Saturday, December 31, 2011

"Happy New Year..;p"

Assalamualaikum semua..==))
Celebrating New Year With Crackers


Akhirnya, tahun 2011 bakal melabuhkan tirainya.. dan yang pastinya meninggalkan pelbagai pengalaman pahit dan manis yang mengajar kita menjadi lebih baik, berdikari dan  lebih matang dalam menempuh tahun2 yang mendatang.. Moga2 tahun 2012 membawa seribu satu barakah untuk diri dan orang disekeliling kita..

Well, time to say farewell to 2011 and hello to 2012.. May Allah swt bless your day with prosperity, happiness and hope....Amin.

Happy new year..;p

 Noktah..==))

Monday, December 26, 2011

"Habbatus Sauda "

Assalamualaikum..==))




Daripada Abu Huraira r.a. Nabi s.a.w. bersabda, "Harbatus Sauda ini menyembuhkan segala jenis penyakit kecuali Al Saam(Mati). (Riwayat Al-Muslim)

Sejak tahun 1959, lebih dari 200 kajian dihasilkan oleh universiti di peringkat antarabangsa dan artikel yang dikeluarkan oleh berbagai journal perubatan telah menunjukkan penemuan yang baik bagi menyokong khasiat tradisional Habbatus Sauda atau jintan hitam yang telah direkodkan sejak 2 tahun lalu. 

Habbatus sauda adalah suatu jenis tumbuhan herba dari keluarga ‘Renonculacees’ yang ditanam bagi memperolehi biji-biji atau bunganya. Herba   ini merupakan sejenis tumbuhan yang banyak didapati di kawasan Mediterranean dan di kawasan yang beriklim gurun.  


1. Habbatus Sauda digunakan secara tradisional untuk beberapa keadaan seperti:

  • untuk menghasilkan kulit muka yang cerah
  • membantu merawat batuk dan asma
  • kencing manis
  • selsema
  • keguguran rambut
  • tekanan darah tinggi
  • masalah untuk tidur
  • sakit-sakit otot dan sendi
  • rasa loya dan muntah
  • mengurangkan kolesterol
  • merawat batu karang dan sebagainya. 
2. Diantara kajian-kajian yang telah di buat:

  • Ibnu Sina di dalam bukunya Canon of Medicine menyatakan bahawa Habbatus Sauda merangsang tenaga dan membantu pemulihan kepenatan dan semangat.
  • Ibnu Qayyim di dalam bukunya Medicine of the Prophet menyatakan Habbatus Sauda berupaya memulihkan penyakit-penyakit seperti batuk, bronchitits, masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid yang lain, menambah susu badan, menambah pengaliran air liur dan sebagainya.
  • Dr Ahmad Elkadi pula membuat kajian dan mendapati Habbatus Sauda mempertingkatkan daya tahan sakit (immune system).

3.  7 ciri-ciri utama habbatus Sauda:

1. Nilai pemakanan
Habbatus Sauda kaya dengan:
  •  monosaccharide glukosa, xylosa dsb.
  •  polysaccharide
  •  fatty acid yang tidak tepu (unsaturated essential fatty acids, EFA). EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan
  •  amino acid yang membentuk protein
  •  karotene iaitu sumber vitamin A
  •  kalsium, zat besi, dsb.

2. Sistem imunisasi


Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, habbatus Sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.

3. Anti-histamine


Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus Sauda mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine. Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus Sauda mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.

4. Anti-tumor

Kajian in vitro mendapati habbatus Sauda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.

5. Anti-bakteria

Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria . Habbatus Sauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus Sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.

6. Anti-radang (anti-inflammation)

Habbatus Sauda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).

7. Menggalakkan pengeluaran susu

Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam habbatus Sauda menyebabkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.

Di Timur Tengah, herba telah digunakan selama ribuan tahun sebagai ubat untuk pelbagai penyakit alergi, radang, gangguan menstruasi (haid), tekanan emosi dan depresi, penyakit bronkhitis, asma, dan neurodermatitis serta masalah pencernaan. 

Noktah..==))

Saturday, December 24, 2011

"Kenangan Pantai Port Dickson"

Assalamualaikum semua..==))
Diam tak diam tahun 2011 dah sampai ke penghujung,.. and Alhamdulillah perancangan disaat akhir untuk bersuka ria and berkelah bersama klas-mate tercapai juga..heheh.. maklumlah.. bila berada dipenghujung tahun,.. semua org akan stress and terkejar2 nak siapkan semua keje sebelum cuti semester bermula. Jadi peluang utk me"release"kan tension sebelum menjelang exam amat2 tidak dilepaskan... ==)).. Apapun.. 12 jam bersama rakan2 semua adalah yang terbaik and menjadi moment yg x dapt dilupakan di port Dickson N9 (22/12/2011)..;p

Bila makanan terhidang.. makin byk plak burung gagak yg mai..;p
tercapai juga naik banana boat.. sgt best pusing kat laut pd ni..;p
makanan utk berkelah..;p
permandangan kat pantai saujana, PD.;P
Rombongan dari sekolah pon ada..;p

Noktah...==))





Wednesday, December 21, 2011

"Kanser Payudara"


Assalamualaikum..==))


Selamat petang semua,.masa us belek2 kosmo and metro tadi.. us ada terbaca berita tentang kematian seorang ratu cantik dari venezuala yang mengidap kanser payudara. Nama   bekas ratu cantik ni ialah Eva Ekwall yang berusah 28 tahun. Kanser payudara adalah pembunuh secara senyap dan pesakit termuda yang penah menghidapi barah payudara adalah Aleisha Hunter yang berusia 2 tahun.

Tahukah anda bahawa setiap organ pada tubuh badan kita terbentuk daripada pelbagai jenis sel..?..pada asalnya, sel-sel ini akan membuat pembahagian dengan kadar yang terkawal serta dihasilkan mengikut keperluan tubuh seseorang individu. 
  
