Wednesday, June 19, 2013

"Ubat Penahan Sakit Meningkatkan Risiko Sakit Jantung"


Assalamualaikum..:))

Ubat penahan sakit dikategorikan dalam kumpulan yang bukan steroid. Selain faktor tekanan darah tinggi, kolesterol dan  menghisap rokok, ubat penahan sakit juga diketahui boleh meningkatkan risiko mendapat sakit jantung. Ini kerana, pengambilan ubat  ini dalam tempoh jangka panjang dengan dos yang tinggi diketahui boleh meningkatkan risiko serangan jantung, strok dan seterusnya mengakibatkan kematian. Satu kajian yang disiarkan dalam jurnal Lancet mendapati ubat tersebut memberi risiko yang tinggi ke atas para perokok dan pesakit yang mempunyai berat badan berlebihan. walaubagaimanapun,  pesakit yang mengambil ubat ini untuk jangka pendek tidak sepatutnya berasa bimbang dengan risiko itu. 
Dalam kajian yang dilakukan itu, perangkaan menunjukkan bagi setiap 1,000 orang yang mengambil ubat tersebut, akan berlaku tiga serangan sakit jantung, empat kes kegagalan jantung dan satu kematian termasuk kes perut berdarah.
Justeru, bilangan serangan jantung akan meningkat dari lapan pesakit untuk setiap 1,000 orang kepada 11 pesakit bagi setiap 1,000 orang yang mengambil ubat tersebut pada setiap tahun. Jika seseorang itu mempunyai risiko sebanyak dua kali ganda untuk mendapat sakit jantung, dia juga mempunyai kebarangkalian yang sama untuk diserang sakit jantung. 

Noktah..:))

No comments: