Monday, December 31, 2012

"Ultrasound"

Assalamualaikum semua..=))

contoh pemeriksaan ultrasound

Selamat malam dan selamat menyambut tahun 2013 semua, Moga-moga tahun 2013 yang bakal menyengah tiba ini membawa seribu satu barakah untuk diri dan orang disekeliling kita. Amin..=)). 

Jadi sambil us menunggu-nunggu bunga api yang bakal meletup kat sekitar UKM ni, meh us kongsikan info pasal Ultrasound. Mungkin ramai diantara kita yang jarang atau tidak penah tahu pasal Ultrasound kan. sebenarnya, ultrasonografi adalah suatu kaedah pemeriksaan badan dengan menggunakan gelombang bunyi pada frekuensi tinggi. Gelombang bunyi yang dipantulkan oleh objek akan dibaca pada komputer dan kemudian diubah balik ke dalam bentuk imej. Gelombang bunyi yang digunakan dalam pengimejan perubatan adalah antara 2 hingga 20 MHz. selalunya, pemeriksaan utrasound ni familiar dikalangan ibu mengandung terutamanya bagi mengetahui jantina dan status kesihatan bayi dalam kandungan.

Hari ni adalah kali pertama us menjalani pemeriksaan ultrasound bagi pundi hempedu di bahagian radiologi, HUKM dan kali pertama juga us tgk imej ultrsound badan us sendiri pada skin komputer... hehehe. Honestly us rasa agak excited dan curious melebihi ibu mengandung yang nk tau jantina baby jer.:P

Ini contoh skrin Imej ultrasound bagi hati
Ini contoh skrin Imej ultrasound bagi bayi
Gelombang ultrasound tidak melibatkan sinaran x dan radiasi. Itulah sebabnya pemeriksaan jenis ini diutamakan pada kanak-kanak dan wanita hamil. Bagi kehamilan, gelombang ultrasound digunakan untuk menentukan umur dan kesihatan keseluruhan janin. Gelombang ultrasound juga berguna untuk memeriksa pelbagai organ dalam badan seperti otak, hati, organ-organ di kalangan perut dan pelvis, saluran-saluran darah, sendi-sendi, payudara dan sebagainya.  


Gelombang ultrasound berguna dalam menaksir otak dan saraf tunjang bayi baru lahir dan janin. Untuk jantung, ia membenarkan penilaian fungsi jantung terutama injap-injap dan bendalir sekitar jantung tanpa perlu prosedur invasif. Ini dipanggil ekokardiografi dan biasanya dilakukan oleh pakar-pakar kardiologi.

Gelombang ultrasound adalah penyelidikan pilihan untuk memeriksa batu karang dan batu-batu ginjal, dan merupakan kaedah saringan untuk menilai pelvis. Pemeriksaan ultrasound senang diperolehi. Dalam kebanyakan kes, pemeriksaan ini boleh dibuat dengan serta-merta. Bagaimanapun, dalam situasi-situasi tertentu, persediaan diperlukan.

Dalam satu pemeriksaan ultrasound bagi pundi hempedu, meskipun persediaan bukan wajib, berpuasa semalaman adalah berguna untuk menggelembung pundi hempedu dan membenarkan penilaian lebih baik. Dalam satu pemeriksaan ultrasound pelvis, pesakit diperlukan untuk mengisi pundi kencing dengan meminum banyak bendalir. Ini adalah untuk membenarkan penilaian struktur-struktur di belakang pundi kencing umpamanya uterus dan ovari. Pemeriksaan ultrasound khas dan canggih seperti  intravaskular atau endoskopi akan memerlukan persediaan sama sebagai mana-mana pemeriksaan angiografi atau endoskopi.


Semasa pemeriksaan ultrasound, dokor akan menggunakan gel pada transducer (alat scan)  dan digerakkan pada permukaan kulit pada organ yang hendak diperiksa. kemudian Imej-imej ultrasound badan atau organ yang diimbas akan dikeluarkan oleh komputer. 


Kesimpulanya, moga-moga keputusannya darah dan ultrasound us  negatif dan dijauhkan dari sebarang pembedahan.. amin..:P

Noktah..=))

Sunday, December 30, 2012

"Neuroblastoma"

Assalamualaikum semua..=))


AMBIL BERAT... sambil melayan kerenah kanak-kanak, guna peluang itu bagi meneliti sebarang perubahan pada gerak-geri dan tubuh mereka.

