Tuesday, December 31, 2013

"Adiponektin mengurangkan risiko kanser payudara"

Assalamualaikum semua=))


Berdasarkan kajian yang dijalankan, mendapati makanan yang berasaskan tomato mampu membantu mengurangkan risiko kanser payudara. Tambahan pula, wanita yang mengalami pasca-menopaus adalah golongan yang berisiko tinggi terkena kanser payudara.

Dalam kajian yang diterbitkan dalam jurnal Clinical Endocrinology & Metabolism, seramai 70 orang wanita telah diberi makan tomato yang mengandungi kira-kira 25 miligram likopen setiap hari selama 10 minggu. Penyelidik mendapati terdapat peningkatan pada paras hormon adiponektin sebanyak 9 peratus yang berfungsi mengawal metabolisme. 
Hasil kajian juga membuktikan bahawa kadar peningkatan adiponektin dalam badan boleh mampu membantu badan mencegah kanser payudara. Selain itu, makanan berasaskan buah dan sayur-sayuran yang kaya nutrisi asas, vitamin, mineral dan bahan pitokimia seperti likopen jelas membuktikan ia baik untuk kesihatan. 
Noktah..=))

Tuesday, July 9, 2013

"Salam Ramadhan Al-Mubarak"


Assalamualaikum semua..:))

Wahai orang‐orang yang beriman, diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang‐orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa. (Surah al-Baqarah: 183)


Alhamdulillah,. akhirnya kita berkesempatan bertemu kembali dengan bulan Ramadhan pada 8 julai 2013 masihi, bersamaan 1 Ramadhan 1434 H. Rasulullah s.a.w ada menyebut, bulan Rejab bulan Allah, Sya'ban bulanku dan Ramadhan bulan umatku. InsyaAllah, segala kebaikan walaupun sebesar zarah akan dilipat gandakan oleh Allah swt kerana bulan Ramadhan adalah bulan bagi umatnya merebut segala keberkatan dan beribadat kepadanya.

Rasulullah s.a.w juga pernah bersabda bahawa sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadhan iaitu  bulan berkat, yang mana Allah telah mewajibkan ke atas kamu berpuasa. Dibukakan padanya pintu-pintu syurga dan ditutup rapat pintu-pintu neraka serta ditambat padanya syaitan-syaitan. Di bulan ini juga terdapat satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Sesiapa yang tidak berusaha mendapatkan kebaikan-kebaikannya sesungguhnya dia adalah manusia yang rugi..-(Hadis riwayat Ahmad dan An-nisai)
Dikesempatan ini, us ingin ucapkan selamat menyambut Ramadhan al-mubarak buat semua kawan-kawan. Moga-moga Ramadhan kali ini membawa seribu satu barakah untuk diri dan orang disekeliling kita dan seterusnya beroleh rahmat dan keberkatan dari Nya.. May Allah bless your day with prosperity, happiness and hope..Amin..==))

Noktah..:)

Thursday, June 27, 2013

"Kandungan Luar Rahim "


Assalamualaikum..=))


Kandungan luar rahim atau kehamilan ektopik merupakan satu proses patologi yang amat jarang berlaku. Ia terjadi apabila fetus membesar di luar kawasan rahim atau uterus. Kandungan seumpama ini merupakan ancaman kepada nyawa si ibu kerana ia berisiko menyebabkan pendarahan yang banyak serta koyakan tisu.

Kandungan luar rahim berlaku apabila telur yang subur dan telah bersenyawa tidak tertanam di dalam rahim. Sebaliknya telur tersebut tertanam di dalam tiub fallopio atau ovari. Kadangkala terdapat juga keadaan di mana telur tersebut melekat dalam ruang abdomen. Kehamilan jenis ini merupakan keadaan perbidanan yang serius dan memerlukan rawatan perubatan segera.

Jika telur yang akan berkembang menjadi embrio tertanam di luar kawasan uterus, maka secara logiknya ia tidak mempunyai ruang yang mencukupi untuk membesar. Bukan itu sahaja, embrio tersebut juga tidak mendapat khasiat yang mencukupi untuk tumbesaran serta pembangunannya. Tiub fallopio terlalu sempit untuk fetus yang membesar dengan pesat, jadi besar kemungkinan boleh terjadi kerosakan serta koyakan pada tisu di kawasan tersebut. Bila itu terjadi maka pendarahan akan berlaku dan mengancam nyawa wanita berkenaan.