Apabila kadar penghasilan sel melebihi keperluan, ianya  akan menghasilkan lebihan tisu.  Lebihan tisu ini jugalah yang dikenali sebagai ketumbuhan. Ketumbuhan ini boleh dibahagikan kepada dua jenis ketumbuhan iaitu benign(tumor bukan barah) dan malignan(tumor jenis barah).Jenis ketumbuhan yang pertama iaitu benign adalah merupakan ketumbuhan yang tidak membahayakan nyawa para penghidapnya. Hampir 80 peratus daripada para pengidap ketumbuhan payudara adalah dari kalangan mereka yang mengalami ketumbuhan jenis ini. 

Barah adalah kumpulan penyakit yang terjadi apabila sel normal membahagi secara tidak terkawal didalam tubuh badan individu. Barah payudara adalah merupakan ketumbuhan malignan yang terjadi daripada tindakan sel yang bermula dari bahagian payudara. Ianya berkembang melalui proses pembahagian yang melebihi kadar keperluan organ serta seterusnya menyerang organ serta tisu-tisu yang berhampiran.  Sel-sel barah ini juga mampu untuk membebaskan dirinya daripada ketumbuhan asal sekaligus memasuki saluran darah serta sistem perlimpahan (Lymphatic system)dan menyerang bahagian-bahagian organ lain para penghidapnya.  Proses penjangkitan ini juga dikenali sebagai metastasis

Faktor-Faktor Risiko Kanser Payudara

Kanser payudara telah menjadi satu penyakit yang tidak mengenal batasan, miskin, kaya, tua, muda turut diancam. Pemakanan merupakan satu faktor yang ada kaitan dengan pencegahan, rawatan dan pemulihan. American National Cancer Institite telah melaporkan sebanyak 35% kanser mempunyai kaitan dengan pemakanan. Kaitan ini meningkat sebanyak 80% sekiranya ditambah faktor merokok dan kekurangan senaman. Kadar kanser payudara mempunyai sebanyak 50% kaitan dengan apa yang kita makan. 

Pemakanan daripada sumber tumbuhan mempunyai faktor perlindungan botanik atau phytonutrient. Antioxidant, anti-karsinogen dan`bioflavonoids’ adalah termasuk dalam kumpulan phytonutrient. Telah lama diketahui bahawa kanser payudara dipengaruhi oleh jumlah pendedahan hormon estradiol dalam jangka masa hidup seseorang. Phytonutrient memberi perlindungan kepada sel-sel payudara yang sensitive terhadap oestrogen pertamanya dengan menyekat reseptor disel-sel payudara dengan oestrogen tumbuhan seperti genistein dan diadzein, keduanya  melalui tindakbalas `Bowman Birk Inhibitor’  atau `protease inhibitor’yang mengatur akitiviti sel untuk melindungi daripada kanser. `Phytonutrient” terdapat pada bijirin, kekacang, sayur-sayuran dan buah-buahan. `Probiotics” dan makanan yang diperam menghasilkan pertumbuhan bakteria yang tidak merbahaya yang akan memberi perlindungan daripada bakteria yang menghasilkan toksin. Tairu, tempeh, minuman kultur dan beberapa jenis susu kaya dengan faktor-faktor ini.

Kajian pemakanan penduduk telah menunjukkan pengambilan lemak tepu, protein haiwan dan makanan kurang serabut akan meningkatkan kadar kanser payudara. Lemak haiwan dan minyak kelapa merupakan sumber lemak tepu. Serabut hanya didapati daripada tumbuh-tumbuhan. faktor terjadinya kanser didapati apabila melebihi makanan seperti daging, keju, susu dan telur, dan buah-buahan, sayur-sayuran, dan bijirin dikurangkan. 

Setakat ini, punca sebenar barah payudara belum diketahui lagi. Penyelidik percaya bahawa faktor penyebab termasuk faktor genetik dan faktor alam sekitar. Keutamaan telah ditumpukan kapada individu yang mempunyai risiko tinggi. Walaubagaimanapun, wanita yang tidak mempunyai faktor-faktor risiko juga boleh menghidapi kanser. Kanser payudara tidak boleh dicegah dan strategi utama adalah pengesanan awal dan rawatan sebelum kanser itu merebak. 

Faktor–faktor yang dikenal pasti

1. Jantina Kanser payudara adalah khususnya penyakit wanita (95% daripada kes kanser payudara adalah di kalangan kaum wanita) 

2. Umur - Semakin usia meningkat semakin tinggi risiko. Wanita yang berumur kurang daripada 25 tahun jarang sekali mengidapi kanser payudara 


3. Perbezaan geografi - Kawasan kediaman memainkan peranan. Kanser payudara lebih didapati di negera barat jika dibandingkan dengan negara Asia atau Afrika


4. Riwayat kanser payudara - Sekiranya anda pernah menghidapi kanser payudara, risiko ianya akan berulang meningkat 4 kali ganda 


5. Riwayat keluarga dan faktor genetik - Sekiranya seorang wanita mempunyai ibu atau adik beradik perempuan (waris perempuan terdekat) yang pernah menghidapi kanser payudara pada usia yang agak muda, risiko ia akan menghidapi kanser payudara akan meningkat 2 kali ganda dan risiko ini akan meningkat 4 kali ganda sekiranya 2 atau lebih waris terdekat menghidapi kanser payudara. 

Untuk lelaki, risiko meningkat sekiranya, bapa, adik beradik lelaki atau anak lelakinya menghidapi kanser payudara. Saudara mara seorang lelaki yang menghidapi kanser payudara mempunyai risiko tinggi. Ada laporan yang mengatakan 60% lelaki pengidap kanser payudara mempunyai saudara wanita yang menghidapi kanser payudara. Usia mereka ketika menghidapi kanser penting diketahui. 

Hanya 5-10% wanita yang menghidapi kanser payudara mempunyai faktor-faktor genetik. Pada tahun 1990 gen BRCA1 ditemui dan diikuti berapa tahun kemudian dengan gen BRCA2. Sekiranya salah satu gen tersebut didapati, risiko akan meningkat sebanyak 85%. Gen BRCA1 mempunyai kaitan dengan kanser ovari. Gen ini bukan suatu gen yang berlebihan tetapi merupakan suatu gen yang berubah mengakibat  munculnya kanser payudara. Wanita yang ada gen BRCA1 mempunyai riwayat keluarga di mana beberapa generasi menghidapi kanser pada usia yang muda dan kanser didapati pada kedua-dua payudara. Walaubagaimanapun, terdapat wanita yang ada gen BRCA1 di mana saudaranya tidak menghidapi kanser  payudara. Sindrom Li-Frameni adalah sejenis kanser payudara yang jarang berlaku dan dikaitkan dengan gen p53. Kanser pada pesakit-pesakit ini dikaitkan dengan ketumbuhan tisu lembut, tulang, otak dan kelenjar adrenal. 

