Tuesday, January 14, 2014

"Salam Maulidur Rasul"

Assalamualaikum semua..:)

Us sedang menunggu giliran untuk menziarah Rasullullah saw,..terasa sangat gembira walaupun hanya dapat menatap kubah makam Mu dari jauh..:)) 

First of all, us nak ucapkan Salam Maulidur Rasul 12 Rabiul Awal 1435 Hijrah kepada semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia. Alhamdulillah, syukur dengan nikmat dan kesempatan yang diberikan oleh Allah swt kerana menjemput us sekeluarga untuk menziarah, beribadat dan menjadi tetamu-Nya di Mekah al-Mukarammah. 

Masih terbayang-bayang indahnya Rumah Mu Ya ALLAH swt, Makam kekasih-Mu baginda nabi Muhammad saw dan para sahabat. Ucapan salam dan selawat untuk Mu Ya Rasullullah saw. Semoga kita dapat bertemu lagi ya Rasullullah.. InsyaALLAH.. amin..:))



Noktah..:))

Tuesday, December 31, 2013

"Adiponektin mengurangkan risiko kanser payudara"

Assalamualaikum semua=))


Berdasarkan kajian yang dijalankan, mendapati makanan yang berasaskan tomato mampu membantu mengurangkan risiko kanser payudara. Tambahan pula, wanita yang mengalami pasca-menopaus adalah golongan yang berisiko tinggi terkena kanser payudara.

Dalam kajian yang diterbitkan dalam jurnal Clinical Endocrinology & Metabolism, seramai 70 orang wanita telah diberi makan tomato yang mengandungi kira-kira 25 miligram likopen setiap hari selama 10 minggu. Penyelidik mendapati terdapat peningkatan pada paras hormon adiponektin sebanyak 9 peratus yang berfungsi mengawal metabolisme. 
Hasil kajian juga membuktikan bahawa kadar peningkatan adiponektin dalam badan boleh mampu membantu badan mencegah kanser payudara. Selain itu, makanan berasaskan buah dan sayur-sayuran yang kaya nutrisi asas, vitamin, mineral dan bahan pitokimia seperti likopen jelas membuktikan ia baik untuk kesihatan. 
Noktah..=))

Tuesday, July 9, 2013

"Salam Ramadhan Al-Mubarak"


Assalamualaikum semua..:))

Wahai orang‐orang yang beriman, diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang‐orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa. (Surah al-Baqarah: 183)


Alhamdulillah,. akhirnya kita berkesempatan bertemu kembali dengan bulan Ramadhan pada 8 julai 2013 masihi, bersamaan 1 Ramadhan 1434 H. Rasulullah s.a.w ada menyebut, bulan Rejab bulan Allah, Sya'ban bulanku dan Ramadhan bulan umatku. InsyaAllah, segala kebaikan walaupun sebesar zarah akan dilipat gandakan oleh Allah swt kerana bulan Ramadhan adalah bulan bagi umatnya merebut segala keberkatan dan beribadat kepadanya.

Rasulullah s.a.w juga pernah bersabda bahawa sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadhan iaitu  bulan berkat, yang mana Allah telah mewajibkan ke atas kamu berpuasa. Dibukakan padanya pintu-pintu syurga dan ditutup rapat pintu-pintu neraka serta ditambat padanya syaitan-syaitan. Di bulan ini juga terdapat satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Sesiapa yang tidak berusaha mendapatkan kebaikan-kebaikannya sesungguhnya dia adalah manusia yang rugi..-(Hadis riwayat Ahmad dan An-nisai)
Dikesempatan ini, us ingin ucapkan selamat menyambut Ramadhan al-mubarak buat semua kawan-kawan. Moga-moga Ramadhan kali ini membawa seribu satu barakah untuk diri dan orang disekeliling kita dan seterusnya beroleh rahmat dan keberkatan dari Nya.. May Allah bless your day with prosperity, happiness and hope..Amin..==))

Noktah..:)

Thursday, June 27, 2013

"Kandungan Luar Rahim "


Assalamualaikum..=))


Kandungan luar rahim atau kehamilan ektopik merupakan satu proses patologi yang amat jarang berlaku. Ia terjadi apabila fetus membesar di luar kawasan rahim atau uterus. Kandungan seumpama ini merupakan ancaman kepada nyawa si ibu kerana ia berisiko menyebabkan pendarahan yang banyak serta koyakan tisu.