Penyebab kandungan luar rahim

Wanita yang pernah mengambil rawatan kesuburan dan stimulasi proses ovulasi mempunyai risiko lebih tinggi untuk terjadinya kandungan luar rahim. selain itu, wanita yang pernah menghidapi penyakit radang pelvis juga berisiko mengandung di luar rahim kerana kesan penyakit tersebut menyempitkan saluran fallopio. Keadaan itu menyebabkan telur yang subur terhalang untuk menerusi saluran fallopio dan terus ke uterus. Apa saja pembedahan yang pernah berlaku di kawasan fallopio meningkatkan risiko kandungan luar rahim. di samping itu, endometriosis juga merupakan salah satu faktor yang meningkatkan risiko kandungan luar rahim.

Simptom kandungan luar rahim

Sebenarnya susah untuk menentukan samada kandungan berada di luar rahim atau pun tidak  ketika usia kandungan masih awal. Rasa sakit yang dialami oleh wanita seperti dicucuk pada bahagian abdomen atau pelvis, merupakan tanda pertama kandungan luar rahim. Simptom lain ialah tekanan luar rahim, rasa loya, mual atau pitam. Pendarahan pada vagina juga merupakan simptom biasa kandungan luar rahim. Jika anda mengalami satu atau lebih simptom seperti yang dinyatakan, anda patut segera menghubungi doktor kerana kemungkinan boleh berlaku pendarahan dalaman. Koyakan pada tiub fallopio biasanya diikuti dengan simptom pendarahan, kesakitan yang ketara dan parut pada tisu. Keadaan ini boleh menjejaskan kesihatan reproduktif wanita dan mendatangkan komplikasi jika ingin hamil pada masa hadapan.

Diagnosis kandungan luar rahim

Kandungan luar rahim biasanya didiagnosis pada minggu kelapan hingga 10 kandungan. Pada hari pertama kejadian uri akan terhasil hormon yang menyekat ovari dari menghasilkan telur seterusnya, sekali gus menghalang proses untuk mengandung kali kedua. Biasanya kandungan luar rahim akan dapat dikesan menerusi sejenis hormon yang dipanggil krionik dan progesteron yang terkandung dalam darah. Jika berlaku kandungan di luar rahim biasanya hormon krionik dalam darah akan menurun. Ujian ultrasonografi di bahagian pelvis akan memberitahu kedudukan sebenar fetus dan tentukan sama ada kandungan berlaku di luar rahim. Ujian laparoskopi juga membantu untuk menentukan lokasi kandungan sebenar. Jika kandungan ektopik tidak berakhir dengan keguguran, doktor akan memberikan ubat untuk mengeluarkan uri. Ubat tersebut hanya akan diberikan pada kandungan luar rahim yang telah dikesan di peringkat awal. Manakala pembedahan pula akan dilakukan sekiranya kandungan sudah agak lama dam membesar. 

Noktah..:)


Wednesday, June 19, 2013

"Ubat Penahan Sakit Meningkatkan Risiko Sakit Jantung"


Assalamualaikum..:))

Ubat penahan sakit dikategorikan dalam kumpulan yang bukan steroid. Selain faktor tekanan darah tinggi, kolesterol dan  menghisap rokok, ubat penahan sakit juga diketahui boleh meningkatkan risiko mendapat sakit jantung. Ini kerana, pengambilan ubat  ini dalam tempoh jangka panjang dengan dos yang tinggi diketahui boleh meningkatkan risiko serangan jantung, strok dan seterusnya mengakibatkan kematian. Satu kajian yang disiarkan dalam jurnal Lancet mendapati ubat tersebut memberi risiko yang tinggi ke atas para perokok dan pesakit yang mempunyai berat badan berlebihan. walaubagaimanapun,  pesakit yang mengambil ubat ini untuk jangka pendek tidak sepatutnya berasa bimbang dengan risiko itu. 
Dalam kajian yang dilakukan itu, perangkaan menunjukkan bagi setiap 1,000 orang yang mengambil ubat tersebut, akan berlaku tiga serangan sakit jantung, empat kes kegagalan jantung dan satu kematian termasuk kes perut berdarah.
Justeru, bilangan serangan jantung akan meningkat dari lapan pesakit untuk setiap 1,000 orang kepada 11 pesakit bagi setiap 1,000 orang yang mengambil ubat tersebut pada setiap tahun. Jika seseorang itu mempunyai risiko sebanyak dua kali ganda untuk mendapat sakit jantung, dia juga mempunyai kebarangkalian yang sama untuk diserang sakit jantung. 

