Sunday, September 16, 2012

"Strok"


Assalamualaikum..=))



Strok atau angin ahmar ialah serangan otak yang sama ada disebabkan oleh salur darah tersumbat atau berlaku pendarahan di bahagian tertentu otak. Bahagian otak yang terjejas tidak menerima oksigen mencukupi, mengakibatkan sel otak rosak atau mati, sekali gus menyebabkan bahagian tubuh yang dikawal tidak berfungsi. Jika tidak dikesan atau dirawat dengan cepat, serangan strok menyebabkan kerosakan saraf yang kekal atau kematian.

Penyakit ini menjadi punca kematian paling biasa di seluruh dunia, malah punca kematian tertinggi di negara Barat selepas sakit jantung dan kanser. Penyakit ini boleh diklasifikasikan kepada dua jenis iaitu yang berlaku selepas pendarahan otak dan strok yang bukan berpunca daripada pendarahan (strok infark). Biasanya strok pendarahan berlaku secara tiba-tiba tanpa isyarat.

Ia lebih berbahaya berbanding strok bukan pendarahan kerana serangannya boleh menyebabkan kematian manakala peluang pemulihan sepenuhnya tipis. Strok pendarahan berlaku akibat pendarahan di dalam otak. Kecederaan saraf otak yang serius boleh menjejaskan neurologi (sistem saraf), pergerakan, pertuturan, watak, penglihatan, pendengaran mahupun memori.


Pendarahan di bahagian otak yang mengawal perwatakan boleh menyebabkan pesakit kurang siuman. Bagaimanapun, jika cuma pendarahan kecil yang berlaku atau menjejaskan bahagian kanan otak, masih ada harapan untuk pulih. Pendarahan di bahagian otak kiri akan mengakibatkan kesan lebih teruk kepada pesakit.

Apabila diserang strok, pesakit akan dihantar ke bahagian kecemasan dan doktor akan membuat pemeriksaan. Satu daripada perkara penting ialah tahap kesedaran pesakit.Jika pesakit yang diserang strok jatuh koma, peluang untuknya pulih tergugat. Individu berusia 45 tahun ke atas lebih terdedah kepada strok pendarahan. Ujian imbasan otak akan dilakukan untuk mencari punca serangan strok. Ujian imbasan angiogram dijalankan bagi memeriksa salur darah di dalam otak dan membolehkan doktor mengenalpasti sebab pendarahan.

Tahap sedar pesakit akan menentukan rawatan susulan yang dijalankan selain usia dan jenis penyakit lain yang mungkin dihadapi pesakit. Rawatan untuk penyakit ini bergantung kepada faktor penyebabnya. Ada dua jenis rawatan iaitu rawatan perubatan dan rawatan pembedahan.

Untuk pesakit yang muda dengan tahap kesedaran yang kurang dan saiz pendarahan besar, pembedahan mungkin perlu dilakukan selain merawat punca. Pembedahan biasanya dilakukan untuk membuang darah beku dan mengurangkan tekanan di dalam otak. Tempurung kepala yang dibuka ketika prosedur pembedahan tidak dipasang semula selepas pembedahan untuk mengelakkan pembengkakan luka pembedahan. Selepas beberapa bulan, titanium dipasang menggantikan tempurung kepala. 

Menurutnya, jenis serangan strok yang lain boleh dirawat secara perubatan. Pesakit perlu menjalani fisioterapi dan mengambil masa lama untuk pulih, misalnya setahun. Bagaimanapun, pesakit tidak pulih 100 peratus kerana ketika berlaku pendarahan, bahagian otak terbabit mengalami kerosakan. Walaupun pembedahan dilakukan, bahagian mengandungi darah beku itu sudah terjejas.