Neuroblastoma adalah kanser pada tisu saraf di dalam badan. Ia adalah kanser kanak-kanak dalam lingkungan usia dua tahun ke bawah. Kanser ini ditemui oleh doktor Rudolf Virchow yang dikenali sebagai glioma pada 1846. Kira-kira 50 peratus kanser ini cepat merebak dan jika tidak dirawat, ia mampu meragut nyawa. Sehingga kini punca sebenar neuroblastoma tidak diketahui dan cara mencegah atau mengelak daripada kanser ini juga masih tidak ditemui.

Gangguan itu biasa berlaku kepada kira-kira 4.6 peratus daripada sejuta kanak-kanak di Malaysia tanpa mengira jantina samada lelaki atau perempuan. Kanser saraf boleh berlaku di beberapa bahagian badan. Ia terbentuk daripada tisu yang membentuk sistem saraf iaitu pada sistem saraf yang mengawal fungsi badan seperti denyutan jantung dan tekanan darah, penghadaman dan tahap hormon tertentu.

Barah ini boleh berlaku pada kelenjar adrenal di perut. Kelenjar ini kedudukannya di atas buah ginjal dan fungsinya adalah mengawal tekanan darah dan tekanan individu. Selain itu, ia boleh merebak ke tisu saraf dalam dada, saraf tunjang, leher, tulang muka, tengkorak, pinggul, bahu, lengan, kaki, tulang sumsum, hati, kelenjar limfa, kulit dan di sekeliling mata.

Pada peringkat awal, adalah sukar mengenal pasti tanda bahawa kanak-kanak diserang barah ini. Kanak-kanak terbabit mungkin mengalami simptom lesu, kurang makan atau demam, Susut berat badan, Sakit sendi dan ia juga bergantung pada bahagian yang terkena barah. Pemeriksaan doktor harus dilakukan jika ada gejala seperti di atas. Neuroblastoma dapat dikesan melalui ujian darah, air kencing dan radiologi seperti Imbasan Tomografi Berkomputer (CT scan) dan ujian imbasan (MRI).

Jika ada bengkak di bahagian seperti leher, perut dan dada, ia harus diambil sedikit isinya, iaitu ‘biopsy’ di mana ia akan diperiksa pada bawah mikroskop untuk mengenal pasti nueroblastoma menerusi sel yang dilihat. Selepas dikenal pasti ia neuroblastoma, doktor akan mengkelaskan penyakit ini sama ada di peringkat awal atau sebaliknya.

Ini penting untuk panduan rawatan neuroblastoma. Jika masih peringkat awal, ia boleh dirawat melalui pembedahan tetapi jika peringkat akhir, harus dirawat dengan kaedah kemoterapi atau radioterapi dulu sebelum dibedah. Neuroblastoma membabitkan enam hingga 10 peratus kanser kanak-kanak dan 15 peratus daripada kes berkenaan membawa kepada kematian.

Gejala lain



  • Sakit tulang (jika kanser merebak ke tulang)
  • Kesukaran bernafas atau batuk kronik (jika kanser merebak ke dada)
  • Abdomen diperbesarkan (daripada tumor yang besar atau cecair berlebihan)
  • Kulit kemerah-merahan
  • Pucat dan kulit warna kebiruan di sekeliling mata
  • Berpeluh yang berlebihan
  • Ketidakupayaan untuk mengosongkan pundi kencing
  • Lumpuh kaki
  • Pergerakan mata yang tidak terkawal atau pergerakan kaki tidak normal dipanggil   sindrom opsoclonus-myoconus

    Rawatan

    Setiap rawatan berbeza bergantung kepada tahap neuroblastoma seperti:
  • Lokasi kanser
  • Berapa banyak dan di mana ia merebak
  • Umur pesakit

    Dalam kes tertentu, pembedahan sudah memadai. Bagaimanapun, lazimnya Ubat anti kanser (kemoterapi)  dan terapi juga disyorkan jika tumor merebak kebahagian lain.  Kemoterapi berdos tinggi dan pemindahan sel stem autologous masih dikaji untuk digunakan di kalangan kanak-kanak dengan tumor yang sangat berisiko tinggi. 