Noktah..:))

Sunday, June 16, 2013

"Penyakit Aras 2,400 Meter"

Assalamualaikum semua..:)

puncak gunung kinabalu..:)

Selamat pagi dan selamat berhujung minggu semua, semoga kita semua senantiasa dilindungi dan diberkahi oleh ALLAH swt... amin. Pagi ni us nak kongsikan info tentang penyakit aras 2,400 meter kepada kawan-kawan semua. Penyakit ini adalah sinonim dengan kaki-kaki gunung di luar sana dan kawan-kawan yang memang gemarkan aktiviti lasak yang berketinggian tinggi melebihi 2400 meter. Pembacaan dan maklumat berkaitan penyakit ini membantu kita lebih berjaga2 dan sekurang-kurangnya kita tidak terlalu panik bila berhadapan situasi ini. 
Alhamdulillah, dalam persediaan us nak menawan gunung Rinjani, Lombok nanti, sekurang-kurangnya maklumat sebegini sedikit sebanyak dapat membantu us apabila berhadapan dengan situasi AMS.. heheh.. Al-maklumlah, da hampir 3 tahun us merehatkan diri daripada sebarang aktiviti lasak. terketar-ketar kaki nak memanjat gunung ni.. hehehhe.. Apapun, sebelum menawan Rinjani, persediaan fizikal dan mental adalah sangat-sangat penting. Jadi jangan abaikan diet dan stamina jika anda gemarkan aktiviti sebegini. 
Selalunya penyakit aras 2,400 meter atau penyakit akut ketinggian (AMS) berlaku dalam keadaan udara dingin, tekanan udara yang rendah atau bersalji. Penyakit itu sering menyerang para pendaki dengan menampilkan simptom-simptom seperti sakit kepala, loya dan tidak bermaya. Penyakit ini mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pendaki kerana ia boleh menyebabkan kematian.
Baru-baru ini, seorang penolong jurutera di Perbadanan Putrajaya, Mohammad Shahrulnizam Ahmad Nazari, 25, yang merupakan salah seorang daripada 14 pendaki Ekspedisi Mendaki Gunung Kala Patthar dan Kem Pusat Everest, Perbadanan Putrajaya menjadi korban akibat penyakit AMS di Banjaran Himalaya di Nepal. Pada awalnya, dia dilaporkan sihat dengan tidak mendapat sebarang simptom AMS pada ketinggian 2,000m. Bagaimanapun, dia mula mengalami tanda-tanda tidak sihat ketika melangkah ke aras 2,600m. Situasi menjadi semakin buruk apabila dia menunjukkan perubahan drastik termasuk sesak nafas yang teruk ketika tiba di Labouche yang terletak setinggi 4,930m .Kem Pusat Everest terletak pada ketinggian 5,364m yang menjadi tumpuan pendaki ke puncak Gunung Everest yang setinggi 8,848m. 
Penyakit akut ketinggian (AMS) ini berlaku akibat tekanan oksigen yang terlalu rendah semakin berkurangan pada ketinggian yang melebihi 2,400m. Pada kebiasaannya, ia menyerang para pendaki yang berasal dari kawasan aras laut. Mereka yang mempunyai masalah jantung dan paru-paru perlu lebih berhati-hati (dengan penyakit itu).
Penyakit AMS sebenarnya dianggap serangan biasa yang dihadapi kebanyakan pendaki, namun ia tetap berbahaya dan boleh bertukar menjadi lebih buruk. Cara anda mendaki juga penting kerana semakin pantas anda mendaki, semakin tinggi risikonya. Bagi mengelakkan meningkatnya risiko terkena AMS, pendaki disarankan melangkah dengan perlahan dan relaks. Berikan ruang untuk berehat sehari dalam sela pendakian 600m apabila berada pada aras 2,400m dan ke atas.
Jika kumpulan anda tidak boleh bergerak terlalu perlahan, pastikan cecair dalam badan mencukupi, elakkan minuman alkohol dan beri perhatian tentang pengambilan diet yang betul untuk memberi tenaga. Kandungan oksigen dirasakan mula berkurangan dan cuaca silih berganti. Pada peringkat itu, bibir mula membeku dan retak manakala muka mula sembap dan terbakar. Selera makan makin berkurangan dan kepala mula pening. Lebih teruk lagi, hidung mula berdarah.
Selain rasa loya, sakit kepala dan tidak bermaya, simptom-simptom lain AMS ialah muntah, sesak nafas, hilang selera makan dan sukar tidur. Cara terbaik untuk meredakannya adalah dengan turun semula ke paras yang lebih rendah sehingga badan kembali normal. Kemudian barulah boleh kembali meneruskan pendakian ke puncak seperti telah dirancang.
Dalam pada itu, seorang pakar perubatan dari Universiti Tubingen, Jerman, Dr. Gabriel Willmann dalam kajiannya memberitahu, para pendaki tidak boleh lari daripada mendapat serangan AMS jika mendaki ke tempat yang tinggi. Dalam beberapa kes, edema serebral atau edema pulmonari juga berlaku. Kebocoran kapilari dikaitkan menjadi penyebab kepada AMS. Jika itu berlaku, ia boleh membawa maut,