Tidak seperti organ lain, otak tidak mempunyai kemampuan sembuh sendiri. Terapi rehabilitasi penting bagi memulihkan pesakit yang mengalami strok. Tekanan darah tinggi adalah punca utama pendarahan dalam otak. Penyakit darah tinggi yang berlarutan boleh menyebabkan salur darah kecil dalam otak bengkak dan mudah pecah. individu yang menghidap sakit jantung  boleh mengalami pembekuan darah di dalam jantung dan darah beku itu mungkin tertolak hingga ke hujung dan tersekat, menyebabkan pendarahan otak. Ubat pencair darah mempunyai kesan sampingan yang menyebabkan pendarahan otak

Gejala:
  • tersungkur 
  • koma 
  • lumpuh 
  • penglihatan terjejas 
  • ingatan terjejas 
  • perubahan watak
  • Noktah..=))

    “Bells palsy"


    Assalamualaikum..=))


    bells palsy

    Bells palsy atau  simptom kelumpuhan sebelah wajah adalah kerosakan pada saraf muka. Kira-kira 70 peratus daripada kerosakan itu membabitkan saraf otot kranial ketujuh, yang merangkumi deria rasa (lidah) dan otot dan saraf muka. Bells palsy boleh menyerang sesiapa saja tanpa mengira jantina dan tidak memberi ‘isyarat’ awal. Ia boleh berlaku secara tiba-tiba, selalunya ketika bangun tidur.

    Punca sebenar Bells palsy belum diketahui sehingga sekarang. Bagaimanapun, hasil kajian sekumpulan penyelidik dan pakar perubatan Jepun mendapati penyakit ini berpunca daripada virus herpes simplex. Berdasarkan teori mereka, virus itu yang juga punca penyakit kayap dan cengkering (chicken pox), hidup di dalam saraf ganglion sama ada di sebelah kiri atau kanan telinga seseorang.



    Individu yang didiagnoskan Bells palsy biasanya akan menampakkan senyuman, hidung serta mulut yang senget pada sebahagian wajahnya. Bukan itu saja, aktiviti harian mereka turut terjejas seperti sukar memberus gigi, minum, tidak dapat mengerutkan dahi dan lain-lain. Ramai yang salah anggap mengenai Bells palsy yang dikatakan strok. Ini kerana perubahan atau kecacatan pada wajah sehingga menjadikannya senget sebelah sering dilihat sebagai serangan penyakit berkenaan.

    Seseorang yang diserang strok selalunya akan lumpuh sebelah badan sama ada kiri atau kanan tetapi Bells palsy hanya membabitkan saraf pada bahagian muka saja, sama ada kiri ataupun kanan. Oleh kerana pesakit akan mengalami kerosakan atau kecacatan di sekitar wajah, ramai menganggap diserang strok pada hal jika dilihat, tubuh pesakit Bells palsy tidak lumpuh sebagaimana pesakit strok.

    Simptom atau gejala Bells palsy:


  • Muka menjadi senget.
  • Mata dan kening mereka kelihatan terjatuh atau condong ke bawah.
  • Tiada air mata pada bahagian wajah yang diserang Bells palsy.
  • Garisan pada pipi akan jatuh.
  • Sukar mengawal pengeluaran air liur.
  • Kesan telinga berdesing atau berdengung yang dikenali sebagai tinnitus.
  • Bahagian depan lidah terasa kebas.
  • Sukar meniup dan menghembus.
  • Sakit telinga atau ada inflamasi (keradangan) di dalam telinga.


    Apakah pemeriksaan yang perlu dilakukan?


    1. Mata

    Doktor akan memeriksa mata pesakit. Pesakit diminta memejamkan mata dan doktor akan membuka mata itu. Jika mata pesakit senang dibuka dan bebola mata mereka ternaik, ia menunjukkan mereka mengalami Bell’s palsy.

    2. Lidah

    Doktor akan meminta pesakit menentukan makanan yang diambil itu masin, masam ataupun manis. Deria rasa pesakit terjejas akibat penyakit itu.

    3. Mulut

    Apabila disuruh bersiul, mereka tidak mampu melakukannya.

    Apakah rawatan Bells palsy?

    Bells palsy boleh dibahagikan kepada lima peringkat, iaitu daripada kritikal atau teruk hingga paling ringan.

    Jika pesakit mengalami Bells palsy kritikal, mereka perlu diberikan rawatan segera sejurus tiba di hospital. Jika kerosakan itu dibiarkan hingga melebihi lima hari, ia sukar dipulihkan sepenuhnya.

    Pesakit Bells palsy yang teruk akan mengalami kesukaran untuk menutup mata dan doktor akan memberikan ubat titis air mata tiruan untuk memastikan mata pesakit sentiasa lembap dan membekalkan bahan penutup mata untuk memastikan mata pesakit tetutup bagi mengelak dimasuki serangga yang boleh menyebabkan infeksi.