    Kesimpulanya, mencegah lebih baik daripada merawat. Oleh itu, pengesanan awal pada perubahan tubuh anak-anak anda mampu menyelamatkan nyawa..P

    Noktah..=))
  • Friday, December 21, 2012

    "Penghuni Langit"



    Assalamualaikum semua..=))


    selamat malam dan selamat berhari jumaat semua. Alhamdulillah, kita masih diberi kesihatan dan dipanjangkan umur oleh ALAH SWT pada hari jumaat bersamaan 21/12/2012. Tarikh keramat pada hari ini juga merupakan tarikh ramalan bagi Hari Kiamat dalam kalendar kaum maya. Ramai yang mempercayai ramalan ini berpusu-pusu ke Gunung Pic de Bugarach di pekan Bugarach, selatan Perancis bagi menyelamatkan diri daripada hari kiamat..;p. Apapun, hanya Allah yang lebih mengetahui tarikh dan waktunya, kita sebagai seorang manusia dan muslim wajib mempercayainya sebagaimana yang telah termaktub dalam rukun iman.

    Berbalik pada tajuk malam ni,.. us nak kongsikan kisah tentang seorang insan yang hidup pada zaman RasulAllah yang dikenali sebagai penghuni langit dikalangan malaikat. Rasulullah S.A.W ada menyebut doa daripada ahli syurga ini adalah sangat makbul. Insan ini diberi nama Uwais al-Qarni. Uwais al-Qarni adalah antara nama pilihan dan terpilih yang us suka. InsyaALLAH, jikalau us ada anak lelaki, Us akan namakan salah seorangnya dengan nama Uwais al-Qarni. Moga-moga berkat dengan nama dan doa akan menjadi anak yang baik, soleh, tawadhu' dan amanah seperti keperibadian Ahli Syurga ini... Amin...hehehe.. =))

    Uwais al Qarni adalah seorang tabiin yang namanya disebut di dalam wasiat Baginda SAW yang disampaikan kepada Saidina Umar al-Khattab dan Saidina Ali KaramAllahu wajhah. Baginda SAW berpesan:

    “Di zaman kamu nanti akan lahir seorang insan yang doa dia sangat makbul. Kamu berdua pergilah cari dia. Dia akan datang dari arah Yaman dan dia dibesarkan di Yaman. Dia akan muncul di zaman kamu, carilah dia. Kalau berjumpa dengan dia minta tolong dia berdoa untuk kamu berdua.”

    Lalu Saidina Umar dan Saidina Ali bertanya: “Apakah yang patut saya minta daripada Uwais al-Qarni, Ya Rasulullah? Nabi SAW menjawab: “Kamu minta kepadanya supaya dia berdoa kepada Allah (SWT) agar Allah (SWT) ampunkan dosa-dosa kalian”.

    Setelah Baginda SAW wafat, Saidina Umar dan Ali menunggu-nunggu kafilah yang datang dari arah Yaman. Sehingga akhirnya mereka bertemu dengan Uwais al-Qarni. Jika dilihat dari pandangan orang biasa, Uwais al-Qarni tiada ciri-ciri istimewa kerana dari pandangan luaran beliau seperti orang yang tidak sempurna akal, tetapi beliau ada sesuatu yang kita tidak ketahui..
      
    Kisah Uwais al-Qarni

    Beliau mempunyai seorang ibu yang sudah uzur dan lumpuh. Ibunya mempunyai hajat untuk menunaikan haji di Mekah. Namun dengan kudrat yang sebegitu, ibu Uwais tidak mampu untuk ke Mekah berjalan seorang diri. Lalu dia mengutarakan hasratnya kepada Uwais supaya mengikhtiarkan sesuatu agar dia boleh dibawa ke Mekah menunaikan haji.

    Sebagai seorang yang miskin, Uwais tidak berdaya untuk mencari perbelanjaan untuk ibunya. Ini kerana, pada zaman itu kebanyakan orang yang pergi menunaikan haji dari Yaman ke Mekah perlu menyediakan beberapa ekor unta yang dipasang diatasnya “Haudat”. Haudat ini seperti rumah kecil yang diletakkan di atas unta untuk melindungi panas matahari dan hujan, selesa dan perbelanjaannya mahal. Uwais tidak mampu untuk menyediakan yang demikian, unta pun dia tidak ada, nak sewa pun tidak mampu.