Noktah..=))

Saturday, June 15, 2013

"Tanda-tanda buah pinggang anda mulai rosak"


Assalamualaikum semua..:))

Rupa buah pinggang seakan-akan kacang pis..:)


Pernahkah anda melihat air kencing anda mengandungi buih yang banyak? Tahukah pula anda mengapa munculnya buih tersebut di dalam air kencing anda?

Jika anda menganggap ianya adalah perkara biasa, anda telah melakukan kesilapan. Apabila air kencing anda berbuih, itu menunjukkan buah pinggang anda telah mulai rosak.

Tahukah anda bahawa munculnya buih yang banyak tersebut menunjukkan bahawa air kencing anda mengandungi protein. Inilah suatu gejala yang dikenali sebagai proteinuria. Ini kerana fungsi buah pinggang yang sihat ialah menapis keluar bahan-bahan buangan dari darah manakala protein dan bahan yang diperlukan oleh tubuh akan ditinggalkan di dalam darah. 

Bagi individu yang sihat, Kebanyakan zat-zat protien tidak sepatutnya melalui penapis buah pinggang. Individu mengalami masalah buah pinggang tidak dapat menapis protein dari darah yang mana akan bocor dan keluar bersama-sama dengan urin.

Protein yang selalunya dikesan muncul di dalam kandungan urin ialah albumin. Albuminuria adalah istilah yang sering digunakan ketika ujian untuk mengesan kewujudannya di dalam urin. Jadi selepas ini berwaspadalah dengan kehadiran buih di dalam air kencing anda. Kerana ia mungkin tanda buah pinggang anda sudah mulai rosak.

Noktah..:)


Wednesday, May 22, 2013

"Tahukah kita?"


Assalmualaikum semua..:)) 


  Firman Allah Taala yang bermaksud :

Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat ( pula ) mempercepatkannya.

( Surah Al-Araf ayat 34 )

Tahukah kita? 

Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

"Malaikat maut sentiasa merenung dan memerhati wajah manusia di muka bumi ini sebanyak 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail: "Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa~ Rasulullah s.a.w "

Justeru itu, tidak hairanlah, jika ramai manusia yang masih mampu bersenang-lenang dan bergelak-ketawa, seolah-olah dia tiada masalah yang perlu difikirkan dan direnungkan dalam hidupnya. Walaupun dia adalah seorang yang miskin amal kebajikan serta tidak memiliki sebarang bekalan untuk akhiratnya, dan sebaliknya banyak pula melakukan dosa.

Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhatikan oleh malaikat maut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati. Golongan ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut, kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w yang menjelaskan mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal ehwal mati dan hubungannya dengan malaikat maut.

Meski pun mata manusia hanya mampu melihat benda yang nyata, tidak mungkin dapat melihat kehadiran malaikat maut itu. Namun pandangan mata hati mampu melihat alam ghaib, iaitu memandang dengan keyakinan iman dan ilmu.

Sebenarnya manusia itu sedar bahawa setiap makhluk yang hidup pasti akan mati, tetapi manusia menilai kematian dengan berbagai tanggapan. Ada yang menganggap kematian itu adalah suatu tabie biasa sebagai pendapat golongan athies, dan tidak kurang pula yang mengaitkan kematian itu dengan sebab-sebab yang zahir sahaja. Dia mengambil logik, bahawa banyak kematian disebabkan oleh sesuatu tragedi, seperti diakibatkan oleh peperangan, bencana alam seperti banjir, gempa bumi, kebakaran dan juga kemalangan samada diudara, laut dan daratan termasuk kemalangan jalan raya.