6. Adanya riwayat penyakit payudara Ini meliputi semua keadaan di mana terdapat sel-sel abnormal. Wanita di mana sel-sel agak abnormal iaitu hiperplasia atypical mempunyai kadar risiko 4 kali ganda menghidapi kanser payudara. Begitu juga dengan penyakit fibrosistik atau penyakit proliferatif. 

7. Riwayat haid Sekiranya seorang wanita baligh pada usia sebelum 12 tahun atau putus haid selepas 55 tahun, risiko ia menghidapi kanser meningkat 2 atau 3 kali ganda. Ini berkaitan dengan fasa kesuburan dan pendedahan terhadap pengaruh hormon oestrogen. 

8. Jumlah anak Seorang wanita yang tidak mempunyai anak atau tidak pernah hamil selepas umurnya 30 tahun mempunyai risiko tinggi menghidapi kanser payudara. Ini mungkin ada kaitan dengan pusingan haid yang tidak terganggu. 

9. Pendedahan radiasi - Pendedahan radiasi seperti sinar-X semasa usia atau sebelum usia 30 tahun boleh meningkatkan risiko terhadap kanser payudara tetapi pendedahan seperti ini jarang sekali berlaku. Pendedahan kepada letupan bom atom boleh meningkatkan risiko sebanyak 3 kali ganda. Risiko radiasi diperolehi daripada data pendedahan tinggi seperti mangsa letupan bom atom, pelombong uranium, mangsa pendedahan gas radon, pesakit tuberculosis yang pernah mengalami floroskopi ulangan (satu cara pemeriksaan yang tidak dilakukan lagi) dan pesakit yand didedahkan radiasi untuk rawatan penyakit mastitis dan penyakit Hodgkins. Dos yang didapati merangkumi 250mGy – 20Gy (25 sehingga 2000rads). Dos seperti ini tidak digunakan semasa pemeriksaan diagnostik 

10. Status sosioekonomi - Status sosioekonomi tinggi akan meningkatkan risiko kanser payudara. Ini berkaitan dengan usia semasa baligh, usia semasa putus haid, usia ketika hamil anak pertama dan juga pemakanan 

11. Pemakanan - Pemakanan telah dikatakan mempengaruhi kadar kanser di antara negara-negara. Walaubagaimanapun kajian telah menunjukkan bahawa kaitan antara kadar kanser payu dara dan pemakanan adalah lemah atau tidak secara langsung. Pengambilan minuman beralkohol telah membuktikan peningkatan risiko 1.4 sehingga 2.0 kali ganda. 

12. Saiz tubuh - Wanita yang gemuk selepas putus haid mempunyai risiko yang meningkat. Ini adalah kerana lemak mengandungi oestrogen dan pada wanita seperti ini paras oestrogen lebih tinggi 

13. Pil perancang dan terapi hormon gantian (THG) Pengambilan pil perancang pada jangka masa yang lama dikaitkan dengan peningkatan risiko dalam lingkungan 1.2 kali. rawatan hormon gantian (THG) dalam bentuk campuran oestrogen dan progestogen sering diberikan. Dos oestrogen yang diberikan adalah rendah dan risiko kanser akan meningkat 1.8 kali hanya selepas penggunaan selama 5 tahun. Selepas 5 tahun risiko meningkat 2.6 kali. Keputusan untuk menerima rawatan THG bergantung kepada berapa faktor. Data mengenai manafaat terhadap penyakit kardiovaskular dan penyakit osteoporosis makin menggalakkan.THG juga bermanfaat kepada wanita yang mempunyai gejala gejala putus haid seperti ‘hot flush’ dan perubahan perasaan.  Kanser payudara yang dikaitkan dengan THG didapati mudah dirawati dan kurang merebak. Ini mungkin kerana wanita-wanita ini lebih sering melakukan mamogram dan kanser dikesan lebih awal. Walaubagaimanapun implikasi risiko dan faedah penggunaan THG perlu dikaji dengan teliti.Penggunaan THG dipertimbangkan apabila faedah mengambilnya adalah melebihi risikonya. 


14. Penyusuan - Kajian telah menunjukkan bahawa tidak ada kaitan antara penyusuan dan kanser payudara. Penyusuan tidak memberikan apa perlindungan. Kajian Carolina Breast Center pada tahun 1999 telah menunjukkan bahawa penyusuan merendahkan sedikit risiko terhadap kanser payudara di kalangan wanita yang boleh hamil (child bearing). Kajian ini juga memperingatkan wanita jangan melakukan penyusuan hanya sebagai perlindungan untuk kanser payudara. Penyusuan harus dilakukan kerana manfaat kepada kedua dua ibu dan bayi.


Mengenali Peringkat Serta Tahap Penyakit Barah Payudara

Tahap serta peringkat penghidapan penyakit ini boleh dibahagikan kepada empat tahap;-
Tahap 1
Ini adalah tahap terawal penghidapan penyakit barah payudara.  Pada peringkat ini, ketumbuhan barah adalah dalam ukuran sebesar 2 cm ataupun kurang daripadanya.  Dalam tahap ini, sasaran serangannya adalah terhad kepada bahagian payudara sahaja.

Tahap 2

Pada tahap serta peringkat yang kedua ini, ukuran ketumbuhan barah payudara akan meningkat diantara 2 cm hingga 5 cm. Selain daripada bahagian payudara, ia turut menjadikan nodus limfa (yang terdapat pada bahagian bawah ketiak) sebagai sasaran serangannya.

Tahap 3

Saiz ketulan barah payudara berukuran 5 cm.  Pada peringkat ini, barah payudara sudah melibatkan nodus limfa ketiak, kulit ataupun otot yang terdapat di bawahnya (otot bahagian dada). 