    Ibunya semakin tua, lalu ibunya berkata: “Anakku mungkin ibu dah tak lama lagi akan bersama dengan kamu, ikhtiarkanlah agar ibu dapat mengerjakan haji”.

    Uwais mendapat satu ilham... Dia membeli seekor anak lembu yang baru lahir dan dah habis menyusu. Dia membuat sebuah rumah kecil (pondok) di atas sebuah “Tilal” iaitu sebuah tanah tinggi.

    Apa yang dia lakukan, pada petang hari dia dukung anak lembu itu untuk naik ke atas “Tilal”. Pagi esoknya dia dukung lembu itu lagi turun dari “Tilal” untuk diberi makan. Itulah yang dilakukannya setiap hari. Ada ketikanya dia mendukung lembu itu mengelilingi bukit tempat dia beri lembu itu makan.

    Perbuatan yang dilakukannya ini menyebabkan orang ramai mengatakan dia gila. Memang pelik, buatkan rumah untuk lembu di atas bukit, kemudian setiap hari usung lembu, petang bawa naik, pagi bawa turun bukit.Tetapi sebenarnya niatnya baik. Kalau lembu kita buat begitu pagi sekali, petang sekali daripada lembu yang beratnya 20 kilogram, selepas enam bulan lembu itu sudah menjadi 100 kilogram. Otot-otot tangan dan badan Uwais menjadi kuat hinggakan dengan mudah mengangkat lembu seberat 100 kilogram turun dan naik bukit.

    Rupa-rupanya perbuatannya itu adalah satu persediaan untuk dia membawa ibunya mengerjakan haji. Dia telah memangku ibunya dari Yaman sampai ke Mekkah dengan kedua tangannya. Dibelakangnya dia meletakkan barang-barang keperluan seperti air, roti dan sebagainya. Lembu yang beratnya 100 kilogram boleh didukung dan dipangku inikan pula ibunya yang berat sekitar 50 kilogram. Dia membawa (mendukung dan memangku) ibunya dengan kedua tangannya dari Yaman ke Mekah, mengerjakan Tawaf, Saie dan di Padang Arafah dengan senang sahaja. Dan dia juga memangku ibunya dengan kedua tangannya pulang semula ke Yaman dari Mekah.

    Pulang sahaja ke Yaman, ibunya bertanya: “Uwais, apa yang kamu berdoa sepanjang kamu berada di Mekah?”. 

    Uwais menjawab: “Saya berdoa minta supaya Allah (SWT) mengampunkan semua dosa-dosa ibu”.

    Ibunya bertanya lagi: “Bagaimana pula dengan dosa kamu”.

    Uwais menjawab: “Dengan terampun dosa ibu, ibu akan masuk syurga, cukuplah ibu redha dengan saya, maka saya juga masuk syurga”.

    Ibunya berkata lagi: “Ibu nak supaya engkau berdoa agar Allah (SWT) hilangkan sakit putih (sopak) kamu ini”.

    Uwais kata" “Saya keberatan untuk berdoa kerana ini Allah (SWT) yang jadikan. Kalau tidak redha dengan kejadian Allah (SWT), seperti saya tidak bersyukur dengan Allah (SWT) ”.

    Ibunya menambah: “Kalau nak masuk syurga, kena taat kepada perintah ibu, Ibu perintahkan engkau berdoa”.

    Akhirnya Uwais tidak ada pilihan melainkan mengangkat tangan dan berdoa. Uwais berdoa seperti yang ibu dia minta supaya Allah (SWT) menghilangkan penyakit sopak yang dihidapinya itu. Tetapi kerana dia takut masih ada dosa pada dirinya dia berdoa:

    “Tolonglah Ya Allah (SWT) kerana ibu aku suruh aku berdoa hilangkan yang putih pada badanku ini melainkan tinggalkan sedikit”.

    Maka, Allah (SWT) memakbulkan doanya dan menghilangkan penyakit sopak di seluruh badannya kecuali meninggalkan setompok di bahagian lehernya. Dan tanda itulah yang disebutkan oleh Rasulullah SAW kepada Saidina Umar al-Khattab dan Saidina Ali untuk mengenali Uwais al-Qarni.

    Setelah ibunya meninggal, Uwais menjadi seorang yang soleh dan darjatnya ditinggikan sehingga dia menjadi seorang yang doanya paling makbul.