    Berdasarkan kajian, kira-kira 90 peratus pesakit pulih sepenuhnya selepas menerima rawatan ubat-ubatan seperti steroid dan anti virus yang dikenali sebagai Acyclovir dalam tempoh satu hingga empat minggu. Namun begitu, kira-kira 70 peratus pesakit Bells palsy boleh pulih sepenuhnya tanpa sebarang rawatan khusus. Pesakit Bell’s palsy juga akan dinasihatkan supaya menjalani rawatan fisioterapi di hospital.

    Menerusi rawatan fisioterapi, muka pesakit akan dirangsang dengan bahan yang menggunakan kuasa elektrik. Selain itu, ahli fisioterapi akan meminta pesakit melakukan senaman wajah setiap hari sebagai salah satu usaha merangsang saraf muka mereka.

    Bagaimanapun, kira-kira 15 peratus pesakit akan kekal dengan keadaan wajah yang senget biarpun sudah dirawat. Lazimnya, mereka ini lewat mendapatkan rawatan dan mengalami Bells palsy yang serius. Oleh kerana kerosakan itu membabitkan muka, pesakit selalunya tidak puas hati dengan perubahan pada wajah mereka dan tidak kurang juga yang mahu melakukan rawatan pembedahan kosmetik.

    Pesakit boleh mengalami penyakit itu lebih daripada sekali tetapi ia amat jarang berlaku dan tidak sampai satu peratus. pemyakit 
    Bells palsy tidak memberi kesan terhadap otak dan tubuh badan tetapi ianya hanya meyebabkan 
    kerosakan saraf muka.

  • Biasanya pesakit akan dibekalkan ubat steroid untuk tempoh satu hingga dua minggu.
  • Perlindungan mata
  • Pembedahan

    Noktah..=))
  • "Melasma atau Jeragat"

    Assalamualaikum..=))


    Melasma juga dikenali sebagai chloasma atau topeng kehamilan.  Ianya merupakan masalah kulit yang biasa dialami penduduk Asia. Tompokan berwarna lebih gelap daripada warna sebenar kulit, tidak sekata dan tidak teratur itu biasanya berlaku di pipi, malah ada juga mengalaminya di hidung, atas bibir, dahi dan dagu.  Sama ada berwarna coklat muda, tua atau hitam, ia antara 10 jenis masalah kulit yang lazim dihadapi di Asia Tenggara. Masalah itu lebih kerap dihadapi wanita berbanding lelaki dengan nisbah 12:1, terutama yang mempunyai kulit keperangan, sawo matang dan kuning langsat.

    Melasma berlaku akibat rangsangan melanosit atau sel penghasil pigmen oleh hormon untuk menghasilkan lebih banyak melanin pigmen apabila kulit terdedah cahaya matahari. Di Asia, masalah melasma lazim di kalangan wanita kerana sinaran matahari lebih kuat. Ia boleh berkembang perlahan-lahan tanpa tanda keradangan. Melasma boleh dibahagikan kepada melasma epidermal (menjejaskan lapisan luar kulit) dan melasma dermal (menjejaskan lapisan dalam kulit). Fokus merawat melasma ialah mengeluarkan pigmen sedia ada, selain menghalang pigmen baru daripada terbentuk.

    Walaupun bukan sejenis penyakit, jika dibiarkan tanpa rawatan, ia akan menjadi serius dan menjejaskan penampilan. Wanita dewasa (lingkungan usia 25 hingga 50 tahun) lebih terdedah kepada melasma. Masalah itu terjadi kerana apabila usia meningkat, hormon estrogen menjadi tidak stabil dan sukar dikawal.

    Pendedahan kepada cahaya matahari turut menjadi punca.Tompokan itu biasanya berkembang secara beransur-ansur sehingga menjejaskan kulit wajah. Pendedahan kulit secara langsung di bawah terik matahari juga boleh dielakkan dengan memakai payung atau topi. Bagaimanapun, pengeluaran hormon yang menyebabkan pertumbuhan melasma tidak boleh dikawal.

    Walaupun ramai beranggapan wajah kelihatan lebih berseri ketika wanita hamil, tidak semua wanita melaluinya. Disebabkan perubahan hormon, ibu hamil turut mengalami melasma ketika trimester kedua dan ketiga disebabkan perubahan hormon. Tompokan melasma itu biasanya pudar dan lama kelamaan lenyap selepas melahirkan anak.