Tahap 4

Pada peringkat serta tahap ini, serangan barah ini akan menjalar kepada bahagian serta organ-organ yang terletak agak jauh daripada bahagian payudara.  Antara bahagian yang menjadi sasaran serangan barah payudara pada peringkat ini ialah nodus limfa pada leher, paru-paru, hepar ataupun tetulang penghidapnya.

Jangkamasa bebas dan sembuh daripada kanser payudara adalah selama 5 tahun selepas rawatan. kejayaan terhadap rawatan bergantung kepada tahap-tahap kanser yang dihadapi pesakit iaitu 80% di tahap 1, 50-75% di tahap 2, 30-40% di tahap 3 dan kurang daripada 10% di tahap 4. Jadi anda disarankan melakukan pemeriksaan awal dan berkala bagi mengelakkan berlakunya penularan kanser ini ke kawasan-kawasan penting organ badan dan seterusnya meningkatkan keberkesanan rawatan.


kesimpulannya, mencegah lebih baik daripada merawat.... kenali diri dan tubuh anda dgn melakukan pemeriksaan berkala terhadap payudara dan amalkan gaya hidup sihat.. Rawatan awal mampu menyelamatkan nyawa anda.. =))

p/s..Untuk maklumat lanjut..klik
Noktah..==))




Tuesday, December 20, 2011

"Kempen Seribu Langkah Sehari"

Assalamualaikum =))




One Picture Can Describe A Thousand Words


P/s: Hak cipta terpelihara.


Noktah..==))

Sunday, December 18, 2011

"Waiting Outside The Lines"

Assalamualaikum..==))


Adehh.. sangat lah comel si Greyson Michael Chance ni..sekali pandang muka Greyson Chance ni boleh jatuh cinta plak us kat dia... heheheh.. nasib baik umur baru 14 tahun,.. budak kecik lagi.. . hihiih... tp suara dia agak mantap and berbakat juga.. sekali dgr macam suara perempuan and org dewasa..kan..kan...==))

Antara lagu dia yg us suka dgr and sedikit sebanyak memberi inspirasi and motivasi kalau dgr ialah lagu "Waiting Outside The Lines"... Tetibe suka plak dgr lagu dia ni..==))

so sapa2 yang unhappy and still Livin' inside the box and so afraid of taking chances.. you all bole dgr lagu ni as trigger or motivation..so, just break down your wall  and  seize back  your day ok.. so nice it's..?.. 
                                             

Noktah..==))




"Jagalah Kesihatan Tulang ANDA"

Assalamualaikum==))


Osteoporosis ialah penyakit tulang poros yang mengundang risiko patah. Kekuatan tulang mencerminkan integrasi dua ciri utama iaitu kepadatan tulang dan kualiti  tulang. 99% kalsium badan tersimpan dalam tulang.Tulang mempunyai 3 fungsi utama iaitu bertindak sebagai
1.  Mekanikal sokongan dan tapak lampiran otot untuk pergerakan.
2. Perlindungan: untuk melindungi organ penting dan sumsum tulang.
3. Metabolik: sebagai ‘bank’ kalsium dan fosfat digunakan untuk mengekalkan homeostasis serum. 

Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan II melaporkan, hanya 11.6 peratus (%) daripada responden dewasa di Malaysia kerap melakukan aktiviti fizikal secara bersenam dengan secukupnya, dengan dua kali ganda bilangan lelaki (16.2 %) melakukan senaman secukupnya berbanding wanita (7.7%). Kajian selanjutnya mendapati rakyat dewasa Malaysia menghabiskan 41% daripada hari mereka dengan duduk dan 33% lagi dengan tidur atau berbaring. Gaya hidup sedemikian mengundang pelbagai masalah kesihatan serius serta melemahkan badan. Antara masalah mungkin timbul ialah penyakit kardiovaskular, obesiti serta diabetes dan penyumbang kepada masalah tulang lemah. 

Tulang kita adalah tisu hidup. Ia membentuk struktur paling asas dalam badan manusia dikenali sebagai sistem rangka. Sungguhpun ia nampak keras, tulang kita sentiasa melalui proses penguraian dan pembinaan semula. Gaya hidup sedentari (Sedentari merupakan sebuah terma kesihatan mengenai gaya hidup bermalas-malasan dengan sedikit aktiviti fizikal) tidak membantu kesihatan tulang. Kita perlu mula mengambil langkah melindungi tulang sejak muda, sebaik-baiknya sebelum jisim tulang mencapai puncaknya. Proses pembentukan semula tulang menggantikan tisu mati atau rosak membolehkan kita hidup sihat dan aktif. 

kekurangan jisim tulang yang berterusan boleh mengakibatkan osteoporosis, satu proses yang tidak boleh dikembalikan. Satu-satunya cara untuk melindungi tulang kita sekarang ialah dengan mengamalkan diet seimbang dan gaya hidup sihat. Kita perlu bersenam secara sederhana, mengamalkan tabiat makan yang sihat dan memastikan kita memenuhi keperluan kalsium harian diri. Hanya dengan berjalan 30 minit sehari dan mengambil makanan yang kaya kalsium, kita dapat membantu proses penguraian dan pembentukan semula tulang kita. Contoh cara paling asas ialah minum susu kalsium tinggi atau mengambil pelbagai produk tenusu. 

Aktiviti fizikal penting untuk membina dan mengekalkan jisim tulang serta membolehkan kita meregang dan menggunakan kemampuan tulang dengan sepenuhnya.  kesan kemerosotan tulang adalah benar dan menjelang 2050, lebih 50 peratus keretakan tulang pinggul diramalkan berlaku di Asia. Jumlah keretakan tulang pinggul akan meningkat disebabkan populasi penduduk dunia semakin meningkat. Berikutan itu, kos keseluruhan untuk mengurus dan merawat keretakan tulang yang dikaitkan masalah osteoporosis semakin meningkat. 

Ramai wanita sedar bahaya osteoporosis tetapi tidak menghiraukan dan membuat komitmen ke arah penyelesaian jangka panjang. Ada yang beranggapan mereka masih muda, jadi tidak terdedah bahaya osteoporosis. Disebabkan tidak merasa sakit di tulang, ada yang menyangka tiada masalah kesihatan. Malah, ada yang yakin tiada masalah osteoporosis kerana mendapat kalsium mencukupi melalui diet setiap hari. Ramai juga menganggap penyakit berkaitan tulang tidak membawa maut berbanding penyakit kardiovaskular atau kanser. 