    Uwais hanyalah seorang pengembala kambing biasa. Sekali pandang, tiada apa yang istimewa tentang pemuda ini. Namun, dia mencatat sejarah hebat di kalangan manusia. Malah, baktinya yang tersembunyi mengangkat dirinya ke martabat yang amat tinggi. Sehingga Rasulullah SAW sendiri mengiktiraf Uwais Al-Qarni adalah penghuni langit, bukan manusia di bumi!

    Waktu terus berganti, dan Nabi SAW kemudian wafat. Kekhalifahan Abu Bakar pun telah digantikan pula oleh Umar bin Khatab. Suatu ketika, khalifah Umar teringat akan sabda Nabi SAW mengenai Uwais Al-Qarni, penghuni langit. Beliau segera mengingatkan kembali sabda Nabi SAW itu kepada sahabat Ali bin Abi Thalib ra.

    Sejak saat itu setiap ada kafilah yang datang dari Yaman, Khalifah Umar ra dan Ali ra selalu menanyakan mengenai Uwais Al Qarni, si fakir yang tak punya apa-apa itu, yang kerjanya hanya menggembalakan kambing dan unta setiap hari. Mengapa khalifah Umar ra dan sahabat Nabi, Ali r.a, selalu menanyakan dia?

    Rombongan kafilah dari Yaman menuju Syam silih berganti, membawa barang dagangan mereka. Suatu ketika, Uwais Al-Qarni turut bersama mereka. Rombongan kafilah itu pun tiba di kota Madinah. Melihat ada rombongan kafilah yang baru datang dari Yaman, segera Khalifah Umar ra dan Ali ra mendatangi mereka dan menanyakan apakah Uwais Al-Qarni turut bersama mereka.

    Rombongan kafilah itu mengatakan bahawa Uwais Al-Qarni ada bersama mereka, dia sedang menjaga unta-unta mereka di perbatasan kota. Mendengar jawaban itu, khalifah Umar ra dan Ali ra segera pergi menjumpai Uwais Al-Qarni. Sesampainya di khemah tempat Uwais berada, Khalifah Umar ra dan Ali ra memberi salam. Tetapi ketika itu Uwais sedang solat.

    selepas selesai solat, Uwais menjawab salam Khalifah Umar ra dan Ali ra sambil mendekati kedua sahabat Nabi SAW ini dan menghulurkan tangannya untuk bersalaman. Sewaktu berjabat, Khalifah Umar ra dengan segera membalikkan tangan Uwais, untuk membuktikan kebenaran tanda putih yang berada di telapak tangan Uwais, seperti yang pernah dikatakan oleh Nabi SAW.

    Memang benar!.. Kelihatan tanda putih di telapak tangan Uwais Al-Qarni. Wajah Uwais Al-Qarni tampak bercahaya. Benarlah seperti sabda Nabi SAW bahawa dia itu adalah penghuni langit. Khalifah Umar ra dan Ali ra menanyakan namanya, dan dijawab, “Abdullah.” Mendengar jawaban Uwais, mereka tertawa dan mengatakan, “Kami juga Abdullah, yakni hamba Allah. Tapi siapakah namamu yang sebenarnya? Uwais kemudian berkata: “Nama saya Uwais Al-Qarni”.

    Dalam perbualan mereka, dinyatakan ibu Uwais Al-Qarni telah meninggal dunia. Itulah sebabnya, ia baru dapat turut bersama rombongan kafilah dagang saat itu. Akhirnya, Khalifah Umar dan Ali ra memohon agar Uwais membacakan doa dan istighfar untuk mereka. Uwais enggan dan dia berkata kepada Khalifah, “Sayalah yang harus meminta doa pada kalian.”

    Mendengar perkataan Uwais, khalifah berkata, “Kami datang ke sini untuk mohon doa dan istighfar dari anda.” Kerana desakan kedua sahabat ini, Uwais Al-Qarni akhirnya mengangkat tangan, berdoa dan membacakan istighfar. Setelah itu Khalifah Umar ra berjanji untuk menyumbangkan wang negara dari Baitul Mal kepada Uwais untuk jaminan hidupnya.

    setelah selesai berdoa Uwais berkata, “Hamba mohon supaya hari ini saja hamba diketahui orang. Untuk hari-hari selanjutnya, biarlah hamba yang fakir ini tidak diketahui orang lagi.”