    Selain itu, genetik antara faktor utama menentukan seseorang itu mudah mendapat melasma atau sebaliknya. Pengambilan pil pencegah kehamilan dan terapi penggantian hormon turut menjadi penyebab melasma. 

    Antara kaedah mengatasi masalah melasma ialah laser dan krim pencerah. Pengelupasan kulit mengandungi lapisan melasma dijalankan dengan larutan kimia. Kaedah ini lebih sesuai untuk melasma epidermal dan hasilnya, kira-kira 50 hingga 70 peratus melasma akan berkurangan. Selepas rawatan, pesakit harus menjaga kulit dengan rapi dengan melindunginya daripada cahaya matahari terik. Minimumkan pendedahan cahaya matahari di tengah hari dengan memakai topi.

    Pelindung matahari sekurang-kurangnya SPF 30 mengandungi avobenzone, Mexoryl atau penghalang fizikal seperti titanium dioksida atau zink oksida hendaklah dipakai setiap hari. Tidak seperti jerawat yang parutnya lama kelamaan akan pudar, melasma cukup degil dan sukar dihilangkan. Rawatan laser perlu dilakukan antara lapan hingga 10 kali bagi memudarkannya.


    Sebab terjadi melasma:


  • Terdedah kepada cahaya matahari terik 
  • Penggunaan hormon, misalnya pengambilan pil perancang 
  • Penggunaan kosmetik/rawatan kulit tidak sesuai 
  • Keturunan


  • Noktah..=))

    Saturday, September 1, 2012

    " Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-55 "

    Assalamualaikum semua..=))



    First of all, us nak ucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan ke 55 kepada semua warganegara Malaysia. Alhamdulillah, semestinya, us terasa sangat bersyukur dan bernasib baik dilahirkan dalam negara yang aman dan bebas daripada sebarang kesempitan dan peperangan. Walaupun masih lagi berstatus negara sedang membangun dari segi pembangunan dan teknologi, namun Malaysia merupakan sebuah negara islam yang aman dan bebas daripada sebarang peperangan berbanding dengan negara-negara yang lain. 

    Jadi apabila diteliti semula, rata-rata isu peperangan pada abad ke-21 lebih berkisar kepada isu keagamaan berbanding dgn isu politik and ekonomi. Apapon, Semoga keamanan dan kemakmuran yang kita semua miliki mampu diwarisi oleh generasi akan datang tanpa sebarang pertumpahan darah... Amin..=))



    Noktah..=))

    Friday, August 17, 2012

    "Salam AidilFitri 1433 H"

    Assalamualaikum semua..=))


    Alhamdulillah, kurang 2 hari lagi bulan Syawal akan menjelma tiba yang mana menjadi simbolik kemenangan bagi seluruh umat islam selepas berpuasa selama sebulan.

    Di kesempatan ini, us ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua muslimin dan muslimat tidak kira dimana jua anda berada. Maaf zahir dan batin andai ada salah dan silap kepada semua kawan-kawan, sahabat handai dan pembaca blog us sendiri..=))

    Berhati-hatilah ketika memandu dan ingatlah orang tersayang..Moga-moga Ramadhan dan Syawal tahun ini bukanlah yang terakhir buat kita semua..=)).. Amin Ya-Rabb.    


    Noktah..:P

    Monday, August 6, 2012

    "Doa Senjata Orang Mukmin"

    Assalamualaikum..=))



    Ada waktu-waktu tertentu yang mempunyai nilai mustajab doa..  Maka jangan sia-siakan kesempatan untuk berdoa di waktu ini..=)) 

    1. Waktu sepertiga malam yang akhir: "Sesungguhnya Rasulullah bersabda Allah akan turun ke langit dunia setiap malam iaitu sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman: “Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, maka aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan daripada-Ku maka Aku akan mengampuninya”. (HR Bukhari dan Muslim)
    2. Sewaktu berbuka puasa bagi orang yang berpuasa: “Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak”. (HR Ibnu Majah) 
    3. Doa selepas solat fardhu: “Doa itu mustajab pada waktu malam dan selesai solat fardu” (HR Al-Tirmizi) 