Bagaimanapun, ramai tidak sedar tanggapan itu boleh membawa kesan pada masa depan. Hasil penyelidikan dijalankan baru-baru ini menunjukkan wanita dalam usia pertengahan hingga lewat 60-an yang mengalami masalah patah pinggul lima kali ganda lebih berkemungkinan mati dalam masa setahun. Wanita Malaysia yang lebih muda terus percaya kemerosotan tulang hanya dialami orang tua. Oleh itu mereka tidak menghiraukan peringatan untuk mengambil langkah pencegahan. Kebanyakan orang didapati menunggu hingga melihat tanda amaran atau merasai kesakitan sebelum mengambil tindakan. Malangnya, kadangkala pengalaman pertama retak tulang adalah amaran pertama. 


Gaya hidup tidak aktif---->>74% rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup tidak aktif. Ini dapat dilihat daripada waktu bekerja yang lebih panjang dan kurang aktiviti fizikal  dan Hanya 14.2% rakyat Malaysia melakukan aktiviti senaman mencukupi 

Risiko gaya hidup tidak aktif---->>Obesiti, Penyakit kardiovaskular,Diabetes dan Osteoporosis 

Faktor risiko osteoporosis bukan diubah suai: 
-Genetik (berketurunan Eropah atau Asia Timur) 
-Jantina — perempuan 
-Peningkatan usia 
-Sejarah keluarga osteoporosis 
-Sejarah patah tulang 
-Berat badan yang rendah dan indeks jisim badan (BMI) 

Faktor risiko osteoporosis diubasuai---->>Merokok, Kurang pengambilan diet (contohnya kalsium rendah),Gaya hidup tidak aktif dan Pengambilan steroid jangka panjang 

Tulang hidup: 
walaupun tulang kita hidup dan  keras, tetapi setiap hari, ia sentiasa berubah melalui kitaran pembentukan semula dengan dua proses: 
- Tulang pecahan 
-Tulang pembinaan semula 
Osteoporosis ialah pembunuh senyap. Tulang menjadi lemah apabila pengusutan jisim tulang tidak diikuti pembinaan semula tulang dengan cepat. Jika berpanjangan, ini boleh membawa kepada osteoporosis iaitu Tisu tulang tebal dan padat menjadi tulang nipis dan mempunyai liang 

Diagnosis osteoporosis 
1. Sejarah dan pemeriksaan klinikal, Indeks Jisim Tubuh (BMI — ketinggian dan berat) 
2. X-ray 
3. Ultrasound kuantitatif 
4. Kuantitatif Tomografi Berkomputer (QCT) 
5. Tenaga Dual Absorptiometry X-ray (DEXA, iDXA) 

Siapa yang patut mendapatkan iDXA / DEXA? 
-Wanita berusia lebih 65 tahun 
-Lelaki berusia lebih 70 tahun 
-Lain-lain faktor risiko: menopaus awal, tulang yang rapuh patah, perokok tegar dan BMI rendah 

Mengapa wanita lebih terdedah? 
-Jangka hayat mereka lebih panjang dan lebih tua 
-Tulang yang lebih kecil dan jisim tubuh 
-Mengandung 
-Putus haid 
-Wanita lebih tidak aktif berbanding lelaki 
-Kurang pendedahan kepada cahaya matahari 

Lakukan senaman 
Penting untuk membina dan mengekalkan kesihatan tulang. Sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. Contoh seperti: 
-Berjalan/joging 
- Berkebun 
- Berjalan pantas 
- Aerobik 
Dapatkan kalsium mencukupi setiap hari. 
Kalsium membantu membina tulang kuat. sumber kalsium yang baik: 
- Produk tenusu seperti susu, keju dan dadih 
- Sayur-sayuran hijau, berdaun, contohnya brokoli dan pak choy 
- Produk berasaskan soya, misalnya tauhu dan minuman kacang soya 
- Ikan dengan tulang yang boleh dimakan, contohnya sardin dan salmon 

Tingkatkan pengambilan vitamin D: 
Vitamin D membantu penyerapan kalsium ke dalam tulang. Sumber vitamin D yang baik: 

-Ikan seperti salmon, tuna dan herring 
- Makanan laut seperti tiram dan udang 
- Makanan diperkayakan seperti susu, bijirin dan marjerin

Noktah..==))

"Tumor Stroma Gastrousus (GIST)"


Assalamualaikum..==))


Tumor Stroma Gastrousus (GIST) ialah sejenis ketumbuhan yang paling biasa terjadi di saluran gastrousus yang menjejaskan saluran penghadaman atau struktur yang berhampiran dalam abdomen. Bagaimanapun, ia tumor yang jarang berlaku dengan kes tahunan sebanyak 0.7 bagi setiap 100,000 orang. Ia boleh berlaku di mana-mana di sepanjang saluran gastrousus iaitu dari esofagus hingga ke dubur. Walaupun tumor ini sering berlaku di saluran gastrousus, ia juga mungkin timbul di bahagian lain tubuh. Kekerapan terjadi di dalam perut ialah 60 peratus selain di kolon dan usus kecil. 

GIST adalah sarcoma iaitu sebarang kanser pada tisu perantara yang mungkin berlaku pada sebarang bahagian tubuh dan ia tumbuh daripada sel-sel tisu badan penghubung atau menyokong seperti tulang, tulang rawan, tendon, saraf, lemak, otot, tisu sinovia (tisu di sekeliling sendi) atau saluran darah. GIST terbit sama ada daripada sel yang dipanggil Sel Celahan Cajal (ICCs) atau daripada sel stem yang berbeza atau sel pelopor yang boleh membangunkan ICCs. Kira-kira 50 hingga 80 peratus (%) GIST timbul kerana mutasi dalam gen yang dipanggil c-kit. Gen ini mengkodkan reseptor transmembran untuk faktor pertumbuhan yang dipanggil sel faktor (scf). 