Kandungan luar rahim berlaku apabila telur yang subur dan telah bersenyawa tidak tertanam di dalam rahim. Sebaliknya telur tersebut tertanam di dalam tiub fallopio atau ovari. Kadangkala terdapat juga keadaan di mana telur tersebut melekat dalam ruang abdomen. Kehamilan jenis ini merupakan keadaan perbidanan yang serius dan memerlukan rawatan perubatan segera.

Jika telur yang akan berkembang menjadi embrio tertanam di luar kawasan uterus, maka secara logiknya ia tidak mempunyai ruang yang mencukupi untuk membesar. Bukan itu sahaja, embrio tersebut juga tidak mendapat khasiat yang mencukupi untuk tumbesaran serta pembangunannya. Tiub fallopio terlalu sempit untuk fetus yang membesar dengan pesat, jadi besar kemungkinan boleh terjadi kerosakan serta koyakan pada tisu di kawasan tersebut. Bila itu terjadi maka pendarahan akan berlaku dan mengancam nyawa wanita berkenaan.

Penyebab kandungan luar rahim

Wanita yang pernah mengambil rawatan kesuburan dan stimulasi proses ovulasi mempunyai risiko lebih tinggi untuk terjadinya kandungan luar rahim. selain itu, wanita yang pernah menghidapi penyakit radang pelvis juga berisiko mengandung di luar rahim kerana kesan penyakit tersebut menyempitkan saluran fallopio. Keadaan itu menyebabkan telur yang subur terhalang untuk menerusi saluran fallopio dan terus ke uterus. Apa saja pembedahan yang pernah berlaku di kawasan fallopio meningkatkan risiko kandungan luar rahim. di samping itu, endometriosis juga merupakan salah satu faktor yang meningkatkan risiko kandungan luar rahim.

Simptom kandungan luar rahim

Sebenarnya susah untuk menentukan samada kandungan berada di luar rahim atau pun tidak  ketika usia kandungan masih awal. Rasa sakit yang dialami oleh wanita seperti dicucuk pada bahagian abdomen atau pelvis, merupakan tanda pertama kandungan luar rahim. Simptom lain ialah tekanan luar rahim, rasa loya, mual atau pitam. Pendarahan pada vagina juga merupakan simptom biasa kandungan luar rahim. Jika anda mengalami satu atau lebih simptom seperti yang dinyatakan, anda patut segera menghubungi doktor kerana kemungkinan boleh berlaku pendarahan dalaman. Koyakan pada tiub fallopio biasanya diikuti dengan simptom pendarahan, kesakitan yang ketara dan parut pada tisu. Keadaan ini boleh menjejaskan kesihatan reproduktif wanita dan mendatangkan komplikasi jika ingin hamil pada masa hadapan.

Diagnosis kandungan luar rahim

Kandungan luar rahim biasanya didiagnosis pada minggu kelapan hingga 10 kandungan. Pada hari pertama kejadian uri akan terhasil hormon yang menyekat ovari dari menghasilkan telur seterusnya, sekali gus menghalang proses untuk mengandung kali kedua. Biasanya kandungan luar rahim akan dapat dikesan menerusi sejenis hormon yang dipanggil krionik dan progesteron yang terkandung dalam darah. Jika berlaku kandungan di luar rahim biasanya hormon krionik dalam darah akan menurun. Ujian ultrasonografi di bahagian pelvis akan memberitahu kedudukan sebenar fetus dan tentukan sama ada kandungan berlaku di luar rahim. Ujian laparoskopi juga membantu untuk menentukan lokasi kandungan sebenar. Jika kandungan ektopik tidak berakhir dengan keguguran, doktor akan memberikan ubat untuk mengeluarkan uri. Ubat tersebut hanya akan diberikan pada kandungan luar rahim yang telah dikesan di peringkat awal. Manakala pembedahan pula akan dilakukan sekiranya kandungan sudah agak lama dam membesar. 

