Friday, August 17, 2012

"Salam AidilFitri 1433 H"

Assalamualaikum semua..=))


Alhamdulillah, kurang 2 hari lagi bulan Syawal akan menjelma tiba yang mana menjadi simbolik kemenangan bagi seluruh umat islam selepas berpuasa selama sebulan.

Di kesempatan ini, us ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua muslimin dan muslimat tidak kira dimana jua anda berada. Maaf zahir dan batin andai ada salah dan silap kepada semua kawan-kawan, sahabat handai dan pembaca blog us sendiri..=))

Berhati-hatilah ketika memandu dan ingatlah orang tersayang..Moga-moga Ramadhan dan Syawal tahun ini bukanlah yang terakhir buat kita semua..=)).. Amin Ya-Rabb.    


Noktah..:P

Monday, August 6, 2012

"Doa Senjata Orang Mukmin"

Assalamualaikum..=))



Ada waktu-waktu tertentu yang mempunyai nilai mustajab doa..  Maka jangan sia-siakan kesempatan untuk berdoa di waktu ini..=)) 

1. Waktu sepertiga malam yang akhir: "Sesungguhnya Rasulullah bersabda Allah akan turun ke langit dunia setiap malam iaitu sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman: “Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, maka aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan daripada-Ku maka Aku akan mengampuninya”. (HR Bukhari dan Muslim)
2. Sewaktu berbuka puasa bagi orang yang berpuasa: “Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak”. (HR Ibnu Majah) 
3. Doa selepas solat fardhu: “Doa itu mustajab pada waktu malam dan selesai solat fardu” (HR Al-Tirmizi) 

4. Doa di dalam sujud:  “Adapun pada waktu sujud, maka bersungguh-sungguhlah berdoa kerana saat itu sangat tepat untuk dikabulkan” (HR Muslim)..“Sehampir-hampir hamba kepada Tuhannya ialah ketika waktu sujud, maka perbanyakkanlah berdoa” ( HR Muslim )

5. Sesaat pada hari Jumaat:  “Sesungguhnya pada hari Jumaat ada satu saat yang tidaklah bertepatan seorang hamba muslim shalat dan memohon sesuatu kebaikan kepada Allah melainkan akan diberikan padanya, beliau berisyarat dengan tangannya akan sedikitnya waktu tersebut”. (HR Bukhari dan Muslim)

6. Ketika Lailatulqadar: Aisyah r.a bertanya kepada Rasulullah s.a.w: “Sekiranya saya bertemu dengan Lailatul Qadar , apakah yang perlu saya baca?.. Jawab Rasulullah s.a.w sebutlah olehmu Ya Allah, sesungguhnya Kamu Maha Pemaaf lagi Maha Mulia. Kamu sukakan kemaafan... Jesteru itu, maafkanlah aku.” (HR Al-Tirmizi, Ibn Majah & Al-Nasa’ie , lihat sahih Al-Tirmizi )

7. Ketika Hari Arafah: Dari ‘Amr bin Syu’aib Radhiyallahu ‘anhu dari bapaknya dari datuknya bahawasanya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda. “Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah”. (Sunan At-Tirmidzi, bab Jamiud Da’waat 13/83)


8. Doa antara Azan dan Iqamah: “Tidaklah ditolak doa diantara azan dan iqamah.” (HR Al-Tirmizi)


9. Doa Ketika Hujan:  Imam An-Nawawi berkata bahawa penyebab doa pada waktu hujan tidak ditolak atau jarang ditolak ialah kerana pada saat itu sedang turun rahmat khususnya curahan hujan pertama di awal musim. (Fathul Qadir 3/340)

Noktah..=))

"Bagaikan Sesumpah"

Assalamualaikum..=))


Anda tahu apa itu sesumpah?. menurut kamus dewan sesumpah adalah sejenis binatang berdarah sejuk dari katogeri reptilia. Rupa dan bentuk reptilia ini seakan-akan cicak. Sesumpah ini mempunyai satu kelebihan iaitu sesumpah ini boleh menukar warna kulit mengikut persekitarannya. Selalunya sesumpah ini akan bertukar warna apabila diancam oleh pemangsa dan menyamar apabila ingin menangkap mangsanya..;p

