Assalamualaikum..==))
Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat daripada terapi kemo. Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor atau rintangan kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus, berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.
Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini : kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad lamanya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan sakit jantung, asma, masalah berkaitan hati dan menyerang dan menghancurkan sel-sel jahat kanser. Hasilnya sangat menakjubkan. Graviola secara ilmiah telah terbukti sebagai pokok pembunuh sel kanser yang berkesan.
Hasil penyelidikan membuktikan “pohon ajaib” dan buahnya ini .
i) Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, tanpa rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.
ii) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan.
iii) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan atau penyembuhan.
iv) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.
Buah Graviola telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya. Hasil ujikaji menunjukkan khasiat buah ini bertindak Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser Usus Besar, Payu Dara, Prostat, Paru-Paru dan Pankreas. selain itu, daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan tidak membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat. Kajian oleh Catholic University di Korea Selatan, mendakwa bahawa salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam Graviola, mampu memilih, membezakan dan membunuh sel kanser usus besar secara semula jadi.
selain memakan buah beri yang kaya dgn vitamin b dan bertindak sebagai anti kanser dan antioksida, anda juga boleh mengamalkan memakan buah durian belanda yang sedap dimakan dan senang diperolah terutamanya dikawasan tropika...;p
Noktah..;p
No comments:
Post a Comment