    Beberapa tahun kemudian, Uwais Al-Qarni pun meninggal dunia. Anehnya, pada saat dia akan dimandikan, tiba-tiba sudah banyak orang yang berebut-rebut untuk memandikannya. Dan ketika dibawa ke tempat pembaringan untuk dikafani, di sana pun sudah ada orang-orang yang menunggu untuk mengkafannya.

    Demikian pula ketika orang pergi hendak menggali kuburannya, di sana ternyata sudah ada orang-orang yang menggali kuburnya hingga selesai. Ketika usungan dibawa menuju ke perkuburan, orang berebut-rebut mengangkat jenazah dan mengiringinya. kematian Uwais Al-Qarni telah menggemparkan masyarakat kota Yaman. Banyak terjadi peristiwa yang menghairankan. Ramai orang yang tidak dikenali datang untuk menguruskan jenazahnya sehingga ke liang lahad sedangkan selama ini Uwais hanyalah seorang fakir yang tidak dihiraukan orang.

    Bermula saat dia dimandikan sampai ketika jenazahnya hendak diturunkan ke dalam kubur, di situ selalu ada orang-orang yang telah siap melaksanakannya terlebih dahulu. Penduduk kota Yaman tercengang. Mereka saling bertanya-tanya, “Siapakah sebenarnya engkau wahai Uwais Al-Qarni?

    Bukankah Uwais yang kita kenal, hanyalah seorang fakir, yang tak memiliki apa-apa, yang kerjanya sehari-hari hanyalah sebagai penggembala kambing dan unta? Tapi, ketika hari wafatmu, engkau menggemparkan penduduk Yaman dengan hadirnya manusia-manusia asing yang tidak pernah kami kenal.

    Mereka datang dalam jumlah yang begitu ramai. Mungkin mereka adalah para malaikat yang diturunkan ke bumi, hanya untuk mengurus jenazah dan pemakamanmu.” Berita meninggalnya Uwais Al-Qarni dan peristiwa-peristiwa ajaib yang berlaku ketika hari beliau wafat telah tersebar ke serata tanah Yaman. Baru hari itu mereka sedar siapa sebenarnya Uwais Al-Qarni.

    Di hari wafatnya, mereka mengakui bahawa memang benar sebagaimana yang telah disabdakan oleh Nabi SAW, sesungguhnya Uwais Al-Qarni adalah penghuni langit.


    Noktah..=))

    Thursday, December 13, 2012

    "Wahai Anakku"

    Assalamualaikum..=))



    Wahai anakku,
    Janganlah engkau gopoh gapah semasa mendirikan solat, kerana dihadapanmu adalah Tuhanmu, bukan kawanmu. Engkau sedang berbicara dengan Allah Yang Maha Agung,  tentulah tidak layak engkau bersikap demikian.

    Wahai anakku,
    Jangan engkau hanya fikir untuk selesai solahmu, tanpa engkau memikirkan Tuhanmu menerima atau menolak solah itu. Jangan sesekali engkau hanya mengira soal sah dan batal, tanpa engkau mengira soal ianya diterima atau ditolak.

    Wahai anakku,
    Kalau engkau kasih dan cinta kepada Tuhanmu, tentulah engkau akan lama bersamanya dalam solah, doa, munajat dan zikirmu. Kalau engkau merasai tiada manusia sanggup gopoh gapah dihadapan seorang raja, kerana menghormatinya atau memuliakannya; bagaimana pula engkau bilamana berhadapan dengan Tuhanmu?.

    Wahai anakku,
    Ketahuilah bahawa solah adalah amalan pertama dihitung di akhirat. Apakah perasaanmu kalau engkau melihat solahmu yang tidak memelihara tertib dan adabnya, tentulah engkau akan merasa malu dan aib dihadapanNya. Engkau sendiri pun akan mencemuh amalan sambil lewamu. Kerana itu bezakanlah ketika mana kamu berdiri dihadapan manusia dengan saat kamu berdiri dihadapan Tuhanmu.

    Wahai anakku,
    Lakukanlah dengan sebaiknya, kerana solah mampu mencegah perbuatan keji dan mungkar. Ia adalah perisai. Ia adalah tunjang kekuatan. Lakukan dengan tenang, nescaya kamu akan merasai kemanisan ibadahmu.