Noktah..:)


Wednesday, June 19, 2013

"Ubat Penahan Sakit Meningkatkan Risiko Sakit Jantung"


Assalamualaikum..:))

Ubat penahan sakit dikategorikan dalam kumpulan yang bukan steroid. Selain faktor tekanan darah tinggi, kolesterol dan  menghisap rokok, ubat penahan sakit juga diketahui boleh meningkatkan risiko mendapat sakit jantung. Ini kerana, pengambilan ubat  ini dalam tempoh jangka panjang dengan dos yang tinggi diketahui boleh meningkatkan risiko serangan jantung, strok dan seterusnya mengakibatkan kematian. Satu kajian yang disiarkan dalam jurnal Lancet mendapati ubat tersebut memberi risiko yang tinggi ke atas para perokok dan pesakit yang mempunyai berat badan berlebihan. walaubagaimanapun,  pesakit yang mengambil ubat ini untuk jangka pendek tidak sepatutnya berasa bimbang dengan risiko itu. 
Dalam kajian yang dilakukan itu, perangkaan menunjukkan bagi setiap 1,000 orang yang mengambil ubat tersebut, akan berlaku tiga serangan sakit jantung, empat kes kegagalan jantung dan satu kematian termasuk kes perut berdarah.
Justeru, bilangan serangan jantung akan meningkat dari lapan pesakit untuk setiap 1,000 orang kepada 11 pesakit bagi setiap 1,000 orang yang mengambil ubat tersebut pada setiap tahun. Jika seseorang itu mempunyai risiko sebanyak dua kali ganda untuk mendapat sakit jantung, dia juga mempunyai kebarangkalian yang sama untuk diserang sakit jantung. 

Noktah..:))

Sunday, June 16, 2013

"Penyakit Aras 2,400 Meter"

Assalamualaikum semua..:)

puncak gunung kinabalu..:)