Tumor yang sering dikesan secara kebetulan itu, sebelum ini sering disalah anggap sebagai sel tumor lain. Peningkatan kes GIST adalah disebabkan kesedaran yang semakin meningkat dan pengesahan diagnosis oleh ahli patologi. GIST mempunyai kadar tahunan sekitar 14.5 juta individu di seluruh dunia. Tanda GIST tidak spesifik dan bergantung kepada saiz dan pada bahagian ia berlaku. Sebanyak 20% kes GIST dikesan secara kebetulan ketika pemeriksaan atau prosedur pembedahan bagi mengesan penyakit lain.


GIST kecil iaitu berukuran dua sentimeter atau kurang biasanya tidak menunjukkan sebarang gejala penyakit (asimptomatik) dan majoriti mempunyai risiko yang rendah untuk menjadi tumor yang berbahaya. GIST biasanya tidak disedari sehingga ia mencecah saiz yang besar, berdarah atau pecah. Gejala GIST yang dikesan ketika diagnosis ialah sakit perut (antara 20% hingga 50%), pendarahan gastrousus (50%) dan tersekat dalam gastrousus (10% hingga 30%) dan asimptomatik (20%).

Gejala yang paling biasa ialah pendarahan pada gastrousus. Pesakit dengan tumor yang lebih besar mungkin mengalami ketidakselesaan abdomen. GIST esofagus boleh hadir dengan disfagia iaitu gastrik dan usus kecil sering hadir dengan gejala yang tidak nyata dan hanya disedari ketika pengesanan melalui gastroskopi atau pengimejan. Pesakit biasanya mengalami masalah ketika menelan, pendarahan gastrousus dan metastasis (perebakan penyakit terutamanya di dalam hati.

Pesakit biasanya ada sejarah sakit perut atau rasa tidak selesa yang tidak nyata dan tumor sudah menjadi agak besar ketika diagnosis dibuat. Sebagai sebahagian daripada analisis, ujian darah dan pengimbasan tomografi berkomputer (CT scan) sering dijalankan. Satu sampel biopsi akan diperiksa menggunakan mikroskop. Ahli histopatologi mengenal pasti ciri-ciri GIST (sel gelendung dalam 70% hingga 80%, aspek epiteloid dalam 20-30%). Tumor yang lebih kecil biasanya boleh didapati pada lapisan propria muscularis dinding usus. 

Tumor yang besar berkembang, terutamanya yang keluar daripada dinding usus sehingga tahap di mana ia mendahului bekalan darah dan menjadi beku (mati) di bahagian dalam. Semua ketumbuhan mempunyai potensi untuk menjadi malignan (merebak ke bahagian lain). Untuk itu, satu skim untuk meramalkan risiko kelakuan agresif dalam GIST berdasarkan saiz tumor dicadangkan. 

GIST kecil iaitu dengan ukuran rentas kurang dua sentimeter (cm) sering diabaikan. Kriteria untuk merebak yang berdasarkan saiz ketumbuhan dan kiraan mitotic mungkin berbeza-beza bergantung kepada tempat ia tumbuh. GIST usus dianggap berisiko tinggi apabila ia lebih 5 cm atau lebih lima mitoses setiap 50 HPF. GIST gastrik dianggap berisiko tinggi apabila ia melebihi 10 cm atau lebih lima mitoses setiap 50 HPF. Saiz tumor juga ditunjukkan sebagai bebas faktor ramalan dalam hidup, dengan tumor lebih 10 sm mempunyai lima survival tahun hanya 50%.


Diagnostik

Rawatan utama - pembedahan dan terapi sasaran.


Pembedahan

Pembedahan utama rawatan untuk pesakit dengan GIST setempat. Pembedahan perlu terapi.


Rawatan cadangan

Peranan pembedahan ialah melegakan kesakitan penghidapnya.


Terapi perubatan dan terapi sasaran

Terapi perubatan bagi tumor pepejal secara umumnya merujuk kepada kemoterapi dan terapi. Walaupun ia berbentuk tisu lembut, ia tahan kemoterapi tetapi tidak digalakkan.

Noktah..==))











"Gastroesofagus Refluks"

Assalamualaikum.==))


Gastroesofagus refluks  terjadi apabila injap otot di bawah esofagus (lower esophageal sphincter-LES) gagal berfungsi dengan baik hingga menyebabkan asid mengalir balik memasuki ruang esofagus.

Jus asid yang terkandung dalam perut sebenarnya berfungsi mencerna serta menghapus bakteria bahaya kepada tubuh manusia. Apabila injap terbuka, ia menyebabkan asid memasuki ruang aliran esofagus (tiub saluran yang membawa makanan ke perut) kemudian memberi kesan terhadap individu terbabit seperti terasa pedih di dada. 

Wujudnya mitos di kalangan masyarakat beranggapan GERD dan pedih hulu hati ialah penyakit sama, cuma berbeza pada nama mengikut istilah saintifik. Pedih hulu hati sebenarnya simptom utama GERD. Ia membuatkan penghidap merasa senak akibat penolakan asid ke dalam esofagus, sekali gus menghasilkan rasa seakan-akan terbakar di dada. Pedih hulu hati yang kerap menyerang pesakit lebih dua kali seminggu dipanggil GERD, ia berbeza dengan refluks biasa. Harus diingatkan, GERD bukan sekadar dirasai individu berusia lanjut, bahkan setiap orang berisiko menghidapinya berdasarkan faktor usia, bangsa dan budaya pemakanan di kalangan keluarga.


Hal itu terbukti apabila kajian mendapati dua hingga lapan peratus kanak-kanak berusia antara tiga hingga 17 tahun memiliki tanda-tanda GERD, malah risiko turut meningkat seiring peningkatan umur, terutama mencecah 40 tahun. Penghidap GERD perlu mengambil berat mengenai kaedah rawatannya sebelum ia bertambah kronik hingga menyebabkan komplikasi serius. Radang esofagus dihasilkan asid perut, boleh merosakkan tisu perut, selain mengakibatkan pendarahan atau ulser-esophagitis mahupun saluran esofagus menjadi sempit.