    Wahai anakku,
    Saat paling hampir manusia dengan Tuhannya ialah waktu sujud. Maka ambil kesempatan untuk memohon apa yang kamu inginkan. Lamakan sedikit saat sujudmu, engkau akan merasai kemanisannya.

    Wahai anakku,
    Disaat engkau sujud iblis menangis dan akan lari darimu. iblis engan sujud menyebabkan ia jadi kafir dan durhaka kepada Tuhannya. Kerana itu wahai anakku. Sempurnakan sujudmu dan sedari bahawa kamu sedang sujud kepada Allah yang Maha Agong. Pohonlah keampunan dan kasih sayang Allah di saat itu, nescaya Allah akan memeliharamu diwaktu tiada manusia mampu memeliharamu. Kamu tidak akan berdukacita, di mana manusia yang durhaka berdukacita.

    Semoga Allah menerima amalan kita, kerana ia tanda ketaatan kita kepadaNya. Ya Allah, terimalah amalan yang sedikit ini, dan terimalah amalan yang tidak sempurna ini, dan ampuni kami atas kecuaian kami selama ini… Amin.=))

    Noktah..=))

    Friday, December 7, 2012

    "Kesakitan Penghapus Segala Dosa"

    Assalamualaikum..=))


    Salam Saiyidul Aiyam ( سيد الأيامkepada semua muslimin serta muslimat. Hari jumaat merupakan penghulu segala hari dan semulia-mulia hari di sisi Allah s.w.t (Imam Al-Ghazzali). Pada hari Jumaat juga berlakunya peristiwa-peristiwa penting dalam islam seperti penciptaan Nabi Adam, perkahwinan Nabi Adam dan Hawa. Pada hari Jumaat juga Nabi Adam dikeluarkan dari syurga dan peristiwa terbesar yang akan berlakunya pada hari Jumaat adalah Hari Qiamat. 

    Berkat hari jumaat juga Allah akan memakbulkan doa hamba-hambanya selagi tidak meminta yang haram. Jadi sama-samalah kita doakan keselamatan dan kesejahteraan keluarga dan saudara-saudara kita khasnya di Syiria dan Palestin. Sesungguhnya, Allah tidak menjadikan Kesakitan itu Sia-Sia, tetapi ianya adalah Penghapus Segala Dosa.. =))

    Apabila seorang hamba Allah jatuh sakit, Allah akan mengutus 4 malaikat :

    1. Malaikat Pertama akan mengambil SELERA MAKANNYA.
    2. Malaikat Kedua akan mengambil REZEKINYA.
    3. Malaikat Ketiga akan mengambil KECANTIKAN/KETAMPANAN WAJAH (pucat).
    4. Malaikat Keempat akan mengambil DOSANYA.


    Apabila telah sampai waktu yang telah Allah tetapkan untuk hambaNya kembali sihat, Allah akan menyuruh Malaikat Pertama, Malaikat Kedua dan Malaikat Ketiga supaya mengembalikan apa yang telah diambil oleh mereka. Akan tetapi Allah tidak menyuruh Malaikat Keempat mengembalikan dosa hambaNya tersebut.

    SubhanAllah, betapa Mulia dan Baik Hati nya Allah terhadap kita. Janganlah bersangka buruk terhadap Allah ketika kita sakit, bersyukurlah dan ucaplah Alhamdulillah ke atasNya. Sesungguhnya setiap kesakitan itu adalah penghapus segala dosa.



    Noktah..=))

    Monday, December 3, 2012

    "I won't give up"

    Assalamualaikum..=))


    Alhamdulillah, kurang sebulan lagi tahun 2012 bakal melabuhkan tirainya dan ini bermakna kurang 2332800 saat lagi sebelum 2013 bakal menyengah tiba... Moga-moga segala kerja-kerja dan tekanan sepanjang tahun 2012 ni juga akan berakhir..Amin..=))


    Sooo,.. sambil us nak mengaudit Dairi lama, Azam baru dan Kerja-kerja terbengkalai ni, Jom kita layan lagu Jason Mraz ni.. heheheh..=)). Tetibe terasa best plak lagu i won't give up bila bosan-bosan ni..:))


    Noktah..=))