Sebenarnya, Allah swt tidak menjadi semua makhluk dengan sia-sia. Jadi semua makhluk adalah istimewa disisi Allah swt iaitu untuk dijadikan tauladan dan pengajaran kepada semua manusia khasnya. Jadi berbalik kepada kisah sesumpah ini, ada contoh dan pengajaran yang dapat kita ambil daripada keistimewaan yang Allah berikan ini. Mungkin kita semua tidak sedar tentang wujudnya sifat-sifat ini dalam diri kita semua kan.. contoh mudah sifat reptilia yang bernama sesumpah ini adalah talam dua muka atau berpura-pura..;p

Berbalik kepada tajuk di atas ini, us sebenarnya nak kongsikan kisah manusia yang yang sinonim dengan sifat sesumpah ini. Kisah ini hanyalah pengalaman us sendiri,. jadi tiada kena mengena dengan sesiapa 0k.. Setiap orang ada kisah dan ujian yang berbeza dari Allah. Salah satu ujian yang selalu dialami oleh us sendiri adalah dipertemukan dengan manusia-manusia sebegini. Ujian-ujian sebegini menjadikan diri us sendiri cepat matang dan lebih berhati-hati dalam menilai orang lain. Boleh jadi us membenci perkara-perkara sebegini padahal ianya mungkin amat baik untuk pejalanan hidup us di masa hadapankan... Apapun bersikap positif adalah jalan terbaik daripada berdendam atau bermasam muka.=))


p/s.. kesimpulanya,.hidup kita mempunyai pelbagai pilihan, hindarilah sifat-sifat berpura-pura, menipu seperti sesumpah ni ok,  and keep patience,  hope and pray for better life..;p 

 Noktah...=))

Monday, July 30, 2012

"Setiap Penyakit Ada Penawarnya"

Assalamualaikum..=))



Dari Anas bin Malik r.a, Nabi SAW bersabda: "Janganlah sekali-kali salah seorang daripada kamu mengharapkan kematian kerana suatu malapetaka yang menimpanya. Jika ia tidak dapat berbuat sesuatu iaitu sudah puas berubat atau berikhtiar, maka hendaklah ia berdoa: "Wahai Tuhanku, hidupkanlah aku seandainya kehidupan itu lebih baik bagiku, tetapi matikanlah aku seandainya kematian itu lebih baik bagiku." (Riwayat Bukhari)

Kita harus berusaha dan berikhtiar dalam apa juga perkara dan kesulitan yang dialami di samping berdoa memohon petunjuk dan pertolongan daripada Allah SWT. Kehidupan itu adalah suatu ujian daripada Allah yang diberikan kepada setiap manusia bagi menguji sejauh mana keteguhan iman dan pergantungannya seseorang terhadap Allah swt.

Golongan yang beriman akan sentiasa bersabar dan tabah menghadapi dugaan, sebaliknya bagi orang yang kurang imannya akan sentiasa berfikiran negtif dan sering menyalahkan takdir Allah sehingga dirinya tersasar jauh dari jalan Allah swt.

Oleh itu hendaklah kita sentiasa beringat bahawa setiap kesakitan atau ujian yang dialami itu adalah suatu tanda kasih sayang Allah kepada hamba-Nya yang mana jika seseorang itu berjaya mengatasinya iaitu ia tidak mengeluh dan sentiasa bersabar sambil berusaha dan berikhtiar, Allah akan memberinya ganjaran pahala yang amat besar.

Bukankah setiap penyakit itu ada ubatnya. Maka kita selaku hamba-Nya mesti yakin akan kebesaran kuasa Allah dan janji Allah serta tidak berputus asa.


Noktah..=))

Sunday, July 29, 2012

"Buasir"

Assalamualaikum..=))


Penyakit buasir atau hemorroids terjadi apabila urat di bahagian rektum (bahagian akhir usus besar) dan dubur membengkak. Apabila urat di bahagian itu membengkak, berlaku pendarahan rektum, sakit dan perit ketika buang air besar. Tekanan yang terlalu tinggi dalam darah di bahagian rektum boleh menyebabkan dinding dubur tertonjol keluar, terutama ketika meneran. Bagaimanapun, buasir tiada kaitan dengan kanser dan bukan penyebab penyakit itu.  