Selain itu, mereka juga melihat kematian disebabkan oleh serangan penyakit yang merbahaya seperti penyakit barah, sakit jantung, AIDS, demam denggi, taun dan sebagainya. Disebabkan manusia melihat kematian hanya dari sudut sebab musabab yang lumrah, maka manusia sering mengaitkan kematian itu dengan kejadian-kejadian yang tersebut di atas. Jika berlaku kematian dikalangan mereka, lantas mereka bertanya, sebab apa si fulan itu mati, sakitkah atau kemalangankah?

Tidak ramai manusia yang mengaitkan kematian itu dengan kehadiran malaikat maut yang datang tepat pada saat ajal seseorang sudah sampai, sedangkan malaikat maut sentiasa berligar di sekeliling manusia, mengenal-pasti memerhatikan orang-orang yang tempoh hayatnya sudah tamat.

Sesungguhnya malaikat maut menjalankan arahan Allah SWT dengan tepat dan sempurna, dia tidak diutus hanya untuk mencabut roh orang sakit sahaja, ataupun roh orang yang mendapat kecelakaan dan malapetaka. Jika Allah SWT menetapkan kematian seseorang ketika berlaku kemalangan, atau ketika diserang sakit tenat, maka Izrail mencabut roh orang itu ketika kejadian tersebut.

Namun ajal tidak mengenal orang yang sihat, ataupun orang-orang mewah yang sedang hidup rehat dibuai kesenangan. Malaikat maut datang tepat pada waktunya tanpa mengira orang itu sedang ketawa riang atau mengerang kesakitan. Bila ajal mereka sudah tiba, maka kematiannya tidak akan tertangguh walau sesaat.

Walau bagaimana pun, ada ketikanya Allah SWT jadikan berbagai sebab bagi satu kematian, yang demikian itu ada hikmah disebaliknya. Misalnya sakit tenat yang ditanggung berbulan-bulan oleh seseorang, ia akan menjadi rahmat bagi orang yang beriman dan sabar, kerana Allah Taala memberi peluang dan menyedarkan manusia agar dia mengingati mati, untuk itu dia akan menggunakan masa atau usia yang ada untuk berbuat sesuatu, membetulkan dan bertaubat dari dosa dan kesilapan serta memperbaiki amalan, serta menambah bekalan untuk akhirat, jangan sampai menjadi orang muflis di akhirat kelak.

Begitu juga orang yang mati mengejut disebabkan kemalangan, ia akan menjadi pengajaran dan memberi peringatan kepada orang-orang yang masih hidup supaya mereka sentiasa berwaspada dan tidak lalai dari berusaha memperbaiki diri, menambah amal kebajikan dan meninggalkan segala kejahatan. Kerana sekiranya ajal datang secara tiba-tiba pasti akan membawa sesalan yang tidak berguna.

Di kalangan orang solihin menganggap bahawa sakit yang ditimpakan kepada dirinya adalah sebagai tanda bahawa Allah SWT masih menyayanginya. Kerana betapa malangnya bagi pandangan meraka, jika Allah SWT mengambil roh dengan tiba-tiba, tanpa sebarang amaran terlebih dahulu. Seolah-olah Allah SWT sedang murka terhadap dirinya, sebab itulah Allah SWT tidak memberi amaran terlebih dahulu kepadanya. Keadaan orang itu ibarat orang yang tidak menyedari adanya bahaya di hadapannya, jika ada amaran terlebih dahulu nescaya dia akan terjerumus ke lembah bahaya itu.

Selain itu, Allah Taala menjadikan sebab-sebab kematian itu bagi memenuhi janji-Nya kepada malaikat maut, sebagaimana diriwayatkan oleh Saidina Abbas r.a dalam sebuah hadis Nabi yang panjang. Antara lain menjelaskan bahawa Izrail merasa kesedihan apabila dibebankan dengan tugas mencabut roh makhluk-makhluk bernyawa kerana di antara makhluk bernyawa itu termasuk manusia yang terdiri dari kekasih-kekasih Allah SWT iaitu para Rasul, nabi-nabi, wali-wali dan orang-orang solihin.