Bagi individu yang mengalami esofagus Barret (perubahan lapisan esofagus di segi bentuk dan warna), mereka mempunyai risiko kanser esofagus dan kemungkinan mengancam nyawa pesakit. GERD juga antara penyumbang utama penyakit asma, batuk kronik, kerosakan gigi serta fibrosis pulmonari. Ramai penghidap GERD memandang ringan kesan buruk penyakit ini dan hanya mendapatkan rawatan apabila berasa sakit serta tidak selesa bertambah kerap. Lebih teruk, hampir separuh pesakit sanggup menanggung kesakitan sekurang-kurangnya enam bulan sebelum berjumpa doktor.

Beberapa faktor menyebabkan jus asid perut masuk ke esofagus, antaranya perubahan hormon ketika mengandung apabila injap tidak tertutup rapat dan peningkatan tekanan abdomen, pencernaan perlahan atau perut terlalu penuh dengan makanan bersaiz besar, sekali gus membuatkan LES berada di kedudukan lebih rendah.  GERD memberi kesan negatif kepada kehidupan individu sama ada pada waktu santai mahupun bekerja, malah kajian mengenai kesan GERD terhadap mutu kehidupan dilakukan di Asia baru-baru ini, mendapati 50 peratus penghidap mengalami gangguan tidur hingga mengurangkan produktiviti kerja masing-masing.

Bagi mengurangkan penderitaan pesakit GERD, mereka dibekalkan ubat Perencat Pam Proton (PPI) untuk menghalang pengeluaran asid dan pengalirannya ke esofagus. PPI mampu menyembuhkan tisu esofagus yang rosak akibat hakisan asid dalam tempoh empat hingga lapan minggu. Pesakit juga digalak mengamalkan gaya hidup sihat dan pengambilan makanan seimbang.

CARA PENCEGAHAN GERD:


  • Mengekalkan berat badan sihat. Pengurangan 10 peratus daripada berat badan boleh menghindari GERD


  • Makan makanan bersaiz kecil bagi mengurangkan tekanan pada LES


  • Menaikkan kepala katil sekurang-kurang 15 hingga 20 sentimeter boleh membantu graviti menyimpan asid dalam perut


  • Duduk tegak selepas makan. Berbaring selepas tiga jam pengambilan makanan


  • Kurangkan pengambilan makanan yang menyebabkan refluks termasuk makanan berlemak, pedas dan berasid seperti tomato, limau, pudina, coklat, bawang, kopi serta minuman berkarbonat


  • Merokok

  • Alkohol

  • Berpakaian ketat kerana ia memberi tekanan kepada abdomen dan LES.





  • Noktah==))

    Sunday, November 27, 2011

    "Apakah itu strok?.."

    Assalamualaikum..==))

    Strok adalah keadaan dimana bekalan darah ke sebahagian otak tiba-tiba terputus. Ini kerana sel otak memerlukan bekalan oksigen yang berterusan daripada darah. sekiranya bekalan darah terputus, sel di dalam kawasan yang terjejas di otak menjadi rosak atau mati. 

    Disebabkan kurang kefahaman, ada yang menyangka ia serangan jantung. Namun, strok ialah serangan otak akibat berkurangnya aliran darah dan oksigen ke otak. Masalah itu disebabkan saluran darah yang tersumbat, sempit atau pembuluh darah pecah. Kebanyakan kes berlaku di kalangan mereka yang berusia lebih 65 tahun. Bagaimanapun, ia boleh berlaku kepada sesiapa saja tidak mengira usia, termasuk kanak-kanak. Setiap tahun, kira-kira 110,000 orang di Britain diserang strok awal manakala kira-kira 30,000 mengalami kes strok berulang. 

    Penyakit ini menjadi punca terbesar hilang upaya, selain punca ketiga paling lazim kematian selepas penyakit jantung dan kanser. Antara gejala strok ialah ia terjadi secara tiba-tiba, pesakit terasa kebas sebelah badan sama ada kaki atau tangan, butir percakapan tidak difahami dan sakit kepala yang teruk mahupun pening secara mendadak. Pesakit juga mungkin mengalami muntah-muntah dan tidak seimbang/stabil ketika berjalan serta nampak keliru.

    Perunding Neurologi Pusat Perubatan Prince Court, Dr Julia Shahnaz Merican, berkata sebilangan individu mungkin mengabaikan gejala awal dan kurang berwaspada dengan penyakit itu, tambahan pula ia sukar dikenali. Mengenali gejala strok mungkin dapat membantu seseorang mengelak kejadian tidak diingini. Pesakit strok mungkin menderita kerosakan otak atau lebih buruk lagi, koma atau menyebabkan kematian. 

    Punca strok 
    Ada dua jenis utama iaitu strok iskemik dan hemoragik. 

    Strok iskemik 
    Berlaku pada kira-kira tujuh dalam 10 kes. Iskemik bermakna bekalan darah dan oksigen berkurangan ke bahagian badan. Kes biasa strok disebabkan darah beku dalam arteri yang menghalang aliran darah. 
    • Darah beku selalunya terbentuk di dalam arteri itu sendiri. Ini biasanya berlaku terhadap tampalan lemak bahan yang dipanggil ateroma.
    •  Dalam sesetengah kes, darah beku terbentuk di bahagian lain tubuh dan kemudian bergerak dalam aliran darah. Contoh paling biasa ialah darah beku dalam kebuk jantung akibat aliran darah yang tidak normal. Ini mungkin berlaku dalam situasi yang dipanggil fibrilasi atrium. Darah beku kemudian dibawa dalam aliran darah sehingga ia terperangkap dalam arteri di dalam otak. 

    Strok hemoragik (pendarahan) 
    Arteri yang rosak atau lemah boleh ‘pecah’ dan berdarah:
    •  pendarahan intraserebrum ialah apabila saluran darah pecah di dalam otak. keadaan ini menyebabkan darah tumpah ke dalam tisu otak berhampiran. Ini boleh menyebabkan sel otak berkenaan terputus bekalan oksigen, lantas menjadi rosak atau mati. 
    • pendarahan subaraknoid apabila salur darah pecah dalam ruang subaraknoid iaitu merupakan ruang sempit di antara otak dan tengkorak. Ruangan ini biasanya terisi dengan cecair dipanggil bendalir serebrospina. Kira-kira satu dalam 20 hentakan menyebabkan pendarahan subaraknoid. 
    Sebab yang tidak pasti dalam segelintir kes strok 
    Strok menyebabkan kerosakan otak. Gejala dan hilang upaya akibat strok berbeza bergantung kepada bahagian otak yang terjejas dan tahap kerosakan. Rawatan termasuk ubat-ubatan untuk mengurangkan ‘faktor risiko’. Pemulihan adalah sebahagian besar daripada rawatan. 