Gejala buasir ialah usus terbonjol atau terkeluar dari dubur, pendarahan rektum, sakit di dubur dan kerengsaan dubur. Buasir dalaman lazimnya tidak menyebabkan sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum. Buasir jenis ini tidak berbahaya tetapi meneran dan gangguan dari laluan najis ketika buang air besar boleh mencederakan permukaan buasir dan menyebabkannya berdarah manakala Buasir luaran yang terjojol keluar dari dubur sering menyebabkan gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir tersepit, pembekuan darah akan berlaku di dalamnya, menyebabkan ia terasa sakit. Gejala berkenaan menyebabkan buasir jenis ini memerlukan perhatian dan rawatan perubatan. Buasir jenis ini sukar dibuang atau ditanggalkan sepenuhnya dan akan berulang walaupun dengan tekanan atau bebanan lebih ringan berbanding yang berlaku sebelumnya.

Pesakit boleh nampak titisan darah berwarna merah cerah pada kertas tisu atau di mangkuk tandas. Jika keadaan ini berlaku, pesakit perlu mendapat bantuan perubatan kerana dikhuatiri darah terbabit datang dari sumber lain seperti ketumbuhan atau kanser usus besar.

Antara sebab utama buasir ialah meneran ketika buang air besar dan sembelit. Masalah ini juga sering dialami wanita hamil disebabkan tekanan yang berlaku di abdomen. Ramai wanita hamil menderita buasir kerana pembesaran rahim secara beransur-ansur meningkatkan tekanan pada beberapa organ dan abdomenTekanan tinggi pada perut yang meningkatkan kes buasir turut berpunca daripada obesiti, duduk terlalu lama ketika bekerja seperti bekerja di pejabat dan pemandu bas atau teksi atau individu yang mengalami sembelit atau cirit-birit kronik.

Jika pekerjaan dilakukan memerlukan anda sentiasa duduk, sekali-sekala anda perlu bangun dan berjalan- jalan sekurang-kurangnya lima minit setiap jam. Bergerak-gerak di kerusi supaya dapat mengelakkan tekanan langsung dari rektum. Hembus nafas keluar apabila anda mengalami ketegangan atau ketika mengangkat sesuatu, jangan menahan nafas. Dapatkan rawatan awal untuk mengawal batuk, cirit-birit dan sembelit kerana buasir selalunya terjadi selepas masalah ini berlarutan. Di samping itu, elakkan membaca atau berehat-rehat di dalam tandas sebagai amalan kerana ia membuatkan anda duduk lama di tandas.


Jika pergerakan usus anda mengambil masa lebih tiga hingga lima minit, ada sesuatu yang tidak kena. Untuk menghindari buasir, amalkan tabiat buang air besar yang baik dan pastikan najis anda sentiasa lembut. Salur darah lembut dan otot di sekitar dubur membantu mengawal laluan najis.

Disebabkan kes buasir dialami pesakit jarang yang serius, ramai mengambil sikap berdiam diri hingga menyebabkan ia semakin melarat. Akibatnya, pesakit lebih menderita apabila buasir tidak dirawat bertambah teruk.

Rawatan

Pengidap buasir perlu mengamalkan diet berserat tinggi dengan pengambilan sayuran dan buahan dan banyakkan minum air kosong anggaran dua liter sehari. Pengambilan makanan berserat tinggi, makanan tambahan dan mempunyai kandungan cecair tinggi dapat mengatasi 90 peratus kes buasir.

Gejala sakit dan kerengsaan boleh dilegakan dengan penggunaan sapuan krim tertentu. Ia disediakan dengan kombinasi beberapa ubat tahan sakit dan agen antikerengsaan serta steroid. Mandian air panas dengan memasukkan satu atau dua sudu air garam boleh melegakan kesakitan dan bengkak pada dubur. 

