dalam kategori ni la... hehehe.. tapi untuk perkara yang kecil-kecil and remeh jer la.. sebabnya,  us ni malas nak bising2... contohnya dalam bab makan... us ni org yg agak cerewet ttg bab makanan dan terlalu jaga mkn...hehhehe.. tapi bila ada diner or lunch dgn kwn-kwn atau family... us hanya tahu cakap ya, boleh la makanan ni and angguk je la...hehe..=)).. mungkin kita patut katakan "Ya" pada sesetengah perkara kan..=))


us memang sederhana and low profile orangnya and pastinya tidak suka mencari masalah dan tidak mahu terlibat dengan sebarang kontroversi. Setiap langkah dan keputusan, adalahlah bergantung kepada kemampuan diri dan berfikir sebelum melakukannya...Bukan nk promote diri 0k..maybe kualiti diri and mengenal diri sendirilah..=))


Rata-rata komen or pendapat yang selalu us dgr apabila bercakap mengenai situasi ini adalah kerna hendak menjaga HATI orang lain yang akhirnya susah hati kerana terlalu baik HATI.... harap korang paham yee. kehidupan us juga tidak penah lari daripada hal sebegini...setiap minggu us selalu mendengar rungutan and ngomelan kakak us. Maklumlah nk lepaskan stress melalui bercerita and nak audit dairy mingguan..=))


Katanya, masalah inilah yang selalu dihadapinya dan terpaksa menanggung beban seorang diri dan rasa tidak puas hati...katanya x sampai hati nak kata tidak,..;p.. Maklumlah hendak menjaga hati semua org katanya terpaksa,terpaksa dan  terpaksa.  w/pon pahit terpaksa us telan juga mendengar ngomelan kakak us ni.. heheh.. Adakah berbaloi sekiranya selalu menjaga hati orang lain.. w/pon kadang2 tiada sesiapa yang hendak menjaga hati kita, bukan hendakkan balasan tetapi cukuplah sekadar menjaga hati..heheh..;p

selalunya orang yang tidak berani katakan TIDAK ni adalah berpura-pura pada diri sendiri and tidak memberi diri sendiri ruang dan pilihan yang akhirnya perlukan rawatan dan ubat.. seperti pepatah melayu iaitu,.. buat baik berpada-pada., buat jahat jangan sekali. Namun perkara ini adalah terlalu subjektif, bergantung kepada penilainya. Adakah berbaloi menjaga hati semua orang w/pon hati sendiri menderita atau inilah lumrah dunia yg terpaksa diterima...;p


Apapon, kaulah apa kau fikirkan..=))
1. sanggup berkorban apa saja??
2. ingin menjaga hati???
3. orang ln bahgia,saya pon bahgia???.
4. be gentlemen??.. jadi pak turut..??
5. kamu la pemanupulasi org ln....???


Siapakah kamu.??..;P

Noktah...

Wednesday, July 15, 2009

Mengenal Diri Sendiri Melalui Tarikh Lahir

Assalamualaikum..=))


 ciri-ciri diri sendir
i

1. Pemimpin
2. Lembut
3. Kemas (Cerewet)
4. Rajin
5. Boleh berbincang
6. Angin
7. Patuh
8. Bisnes
9. Glamour

Contoh: 13/10/1986

1 +3 = 4

Maka kotak pertama adalah 4.. Kemudian campurkan kesemua nombor..
1 + 3 + 1 + 0 + 1 + 9 + 8 + 6 = 29

Kemudian hasil campur yang lebih dari 9 akan dicampur lagi seperti:
2 +9 = 11

Kemudian hasil campur yang lebih dari 9 akan dicampur lagi seperti:
1+1 = 2

Maka kotak kedua adalah 2.. Selepas itu kotak pertama akan dicampur ngan kotak kedua
4 + 2 = 6

Maka kotak ketiga adalah 6
hasilnya..