Selamat pagi dan selamat berhujung minggu semua, semoga kita semua senantiasa dilindungi dan diberkahi oleh ALLAH swt... amin. Pagi ni us nak kongsikan info tentang penyakit aras 2,400 meter kepada kawan-kawan semua. Penyakit ini adalah sinonim dengan kaki-kaki gunung di luar sana dan kawan-kawan yang memang gemarkan aktiviti lasak yang berketinggian tinggi melebihi 2400 meter. Pembacaan dan maklumat berkaitan penyakit ini membantu kita lebih berjaga2 dan sekurang-kurangnya kita tidak terlalu panik bila berhadapan situasi ini. 
Alhamdulillah, dalam persediaan us nak menawan gunung Rinjani, Lombok nanti, sekurang-kurangnya maklumat sebegini sedikit sebanyak dapat membantu us apabila berhadapan dengan situasi AMS.. heheh.. Al-maklumlah, da hampir 3 tahun us merehatkan diri daripada sebarang aktiviti lasak. terketar-ketar kaki nak memanjat gunung ni.. hehehhe.. Apapun, sebelum menawan Rinjani, persediaan fizikal dan mental adalah sangat-sangat penting. Jadi jangan abaikan diet dan stamina jika anda gemarkan aktiviti sebegini. 
Selalunya penyakit aras 2,400 meter atau penyakit akut ketinggian (AMS) berlaku dalam keadaan udara dingin, tekanan udara yang rendah atau bersalji. Penyakit itu sering menyerang para pendaki dengan menampilkan simptom-simptom seperti sakit kepala, loya dan tidak bermaya. Penyakit ini mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pendaki kerana ia boleh menyebabkan kematian.
Baru-baru ini, seorang penolong jurutera di Perbadanan Putrajaya, Mohammad Shahrulnizam Ahmad Nazari, 25, yang merupakan salah seorang daripada 14 pendaki Ekspedisi Mendaki Gunung Kala Patthar dan Kem Pusat Everest, Perbadanan Putrajaya menjadi korban akibat penyakit AMS di Banjaran Himalaya di Nepal. Pada awalnya, dia dilaporkan sihat dengan tidak mendapat sebarang simptom AMS pada ketinggian 2,000m. Bagaimanapun, dia mula mengalami tanda-tanda tidak sihat ketika melangkah ke aras 2,600m. Situasi menjadi semakin buruk apabila dia menunjukkan perubahan drastik termasuk sesak nafas yang teruk ketika tiba di Labouche yang terletak setinggi 4,930m .Kem Pusat Everest terletak pada ketinggian 5,364m yang menjadi tumpuan pendaki ke puncak Gunung Everest yang setinggi 8,848m. 
Penyakit akut ketinggian (AMS) ini berlaku akibat tekanan oksigen yang terlalu rendah semakin berkurangan pada ketinggian yang melebihi 2,400m. Pada kebiasaannya, ia menyerang para pendaki yang berasal dari kawasan aras laut. Mereka yang mempunyai masalah jantung dan paru-paru perlu lebih berhati-hati (dengan penyakit itu).
Penyakit AMS sebenarnya dianggap serangan biasa yang dihadapi kebanyakan pendaki, namun ia tetap berbahaya dan boleh bertukar menjadi lebih buruk. Cara anda mendaki juga penting kerana semakin pantas anda mendaki, semakin tinggi risikonya. Bagi mengelakkan meningkatnya risiko terkena AMS, pendaki disarankan melangkah dengan perlahan dan relaks. Berikan ruang untuk berehat sehari dalam sela pendakian 600m apabila berada pada aras 2,400m dan ke atas.
Jika kumpulan anda tidak boleh bergerak terlalu perlahan, pastikan cecair dalam badan mencukupi, elakkan minuman alkohol dan beri perhatian tentang pengambilan diet yang betul untuk memberi tenaga. Kandungan oksigen dirasakan mula berkurangan dan cuaca silih berganti. Pada peringkat itu, bibir mula membeku dan retak manakala muka mula sembap dan terbakar. Selera makan makin berkurangan dan kepala mula pening. Lebih teruk lagi, hidung mula berdarah.
Selain rasa loya, sakit kepala dan tidak bermaya, simptom-simptom lain AMS ialah muntah, sesak nafas, hilang selera makan dan sukar tidur. Cara terbaik untuk meredakannya adalah dengan turun semula ke paras yang lebih rendah sehingga badan kembali normal. Kemudian barulah boleh kembali meneruskan pendakian ke puncak seperti telah dirancang.
Dalam pada itu, seorang pakar perubatan dari Universiti Tubingen, Jerman, Dr. Gabriel Willmann dalam kajiannya memberitahu, para pendaki tidak boleh lari daripada mendapat serangan AMS jika mendaki ke tempat yang tinggi. Dalam beberapa kes, edema serebral atau edema pulmonari juga berlaku. Kebocoran kapilari dikaitkan menjadi penyebab kepada AMS. Jika itu berlaku, ia boleh membawa maut,

Noktah..=))

Saturday, June 15, 2013

"Tanda-tanda buah pinggang anda mulai rosak"


Assalamualaikum semua..:))

Rupa buah pinggang seakan-akan kacang pis..:)


Pernahkah anda melihat air kencing anda mengandungi buih yang banyak? Tahukah pula anda mengapa munculnya buih tersebut di dalam air kencing anda?

Jika anda menganggap ianya adalah perkara biasa, anda telah melakukan kesilapan. Apabila air kencing anda berbuih, itu menunjukkan buah pinggang anda telah mulai rosak.

Tahukah anda bahawa munculnya buih yang banyak tersebut menunjukkan bahawa air kencing anda mengandungi protein. Inilah suatu gejala yang dikenali sebagai proteinuria. Ini kerana fungsi buah pinggang yang sihat ialah menapis keluar bahan-bahan buangan dari darah manakala protein dan bahan yang diperlukan oleh tubuh akan ditinggalkan di dalam darah. 

Bagi individu yang sihat, Kebanyakan zat-zat protien tidak sepatutnya melalui penapis buah pinggang. Individu mengalami masalah buah pinggang tidak dapat menapis protein dari darah yang mana akan bocor dan keluar bersama-sama dengan urin.

Protein yang selalunya dikesan muncul di dalam kandungan urin ialah albumin. Albuminuria adalah istilah yang sering digunakan ketika ujian untuk mengesan kewujudannya di dalam urin. Jadi selepas ini berwaspadalah dengan kehadiran buih di dalam air kencing anda. Kerana ia mungkin tanda buah pinggang anda sudah mulai rosak.

Noktah..:)