    4. Doa di dalam sujud:  “Adapun pada waktu sujud, maka bersungguh-sungguhlah berdoa kerana saat itu sangat tepat untuk dikabulkan” (HR Muslim)..“Sehampir-hampir hamba kepada Tuhannya ialah ketika waktu sujud, maka perbanyakkanlah berdoa” ( HR Muslim )

    5. Sesaat pada hari Jumaat:  “Sesungguhnya pada hari Jumaat ada satu saat yang tidaklah bertepatan seorang hamba muslim shalat dan memohon sesuatu kebaikan kepada Allah melainkan akan diberikan padanya, beliau berisyarat dengan tangannya akan sedikitnya waktu tersebut”. (HR Bukhari dan Muslim)

    6. Ketika Lailatulqadar: Aisyah r.a bertanya kepada Rasulullah s.a.w: “Sekiranya saya bertemu dengan Lailatul Qadar , apakah yang perlu saya baca?.. Jawab Rasulullah s.a.w sebutlah olehmu Ya Allah, sesungguhnya Kamu Maha Pemaaf lagi Maha Mulia. Kamu sukakan kemaafan... Jesteru itu, maafkanlah aku.” (HR Al-Tirmizi, Ibn Majah & Al-Nasa’ie , lihat sahih Al-Tirmizi )

    7. Ketika Hari Arafah: Dari ‘Amr bin Syu’aib Radhiyallahu ‘anhu dari bapaknya dari datuknya bahawasanya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda. “Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah”. (Sunan At-Tirmidzi, bab Jamiud Da’waat 13/83)


    8. Doa antara Azan dan Iqamah: “Tidaklah ditolak doa diantara azan dan iqamah.” (HR Al-Tirmizi)


    9. Doa Ketika Hujan:  Imam An-Nawawi berkata bahawa penyebab doa pada waktu hujan tidak ditolak atau jarang ditolak ialah kerana pada saat itu sedang turun rahmat khususnya curahan hujan pertama di awal musim. (Fathul Qadir 3/340)

    Noktah..=))

    "Bagaikan Sesumpah"

    Assalamualaikum..=))


    Anda tahu apa itu sesumpah?. menurut kamus dewan sesumpah adalah sejenis binatang berdarah sejuk dari katogeri reptilia. Rupa dan bentuk reptilia ini seakan-akan cicak. Sesumpah ini mempunyai satu kelebihan iaitu sesumpah ini boleh menukar warna kulit mengikut persekitarannya. Selalunya sesumpah ini akan bertukar warna apabila diancam oleh pemangsa dan menyamar apabila ingin menangkap mangsanya..;p

    Sebenarnya, Allah swt tidak menjadi semua makhluk dengan sia-sia. Jadi semua makhluk adalah istimewa disisi Allah swt iaitu untuk dijadikan tauladan dan pengajaran kepada semua manusia khasnya. Jadi berbalik kepada kisah sesumpah ini, ada contoh dan pengajaran yang dapat kita ambil daripada keistimewaan yang Allah berikan ini. Mungkin kita semua tidak sedar tentang wujudnya sifat-sifat ini dalam diri kita semua kan.. contoh mudah sifat reptilia yang bernama sesumpah ini adalah talam dua muka atau berpura-pura..;p

    Berbalik kepada tajuk di atas ini, us sebenarnya nak kongsikan kisah manusia yang yang sinonim dengan sifat sesumpah ini. Kisah ini hanyalah pengalaman us sendiri,. jadi tiada kena mengena dengan sesiapa 0k.. Setiap orang ada kisah dan ujian yang berbeza dari Allah. Salah satu ujian yang selalu dialami oleh us sendiri adalah dipertemukan dengan manusia-manusia sebegini. Ujian-ujian sebegini menjadikan diri us sendiri cepat matang dan lebih berhati-hati dalam menilai orang lain. Boleh jadi us membenci perkara-perkara sebegini padahal ianya mungkin amat baik untuk pejalanan hidup us di masa hadapankan... Apapun bersikap positif adalah jalan terbaik daripada berdendam atau bermasam muka.=))


    p/s.. kesimpulanya,.hidup kita mempunyai pelbagai pilihan, hindarilah sifat-sifat berpura-pura, menipu seperti sesumpah ni ok,  and keep patience,  hope and pray for better life..;p 

     Noktah...=))