Selain itu juga, malaikat maut mengadu kepada tuhan betapa dirinya tidak disenangi oleh keturunan Adam a.s, dia mungkin dicemuh kerana dia ditugaskan mencabut roh manusia, yang menyebabkan orang akan berdukacita, kerana kehilangan sanak-saudara dan orang-orang yang tersayang di kalangan mereka.

Diriwayatkan bahawa Allah SWT berjanji akan menjadikan berbagai-bagai sebab kepada kematian yang akan dilalui oleh keturunan Adam a.s sehingga keturunan Adam itu akan memikirkan dan mengaitkan kematian itu dengan sebab-sebab yang dialami oleh mereka. Apabila berlakunya kematian, mereka akan berkata bahawa si anu itu mati kerana mengidap sakit, ataupun kerana mendapat kemalangan, mereka akan terlupa mengaitkan malaikat maut dengan kematian yang berlaku itu.

Ketika itu, Izrail tidak perlu bersedih kerana manusia tidak mengaitkan kematian tersebut dengan kehadiran malaikat maut, yang sememangnya diutus oleh Allah SWT pada saat malapetaka atau sakit tenat seseorang itu bertepatan dengan ajal mereka yang sememangnya telah tiba.

Namun pada hakikatnya bahawa ajal itu adalah ketetapan Allah, yang telah termaktub sejak azali lagi. Semuanya telah nyata di dalam takdir Allah, bahawa kematian pasti tiba pada saat yang ditetapkan. Izrail hanyalah tentera-tentera Allah yang menjalankan tugas seperti yang diamanahkan kepadanya.

Walau bagaimana pun adalah menjadi hak Allah Taala untuk menentukan kematian seseorang itu samada bersebab ataupun tidak, sebagai mana yang dinyatakan pada awal tulisan ini bahawa ada ketikanya malaikat maut hendak mencabut roh seseorang, tetapi manusia yang dikunjungi malaikat maut sedang dalam keadaan seronok bergelak-ketawa, hingga malaikat maut berasa hairan terhadap manusia itu. Ini membuktikan bahawa kematian itu tidak pernah mengenal samada seseorang yang sedang sakit atau pun ketika sihat dan segar-bugar.

Wallahualam...

Noktah..:))

Saturday, May 11, 2013

"Lambaian Kaabah.."

Assalamualaikum semua..:))


bandar jeddah


Akhirnya kita berkesempatan bertemu kembali dengan bulan Rejap pada 11 Mei 2013. Bulan Rejab adalah antara bulan-bulan Haram  yang dimuliakan oleh Allah swt (Rejab, Zul Qaedah, Zul Hijjah dan Muharram). InsyaAllah, segala kebaikan w/pon sebesar zarah pun akan digandakan oleh Allah swt kerana bulan Rejap adalah bulan bagi umatnya merebut segala keberkatan dan beribadat kepadanya. Moga-moga semua kesalahan yang penah kita lakukan juga diampunkan oleh Allah.. InsyaALLAH.. Amin..==)).

Alhamdulillah,.. pada 4 april yang lalu, us dan keluarga telah selamat sampai di kerajaan arab saudi melalui terminal tabung haji di lapangan terbang sultan abdul aziz, Jeddah setelah 8 jam penerbangan dari KLIA.  Jeddah  merupakan pintu masuk utama ke Makkah Al-Mukaramah dan kebanyakkan jemaah haji yang datang dari asia akan mendarat di terminal tabung haji atau kat lapangan terbang antarabangsa king abdul aziz. Jeddah adalah bandar kedua terbesar di Arab Saudi, selepas bandar raya Riyadh. Jadi sebelum us meneruskan pejalanan selama 7 jam ke Madinah al-mukarammah, us sempat la meluangkan masa untuk melawat bandar Jeddah dan pasar terbesar yg terdapat Kat Jeddah ni. Terasa lupa diri sekejap kalau shooping kat pasar2 dia.. hehhe..yang best nya Jubah-jubah dari tanah arab murah2 n cantik belaka..:))

Sepanjang pemerhatian us, kawasan di Jeddah agak membangun berbanding dengan kawasan tanah arab yang lain. Kebanyakkan kawasan dan geografi bumi Jeddah dan madinah merupakan kawasan gurun dan padang pasir yang sangat luas. Jadi pembangunan di bumi arab adalah lebih tertumpu di kawasan bandar dan berkelompok. Berbanding dengan Makkah, kebanyakkan struktur dan geografi kawasan nya adalah lebih berbukit batu granit dan pastinya memerlukan kos yang sangat tinggi untuk pembangunan, sebabnya kebanyakkan pemaju perlu meruntuhkan bukit batu yang terdapat di mekah sebelum pembangunan...Jadi kedudukan Baitulhil Haram di tanah mekkah menjadi salah satu punca ekonomi dan pembangunan di kawasan sekitarnya, sebab tulah kebanyakkan pembangunan di tanah Haram lebih tertumpu kepada rumah tumpangan dan hotel-hotel.


Apapon, semoga semua jemaah mendapat umrah yg mabrur. InsyaALLAH, sekiranya dijemput lagi menjadi Tetamu-Nya di Baitullahil-Haram, Pastinya us akan menjejakkan lagi kAKi kesana.. InsyaALLAH... Jadi us kongsikan sedikit kenangan Lambaian Kaabah 2013 dgn kwn2 kat bawah ni..:))

theme park bandar jeddah
bandar jeddah
terminal tabung haji king abdul aziz
Lapangan terbang king abdul aziz
Lapangan terbang king abdul aziz
terminal tabung haji, king abdul aziz

sunset kat jeddah.. luas mata memandang kn..:)

 kenangan bumi para anbiya..:)
Pejalanan ke madinah al-mukarammah
keluar dari terminal tabung haji Jeddah.
permandangan di sekitar Jeddah


dihadapan hotel penginapan us..:)

perkarangan masjid nabawi
perkarangan masjid nabawi, madinah
payung kat perkarangan ni buka pada pukul 6 pagi.
payung sebelum terbuka..:)
permandangan pada malam hari


Hotel disekitar masjid nabawi..:P
bangunan di sekitar bandar madinah
bangunan di sekitar bandar madinah
banggunan di sekitar bandar madinah
Dalam pejalanan memziarah masjid Quba'
Masjid Quba', Madinah, masjid pertama yg dibina oleh Rasullullah saw
pasar di hadapan masjid Quba'. 
pasar di hadapan masjid Quba'.,.. ada byk kurma segar yang sedap2 dijual kat sini
kebun kurma , Madinah..:))

Pasar kurma..Kurma Nabi sekilo rm 60.. kat malaysia sekilo rm 180 kut..:))

Masjid nabawi al mukarammah..:)
Ni adalah raudah yg mana terdapat makam Rasullullah saw,
Kubah makam Rasullullah saw.
perkarangan masjid nabawi pada mlm hari.. pic pon blur je..:P
perkarangan masjid..:)
masjid nabawi antara masjis tercantik didunia..:))
perkarangan masjidil Haram, Mekah selepas melakukan umrah..:)) alhamdulililah..
masjidil Haram..:))
ayah dan burung merpati dihadapan masjidil haram..:)
pejalanan ke masjidil Haram.. untuk sembahyang magrib..:))
perkarangan masjid da mula sesak..:))
D I dataran masjidil Haram sebelum waktu magrib..:))
Aktiviti pembinaan Hotel bersebelahan bukit 

berlatar belakangkan bukut Tur
Hotel2 yang dibangunkan selepas dirobohkan bukit batu 
masjid yang baru dibina dan pokok kurma yang lebat berbuah..:)
kurma segar kat cni sgt la sedap..:))
semua masjid2 kat mekah cantik2 belaka..:)
pejalanan menuju ke jabal rahmah.. tempat  pertemuaan antara nabi adam dan hawa..:))
Ini la bukut jabal rahmah..:))
dgn gigihnya us panjat bukit ni dgn berbaju kurung... semata2 nak berdoa dipermudahkan jodoh..hehehe..
kawasan muzdalifah bagi jemaah Haji..:) 
perkhemahan jemaah haji di Mina..:))


senibina di dalam masjidil Haram.. :))
permandangan di dalam yang yg sgt cantik..:)
senibina islam..:)
Dihadapan Baitulllah,..:)) sangat tenang walaupon berasak2...
Sentiasa dipenuhi dgn jemaah yang sedang melakukan tawaf..
Bandar Mekah al mukarammah..:))
Bukit2 yang terdapat di mekah.. ala2 batu yg terdpt kat gunung kinabalu.. :)
Kebanyakkan tanah Mekkah berbukit batu..:))


Noktah..:))