Saturday, October 22, 2011

"Kekasihku suami orang"

Assalamualaikum..==))

I Wish


selamat malam, selamat berhujung minggu dan selamat bergembira bersama orang2 tersayang.. moga2 kegembiran hari2 esok juga adalah milik kita ok...==)).

Sepanjang 2 mggu ni, us asyik dikejutkan dengan banyak berita sedih tentang kematian jer, terutamanya untuk 3 orang rakan baik us yang kehilangan ibu dan ayah tersayang. memang tak dapat di bayangkan lah perasaan kehilangan orang tersayang...tiada perkataan yang dapat diungkapkan kalau kehilangan keluarga tersayang and tempat bergantung harap anak2..sedih yang teramat sangat.. apapun, hanya redha dan doa anak2 soleh yang dapat menjadi penghubung kepada arwah.. moga2 kawan2 us ni tabah and redha atas ujian Allah ya  al-fatihah..==)).

**********************************************************************

0k, berbalik kepada tajuk us malam ni, rasa2nya senario macam ni dah banyak berlaku and menjadi perkara biasa dalam masyarakat kita,.. terutamanya remaja2 yang masih belum kenal erti kehidupan dan konsep berkeluarga,..hihii.. topik yang agak berat kalau nak dibincangkan terutamanya oleh orang yang belum berkahwin macam us ni.  may be, ada orang bersetuju and ada yang tak sependapat dgn us... Apapun ini hanyalah sekadar pendapat bebas and berdasarkan pemerhatian us terhadap orang sekelilinglah...==))

Setiap orang mesti nakkan kebahgiaan kan....macam us jugalah, kita mesti mahukan perkahwinan berkekalan seumur hidup.. jadi istilah bermadu atau dimadu adalah perkara yang sangat berat dan sangat sensitif..sedikit sebanyak akan membuatkan seorang isteri terasa hati dan yang paling teruknya adalah hilang rasa hormat terhadap suami dan seterusnya berakhir dgn penceraian.. sebabnya, Fitrah manusia yang bergelar lelaki or perempuan adalah sukar untuk berlaku adil.. tidak kira dari semua aspek.. sebab kita semua adalah manuasia biasa..==)).. semua makhluk  ada sifat cemburu.. tak kira lelaki or perempuan kan.. macam tu juga us,.. setiap org ada prinsip masing2,.. hehhe.. maklumlah,. us ni adalah org yang sangat tamak,.. jadi agak kedekut nak berkongsi dgn org lain, terutamanya berkongsi suami or kekasih.. hahahah,.. jadi kaedah dia senang jer,..klu org nak and suka sama suka,.. us kasi free n ambil jer terus and hargai diri sendiri selagi boleh... hahahah.. sbb hidup kita ni lebih bernilai daripada bermasam muka and gaduh2.. ibarat berkongsi baju adik beradik la kan.. ada sampai gaduh2.. inikan pula kalau kongsi org tersayang.. speechless kata omputihnya.. heheh.

Berbalik pada topik,..sebenarnya, us ada seorang kawan, boleh dikatakan baik juga la,.. kiranya setiap kali jer berjumpa and berbual dgn us, mesti topik ni lah yang menjadi tajuk panas.. hihihi.. maklumlah, us boleh dikatakan menjadi tempat mengadu and luahan perasaan lah..sebenarnya, banyak benda yang us perhatikan and agaknya dah 2 tahun perkara ini berlarutan.. and jawapan or nasihat dari us tetap adalah sama.. maaf ya kawan, w/pun sebagai kwn, us tetap tidak menyokong tindakan and keputusan anda bila berhadapan dengan situasi macam ni.. byk masalah yang menanti ...apapun, semua ini adalah untuk kebaikan diri and masa depan ok..==))

ok,.. pertamanya.. agak2 lah kenapa golongan muda or perempuan bujang boleh tertarik kepada suami orang ni ya??. hihihi.. banyak juga research yg us bt pasal benda alah ni yg boleh menyebabkan kes bunuh-membunuh ni.. (heheh...research pasal thesis malas plak nak bt kan.).. kenapa ya !!!.. apa sebabnya ya yang orang2 bujang ni tetarik... pening us fikir2 faktor ni..hihihi...=)