4: Rajin

2: Lembut

6: Angin

rupanya aku ni angin juga... heheheh... watch up.... huhuhu
Maka anda sudah cerminkan diri anda mungkin sifat-sifat ini ada dalam diri anda dan mana tahu mungkin suatu hari nanti dengan sifat ini anda akan menjadi seorang yang berguna..

ciri ini hanya la untuk suka-suka...

Noktah..;P

Monday, July 13, 2009

"Two Voices One song."

Assalamualaikum..=))



First of all...Thankz kat semua kawan yang ada di sisi us... hehe. us tujukan lagu yang sgt istimewa ni kepada semua sahabat...It's so rare to find a friend like you....If I could wish for one thing ....I take the smile that you bring,...Wherever you go in this world my pray will come along.. selamat hari kawan sedunia... w/pon da lama lepas..=))





Hari yang membosankan, ini la kerja us hari-hari sepanjang bergelar pelajar, kalah study kan... hahah.. Seingat us la kan disekolah dulu, aku la pelajar paling malas mengarang dan menulis terutamanya subjek bahasa.. haha... tp hari ini, us da mula berjinak2 belajar menulis kembali w/pon kurang 350 patah perkataan macam waktu exam. us da mula memaksima kan penggunaan laptop kesayangan us ni.. maklum la dok single room plak tu... on 24 jam.. klu x sunyi la hidup us.=))

Semalam adalah hari yang menbosankan, bermula pada pukul 7 am us macam biasa membelek2 kosmo and hmetro online.. itu la kerja yg dapat us lakukan bersama teman us  ini... heheheh...then us keluar bersama geng2 us. namun tiada hala tujuan...segala perancangan us tidak menjadi pada saat2 akhir.. dr bukit tiara (salah satu kawasan banglow mewah di malaysia dgn pengawai keselamatan yg menakutkan..) ke klcc then ke putrajaya, namun semua nya sia2. sepanjang perjalanan us hanya memikirkan masalah. masalah dan masalah saja..=)).. Nape la otak us selalu aktive pikir pasal semua masalah ni.  Masalah ini selalu memberi masalah kepada mood us,  expresion muka pon x dapat hidden.. heheh..=))

Sebenarnya hari ahad semalam merupakan hari bermakna sahabat us iaitu majlis perkahwinannya di sabah, namun agak mengecewakan juga la.. kerna us x dapat pegi mengacau kat majlis tu.. =))

Apapon, utk semua kengkawan... w/pon da lama x bersua, x bermesej, x bercakap.. doa us sentiasa bersama sahabat semua.. tak kira jauh ke dekat...us doakan semoga bahagia selalu.  harap korang kenal us.. tiada istilah dendam n marah dalam hati...sekali bergelar kawan.. us pegang sepanjang hayat w/pon jarang bertemu..and you always in my heart..;p


us dedikasikan lagu ini utk kawan semua ok..;p

Noktah..;p

Friday, July 10, 2009

"Mistake are ok, as long you learned"

Assalamualaikum..=))




14 REJAB 1430 - 0130 pm

Today, may be my unlucky day, hari ini hari yang meletihkan, berjalan ke hulu ke hilir macam orang x betoi je...makin maju negara, makin berbirokrasilah semua perkara and makin banyak peraturan dan makin banyak la duit keluar..=))

Da 3 hari us kat blok d1101 kolaj zaba... hampir 2 bulan tinggalkan kolej ni.. dan byk juga crita yg pelik2 yang us dgr kat cni...takziah juga pd keluarga mangsa jatuh bangunan blok c kolej ni, moga2 apa yang berlaku mempunyai hikmah disebalik perkara ni..walaupon kedengaran teka teki... namun Allah lebih mengetahui...=))

" kena denda".... tu la yang berlaku sebenarnya, kali pertama dalam hidup di denda...malu pon ada juga.. nape la us x alert awal -awal lagi... "kamu taun brapa tanya kerani di fakulti us dengan nada yang sinis "..huhuhu.. aduh malunya!!!! ... pas tu us pon berlaku pergi.. tanpItalica fikir panjang bayar jer la denda tu... malas nk gaduh and fikir panjang..=))

