Monday, December 31, 2012

"Ultrasound"

Assalamualaikum semua..=))

contoh pemeriksaan ultrasound

Selamat malam dan selamat menyambut tahun 2013 semua, Moga-moga tahun 2013 yang bakal menyengah tiba ini membawa seribu satu barakah untuk diri dan orang disekeliling kita. Amin..=)). 

Jadi sambil us menunggu-nunggu bunga api yang bakal meletup kat sekitar UKM ni, meh us kongsikan info pasal Ultrasound. Mungkin ramai diantara kita yang jarang atau tidak penah tahu pasal Ultrasound kan. sebenarnya, ultrasonografi adalah suatu kaedah pemeriksaan badan dengan menggunakan gelombang bunyi pada frekuensi tinggi. Gelombang bunyi yang dipantulkan oleh objek akan dibaca pada komputer dan kemudian diubah balik ke dalam bentuk imej. Gelombang bunyi yang digunakan dalam pengimejan perubatan adalah antara 2 hingga 20 MHz. selalunya, pemeriksaan utrasound ni familiar dikalangan ibu mengandung terutamanya bagi mengetahui jantina dan status kesihatan bayi dalam kandungan.

Hari ni adalah kali pertama us menjalani pemeriksaan ultrasound bagi pundi hempedu di bahagian radiologi, HUKM dan kali pertama juga us tgk imej ultrsound badan us sendiri pada skin komputer... hehehe. Honestly us rasa agak excited dan curious melebihi ibu mengandung yang nk tau jantina baby jer.:P

Ini contoh skrin Imej ultrasound bagi hati
Ini contoh skrin Imej ultrasound bagi bayi
Gelombang ultrasound tidak melibatkan sinaran x dan radiasi. Itulah sebabnya pemeriksaan jenis ini diutamakan pada kanak-kanak dan wanita hamil. Bagi kehamilan, gelombang ultrasound digunakan untuk menentukan umur dan kesihatan keseluruhan janin. Gelombang ultrasound juga berguna untuk memeriksa pelbagai organ dalam badan seperti otak, hati, organ-organ di kalangan perut dan pelvis, saluran-saluran darah, sendi-sendi, payudara dan sebagainya.  


Gelombang ultrasound berguna dalam menaksir otak dan saraf tunjang bayi baru lahir dan janin. Untuk jantung, ia membenarkan penilaian fungsi jantung terutama injap-injap dan bendalir sekitar jantung tanpa perlu prosedur invasif. Ini dipanggil ekokardiografi dan biasanya dilakukan oleh pakar-pakar kardiologi.

Gelombang ultrasound adalah penyelidikan pilihan untuk memeriksa batu karang dan batu-batu ginjal, dan merupakan kaedah saringan untuk menilai pelvis. Pemeriksaan ultrasound senang diperolehi. Dalam kebanyakan kes, pemeriksaan ini boleh dibuat dengan serta-merta. Bagaimanapun, dalam situasi-situasi tertentu, persediaan diperlukan.

Dalam satu pemeriksaan ultrasound bagi pundi hempedu, meskipun persediaan bukan wajib, berpuasa semalaman adalah berguna untuk menggelembung pundi hempedu dan membenarkan penilaian lebih baik. Dalam satu pemeriksaan ultrasound pelvis, pesakit diperlukan untuk mengisi pundi kencing dengan meminum banyak bendalir. Ini adalah untuk membenarkan penilaian struktur-struktur di belakang pundi kencing umpamanya uterus dan ovari. Pemeriksaan ultrasound khas dan canggih seperti  intravaskular atau endoskopi akan memerlukan persediaan sama sebagai mana-mana pemeriksaan angiografi atau endoskopi.


Semasa pemeriksaan ultrasound, dokor akan menggunakan gel pada transducer (alat scan)  dan digerakkan pada permukaan kulit pada organ yang hendak diperiksa. kemudian Imej-imej ultrasound badan atau organ yang diimbas akan dikeluarkan oleh komputer. 


Kesimpulanya, moga-moga keputusannya darah dan ultrasound us  negatif dan dijauhkan dari sebarang pembedahan.. amin..:P

Noktah..=))

Sunday, December 30, 2012

"Neuroblastoma"

Assalamualaikum semua..=))


AMBIL BERAT... sambil melayan kerenah kanak-kanak, guna peluang itu bagi meneliti sebarang perubahan pada gerak-geri dan tubuh mereka.

Neuroblastoma adalah kanser pada tisu saraf di dalam badan. Ia adalah kanser kanak-kanak dalam lingkungan usia dua tahun ke bawah. Kanser ini ditemui oleh doktor Rudolf Virchow yang dikenali sebagai glioma pada 1846. Kira-kira 50 peratus kanser ini cepat merebak dan jika tidak dirawat, ia mampu meragut nyawa. Sehingga kini punca sebenar neuroblastoma tidak diketahui dan cara mencegah atau mengelak daripada kanser ini juga masih tidak ditemui.

Gangguan itu biasa berlaku kepada kira-kira 4.6 peratus daripada sejuta kanak-kanak di Malaysia tanpa mengira jantina samada lelaki atau perempuan. Kanser saraf boleh berlaku di beberapa bahagian badan. Ia terbentuk daripada tisu yang membentuk sistem saraf iaitu pada sistem saraf yang mengawal fungsi badan seperti denyutan jantung dan tekanan darah, penghadaman dan tahap hormon tertentu.

Barah ini boleh berlaku pada kelenjar adrenal di perut. Kelenjar ini kedudukannya di atas buah ginjal dan fungsinya adalah mengawal tekanan darah dan tekanan individu. Selain itu, ia boleh merebak ke tisu saraf dalam dada, saraf tunjang, leher, tulang muka, tengkorak, pinggul, bahu, lengan, kaki, tulang sumsum, hati, kelenjar limfa, kulit dan di sekeliling mata.

Pada peringkat awal, adalah sukar mengenal pasti tanda bahawa kanak-kanak diserang barah ini. Kanak-kanak terbabit mungkin mengalami simptom lesu, kurang makan atau demam, Susut berat badan, Sakit sendi dan ia juga bergantung pada bahagian yang terkena barah. Pemeriksaan doktor harus dilakukan jika ada gejala seperti di atas. Neuroblastoma dapat dikesan melalui ujian darah, air kencing dan radiologi seperti Imbasan Tomografi Berkomputer (CT scan) dan ujian imbasan (MRI).

Jika ada bengkak di bahagian seperti leher, perut dan dada, ia harus diambil sedikit isinya, iaitu ‘biopsy’ di mana ia akan diperiksa pada bawah mikroskop untuk mengenal pasti nueroblastoma menerusi sel yang dilihat. Selepas dikenal pasti ia neuroblastoma, doktor akan mengkelaskan penyakit ini sama ada di peringkat awal atau sebaliknya.

Ini penting untuk panduan rawatan neuroblastoma. Jika masih peringkat awal, ia boleh dirawat melalui pembedahan tetapi jika peringkat akhir, harus dirawat dengan kaedah kemoterapi atau radioterapi dulu sebelum dibedah. Neuroblastoma membabitkan enam hingga 10 peratus kanser kanak-kanak dan 15 peratus daripada kes berkenaan membawa kepada kematian.

Gejala lain



  • Sakit tulang (jika kanser merebak ke tulang)
  • Kesukaran bernafas atau batuk kronik (jika kanser merebak ke dada)
  • Abdomen diperbesarkan (daripada tumor yang besar atau cecair berlebihan)
  • Kulit kemerah-merahan
  • Pucat dan kulit warna kebiruan di sekeliling mata
  • Berpeluh yang berlebihan
  • Ketidakupayaan untuk mengosongkan pundi kencing
  • Lumpuh kaki
  • Pergerakan mata yang tidak terkawal atau pergerakan kaki tidak normal dipanggil   sindrom opsoclonus-myoconus

    Rawatan

    Setiap rawatan berbeza bergantung kepada tahap neuroblastoma seperti:
  • Lokasi kanser
  • Berapa banyak dan di mana ia merebak
  • Umur pesakit

    Dalam kes tertentu, pembedahan sudah memadai. Bagaimanapun, lazimnya Ubat anti kanser (kemoterapi)  dan terapi juga disyorkan jika tumor merebak kebahagian lain.  Kemoterapi berdos tinggi dan pemindahan sel stem autologous masih dikaji untuk digunakan di kalangan kanak-kanak dengan tumor yang sangat berisiko tinggi. 

    Kesimpulanya, mencegah lebih baik daripada merawat. Oleh itu, pengesanan awal pada perubahan tubuh anak-anak anda mampu menyelamatkan nyawa..P

    Noktah..=))
  • Friday, December 21, 2012

    "Penghuni Langit"



    Assalamualaikum semua..=))


    selamat malam dan selamat berhari jumaat semua. Alhamdulillah, kita masih diberi kesihatan dan dipanjangkan umur oleh ALAH SWT pada hari jumaat bersamaan 21/12/2012. Tarikh keramat pada hari ini juga merupakan tarikh ramalan bagi Hari Kiamat dalam kalendar kaum maya. Ramai yang mempercayai ramalan ini berpusu-pusu ke Gunung Pic de Bugarach di pekan Bugarach, selatan Perancis bagi menyelamatkan diri daripada hari kiamat..;p. Apapun, hanya Allah yang lebih mengetahui tarikh dan waktunya, kita sebagai seorang manusia dan muslim wajib mempercayainya sebagaimana yang telah termaktub dalam rukun iman.

    Berbalik pada tajuk malam ni,.. us nak kongsikan kisah tentang seorang insan yang hidup pada zaman RasulAllah yang dikenali sebagai penghuni langit dikalangan malaikat. Rasulullah S.A.W ada menyebut doa daripada ahli syurga ini adalah sangat makbul. Insan ini diberi nama Uwais al-Qarni. Uwais al-Qarni adalah antara nama pilihan dan terpilih yang us suka. InsyaALLAH, jikalau us ada anak lelaki, Us akan namakan salah seorangnya dengan nama Uwais al-Qarni. Moga-moga berkat dengan nama dan doa akan menjadi anak yang baik, soleh, tawadhu' dan amanah seperti keperibadian Ahli Syurga ini... Amin...hehehe.. =))

    Uwais al Qarni adalah seorang tabiin yang namanya disebut di dalam wasiat Baginda SAW yang disampaikan kepada Saidina Umar al-Khattab dan Saidina Ali KaramAllahu wajhah. Baginda SAW berpesan:

    “Di zaman kamu nanti akan lahir seorang insan yang doa dia sangat makbul. Kamu berdua pergilah cari dia. Dia akan datang dari arah Yaman dan dia dibesarkan di Yaman. Dia akan muncul di zaman kamu, carilah dia. Kalau berjumpa dengan dia minta tolong dia berdoa untuk kamu berdua.”

    Lalu Saidina Umar dan Saidina Ali bertanya: “Apakah yang patut saya minta daripada Uwais al-Qarni, Ya Rasulullah? Nabi SAW menjawab: “Kamu minta kepadanya supaya dia berdoa kepada Allah (SWT) agar Allah (SWT) ampunkan dosa-dosa kalian”.

    Setelah Baginda SAW wafat, Saidina Umar dan Ali menunggu-nunggu kafilah yang datang dari arah Yaman. Sehingga akhirnya mereka bertemu dengan Uwais al-Qarni. Jika dilihat dari pandangan orang biasa, Uwais al-Qarni tiada ciri-ciri istimewa kerana dari pandangan luaran beliau seperti orang yang tidak sempurna akal, tetapi beliau ada sesuatu yang kita tidak ketahui..
      
    Kisah Uwais al-Qarni

    Beliau mempunyai seorang ibu yang sudah uzur dan lumpuh. Ibunya mempunyai hajat untuk menunaikan haji di Mekah. Namun dengan kudrat yang sebegitu, ibu Uwais tidak mampu untuk ke Mekah berjalan seorang diri. Lalu dia mengutarakan hasratnya kepada Uwais supaya mengikhtiarkan sesuatu agar dia boleh dibawa ke Mekah menunaikan haji.

    Sebagai seorang yang miskin, Uwais tidak berdaya untuk mencari perbelanjaan untuk ibunya. Ini kerana, pada zaman itu kebanyakan orang yang pergi menunaikan haji dari Yaman ke Mekah perlu menyediakan beberapa ekor unta yang dipasang diatasnya “Haudat”. Haudat ini seperti rumah kecil yang diletakkan di atas unta untuk melindungi panas matahari dan hujan, selesa dan perbelanjaannya mahal. Uwais tidak mampu untuk menyediakan yang demikian, unta pun dia tidak ada, nak sewa pun tidak mampu.

    Ibunya semakin tua, lalu ibunya berkata: “Anakku mungkin ibu dah tak lama lagi akan bersama dengan kamu, ikhtiarkanlah agar ibu dapat mengerjakan haji”.

    Uwais mendapat satu ilham... Dia membeli seekor anak lembu yang baru lahir dan dah habis menyusu. Dia membuat sebuah rumah kecil (pondok) di atas sebuah “Tilal” iaitu sebuah tanah tinggi.

    Apa yang dia lakukan, pada petang hari dia dukung anak lembu itu untuk naik ke atas “Tilal”. Pagi esoknya dia dukung lembu itu lagi turun dari “Tilal” untuk diberi makan. Itulah yang dilakukannya setiap hari. Ada ketikanya dia mendukung lembu itu mengelilingi bukit tempat dia beri lembu itu makan.

    Perbuatan yang dilakukannya ini menyebabkan orang ramai mengatakan dia gila. Memang pelik, buatkan rumah untuk lembu di atas bukit, kemudian setiap hari usung lembu, petang bawa naik, pagi bawa turun bukit.Tetapi sebenarnya niatnya baik. Kalau lembu kita buat begitu pagi sekali, petang sekali daripada lembu yang beratnya 20 kilogram, selepas enam bulan lembu itu sudah menjadi 100 kilogram. Otot-otot tangan dan badan Uwais menjadi kuat hinggakan dengan mudah mengangkat lembu seberat 100 kilogram turun dan naik bukit.

    Rupa-rupanya perbuatannya itu adalah satu persediaan untuk dia membawa ibunya mengerjakan haji. Dia telah memangku ibunya dari Yaman sampai ke Mekkah dengan kedua tangannya. Dibelakangnya dia meletakkan barang-barang keperluan seperti air, roti dan sebagainya. Lembu yang beratnya 100 kilogram boleh didukung dan dipangku inikan pula ibunya yang berat sekitar 50 kilogram. Dia membawa (mendukung dan memangku) ibunya dengan kedua tangannya dari Yaman ke Mekah, mengerjakan Tawaf, Saie dan di Padang Arafah dengan senang sahaja. Dan dia juga memangku ibunya dengan kedua tangannya pulang semula ke Yaman dari Mekah.

    Pulang sahaja ke Yaman, ibunya bertanya: “Uwais, apa yang kamu berdoa sepanjang kamu berada di Mekah?”. 

    Uwais menjawab: “Saya berdoa minta supaya Allah (SWT) mengampunkan semua dosa-dosa ibu”.

    Ibunya bertanya lagi: “Bagaimana pula dengan dosa kamu”.

    Uwais menjawab: “Dengan terampun dosa ibu, ibu akan masuk syurga, cukuplah ibu redha dengan saya, maka saya juga masuk syurga”.

    Ibunya berkata lagi: “Ibu nak supaya engkau berdoa agar Allah (SWT) hilangkan sakit putih (sopak) kamu ini”.

    Uwais kata" “Saya keberatan untuk berdoa kerana ini Allah (SWT) yang jadikan. Kalau tidak redha dengan kejadian Allah (SWT), seperti saya tidak bersyukur dengan Allah (SWT) ”.

    Ibunya menambah: “Kalau nak masuk syurga, kena taat kepada perintah ibu, Ibu perintahkan engkau berdoa”.

    Akhirnya Uwais tidak ada pilihan melainkan mengangkat tangan dan berdoa. Uwais berdoa seperti yang ibu dia minta supaya Allah (SWT) menghilangkan penyakit sopak yang dihidapinya itu. Tetapi kerana dia takut masih ada dosa pada dirinya dia berdoa:

    “Tolonglah Ya Allah (SWT) kerana ibu aku suruh aku berdoa hilangkan yang putih pada badanku ini melainkan tinggalkan sedikit”.

    Maka, Allah (SWT) memakbulkan doanya dan menghilangkan penyakit sopak di seluruh badannya kecuali meninggalkan setompok di bahagian lehernya. Dan tanda itulah yang disebutkan oleh Rasulullah SAW kepada Saidina Umar al-Khattab dan Saidina Ali untuk mengenali Uwais al-Qarni.

    Setelah ibunya meninggal, Uwais menjadi seorang yang soleh dan darjatnya ditinggikan sehingga dia menjadi seorang yang doanya paling makbul.

    Uwais hanyalah seorang pengembala kambing biasa. Sekali pandang, tiada apa yang istimewa tentang pemuda ini. Namun, dia mencatat sejarah hebat di kalangan manusia. Malah, baktinya yang tersembunyi mengangkat dirinya ke martabat yang amat tinggi. Sehingga Rasulullah SAW sendiri mengiktiraf Uwais Al-Qarni adalah penghuni langit, bukan manusia di bumi!

    Waktu terus berganti, dan Nabi SAW kemudian wafat. Kekhalifahan Abu Bakar pun telah digantikan pula oleh Umar bin Khatab. Suatu ketika, khalifah Umar teringat akan sabda Nabi SAW mengenai Uwais Al-Qarni, penghuni langit. Beliau segera mengingatkan kembali sabda Nabi SAW itu kepada sahabat Ali bin Abi Thalib ra.

    Sejak saat itu setiap ada kafilah yang datang dari Yaman, Khalifah Umar ra dan Ali ra selalu menanyakan mengenai Uwais Al Qarni, si fakir yang tak punya apa-apa itu, yang kerjanya hanya menggembalakan kambing dan unta setiap hari. Mengapa khalifah Umar ra dan sahabat Nabi, Ali r.a, selalu menanyakan dia?

    Rombongan kafilah dari Yaman menuju Syam silih berganti, membawa barang dagangan mereka. Suatu ketika, Uwais Al-Qarni turut bersama mereka. Rombongan kafilah itu pun tiba di kota Madinah. Melihat ada rombongan kafilah yang baru datang dari Yaman, segera Khalifah Umar ra dan Ali ra mendatangi mereka dan menanyakan apakah Uwais Al-Qarni turut bersama mereka.

    Rombongan kafilah itu mengatakan bahawa Uwais Al-Qarni ada bersama mereka, dia sedang menjaga unta-unta mereka di perbatasan kota. Mendengar jawaban itu, khalifah Umar ra dan Ali ra segera pergi menjumpai Uwais Al-Qarni. Sesampainya di khemah tempat Uwais berada, Khalifah Umar ra dan Ali ra memberi salam. Tetapi ketika itu Uwais sedang solat.

    selepas selesai solat, Uwais menjawab salam Khalifah Umar ra dan Ali ra sambil mendekati kedua sahabat Nabi SAW ini dan menghulurkan tangannya untuk bersalaman. Sewaktu berjabat, Khalifah Umar ra dengan segera membalikkan tangan Uwais, untuk membuktikan kebenaran tanda putih yang berada di telapak tangan Uwais, seperti yang pernah dikatakan oleh Nabi SAW.

    Memang benar!.. Kelihatan tanda putih di telapak tangan Uwais Al-Qarni. Wajah Uwais Al-Qarni tampak bercahaya. Benarlah seperti sabda Nabi SAW bahawa dia itu adalah penghuni langit. Khalifah Umar ra dan Ali ra menanyakan namanya, dan dijawab, “Abdullah.” Mendengar jawaban Uwais, mereka tertawa dan mengatakan, “Kami juga Abdullah, yakni hamba Allah. Tapi siapakah namamu yang sebenarnya? Uwais kemudian berkata: “Nama saya Uwais Al-Qarni”.

    Dalam perbualan mereka, dinyatakan ibu Uwais Al-Qarni telah meninggal dunia. Itulah sebabnya, ia baru dapat turut bersama rombongan kafilah dagang saat itu. Akhirnya, Khalifah Umar dan Ali ra memohon agar Uwais membacakan doa dan istighfar untuk mereka. Uwais enggan dan dia berkata kepada Khalifah, “Sayalah yang harus meminta doa pada kalian.”

    Mendengar perkataan Uwais, khalifah berkata, “Kami datang ke sini untuk mohon doa dan istighfar dari anda.” Kerana desakan kedua sahabat ini, Uwais Al-Qarni akhirnya mengangkat tangan, berdoa dan membacakan istighfar. Setelah itu Khalifah Umar ra berjanji untuk menyumbangkan wang negara dari Baitul Mal kepada Uwais untuk jaminan hidupnya.

    setelah selesai berdoa Uwais berkata, “Hamba mohon supaya hari ini saja hamba diketahui orang. Untuk hari-hari selanjutnya, biarlah hamba yang fakir ini tidak diketahui orang lagi.”

    Beberapa tahun kemudian, Uwais Al-Qarni pun meninggal dunia. Anehnya, pada saat dia akan dimandikan, tiba-tiba sudah banyak orang yang berebut-rebut untuk memandikannya. Dan ketika dibawa ke tempat pembaringan untuk dikafani, di sana pun sudah ada orang-orang yang menunggu untuk mengkafannya.

    Demikian pula ketika orang pergi hendak menggali kuburannya, di sana ternyata sudah ada orang-orang yang menggali kuburnya hingga selesai. Ketika usungan dibawa menuju ke perkuburan, orang berebut-rebut mengangkat jenazah dan mengiringinya. kematian Uwais Al-Qarni telah menggemparkan masyarakat kota Yaman. Banyak terjadi peristiwa yang menghairankan. Ramai orang yang tidak dikenali datang untuk menguruskan jenazahnya sehingga ke liang lahad sedangkan selama ini Uwais hanyalah seorang fakir yang tidak dihiraukan orang.

    Bermula saat dia dimandikan sampai ketika jenazahnya hendak diturunkan ke dalam kubur, di situ selalu ada orang-orang yang telah siap melaksanakannya terlebih dahulu. Penduduk kota Yaman tercengang. Mereka saling bertanya-tanya, “Siapakah sebenarnya engkau wahai Uwais Al-Qarni?

    Bukankah Uwais yang kita kenal, hanyalah seorang fakir, yang tak memiliki apa-apa, yang kerjanya sehari-hari hanyalah sebagai penggembala kambing dan unta? Tapi, ketika hari wafatmu, engkau menggemparkan penduduk Yaman dengan hadirnya manusia-manusia asing yang tidak pernah kami kenal.

    Mereka datang dalam jumlah yang begitu ramai. Mungkin mereka adalah para malaikat yang diturunkan ke bumi, hanya untuk mengurus jenazah dan pemakamanmu.” Berita meninggalnya Uwais Al-Qarni dan peristiwa-peristiwa ajaib yang berlaku ketika hari beliau wafat telah tersebar ke serata tanah Yaman. Baru hari itu mereka sedar siapa sebenarnya Uwais Al-Qarni.

    Di hari wafatnya, mereka mengakui bahawa memang benar sebagaimana yang telah disabdakan oleh Nabi SAW, sesungguhnya Uwais Al-Qarni adalah penghuni langit.


    Noktah..=))

    Thursday, December 13, 2012

    "Wahai Anakku"

    Assalamualaikum..=))



    Wahai anakku,
    Janganlah engkau gopoh gapah semasa mendirikan solat, kerana dihadapanmu adalah Tuhanmu, bukan kawanmu. Engkau sedang berbicara dengan Allah Yang Maha Agung,  tentulah tidak layak engkau bersikap demikian.

    Wahai anakku,
    Jangan engkau hanya fikir untuk selesai solahmu, tanpa engkau memikirkan Tuhanmu menerima atau menolak solah itu. Jangan sesekali engkau hanya mengira soal sah dan batal, tanpa engkau mengira soal ianya diterima atau ditolak.

    Wahai anakku,
    Kalau engkau kasih dan cinta kepada Tuhanmu, tentulah engkau akan lama bersamanya dalam solah, doa, munajat dan zikirmu. Kalau engkau merasai tiada manusia sanggup gopoh gapah dihadapan seorang raja, kerana menghormatinya atau memuliakannya; bagaimana pula engkau bilamana berhadapan dengan Tuhanmu?.

    Wahai anakku,
    Ketahuilah bahawa solah adalah amalan pertama dihitung di akhirat. Apakah perasaanmu kalau engkau melihat solahmu yang tidak memelihara tertib dan adabnya, tentulah engkau akan merasa malu dan aib dihadapanNya. Engkau sendiri pun akan mencemuh amalan sambil lewamu. Kerana itu bezakanlah ketika mana kamu berdiri dihadapan manusia dengan saat kamu berdiri dihadapan Tuhanmu.

    Wahai anakku,
    Lakukanlah dengan sebaiknya, kerana solah mampu mencegah perbuatan keji dan mungkar. Ia adalah perisai. Ia adalah tunjang kekuatan. Lakukan dengan tenang, nescaya kamu akan merasai kemanisan ibadahmu.

    Wahai anakku,
    Saat paling hampir manusia dengan Tuhannya ialah waktu sujud. Maka ambil kesempatan untuk memohon apa yang kamu inginkan. Lamakan sedikit saat sujudmu, engkau akan merasai kemanisannya.

    Wahai anakku,
    Disaat engkau sujud iblis menangis dan akan lari darimu. iblis engan sujud menyebabkan ia jadi kafir dan durhaka kepada Tuhannya. Kerana itu wahai anakku. Sempurnakan sujudmu dan sedari bahawa kamu sedang sujud kepada Allah yang Maha Agong. Pohonlah keampunan dan kasih sayang Allah di saat itu, nescaya Allah akan memeliharamu diwaktu tiada manusia mampu memeliharamu. Kamu tidak akan berdukacita, di mana manusia yang durhaka berdukacita.

    Semoga Allah menerima amalan kita, kerana ia tanda ketaatan kita kepadaNya. Ya Allah, terimalah amalan yang sedikit ini, dan terimalah amalan yang tidak sempurna ini, dan ampuni kami atas kecuaian kami selama ini… Amin.=))

    Noktah..=))

    Friday, December 7, 2012

    "Kesakitan Penghapus Segala Dosa"

    Assalamualaikum..=))


    Salam Saiyidul Aiyam ( سيد الأيامkepada semua muslimin serta muslimat. Hari jumaat merupakan penghulu segala hari dan semulia-mulia hari di sisi Allah s.w.t (Imam Al-Ghazzali). Pada hari Jumaat juga berlakunya peristiwa-peristiwa penting dalam islam seperti penciptaan Nabi Adam, perkahwinan Nabi Adam dan Hawa. Pada hari Jumaat juga Nabi Adam dikeluarkan dari syurga dan peristiwa terbesar yang akan berlakunya pada hari Jumaat adalah Hari Qiamat. 

    Berkat hari jumaat juga Allah akan memakbulkan doa hamba-hambanya selagi tidak meminta yang haram. Jadi sama-samalah kita doakan keselamatan dan kesejahteraan keluarga dan saudara-saudara kita khasnya di Syiria dan Palestin. Sesungguhnya, Allah tidak menjadikan Kesakitan itu Sia-Sia, tetapi ianya adalah Penghapus Segala Dosa.. =))

    Apabila seorang hamba Allah jatuh sakit, Allah akan mengutus 4 malaikat :

    1. Malaikat Pertama akan mengambil SELERA MAKANNYA.
    2. Malaikat Kedua akan mengambil REZEKINYA.
    3. Malaikat Ketiga akan mengambil KECANTIKAN/KETAMPANAN WAJAH (pucat).
    4. Malaikat Keempat akan mengambil DOSANYA.


    Apabila telah sampai waktu yang telah Allah tetapkan untuk hambaNya kembali sihat, Allah akan menyuruh Malaikat Pertama, Malaikat Kedua dan Malaikat Ketiga supaya mengembalikan apa yang telah diambil oleh mereka. Akan tetapi Allah tidak menyuruh Malaikat Keempat mengembalikan dosa hambaNya tersebut.

    SubhanAllah, betapa Mulia dan Baik Hati nya Allah terhadap kita. Janganlah bersangka buruk terhadap Allah ketika kita sakit, bersyukurlah dan ucaplah Alhamdulillah ke atasNya. Sesungguhnya setiap kesakitan itu adalah penghapus segala dosa.



    Noktah..=))

    Monday, December 3, 2012

    "I won't give up"

    Assalamualaikum..=))


    Alhamdulillah, kurang sebulan lagi tahun 2012 bakal melabuhkan tirainya dan ini bermakna kurang 2332800 saat lagi sebelum 2013 bakal menyengah tiba... Moga-moga segala kerja-kerja dan tekanan sepanjang tahun 2012 ni juga akan berakhir..Amin..=))


    Sooo,.. sambil us nak mengaudit Dairi lama, Azam baru dan Kerja-kerja terbengkalai ni, Jom kita layan lagu Jason Mraz ni.. heheheh..=)). Tetibe terasa best plak lagu i won't give up bila bosan-bosan ni..:))


    Noktah..=))

    Friday, October 5, 2012

    "Surat Cinta"

    Assalamualaikum ..=))

    Pemandangan dr stadium UKM semasa berjogging ptg td..=))

    Selamat malam, selamat berhujung minggu dan selamat hari jumaat semua..=)). Moga-moga sentiasa diberi kesihatan dan kegembiran oleh Allah utk semua kawan-kawan.. amin.=))

    Semalam result darah us da keluar, dan Alhamdulillah keputusan bagi penyakit diabetis dan Hepatitis A,B dan C us ialah negatif...Terasa sangat happy la sekejap utk hari ni..Tetapi disebabkan ada sedikit keraguan dgn keputusan tu, Semalam juga us dapat surat cinta dan surat jaminan dari Doktor kat pusat kesihatan universiti bagi menjalani pemeriksaan lanjut kat Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) kat Cheras. So nampak gayanya, terpaksalah us menderma darah lagi esk kat HUKM. Terasa lemah jer satu badan bila nak kena cucuk dgn jarum lagi..=)). Jadi dah alang-alang berlebam-lebam tangan us dicucuk jarum, terpaksalah us teruskan sampai us dapat result tentang status kesihatan diri us..=)).

    so, esk us akan menjalani ujian darah bagi penyakit talasemia dan mild thrombocytosis pula. seingat us, 8 tahun lepas us dah menjalani ujian bagi talasemia dan keputusannya negatif. jadi disebabkan terdapat keraguan dgn result darah us ni, terpaksalah us lakukan sekali lagi. Moga-moga keputusan diagnosis utk penyakit ni juga negatif nnt. amin..:p


    Noktah..=))

    Monday, September 24, 2012

    "My Heart Feel So Bad"


    Assalamualaikum semua..=))

    Selamat malam dan selamat bergembira semua.. moga-moga diberi kesihatan dan umur yang panjang oleh Allah untuk kawan-kawan semua.. Amin..=)). 

    Malam ni us nak kongsikan info tentang penyakit Hepatitis atau keradangan hati. penyakit hepatitis ni antara penyakit berbahaya  dan merupakan pembunuh secara senyap. Penyakit ini berpunca daripada virus seperti penyakit HIV, tetapi penyakit ini menyebabkan kerosakan pada hati sebaliknya Virus Hiv menyerang pada sistem imun manusia. Mungkin ramai di antara kita yang kurang pendedahan tentang penyakit-penyakit ini, jadi adalah sangat penting bagi kita mengenalinya.

    Tapi sebelum us bercerita dengan lebih lanjut, us nak menjawab persoalan daripada someone...Ada orang bertanya, Owner blog doktor ke?.. heheh.. jawapanya TIDAK.. us merupakan seorang pelajar yang mmg meminati bidang perubatan dan penah berciti-cita menjadi DOKTOR.... mungkin bukan rezeki us menjadi doktor perubatan.. tetapi InsyaAllah doktor falsafah suatu hari nanti..amin..=))

    Walaupun tiada sijil perubatan utk merawat, sekurang2nya kita dapat mencegahkan.. jadi ilmu perubatan adalah penting bagi waktu2 kecemasan. sejak sekolah menengah lagi us dah menjalani ujian darah bagi penyakit-penyakit kronik seperti talasemia, hempedu, anemia, urin test,hati dan lain-lain.. Alhamdulillah result bagi semua penyakit ni negatif... =))

    sejak 10 tahun lepas, us dengan sukarelanya menjalani ujian darah selama setahun.. seingat us waktu tu us masih lagi bergelar pelajar sekolah menengah.. jadi setiap 2 mggu us akan sedekahkan darah kat hospital Kangar bagi ujian kuning sendirian tanpa pengetahuan family, namun doktor and pakar pon x tau puncanya.. kemudian us follow chek up lagi kat pusat kesihatan universiti dan di klinik2 swasta selama 5 tahun..Tetapi keputusan dan pendapat doktor agak mengecewakan... dan jawapan chek up terakhir yang us dapat untuk ujian kuning adalah ALERGIK.. sangat mengecewakan jawapan yg diberikan drpd doc ni.. terasa macm nk jerit jer kat muka doktor bt keja cincai2 and ambik mudah ni... come on doc.. jaundice pada baby baru lahir pon alergik ya doc..??.. kalau jawapan ini lah yg us dapat dari doc perubatan yg ambik sijil perubatan selama 7 tahun.. baik buang jer sijil tu dalam laut..:P

    Minggu lepas, us ada menjalani Medical chek up, ujian darah dan urin test lagi sampai us terasa lali dengan setiap suntikan jarum tu... dan alhamdulillah result dia keluar hari ni.. and  us bebas hepatItis B...ttp result dia agak tidak memuaskan. so doc dari arab yg baik ini nak us bt ujian Hepetitis A dan Hepatitis C.  ALHAMDULILLAH esk us akan bt ujian darah lagi walaupon takut dengan result yg bakal keluar nnt. ini kali pertama us bt ujian hepatitis.. dan terasa nak nangis  sorang2.. sob.. sob.. sbbnya selama 10 tahun us bazirkan masa utk diagnosis dan chek up.. dan jikalau resltnya positif...ini bermakna us da biakkan virus ni lebih 10 tahun tanpa us sedari... terasa sedih dan marah yg amat dgn pakar dan service dr doc di malaysia..=((..

    ini form utk red blood test utk esk..

    Puas us juga fikir pasal virus-virus ini..setahu us family us x penah ada penyakit kronik or merbahaya... us jarang makan makanan luar kecuali bila us datang ke ukm ni.. mungkinkah us dapt dari jarum suntikan masa kecik2.. or sbb bertindik masa baby dulu or  berkongsi barang peribadi or us dapat jangkitan daripada pengidap hepatitis...sgt la pening fikir pasal virus pembunuh secara senyap ini... sedih sgt2....doakan resultnya negatif ya kawan-kawan. Apapun.. moga-moga kuning ini hanyalah alergik and normal bak kata pakar and bukan hepatitis C.. AMIN..:P


    APA ITU HEPATITIS?

    Tahukah anda virus Hepatitis B 100 kali lebih mudah dijangkiti berbanding dengan virus HIV (AIDS). Hepatitis adalah penyakit yang disebabkan oleh beberapa jenis virus yang boleh menyerang dan merosakkan sel-sel hati manusia. Hepatitis terbahagi kepada 3 jenis utama iaitu Hepatitis A, Hepatitis B dan Hepatitis C.  Hepatitis merupakan istilah yang digunakan untuk keradangan organ hati. penyakit ini berpunca daripada pelbagai faktor seperti virus, ubat-ubatan dan lain-lain. Hepatitis adalah penyakit berbahaya karena menyerang hati, yang merupakan organ penting bagi fungsi badan.

    Hepatitis A 
    Hepatitis A ialah sejenis penyakit yang disebabkan oleh virus hepatitis A (HAV) dan ia amat mudah berjangkit. la boleh mengakibatkan penyakit hati yang melemahkan tubuh..Hepatitis A merebak melalui makanan dan minuman yang dicemari. Virus ini merebak melalui najis individu yang menghadapi penyakit ini. Sebagai contoh, ikan atau kerang daripada kawasan air yang dicemari oleh najis manusia yang dijangkiti. Ia juga boleh dijangkiti melalui hubungan rapat dengan individu yang dijangkiti. 

    Tanda-tanda jangkitan boleh dilihat selepas dua ke tiga minggu. Pada minggu pertama, individu yang dijangkiti akan mengalami sakit seperti kuning, keletihan, demam, hilang selera makan, muntah-muntah, pening dan kencing yang berwarna hitam pekat. Penyakit Hepatitis A mempunyai vaksin yang boleh diambil terutamanya kepada mereka yang keluar negara. Menjaga kebersihan diri adalah penting. Cuci tangan dengan sabun, jika boleh guna sabun anti kuman selepas menggunakan tandas, sebelum menyediakan makanan dan sebelum makan.

    Hepatitis A dapat menyebabkan pembengkakan hati, tetapi jarang menyebabkan kerusakan kekal. Anda mungkin merasa seperti terkena flu, mual, lemas, kehilangan nafsu makan dan kulit berwarna kuning, tinja berwarna pucat dan urin berwarna gelap atau mungkin tidak merasakan gejala sama sekali. virus hepatitis A biasanya menghilang sendiri setelah beberapa minggu. Untuk mencegah infeksi HAV, ada vaksin hepatitis A untuk menanganinya.

    Tanda-tanda Hepatitis A 

    Pada peringkat permulaan, tanda‑tanda penyakit sama dengan flu, demam, senak perut, muntah, ceret‑beret, keletihan, sakit sendi, sakit kepala dan biasanya bermula dengan hilang selera makan, kelesuan, rasa loya, muntah-muntah dan keadaan semakin letih. Selepas seminggu, ini diikuti dengan penyakit kuning pada kulit dan pada bahagian mata putih. Tanda-tanda ini boleh berterusan sehingga enam bulan pada sesetengah pesakit

    JANGKITAN

    Jangkitan paling biasa ialah melalui makanan (salad, buah-buahan, makanan mentah yang lain) atau air yang tercemar dengan najis orang yang dijangkiti. la boleh juga berjangkit melalui makanan laut berkerang dari kawasan air laut yang tercemar dengan bahan naiis, kepah, tiram, kerang dan kupang yang mentah atau separuh masak atau juga melalui hubungan rapat dengan orang yang dijangkiti.


    MEREKA YANG MENGHADAPI RISIKO
    • Mereka yang memakan cengkerang mentah atau separuh masak contohnya tiram, kerang, kepah
    • Mereka yang menguruskan makanan
    • Mereka yang rapat hubungan dengan orang yang dijangkiti termasuk ahli keluarga
    • Pengunjung-pengunjung ke kawasan sesak dan tidak bersih
    • Mereka yang memberi jagaan harian kepada kumpulan kanak-kanak kecil dan mereka yang terencat akal atau cacat anggota
    • Pekerja-pekeria tempat perkumbahan
    • Penghuni rumah orang terencat akal
    • Mereka yang menyalahgunakan dadah
    • Individu yang menghidap penyakit hati kronik yang tidak nampak contohnya Hepatitis B atau C, 
    • Mereka yang mengalami masalah pembekuan darah, haemophilia dll
    • Mereka yang bekerja dalam persekitaran makmal ujian virus Hepatitis A

    Hepatitis B 
    Hepatitis B ialah sejenis penyakit serius yang merebak di seluruh dunia dan disebabkan oleh virus hepatitis B (HBV). la boleh menyebabkan masalah kesihatan termasuk hepatitis kronik (inflamasi hati yang berterusan), sirosis hati (hati menjadi keras), hati gagal berfungsi dan kanser hati. Penyakit ini disebarkan oleh individu yang dijangkiti penyakit ini, juga oleh sejumlah 300‑350 juta pernbawa penyakit ini diseluruh dunia. Kira‑kira 2000 juta orang dijangkiti virus ini dan 2 juta orang mati setiap tahun akibat penyakit berkaitan dengan hati.

    5-10% Daripada 90% adalah orang dewasa tidak dapat menyediakan antibodi yang mencukupi untuk membasmi jangkitan dan akan dijangkiti secara teruk untuk jangka masa panjang. Mereka ini adalah pembawa penyakit Hepatitis B yang kronik. Tanda-tanda jangkitan Hepatitis B yang teruk adalah sama seperti jangkitan virus Hepatitis C. Ini termasuk demam, sakit perut dan kuning. Kebanyakan yang dijangkiti secara teruk tidak mempunyai tanda-tanda yang jelas dan mereka boleh menjangkit ia kepada orang lain.

    Hepatitis B adalah penyakit dalam kumpulan ini yang paling serius dan amat perlu diambil perhatian. Kesedaran tentang bahaya Hepatitis B ini masih kurang di kalangan orang ramai. Cara jangkitannya yang begitu mudah, malah lebih mudah daripada dijangkiti AIDS. Virus ini boleh dijumpai dalam semua bahagian cecair tubuh manusia yang menghadapi Hepatitis B secara teruk dan serius. Virus ini dijumpai di dalam darah, air mani, cecair faraj, cecair sendi, air susu, air kencing, air mata dan pelbagai. Penyakit ini adalah biasanya di Asia adalah daripada kes-kes ibu menjangkitkan ia kepada anak sewaktu bersalin.

    Penyakit boleh dijangkiti melalui pemindahan darah atau sebarang hasil darah melalui luka di kulit atau melalui tindik, membuat tatoo, akupuntur, kecederaan, dan berkongsi berus gigi. Penagih dadah yang berkongsi jarum turut menghadapi risiko yang sama. Begitu juga penggunaan alatan perubatan dan pergigian yang tidak di nyah kuman dan dicuci bersih. Jangkitan paling ketara adalah melalui hubungan seksual dan hubungan rapat melalui pembawa penyakit ini. Individu yang menghadapi penyakit ini secara serius dan teruk adalah turut menjadi pembawa.

    Mereka yang dijangkiti secara teruk mempunyai risiko tinggi mengalami penyakit dan kanser hati yang boleh menyebabkan kematian. Risiko ini meningkat 200 ke 300 kali ganda berbanding yang bukan pembawa. Turut didapati wanita pembawa Hepatitis B,mudah menjangkitkan ia kepada bayi yang dilahirkannya dan bayi tersebut pula menjadi pembawa dan menyebarkan kepada orang lain. Harus diingat, virus ini telah didapati hampir di semua bahagian berair dan cecair tubuh manusia.

    3- 5% darah di derma di Semenanjung Malaysia diperiksa mempunyai virus HBU iaitu virus yang menyebabkan Hepatitis B. Ini bermaksud, sekitar 468,000 ke 780,000 daripada jumlah penduduk, Sekitar 15.6 juta, sudah menjadi pembawa yang boleh menjangkitkan ia kepada orang lain dan mereka ini mempunyai risiko yang tinggi menghadapi penyakit hati dan kanser hati. 

    Hepatitis B boleh dicegah. Kini terdapat vaksin Hepatitis B yang diberikan secara suntikan. Bagi orang dewasa dan kanak-kanak berumur 10 tahun ke atas, vaksin ini diambil 3 kali di jarak selama sebulan. Bagi kanak-kanak yang berumur di bawah 10 tahun cukup 2 dos yang dijarakkan selama 2 bulan. Dos booster juga perlu diberikan selepas 12 bulan. Daripada data-data yang diterima, penerima suntikan yang lengkap boleh mempunyai imuniti lebih enam tahun. Satu dos tambahan perlu diambil selepas jangka itu untuk meningkatkan semula pertahanan badan.

    TANDA-TANDA PENYAKIT

    Tanda-tanda awal sama dengan flu, demam, menggigil, keletihan, sakit kepala, sakit perut, muntah, hilang selera makan, sakit‑sakit otot dan sendi. Kemudian diikuti dengan penyakit kuning pada kulit dan pada bahagian mata putih, selain itu air kencing akan menjadi kuning dan najis pucat. Hepatitis A dan B menampakkan tanda‑tanda. yang hampir sama pada pesakit yang dijangkitinya

    JANGKITAN

    Virus ini tersebar melalui darah yang tercemar atau bendalir badan yang lain seperti air liur, air mani, atau bendalir faraj. Oleh itu penyakit ini boleh berjangkit menerusi penggunaan alat-alat peribadi yang tercemar (contohnya pisau cukur, berus gigi, dll) atau jarum, atau melalui perhubungan seks dengan orang yang dijangkiti

    MEREKA YANG MENGHADAPI RISIKO
    • mereka yang bermain sukan sentuhan dan kemungkinan mendapat luka dan calar‑calar pada kulit
    • pekerja jagaan kesihatan, juru teknik makmal clan pekerja lain yang kerap menyentuh darah atau bahan darii darah
    • remaja yang aktif dan rambang seks, homoseksual dan pelacur
    • mereka yang menerima rawatan akupunktur dan mereka yang membuat tatoo di badan
    • mereka yang kerap melawat rantau yang tinggi kadar penyakit ini
    • bayi yang lahir dari ibu-ibu yang membawa penyakit ini
    • perhubungan rapat dengan pesakit tenat yang mengidap penyakit hepatitis B dan pembawanya
    • mereka yang menyalahgunakan dadah intravena
    Hepatitis C

    Hepatitis C merupakan jangkitan yang sukar dikesan oleh pesakit sendiri kerana ia selalu menyerang tanpa membawa simptom, membawa simptom yang tidak menonjol atau tidak berpanjangan. Hepatitis C sering menerima gelaran sebagai pembunuh senyap kerana ramai pesakit tidak mengetahui diri mereka dijangkiti sehingga bertahun-bertahun malahan berpuluh tahun lamanya.

    Apa yang menyedihkan, kebanyakan kes Hepatitis C hanya diketahui selepas umur 40 tahun walaupun ramai pesakit tersebut dipercayai telah menghidap virus berkenaan tersebut jauh lebih awal. Tidak kurang yang hanya menyedari tubuh mereka menjadi habitat virus selepas tahap kesihatan bertambah teruk akibat kegagalan hati atau pertumbuhan kanser hati.

    Satu daripada 5 antara mereka yang menghidapi Hepatitis C akan mengalami parutan dan pengerasan hati secara berperingkat. Risikonya mengalami barah hati meningkat sebanyak 5 peratus selepas 20 tahun dan 4 peratus setahun bila hati mengalami parut.

    Penyakit ini merebak melalui pendedahan kepada darah mereka yang menghidapi penyakit Hepatitis C. Malah darah yang telah kering masih mempunyai virus yang boleh menjangkiti. Antara cara jangkitan adalah dengan menyentuh darah yang telah dijangkiti. Malah perkongsian alatan suntikan ubat dan darah boleh menjadi punca jangkitan. Kebersihan alatan tatoo dan tindik juga perlu dipastikan dan mereka yang menerima darah atau produk darah sebelum 1994 perlu menjalani pemeriksaan.

    Bahaya jangkitan juga datang melalui berkongsi berus gigi, pisau cukur dan alat pemotong kuku dengan mereka yang diketahui mengidap hepatitis C. Walau pun risikonya rendah, namun kesan darah mungkin terdapat pada alatan yang dikongsi. Berkongsi tuala juga boleh mendatangkan risiko. Jangkitan melalui hubungan seks adalah rendah dan masih samar-samar lagi kewujudannya. Namun ada kajian tentang bahan-bahan virus hepatitis ini dijumpai di dalam cecair vagina atau air mani.



    Cara jangkitan Hepatitis C lebih kurang sama seperti cara jangkitan virus HIV di mana antara penyebab utama jangkitan ialah perkongsian jarum dadah. Pemindahan darah juga menjadi cara jangkitan yang utama tetapi sejak 1990-an.  kebanyakan negara telah melakukan kawalan ketat untuk mengelakkan jangkitan Hepatitis C melalui pemindahan darah.

    kajian mendapati terdapat kemungkinan besar Hepatitis C juga boleh dijangkit daripada ibu kepada anak dalam kandungan. Terdapat kes di mana kanak-kanak seawal tiga hingga lima tahun dijangkiti Hepatitis C, satu-satunya penjelasan yang boleh diterima ialah virus dijangkiti ketika mereka dalam kandungan. Walaupun pesakit Hepatitis C berpeluang sembuh, namun kajian dunia menunjukkan hanya 40 peratus pesakit sembuh selepas setahun menerima rawatan. 

    Faktor genetik dan keturunan turut mempengaruhi peluang penyembuhan pesakit Hepatitis C dan kajian menunjukkan pesakit Asia mempunyai peluang yang lebih besar untuk sembuh. Keadaan ini disebabkan oleh faktor genetik di mana mereka yang memiliki genetik positif mempunyai peluang penyembuhan lebih 70 peratus. Dalam kes Hepatitis C, gen positif lebih prevalen di kalangan penduduk Asia berbanding Caucasian dan Afrika. selain faktor genetik, soal usia dan metabolisme turut mempengaruhi peluang penyembuhan seseorang pesakit. Pesakit muda lebih berpeluang untuk disembuhkan, mereka yang mempunyai Indeks Jisim Badan (BMI) rendah juga menunjukkan hasil rawatan lebih baik berbanding pesakit dengan BMI tinggi.

    Kejayaan rawatan juga bergantung kepada bilakah anda menerima rawatan iaitu sejauh mana kerosakan hati anda. Peluang pesakit untuk sembuh lebih tinggi jika mendapat rawatan awal. Rawatan Hepatitis C bagaimanapun bukan semudah yang disangkakan apatah lagi tiada jaminan bahawa pesakit boleh sembuh sepenuhnya, keadaan ini sering menyebabkan pesakit takut untuk menghadapi perjalanan rawatan yang sukar.

    Rawatan

    Terdapat dua kaedah rawatan di mana yang pertama melalui suntikan sekali seminggu, iaitu stimulasi imun badan pesakit untuk menentang virus. Ia merupakan satu rawatan yang tidak spesifik. Pesakit akan menerima kesan sampingan seperti sakit badan dan demam. Rawatan memakan masa kira-kira 48 minggu, ramai pesakit tidak tahan dan takut untuk menerima rawatan. kaedah kedua menggunakan ubat pula didapati mampu menghentikan pembiakan virus Hepatitis C walaupun saintis masih gagal menguasai secara 100 peratus bagaimana ia berfungsi.

    Masalahnya ubat ini ialah ia bersifat toksik kepada sel darah merah, menyebabkan hemoglobin menurun dan membawa kepada amenia. Walaupun rawatan itu menimbulkan kesan yang tidak diingini tetapi ia tetap perlu dijalankan kerana virus Hepatitis C tidak akan hilang dengan sendirinya, rawatan segera menjanjikan peluang penyembuhan yang lebih baik. Ujian lebih daripada sekali perlu dilakukan kerana mungkin terdapat virus yang ‘tersembunyi’ di hati tetapi tidak dikesan dalam ujian darah.

    Pesakit yang telah sembuh pula perlu menjauhi gaya hidup berisiko kerana virus Hepatitis C yang baru boleh menyerang semula pesakit yang sama.Dalam pada itu, syarikat-syarikat farmaseutikal telah melakukan banyak kajian mengenai Hepatitis C dan ubat baru yang menyasarkan virus itu secara spesifik telah diperkenalkan di lebih 40 negara dan dijangka diluluskan di negara Asia Tenggara seperti Filipina dan Malaysia pada 2012. Ubat yang sedia ada adalah merangsang sistem imun badan pesakit untuk melawan virus, ubat baru yang dikeluarkan pula menentang virus secara fokus. Ubat baru ini boleh digunakan seiring dengan dua kaedah rawatan sedia ada. Kemunculan ubat ini menawarkan peluang baru kepada pesakit Hepatitis C yang gagal disembuhkan sebelum ini.

    Walaupun kemajuan farmaseutikal dapat menawarkan lebih peluang kepada pesakit yang menderita virus Hepatitis C, namun usaha itu perlu dilakukan selari dengan pengesanan awal bagi memastikan kejayaan berganda.

    Simptom hepatitis C

    Lazimnya, selepas terdedah kepada virus penyakit itu, pesakit jarang mengalami sebarang simptom atau gejala. Hanya 20 peratus daripadanya akan mengalami hepatitis akut dan mengalami gejala seperti tidak sedap badan, lemah, kurang selera makan dan badan bertambah kurus. Bagaimanapun, kira-kira 85 peratus pesakit akut hepatitis C akan mengalami kronik hepatitis C atau kanser hati selepas tempoh antara 20 dan 50 tahun.

    Simptom yang boleh dialami adalah terasa loya, jaundis, demam dan air kencing berwarna kuning pekat. Bagaimanapun, bukan semua pesakit hepatitis C akan mengalami gejala seumpama itu. Dalam keadaan kronik, hati yang tidak lagi berfungsi boleh menyebabkan pesakit mengalami busung atau asites iaitu keadaan perut yang membuncit. Sehubungan dengan itu, biarpun saudara kelihatan sihat dan bertenaga, itu tidak bermakna saudara bebas daripada jangkitan virus berkenaan.

    Apakah bentuk pemeriksaan bagi mengesan hepatitis C? 

    1. Pemeriksaan fungsi hati dikenali sebagai serum ALT/SGPT.

    2. Pemeriksaan anti hepatitis C (HCV).

    3. Biopsi hati.


    Apakah masalah dihadapi pesakit hepatitis C?

    Apabila seseorang pesakit didapati positif terhadap pemeriksaan mengesan virus hepatitis C, mereka memerlukan sokongan moral daripada keluarga dan masyarakat sekeliling. Pesakit mestilah dirujuk sama ada kepada pakar gastroenterologi atau hepatologi bagi menjalani pemeriksaan lanjut dan seterusnya mendapatkan rawatan dan terapi ubat-ubatan. Justeru, pesakit hepatitis C tidak seharusnya disisihkan daripada masyarakat kerana virus penyakit itu hanya merebak melalui pemindahan darah dan bukannya melalui sentuhan atau percakapan.

    Apakah bentuk dan jenis rawatan?

    1. Banyakkan berehat.

    2. Berhenti mengambil minuman keras.

    3. Amalkan diet seimbang dan berkhasiat.

    4. Pemindahan organ. Bagaimanapun, ia hanya dilakukan di negara Eropah dan Amerika Syarikat.

    5. Pengambilan ubat-ubatan yang dibekalkan oleh doktor.


    BAGAIMANAKAH VIRUS HEPATITIS C MEREBAK?

    Lazimnya, transmisi virus hepatitis C merebak melalui pemindahan darah yang sudah dijangkiti virus itu melalui:
    1. Perkongsian jarum suntikan di kalangan penagih dadah.
    2. Pemindahan darah jika darah yang didermakan tidak menjalani ujian saringan.
    3. Haemodialisis di kalangan pesakit buah pinggang.
    4. Pemindahan organ apabila organ itu didermakan oleh pesakit hepatitis C.
    5. Amalan perubatan yang tidak selamat iaitu apabila membabitkan kakitangan perubatan yang mengambil darah daripada pesakit hepatitis C.
    6. Proses kelahiran, iaitu membabitkan ibu berpenyakit hepatitis C kepada anak.
    7. Mereka yang gemar mengamalkan seks rambang.

    Apakah langkah bagi mencegah penyakit hepatitis C?   

    1. Amalkan gaya hidup sihat.

    2. Jauhi seks rambang.

    3. Berhati-hati ketika bertindik, bertatu, bercukur dan menjalani rawatan akupunktur dengan memastikan peralatan digunakan benar-benar bersih dan selamat.

    4. Jauhi dadah.


    Penjagaan kebersihan adalah penting bagi menghindari mana-mana jenis hepatitis. Elakkan berkongsi alatan mandi seperti berus gigi, pencukur dan tuala dengan mana-mana individu. Jangan berkongsi jarum atau alatan perubatan dan pastikan alatan perubatan dan pergigian telah dibersihkan terlebih dahulu. Penyakit yang boleh berkekalan sepanjang hayat seseorang ini tidak dapat dikesan bagi sesetengah pesakit kerana kebanyakan mereka tidak mengalami masalah besar, sehinggalah mereka meningkat tua. Ada yang dihinggapi penyakit ini ketika berusia lima tahun lagi, tapi hanya disedarinya 20 tahun kemudian.

    Bagaimanapun, mereka bernasib baik sekarang. Penyakit ini, yang dianggap tidak boleh diubati sebelum ini, kini boleh diubati dan sejak sembilan tahun lepas, sejenis ubat sudah ditemui untuk pesakit hepatitis C. Satu kajian telah dijalankan terhadap tujuh ribu pesakit hepatitis C dan mereka dirawat dengan ubat berkenaan selama enam tahun. Setelah dirawat, virus berkenaan dikesan tidak wujud lagi dalam tubuh mereka dan kehadirannya terus tidak dapat dikesan dalam tempoh lima tahun selepas itu. Sejenis ubat baharu juga ditemui sebulan lepas bagi pesakit hepatitis C, yang mampu meningkatkan kadar penyembuhan mereka. 

    Ini merupakan penemuan penting bagi pesakit hepatitis C, walaupun ubat bagi hepatitis jenis lain belum ditemui. Namun demikian, semua jenis hepatitis boleh dikawal melalui rawatan berkala yang disediakan di semua hospital di seluruh negara. pemeriksaan awal perlu dilakukan dan perundingan dengan doktor patut diadakan untuk memastikan penyakit berkenaan dapat dikesan dan penghidapnya diberi rawatan.


    Elakkan amalan seks bebas. Jangan bertukar-tukar pasangan. Pemakaian kondom masih tidak dapat mengelakkan jangkitan kerana virus ini telah didapati dalam air liur dan cecair badan yang lain. Berhati-hati apabila bertindik dan melukis tatu, rawatan akupunktur dan bercukur kepala juga boleh mendedahkan seseorang kepada hepatitis C. Peralatan yang digunakan seperti gunting, pisau cukur dan jarum yang tidak bersih dan sudah dijangkiti virus penyakit itu akan meningkatkan lagi risiko seseorang menjadi mangsa hepatitis C


    Dapatkan suntikan vaksin terutamanya hepatitis B.  Bersihkan tangan selepas ke tandas dan sebelum makan. Jalani pemeriksaan kesihatan dan darah sekurang-kurangnya setahun sekali dan sebaiknya 6 bulan sekali. Hepatitis A, B dan C mudah untuk dielakkan. Sebarkan maklumat bahan bahaya penyakit ini kepada yang lain kerana ia semakin menjadi wabak. Dapatkan vaksin dan perbaharuinya setiap 6 tahun bagi vaksin hepatitis B.



    Noktah..=))