ok.. pertamanya, mungkin faktor kewangan..mmg bila difikirkan blk, duit adalah penting kan dlm semua kehidupan.. keluar ckit jer dah kena cas kan. may be org lelaki yg berkahwin ni berada pada tahap yg agak stabil la.. itu pada pendapat org lain... tp bagi us sendiri, bila dah berkahwin,.. byk ujian dan dugaan dia.. selalunya,  ada perkahwinan gagal seawal 2 tahun perkahwinan or kuranglah... tetapi kalau nak difikirkan balik,.. ramai lelaki or wanita berkahwin seawal belasan tahun or pada usia remaja (bawah 30 tahun).. jadi majoritinya adalah masih muda2 and x berduit pon lah.. sbb waktu ini,  mereka sepatutnya berada di institut pengajian utk penuhkan ilmu di dada.. Realiti zaman sekarang, sangat susah mencari pekerjaan kalau setakat lepasan spm.. Jadi tiada pilihan lain ok..==))... Jadi bagi us, lelaki yg berkahwin ni, masih lagi x stabil sgtlah.. sbb masih baru jer nak menapak.. Jadi alasan ni x boleh diguna pakai sgt lah.. dr pemerhatian us, kes2 cinta suami org or berstatus isteri kedua pada usia muda ni byk terjadi pada golongan sederhana, kurang berilmu and yang bernafsu semata2 jer and tidak fikir panjang.. ==))

faktor keduanya, mungkin faktor layanan, romantik and lebih perhatian kut...itu berdasarkan apa yg kawan us katalah... us belum dapat pastikan lagi kebenaran faktor ni,.. hahahah...may be kurang betoinya,.. apapun semua bergantung pendapat masing2.==)). ok meh kita kaji betoi ke idak.. pada pendapat us sendirilah, faktor ni adalah lebih kepada lelaki yg berkasanova la and lelaki yg agak playboy. tp bukan semua ok.. ada juga faktor dalaman rumah tangga yg membuatkan lelaki mencari pasang lain.. semua ni bergantung macam mana org lelaki tu settle masalah dia.. sebab dari pemerhatian us sendirilah, majoriti lelaki suka bersikap cool,.. x suka melenting n berleter.. berbeza lah dgn sikap sesetengan org perempuan.. ada yg suka berleter n gaduh tetapi ada yg bersikap diplomatik.. semua tu bergantung pada tahap ilmu yang kita milikilah kan.. hihi. mungkin dari sudut lelaki yg suka lepas tangan ni akan memberi layanan kepada perempuan lain, kononnya,  isteri tidak dapat menjadi teman mendengar masalah and x romantik and bla.. bla.. bla.. tp mesti di ingat, kelakuan adalah cerminan identiti kita.. jadi wanita perlulah berlajar menilai seseorang dari kaca mata rasional. S0, kalau ada yg nak pasang 2 or 3 tu baik kita cek and fikir balik kemampuan diri...sebabnya, hadiah seorang lelaki semasa diakhirat kelak adalah tanggungjawab pada keluarganya and yang penting nya bykkan bersabar w/pun diambang taufan melanda..==))

Emm.. apa lg yg perempuan suka dari suami org ya??.. mungkinkah dari segi kematangan dan tanggungjawab??..susah juga nk mengkaji faktor ni... sebabnya faktor  ini adalah terlalu peribadi,.. ada sesetengah kes, usia tidak menunjukkan kematangan seseorang sbb ada yang dah tua pon masih lagi tidak matang and kurang profesional...ok.. kalau dari segi tanggungjawab tu, mmg kompem dah out la kan.,iye lakan.. jikalau lelaki asyik nak settlekan masalah dgn hanya melarikan diri,.and hanya nak kan hiburan semata2,.. us rasa org sebegitu patut muhasabah diri and igt blk tujuan asal perkahwinan and tanggungjawab sebagai ketua keluarga...bagaimana agaknya kalau nak kemudikan 2 buah kapal kalau satu pon dah lintang pukang kan... apa pon.. jawapan pada faktor ni tidak lain and tidak bukan adalah dgn adanya ilmu dunia and akhirat..==))

emm.. mmg tak dinafikan.. bukan semua masalah berpunca daripada si suami or si isteri.. ada juga berpunca dari orang ketiga..apapun,.. segala masalah tidak dapat diselesaikan dgn hanya menuding jari and asyik nk salah menyalahkan org lain.. tetapi, mesti di ingat,.. perkara ini tidak akan menjadi semakin serius jikalau si suami or isteri itu tidak membuka ruang pada wanita or lelaki lain.. mungkin niat dihati hanya nk test market or sekadar kawan... ttp dlam hati sapa lah tahukan.. hahahha..  jadi berbalik lah pada agama,.. lelaki adalah pemimpim kaum wanita,.. jadi dari segi hukum,.. salah and dosanya akan dijatuhkan lebih berat pada seorang yang bergelar  suami or lelaki..==))

so,.. us rasalah,.. mungkin seseorang wanita or gadis perlu ada sensor dalam diri sendiri.. hihihi.. jadi bila  terasa  terlibat dalam konflik ni..cepat2 mengundurkan diri  dari menjadi org ketiga.. sebabnya, hidup kita ni terlalu bernilai utk dijadikan taruhan dalam kebahagian yang belum pasti and akhirnya hanya mengundang permusuhan seumur hidup..emm.. ada org cakap, cakap sgt senang dari melakukannya..... yess semua cabaran dapat diatasi kalau kita ada prinsip sendiri,..iaitu, sentiasa menilai dari sudut rasional and bukan dgn emosi semata2.. jadi macam mana nak menjadi org yg rasional adalah dgn ILMU..  keduanya, setkan hati, minda and diri kita untuk berjaya tanpa memandang duit, pangkat, and harta org lain.. jadi hiduplah dgn usaha sendiri.. and lastly,.. us rasanya,.. kita perlulah bersabar dgn jodoh kita,.. and bangun kejayaan and hidup bersama2 dari bawah.. jadi kalau kita berusaha kearah itu, insyaAllah kita akan lebih sayangkan pasangan kita and sebabnya, duit and harta bukanlah sebab utama perkahwinan.. yg pentingnya cara kita settle problem dgn rasional, kematangan and yg penting dgn ilmu..==))

kesimpulanya, us x nampak apa sebabnya wanita or remaja perlu sukakan suami org,..hahah..maybe us ni agak sensitif and prejudis tentang lelaki yg kurang tanggungjawab and lepas tangan ni..(us rasa tak salah klu kita bersifat keras hati kan..kan.. heheh)... tetapi, dari segi pendapat org tertentu may be berlainan.. sebabnya faktor ekomoni, agama, politik, cara didikan and sosial seseorang adalah sangat berbeza dgn yg lain..==))  jadi, kalau jodoh dijadikan alasan tu adalah sgt tidak boleh diterima pakai  kecuali setelah diakad nikahkan,.. apa pon tepuk dada, tanya lah iman ok..==))

p/s.. bila us fikir n discuss perkara ni.. terasa takut plak nak kawin and bila difikirkan balik,  byk cabaran kepada seorang bergelar ibu or ayah untuk membentuk seorang bayi menjadi manusia berjaya nnt..tanggungjawab yg sgt besar,.. ttp masih ramai yg lepas tgn..=))

Noktah..==))

Monday, October 17, 2011

"Diam Penutup Segala Aib"

Assalamualaikum..==))


Well Taken Care Off


Rasulullah SAW juga ada berpesan dalam hadisnya: 

“Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang 

banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya,nescaya 

neraka lebih utama baginya”.




Kita asyik bercakap setiap masa.. percakapan yang baik membawa kebaikan kepada diri dan  orang lain seperti pepatah org dulu2 kerana mulut badan binasa!.. sebabnya Lidah yang  dikurniakan oleh Allah itu digunakan untuk bercakap dengan sesuka hati dan tanpa berfikir  panjang... adalah lebih baik berdiam diri daripada bercakap perkara yang tidak berfaedah dan akhirnya hanya menjatuhkan maruah diri sendiri..==)) jadi berhati-hati dalam setiap percakapan sbbnya percakapan itu melambangkan diri kita yang sebenar..==))



“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang 

baik atau diam”.(Riwayat ABU NAIM )



Noktah..==))

"Pen Pintar Digitar"




Assalamualaikum..==))

Perkembangan dunia sains dan teknologi telah mencipta pelbagai aplikasi moden yang mampu menjadikan aktiviti manusia semakin mudah daripada pelbagai segi. 

Terkini, melalui pen pintar yang diberi nama Pulse Digital, kerja-kerja mencatat menjadi lebih senang kerana ia bukan sahaja mampu merekod data, malah turut berkeupayaan untuk merakam audio. Pen berkenaan perlu digunakan bersama sebuah buku khas di mana setiap helaian kertas pada buku itu didatangkan dengan titik mikro yang berfungsi membantu pen berkenaan mengenalpasti tulisan pengguna dan seterusnya memperdengarkan rakaman yang telah dibuat.

Lebih menarik lagi apabila ia dilengkapi dengan fungsi tambahan seperti kalkulator, penterjemah bahasa dan juga piano mini. Dengan saiz kompak 155 milimeter (mm) panjang dan berdiameter 16 mm, operasi pen tersebut dipacu oleh sistem pemproses Samsung ARM 9 dengan kelajuan 32-bit 150 MHz.

