Assalamualaikum semua..=))
contoh pemeriksaan ultrasound |
Selamat malam dan selamat menyambut tahun 2013 semua,
Moga-moga tahun 2013 yang bakal menyengah
tiba ini membawa seribu satu barakah untuk diri dan orang disekeliling kita.
Amin..=)).
Jadi sambil us menunggu-nunggu bunga api
yang bakal meletup kat sekitar UKM ni, meh us kongsikan info pasal Ultrasound. Mungkin ramai diantara
kita yang jarang atau tidak penah tahu pasal Ultrasound kan. sebenarnya, ultrasonografi adalah suatu kaedah pemeriksaan
badan dengan menggunakan gelombang bunyi pada frekuensi tinggi. Gelombang bunyi yang dipantulkan oleh objek akan dibaca pada komputer dan kemudian diubah balik ke
dalam bentuk imej. Gelombang bunyi yang digunakan dalam pengimejan perubatan
adalah antara 2 hingga 20 MHz. selalunya,
pemeriksaan utrasound ni familiar dikalangan ibu mengandung terutamanya bagi
mengetahui jantina dan status kesihatan bayi dalam kandungan.
Hari ni adalah kali pertama us menjalani
pemeriksaan ultrasound bagi pundi hempedu di bahagian radiologi, HUKM dan kali
pertama juga us tgk imej ultrsound badan us sendiri pada skin komputer...
hehehe. Honestly us rasa agak excited dan curious melebihi ibu mengandung yang
nk tau jantina baby jer.:P
Ini contoh skrin Imej ultrasound bagi hati |
Ini contoh skrin Imej ultrasound bagi bayi |
Gelombang ultrasound tidak melibatkan sinaran x dan
radiasi. Itulah sebabnya pemeriksaan jenis ini diutamakan pada kanak-kanak dan
wanita hamil. Bagi kehamilan, gelombang ultrasound digunakan untuk menentukan
umur dan kesihatan keseluruhan janin. Gelombang ultrasound juga berguna untuk
memeriksa pelbagai organ dalam badan seperti otak, hati, organ-organ di
kalangan perut dan pelvis, saluran-saluran darah, sendi-sendi, payudara dan
sebagainya.
Gelombang ultrasound berguna dalam menaksir otak dan saraf
tunjang bayi baru lahir dan janin. Untuk jantung, ia membenarkan penilaian
fungsi jantung terutama injap-injap dan bendalir sekitar jantung tanpa perlu
prosedur invasif. Ini dipanggil ekokardiografi dan biasanya dilakukan oleh
pakar-pakar kardiologi.
Gelombang ultrasound adalah
penyelidikan pilihan untuk memeriksa batu karang dan batu-batu ginjal, dan
merupakan kaedah saringan untuk menilai pelvis. Pemeriksaan ultrasound senang diperolehi. Dalam kebanyakan
kes, pemeriksaan ini boleh dibuat dengan serta-merta. Bagaimanapun, dalam
situasi-situasi tertentu, persediaan diperlukan.
Dalam satu pemeriksaan ultrasound bagi pundi hempedu,
meskipun persediaan bukan wajib, berpuasa semalaman adalah berguna untuk
menggelembung pundi hempedu dan membenarkan penilaian lebih baik. Dalam satu
pemeriksaan ultrasound pelvis, pesakit diperlukan untuk mengisi pundi kencing
dengan meminum banyak bendalir. Ini adalah untuk membenarkan penilaian
struktur-struktur di belakang pundi kencing umpamanya uterus dan ovari.
Pemeriksaan ultrasound khas dan canggih seperti intravaskular atau
endoskopi akan memerlukan persediaan sama sebagai mana-mana pemeriksaan
angiografi atau endoskopi.
Semasa pemeriksaan ultrasound, dokor akan menggunakan gel
pada transducer (alat scan) dan digerakkan pada permukaan kulit pada
organ yang hendak diperiksa. kemudian Imej-imej ultrasound badan atau organ
yang diimbas akan dikeluarkan oleh komputer.
Kesimpulanya,
moga-moga keputusannya darah dan ultrasound us negatif dan dijauhkan dari
sebarang pembedahan.. amin..:P
Noktah..=))
No comments:
Post a Comment