Buasir yang tidak dapat disembuhkan dengan rawatan konservatif, dirawat dengan mengikatnya dengan lingkaran getah (rubber band ligation). Satu atau dua lingkaran getah diikat di sekeliling pangkal buasir. Ini akan menyekat peredaran darah ke buasir berkenaan. Dalam masa tujuh hingga 10 hari, buasir itu akan tertanggal keluar.

Ikatan lingkaran getah ini hanya digunakan untuk buasir dalaman dan ia dilakukan tanpa menggunakan ubat bius dan tidak menimbulkan kesakitan. Namun, pesakit mungkin mengalami sedikit ketidakselesaan untuk beberapa hari.

Koagulasi Inframerah iaitu sinaran inframerah dipancarkan selama satu atau dua saat untuk menghentikan bekalan darah ke buasir. Pesakit mungkin terasa bahang panas ketika prosedur ini dilakukan dan berlaku sedikit pendarahan dalam beberapa hari selepas itu. Prosedur ini sama seperti ikatan lingkaran getah, dan dilakukan hanya untuk buasir dalaman. Namun ia lebih cepat dan kurang menyebabkan jangkitan.

Elektrokoagulasi bipolar yang juga dikenali dengan nama Bicap adalah sama seperti prosedur Koagulasi Inframerah dan ia mempunyai kebaikan dan keburukan sama. Terapi laser akan mengewapkan tisu buasir. Bagaimanapun, prosedur ini lebih mahal dan tidak menunjukkan kelebihan daripada prosedur lain. Ia perlu dijalankan dengan berhati-hati daripada segi kedalaman dan lokasinya bagi mengelak pendarahan dan kesakitan pesakit.

90 peratus pesakit yang mengadu mengenai gejala buasir tidak memerlukan pembedahan. Pembedahan biasanya langkah terakhir apabila kedua-dua jenis buasir (dalaman dan luaran) menjadi semakin teruk manakala rawatan lain tidak berjaya menyembuhkannya.

Kaedah ini didapati berkesan tetapi pesakit terpaksa tinggal di hospital sehari dua dan mengambil masa lama untuk sembuh berbanding pendekatan lain.

Punca buasir:


  • Duduk untuk jangka masa lama. 
  • Meneran (ketika najis keras atau sembelit). 
  • Cirit-birit. 
  • Duduk mencangkung di dalam tandas terlalu lama. 
  • Batuk yang teruk. 
  • Bersalin. 
  • Mengangkat berat. 
  • Pengamalan seks melalui dubur oleh golongan heteroseksual dan homoseksual.

    Tahap buasir: 
  • Pendarahan. 
  • Dinding dubur terkeluar dan masuk kembali dengan sendirinya.
  • Dinding dubur terkeluar dan pesakit perlu menolaknya ke dalam untuk memasukkannya semula ke dalam dubur.
  • Dinding dubur terjulur keluar dan tidak boleh dimasukkan semula ke dalam dubur.

    Pengurusan sendiri
  • Banyak minum air, sekurang-kurangnya 1.5 hingga dua liter sehari.
  • Makan makanan seimbang. Banyakkan memakan makanan tinggi serat, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Gunakan tandas pada masa ditetapkan seperti selepas bangun tidur setelah meminum segelas besar air
  • Elak memakan makanan yang boleh menyebabkan gangguan (makanan pedas atau berempah, alkohol) atau yang boleh merangsangkan usus (kopi atau teh). Apabila wujud gejala tertentu (seperti darah dalam najis, sakit atau gangguan pada dubur), segera berjumpa doktor.


  • Noktah..=))

    "Chronic Obstructive Pulmonary Disease (COPD)."


    Assalamualaikum..=))



    Sekatan pulmonari kronik atau chronic obstructive pulmonary disease (COPD) adalah sejenis penyakit paru-paru tegar akibat pernafasan tersekat disebabkan kerosakan dan radang paru-paru. Penyakit ini adalah masalah kesihatan utama yang membabitkan kira-kira 65 juta orang di seluruh dunia. COPD juga punca kematian ke-5 paling utama di seluruh dunia dan WHO meramalkan ia akan menduduki tempat ketiga menjelang 2030.

    Ramai tidak menyedari tentang bahaya penyakit ini disebabkan kurang pendedahan dan pengetahuan. COPD sinonim dengan perokok, di mana 90 peratus penyakit ini disebabkan tabiat merokok tetapi masih ramai mengambil ringan mengenainya. Kita tidak akan menyedari kehadirannya sehingga timbul rasa kurang selesa dan sukar bernafas, malah kebanyakan yang datang berjumpa doktor tidak tahu mereka ada COPD.

    Kesedaran mengenai impak COPD masih rendah dan ia benar-benar membimbangkan. Ramai ambil ringan mengenai simptom seperti batuk kerana menganggap ia hanya perkara biasa tanpa mengetahui ia boleh membawa kesan negatif jika tidak dirawat. Rawatan awal mampu mengelakkan COPD menjadi lebih teruk. Jalani hidup sihat dan jangan merokok. Segera berjumpa doktor jika rasa tidak sihat kerana mencegah lebih baik daripada merawat. Ini kerana, COPD menyerang secara senyap. Kebanyakan yang berjumpa doktor selalu datang pada saat akhir. Jadi, tidak banyak yang boleh dilakukan. Sebenarnya, tidak susah mengelakkan diri daripada COPD.

    Paling utama, jauhi rokok kerana ia punca utama. COPD bukan penyakit biasa kerana ia memberi kesan terhadap pesakit. Ia juga menyebabkan pesakit tidak mampu bekerja sepenuh masa kerana sering mengalami gangguan kesihatan. Ubat oral (Roflumilastdisarankan sebagai rawatan penyenggaraan COPD teruk yang dikaitkan dengan bronkitis kronik di kalangan pesakit dewasa yang mempunyai sejarah peningkatan penyakit yang bertambah teruk dan bertindak sebagai terapi tambahan menangani bronkodilator.

    Roflumilast mempunyai kaedah tindakan unik iaitu perencatan enzim fosfodiesterase 4 (PDE4). Ia mengurangkan aktiviti keradangan sel. Apabila digunakan seiring dengan terapi penyenggaraan utama, ia memberi manfaat tambahan mengurangkan risiko penyakit daripada menjadi lebih teruk. Roflumilast berupaya menstabilkan pesakit yang kerap mengalami COPD daripada bertambah teruk.

    Noktah..=))

    Thursday, July 19, 2012

    "Salam Ramadhan Al-Mubarak"

    Assalamualaikum..=))
    Wahai orang‐orang yang beriman, diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang‐orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa. (Surah al-Baqarah: 183) 



    .


























    Alhamdulillah,. akhirnya kita berkesempatan bertemu kembali dengan bulan Ramadhan pada 21 julai 2012 masihi, bersamaan 1 ramadhan 1433 H. Rasulullah s.a.w ada menyebut, bulan Rejab bulan Allah, Sya'ban bulanku dan Ramadhan bulan umatku. InsyaAllah, segala kebaikan walaupun sebesar zarah akan dilipat gandakan oleh Allah swt kerana bulan Ramadhan adalah bulan bagi umatnya merebut segala keberkatan dan beribadat kepadanya.

    Rasulullah s.a.w juga pernah bersabda bahawa sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadhan iaitu  bulan berkat, yang mana Allah telah mewajibkan ke atas kamu berpuasa. Dibukakan padanya pintu-pintu syurga dan ditutup rapat pintu-pintu neraka serta ditambat padanya syaitan-syaitan. Di bulan ini juga terdapat satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Sesiapa yang tidak berusaha mendapatkan kebaikan-kebaikannya sesungguhnya dia adalah manusia yang rugi..-(Hadis riwayat Ahmad dan An-nisai)

    Dikesempatan ini, us ingin ucapkan selamat menyambut Ramadhan al-mubarak buat semua kawan-kawan. Moga-moga Ramadhan kali ini membawa seribu satu barakah untuk diri dan orang disekeliling kita dan seterusnya beroleh rahmat dan keberkatan dari Nya.. May Allah bless your day with prosperity, happiness and hope..Amin..==))  

    p/s.. Sedih betul sambut ramadhan seorang-sorang di perantauan..;p

    Noktah..;p