    Gejala strok 
    Fungsi bahagian yang berlainan dalam badan dikawal oleh bahagian berlainan dalam otak. Maka, gejala berbeza bergantung kepada bahagian otak yang terjejas dan pada saiz bahagian yang rosak. Gejala yang timbul biasanya termasuk satu atau lebih daripada yang berikut: 
    • Lemah lengan, kaki atau kedua-duanya. Ini mungkin kesan berlakunya lumpuh sebelah badan atau sebelah tangan yang sederhana 
    •  Lemah dan ‘herot’ sebelah muka. Ini boleh menyebabkan air liur meleleh disebabkan hilang fungsi otot mulut untuk mengawal 
    •  Masalah penglihatan, pertuturan, komunikasi, penyelarasan atau menelan 
    •  Rasa kebas di bahagian badan 
    •  Sakit kepala, pening dan keliru 
    •   Koma 
    Apakah strok mini (TIA)? 
    Strok mini gejala kelihatan seperti strok tetapi menyerang dan menghilang tidak sampai 24 jam. Ia disebabkan kekurangan sementara darah ke otak. Dalam kebanyakan kes, TIA disebabkan darah beku kecil yang terperangkap dalam saluran darah (arteri) di dalam otak, seterusnya menghalang pengaliran darah dan menyebabkan sebahagian daripada otak kekurangan oksigen. Bahagian otak yang kekurangan oksigen terjejas hanya selama beberapa minit, dan pulih tidak lama kemudian. 

    Kesan mendapat strok 
    Jenis dan sejauh mana kecacatan disebabkan oleh strok mungkin jauh berbeza. Ia bergantung kepada tahap kerosakan kepada otak. Strok yang besar boleh menyebabkan kematian. Strok kecil boleh menyebabkan masalah kecil yang mungkin pulih sepenuhnya dari semasa ke semasa. 

    Jenis masalah yang mungkin berlaku termasuk satu atau lebih daripada yang berikut: 
    • Lemah sebelah badan. Ini boleh menimbulkan masalah untuk melangkah seandainya kaki terjejas, atau sukar menggunakan lengan atau tangan dengan betul 
    •  Masalah dengan keseimbangan dan penyelarasan 
    •  Masalah untuk menelan makanan. Dalam kes tertentu, ia boleh membahayakan kerana makanan mungkin memasuki hujung salur udara dan tidak turun ke tekak apabila anda makan. Disebabkan itu, ‘ujian menelan’ biasanya dilakukan terhadap pesakit strok sebelum mereka dibenarkan makan atau minum. Ini bagi memastikan mereka dapat menelan dengan selamat. Jika wujud kesukaran teruk untuk menelan, pesakit mungkin perlu makan dan minum melalui tiub yang dimasukkan ke dalam perut 
    • Ucapan dan kesukaran komunikasi. Mungkin berlaku kesukaran mencari kata-kata yang tepat atau tidak dapat bercakap. Kemampuan untuk membaca atau menulis juga mungkin terjejas
    • Masalah penglihatan. Jika bahagian otak berkaitan penglihatan terjejas, masalah mungkin timbul. Sebagai contoh, beberapa orang diserang strok mengalami penglihatan berganda, manakala sebahagian lagi kehilangan separuh daripada bidang penglihatan mereka
    • Kesukaran dengan proses mental. Sebagai contoh, mengalami kesukaran dalam pembelajaran, tumpuan mahupun mengingat 
    •   Emosi terjejas. Berikut strok, sesetengah orang mungkin menangis atau ketawa pada masa tertentu tanpa alasan jelas  dan keletihan 
    Jenis ujian yang diperlukan 
    Doktor biasanya boleh mendiagnosis strok daripada gejala yang biasa dialami pesakit. Ujian yang biasa dilakukan termasuk: 
    •  Imbasan otak (CT scan atau imbasan MRI). Ini boleh menentukan jenis strok (iskemik atau hemoragik) dan menyisihkan gejala jarang berlaku yang boleh menyebabkan strok atau mungkin menyerupai gejala strok 
    •  Ujian darah untuk memeriksa paras gula di dalam darah dan paras kolesterol. Paras tinggi boleh meningkatkan risiko strok 
    •  Ujian X-ray di dada dan ECG (mengesan jantung) untuk memeriksa jantung atau paru-paru yang mungkin menjadi punca strok (misalnya, fibrilasi atrium) 
    Faktor risiko yang boleh dielakkan: 
    • jika merokok, anda perlu berusaha sedaya upaya untuk berhenti. Bahan kimia dalam tembakau dibawa di dalam saluran darah dan boleh merosakkan arteri anda. Jika anda merokok dan berhenti, ini boleh mengurangkan risiko mendapat strok 
    • Tekanan darah tinggi. Pastikan tekanan darah diperiksa sekurang-kurangnya sekali setahun. Jika tinggi, ia boleh dirawat. Tekanan darah tinggi biasanya tidak menyebabkan gejala, tetapi boleh merosakkan arteri. Jika tekanan darah anda tinggi, rawatan tekanan darah mungkin langkah sangat berkesan dalam usaha mengurangkan risiko anda mendapat strok. 
    • jika mempunyai berat badan berlebihan, anda dinasihatkan mengurangkan berat badan dan mengurangkan Kolesterol.     
    •  Tidak bersenam. Jika boleh, anda perlu berusaha melakukan beberapa aktiviti fizikal yang sederhana pada hari biasa sekurang-kurangnya 30 minit. Sebagai contoh, berjalan pantas, berenang, berbasikal, menari atau berkebun
    •  Anda perlu berusaha mengamalkan diet sihat 
    • Diabetes antara faktor risiko. Jika anda mempunyai diabetes, rawatan untuk menyimpan gula dalam darah anda dengan seberapa normal yang mungkin adalah penting.
    Noktah..==))