Noktah..==))

Sunday, October 16, 2011

"Jangan berprasangka buruk"


Assalamualaikum..==))


Blah Blah Blah

ISLAM menganjurkan umatnya mengeratkan silaturahim serta hidup rukun damai. Kerana itu kita dilarang melakukan perkara yang menjejas dan merosakkan hubungan baik sesama manusia, antaranya bertelingkah, bermusuh-musuhan serta berprasangka buruk.

Perihal ini dinyatakan Allah SWT dalam Surah Al-Hujarat ayat 12, bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan sangkaan supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa. Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang.” Berdasarkan ayat ini, sesungguhnya sebahagian prasangka itu perbuatan dosa kerana ia timbul daripada perasaan iri hati atau dengki terhadap seseorang, yang kemudian menimbulkan tuduhan tidak berasas kepada seseorang sehingga menyakiti hati orang itu.

Ingatlah, setiap perbuatan yang dilakukan, sama ada baik atau buruk, pasti menerima pembalasan di akhirat. Oleh itu, sebagai hamba yang beriman kepada Allah SWT dan hari kiamat, hendaklah kita menjaga pertuturan dengan berbicara yang baik atau lebih baik diam saja.

Ini sebagaimana riwayat Imam Al-Bukhari menyatakan Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah ia berkata-kata yang baik atau hendaklah ia diam.” Bagi mengelak kita berprasangka buruk, teliti dan selidiki dulu perkara yang kita dengar dan jangan terus membuat andaian bukan-bukan.

Peringatan ini dinyatakan Allah dalam firman-Nya yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu orang fasik membawa sesuatu berita, selidikilah untuk menentukan kebenarannya.” (Al Hujuraat, ayat 6) Rasulullah SAW juga mengingatkan umat Islam supaya tidak cepat terpengaruh dengan berita disampaikan seseorang yang belum pasti benar-benar melaksanakan perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya.

Orang dimaksudkan Rasulullah dikenali sebagai orang fasik di mana baginda SAW bersabda: “Jauhilah oleh kamu prasangka kerana sesungguhnya prasangka itu sedusta-dusta perkataan.” (Riwayat Imam Al-Bukhari) Dalam soal ini, ulama menetapkan bahawa prasangka buruk terbahagi kepada dua bahagian iaitu: Pertama: Prasangka yang mendatangkan dosa dan haram. Prasangka yang mendatangkan dosa dan haram termasuk prasangka terhadap Allah SWT walaupun di dalam hati, prasangka terhadap orang yang dikenali baik (orang yang tidak fasik) dan orang yang tidak melanggar hukum syarak.

Kedua: Prasangka yang tidak mendatangkan dosa Adalah keadaan di mana kita berprasangka buruk terhadap seseorang tetapi ia terbatas di dalam hati dan tidak dinyatakan atau dizahirkan kepada orang lain. Prasangka ini juga dalam keadaan apabila kita berwaspada mengenai keselamatan diri, harta dan keluarga daripada ancaman anasir jahat, contoh daripada orang yang berniat jahat.

Tidak menjadi kesalahan kita berprasangka seseorang itu ingin membuat kejahatan, asalkan kita berwaspada dengan tindakannya dan jangan sewenang-wenangnya melepaskan tuduhan sedangkan seseorang itu tidak melakukan kesalahan itu. Tetapkan dalam diri kita bahawa Allah SWT mahukan hamba-Nya hidup dalam keharmonian. Oleh itu, sewajarnya kita mengamalkan sifat berkasih sayang dan belas kasihan sesama manusia.

Hindarilah daripada berprasangka buruk yang sememangnya diketahui akan merosakkan perpaduan kehidupan manusia, mudah-mudahan kita dapat mengekalkan ukhuwah sesama insan yang sememangnya dianjurkan oleh Rasulullah SAW dan Islam.  

Noktah..==))

Thursday, October 13, 2011

"Sweet 25"

Assalamualaikum..==))

Prosperity Happiness Hope

"Ya Allah Ya Tuhanku, ampunkanlah dosa-dosaku yang terdahulu, yang tersembunyi dan nyata dan segala dosa yang Engkau amat mengetahuinya daripadaku".