Banyak betoi perkara x diduga, satu persatu berlaku.. masa membaca online metro, byk betoi kes jenayah berlaku...terutamanya kat area kajang ni... cni mmg tempat jenayah utama.. maklum la ramai org asing di sini and org2 yang hidup segan dan mati x mau ni.. asyik menyusahkan org saja, sambil membaca brita ni us teringatkan kwan us yang ditawan dalam bas mini diluar ukm. hanya 2 or 3 org penyamun rasanya. semua penumpang kena spot check dalam bas tu. yang teruk nya adalah org pompuan yang pakai rantai.. di hentap sesuka hati.

kena saman lagi!!!!..polis pon macam penyamun juga... apa la yg diorang belajar sampai 9 bulan di pulapor..(pusat latihan polis).. ada ke patut saman org macam penyamun.  kelakar pon da malu pon da tapi  us  ni orang yang low profile.. malu alah kut.. malas nk gaduh. macam ni la  us tidak akan bertolenrasi and cakap dgn org yang  us  x suka and x respect...  kisah lawak and bahaya ni bermula pada satu ptg, tetiba moto  us tenat sebab kurang minyak.. so dgn berhati2 and cover line  us bergerak ke petronas...=))

Tp enta macam mana la 2 org mamat polis ni bole berada kat belakang  us ni... dgn pantas diorang yang menaiki motosikal melakukan kerja terhormat diorang iaitu menyaman orang awan.. maklum la.. tu la kerja diorang.. salah seorangnya menyentap kunci motor  us  yang sedang bergerak dengan pantasnya.. hampir nak tercabut jantung pon ada juga..  us  ingatkan org melanggar belakang motor ku,  namun..nak cakap pandai pon x.. n maybe kurang cerdik la..=))

polis yang menyamun kunci moto  us  itu, terus memintas jalan motosikal us  dan blok motosikalnya pada hala jalan moto us.. and itu la kali pertama us melanggar polis atas tindakan kurang cerdiknya.. macam org nk bunuh diri pon da juga... itukah yang dia belajar masa latihan dulu iaitu blok hadapan kenderaan bergerak. Apa lagi terus us  meluncurkan moto us pada moto mamat polis dan bergolek la mamat tu atas jalan.. hahaha.. maka berlakulah kisah lucu n malu disitu..=))

org ramai yang melihat kejadian itu pon tertanya2 kenapa polis tu menghalang moto org begitu.. polis itu pon bangun dgn pantas.. konon nya nk cover line la.. nasib baik  us  x jatuh moto  maklum la x sempat nk break,.. terlalu dekat juga lah.. klu x maybe berparut2 la muka us  jawabnya.. di situ la  us  di saman walaupon polis itu la yg menyebabkan berlaku kemalangan...may be dia menang sbb dia polis...=))

setahu  us ,.. bila nak menyaman polis kena bt sekatan jalan raya..nape pula terus samun kunci motor yang bergerak dari belakang..tanpa ada sekatan and arahan,, us bawa moto pon slow.. bukan mat rempit yang melarikan diri. Emm nak salah kan sapa ni dan last2 us dapatlah surat cinta. 


kesimpulanya, berkerja secara berhemat and utamakan keselamatan..;p



Noktah..==))

Thursday, July 9, 2009

"Satu Bintang Berjuta Kerdipan"

Assalamuailaikum..=))




al-fatihah..


Sudah sekian lama menyepi, hari ni terpanggil nk update blog ni. Hari ini genap 2 mggu tentang pemergian jakco, namun masih ramai bercakap tentangnya dan ranking downloader pon semakin bertambah. Nape jadi cam tu.. lebih famous selepas pergi... jom kita view ckit sapa jacko ni....=))

REST IN PEACE
..MJ

Michael Joseph Jackson atau Jacko, lahir pada 29 Agustus 1958-26 june 2009 dan dikenali serata dunia.... sebagai 'The King of Pop'. Ia adalah seorang pemuzik, penghibur, dan ikon pop Amerika . Ia telah mempengaruhi budaya pop di Amerika lebih 40 tahun .