Alhamdulillah, tanggal 13 0ktober pukul 9:21 minit malam genablah usia us yg ke-25. Ucapan terima kasih pada kawan2 yang masih igt besday us,.. terasa sedikit tua plak bila bercakap pasal umur ni..==))..Sedar tak sedar dah suku abad rupanya us hidup di atas muka bumi Allah swt. Us bersyukur sangat2 sebab Allah berikan setahun lagi hidup untuk us. Dan tidak lekang dari mulut us setiap kali solat agar dipanjangkan umur untuk mencari redhanya, diberikan kesihatan, keselamatan, dimurahkan rezeki dan dimudahkan urusan untuk diri dan orang tersayang.. Amin..==))

"Ya Allah, cantikkanlah akhlakku seperti mana cantiknya akhlak Rasulullah SAW,Tenangkanlah hatiku bagai tenangnya air ditasik dan serikanlah wajahku seperti mana wajah orang2 yang beriman"

Noktah..==))

Monday, October 10, 2011

"Kan bagus kalau semangat menulis tesis macam menulis blog..==))"

Assalamualaikum..==))


Rose Reflection


Wah.. cepatnya masa berlalu,.. lagi dua bulan lagi semester ni akan berakhir. Macam x pecaya jer, terasa macam baru jer us mendaftar untuk semester ni..heheh.. Pejam celik..pejam celik...dah dipenghujung tahun 2011...Gerun betoi lah.. keje sekolah pon dah makin bertambah2 and byk yg nk disettlekan..==)

Macam x percaya jer us lagi beberapa tahun akan menghampiri 30 thn,.. tp perangai, jiwa and raga macam awal belasan tahun.. heheheh.. kununnya awek muda la kan..==)) . Baru2 ni, kecoh satu malaya pasal budget 2012, Emm rasanya us hanya bole dgr n tgk jer la.. hehhe sbb us tak tersenarai pon dalam budget tu,. maklumlah masih berstatus pelajar kan.. So,.apalah nk dihiraukan pasal budget2 negara tu..hihih...us  just dgr and ambik tau ckit2 jer lah kut..==)).. 

Apapon, diorang sibuk2 pasal budget negara,.. us pon dah ada plan budget 2012 sendiri.. hihihi..mmg x sabar betoi lah utk melangkah 2012,.. sbb waktu ni insyaALLAH.. hidup us pon dah agak stabil.. dah bole bekerja,berdikari sendiri and yg pentingnya dah x berhutang..hihihi. jadi azam 2012, us nk berhijrah and keluar dari ruang lingkup sendiri and nak melancong puas2 + enjoy2 and happy2 jer...=))

p/s..  iklan sekejap...==))
 xdak idea nak mengarang tesis,.. dapat godek2 merepek kat blog sekejap pon jadi lah.. hihihi

Noktah..==))

Wednesday, October 5, 2011

"Congrat Friend"


Assalamualaikum..==))

Congratulations With A Rose

First of all, us nak ucapkan selamat pengantin baru kepada sorang kawan us ni. Manalah tahukan sekiranya kawan us ada melawat or mengikuti blog us yang jarang berpenghuni ni... maklumlah us jarang2 dapat update or menulis kat page ni...heheh,.. kiranya hanya orang2 yg istimewa sajalah yg dapat masuk kat blog us.. sbb us jarang menulis or dedicate apa2 entry untuk someone.. hihihi..

Tapi kali ni lain ckit, sebab sorang hamba Allah ni adalah orang yg selalu ada waktu us susah.. dialah tempat us bergaduh, bergurau senda, penah menjadi kawan baik us and dia jugalah musuh us.. heheh.. sebabnya dia mmg suka bergaduh and mencari gaduh dgn us..==))..hahah.. kadang2 terasa best pula sekali skala ada musuh... kiranya x sunyi la hidup us ni... maklumlah kadang2 us ni pon suka menyakat and buli org...==))

Apapon.. us tetap nak dedicate N3 ni untuk dia walaupon dia adalah musuh tradisi us.. baru2 ni,  kawan us ni dah melangsungkan perkahwinan dia...and us tak berkesempatan nak berkunjung and dah lama x bertanya khabar... Emm.. terasa sedikit terkilan lah.. apapon. ikhlas dari hati..us wish selamat pengantin baru and moga berkekalan hingga ke akhir hayat and hanya Doa sebagai pengganti diri untuk anda...==)) 

Tidak kiralah dimana anda berada,..i wish u gud luck in ur future.. hihih.. sbb us jarang contact or mesej org sekarang ni..so, w/pon us x bermesej or x call..,tak bermakna us tak igt semua kawan2 us ok..==))..

Apapun.. terima kasih sbb masih igtkan us ni ye and segala pertolongan anda x penah us lupa...!! Us harap kita bole menjadi kawan baik lagi and..
Plezz.. plezz....Do Not Let The Future Be Held Hostage By The Past 0k.....===))


Pretend To Hug

Noktah..==)))