Michael Jackson dipandang sebagai salah seorang penghibur terhebat dengan hasil rakaman paling popular dalam sejarah musik dunia. Dengan mempamerkan teknik-teknik fizikal yang rumit, seperti tarian robot dan moonwalking. 
Bintang yang mula menyinar ini memulakan cariernya seawal usia tujuh tahun sebagai penyanyi utama kumpulan The Jackson 5. Ia telah mengeluarkan rekaman solo perdana, 'Got to Be There' pada tahun 1971.

Dalam karier solonya, Jackson menerbit album yang terlaris dijual sepanjang zaman, iaitu album Thriller sebanyak 104 juta. Selepas Thriller, Jackson mengeluarkan album-album yang menjadi juara carta antarabangsa seperti Bad (1987), Dangerous (1991), HIStory (1995), dan Invincible(2001), album terkini beliau yang mengandungi semuanya karya asli.

Michael Jackson telah menerima 13 anugerah Grammy dan mencatat 13 kali menduduki top #1 single di Amerika. Pada bulan November 2006, World Music Awards mengumumkan Michael Jackson telah menjual lebih 750 juta di seluruh dunia dan Dari 1988 hingga 2005, Jackson menetap di Neverland Ranch. Disana Jacko mendirikan panti sosial untuk anak-anak yang kurang bernasib baik yang telah disalah ertikan sebagai tempat perlakuan seksual terhadap kanak-kanak.

Sebenarnya, Moral de story di sebalik cerita tentang jacko ini adalah tentang bagaimana sebutir bintang yang mengembangkan sinarnya di serata dunia. Ini kerana, jacko menjadi ikon kerana kualiti nya tiada pada mana-mana artais lain. selain itu, jenama yang di bawa nya juga di kenali ramai dan mempunyai expectation dan performance yang tinggi di kalangan peminatnya. Bukan us nak mengagungkannya tetapi setiap manusia perlu tahu akan kualiti diri dan jangan la berbangga atas kejayaan atau harta orang lain, tetapi berusahalah untuk kejayaan diri sendiri,tetapi jangan sesekali riak atas kejayaan sendiri, tetapi ikut la seperti resmi padi...=))

16 reJaB 1430 hijrah..
0251 pm..

Noktah..=))

Monday, April 20, 2009

Blur..!!!.


20/4/2009..

salam..==))

Tepat jam 6 pagi... alarm clock menjerit di kala sunyi...argggggggghhhh...hari ni bermula la final exam kat ukm ni... alangkah bagusnya x dak peksa kan..,itu la benda pertama yg terlintas di fikiran yg blur pagi2 ni........


emm........ bangun awal hari ni,,.. dgn harapan nak sambung study sblm peksa.... tp kenapa la asyik menguap jer dr tadi... tanpa ku sedari mulut yg sedang kusyuk menghafal melantunkan melodi lagu.. hehehehE.. apa yg aku study ni..huhuhuhu..
arrrgggghhhhhh.....


emm.... agak mengecewakan juga.. tak tahu dimana clap nya... kenapa la otak ku tepu tahap maksimun apabila hendak menjawab soalan robot ni..soalan bole dikatakan agak mudah... mungkinkah da lama aku x menjawab soalan peksa.. abis lupa bagaimana nk menjawab dan menulis yg penah ku belajar di sekolah rendah dahulu.. dalam benak ku terlintas segala kekesalan.. emm da abis nota yang aku hafal.. kenapa la x dapat ku tintakan jawapan nya.. emm may be nerves ni.. huhuhuu.. excited nak menjawab sampai tak tahu yang mana pangkal nya


emm....lupakan jer la... x guna di kenang lagi..jom p jogging.. huhuhu.....p release tension kat stadium..

noktah.....