Assalamualaikum..==))
Selamat petang semua,.masa us belek2 kosmo and metro tadi.. us ada terbaca berita tentang kematian seorang ratu cantik dari venezuala yang mengidap kanser payudara. Nama bekas ratu cantik ni ialah Eva Ekwall yang berusah 28 tahun. Kanser payudara adalah pembunuh secara senyap dan pesakit termuda yang penah menghidapi barah payudara adalah Aleisha Hunter yang berusia 2 tahun.
Tahukah anda bahawa setiap organ pada tubuh badan kita terbentuk daripada pelbagai jenis sel..?..pada asalnya, sel-sel ini akan membuat pembahagian dengan kadar yang terkawal serta dihasilkan mengikut keperluan tubuh seseorang individu.
Apabila kadar penghasilan sel melebihi keperluan, ianya akan menghasilkan lebihan tisu. Lebihan tisu ini jugalah yang dikenali sebagai ketumbuhan. Ketumbuhan ini boleh dibahagikan kepada dua jenis ketumbuhan iaitu benign(tumor bukan barah) dan malignan(tumor jenis barah).Jenis ketumbuhan yang pertama iaitu benign adalah merupakan ketumbuhan yang tidak membahayakan nyawa para penghidapnya. Hampir 80 peratus daripada para pengidap ketumbuhan payudara adalah dari kalangan mereka yang mengalami ketumbuhan jenis ini.
Barah adalah kumpulan penyakit yang terjadi apabila sel normal membahagi secara tidak terkawal didalam tubuh badan individu. Barah payudara adalah merupakan ketumbuhan malignan yang terjadi daripada tindakan sel yang bermula dari bahagian payudara. Ianya berkembang melalui proses pembahagian yang melebihi kadar keperluan organ serta seterusnya menyerang organ serta tisu-tisu yang berhampiran. Sel-sel barah ini juga mampu untuk membebaskan dirinya daripada ketumbuhan asal sekaligus memasuki saluran darah serta sistem perlimpahan (Lymphatic system)dan menyerang bahagian-bahagian organ lain para penghidapnya. Proses penjangkitan ini juga dikenali sebagai metastasis
Faktor-Faktor Risiko Kanser Payudara
Kanser payudara telah menjadi satu penyakit yang tidak mengenal batasan, miskin, kaya, tua, muda turut diancam. Pemakanan merupakan satu faktor yang ada kaitan dengan pencegahan, rawatan dan pemulihan. American National Cancer Institite telah melaporkan sebanyak 35% kanser mempunyai kaitan dengan pemakanan. Kaitan ini meningkat sebanyak 80% sekiranya ditambah faktor merokok dan kekurangan senaman. Kadar kanser payudara mempunyai sebanyak 50% kaitan dengan apa yang kita makan.
Pemakanan daripada sumber tumbuhan mempunyai faktor perlindungan botanik atau phytonutrient. Antioxidant, anti-karsinogen dan`bioflavonoids’ adalah termasuk dalam kumpulan phytonutrient. Telah lama diketahui bahawa kanser payudara dipengaruhi oleh jumlah pendedahan hormon estradiol dalam jangka masa hidup seseorang. Phytonutrient memberi perlindungan kepada sel-sel payudara yang sensitive terhadap oestrogen pertamanya dengan menyekat reseptor disel-sel payudara dengan oestrogen tumbuhan seperti genistein dan diadzein, keduanya melalui tindakbalas `Bowman Birk Inhibitor’ atau `protease inhibitor’yang mengatur akitiviti sel untuk melindungi daripada kanser. `Phytonutrient” terdapat pada bijirin, kekacang, sayur-sayuran dan buah-buahan. `Probiotics” dan makanan yang diperam menghasilkan pertumbuhan bakteria yang tidak merbahaya yang akan memberi perlindungan daripada bakteria yang menghasilkan toksin. Tairu, tempeh, minuman kultur dan beberapa jenis susu kaya dengan faktor-faktor ini.
Kajian pemakanan penduduk telah menunjukkan pengambilan lemak tepu, protein haiwan dan makanan kurang serabut akan meningkatkan kadar kanser payudara. Lemak haiwan dan minyak kelapa merupakan sumber lemak tepu. Serabut hanya didapati daripada tumbuh-tumbuhan. faktor terjadinya kanser didapati apabila melebihi makanan seperti daging, keju, susu dan telur, dan buah-buahan, sayur-sayuran, dan bijirin dikurangkan.
Setakat ini, punca sebenar barah payudara belum diketahui lagi. Penyelidik percaya bahawa faktor penyebab termasuk faktor genetik dan faktor alam sekitar. Keutamaan telah ditumpukan kapada individu yang mempunyai risiko tinggi. Walaubagaimanapun, wanita yang tidak mempunyai faktor-faktor risiko juga boleh menghidapi kanser. Kanser payudara tidak boleh dicegah dan strategi utama adalah pengesanan awal dan rawatan sebelum kanser itu merebak.
Faktor–faktor yang dikenal pasti
1. Jantina - Kanser payudara adalah khususnya penyakit wanita (95% daripada kes kanser payudara adalah di kalangan kaum wanita)
2. Umur - Semakin usia meningkat semakin tinggi risiko. Wanita yang berumur kurang daripada 25 tahun jarang sekali mengidapi kanser payudara
3. Perbezaan geografi - Kawasan kediaman memainkan peranan. Kanser payudara lebih didapati di negera barat jika dibandingkan dengan negara Asia atau Afrika
4. Riwayat kanser payudara - Sekiranya anda pernah menghidapi kanser payudara, risiko ianya akan berulang meningkat 4 kali ganda
5. Riwayat keluarga dan faktor genetik - Sekiranya seorang wanita mempunyai ibu atau adik beradik perempuan (waris perempuan terdekat) yang pernah menghidapi kanser payudara pada usia yang agak muda, risiko ia akan menghidapi kanser payudara akan meningkat 2 kali ganda dan risiko ini akan meningkat 4 kali ganda sekiranya 2 atau lebih waris terdekat menghidapi kanser payudara.
Untuk lelaki, risiko meningkat sekiranya, bapa, adik beradik lelaki atau anak lelakinya menghidapi kanser payudara. Saudara mara seorang lelaki yang menghidapi kanser payudara mempunyai risiko tinggi. Ada laporan yang mengatakan 60% lelaki pengidap kanser payudara mempunyai saudara wanita yang menghidapi kanser payudara. Usia mereka ketika menghidapi kanser penting diketahui.
Hanya 5-10% wanita yang menghidapi kanser payudara mempunyai faktor-faktor genetik. Pada tahun 1990 gen BRCA1 ditemui dan diikuti berapa tahun kemudian dengan gen BRCA2. Sekiranya salah satu gen tersebut didapati, risiko akan meningkat sebanyak 85%. Gen BRCA1 mempunyai kaitan dengan kanser ovari. Gen ini bukan suatu gen yang berlebihan tetapi merupakan suatu gen yang berubah mengakibat munculnya kanser payudara. Wanita yang ada gen BRCA1 mempunyai riwayat keluarga di mana beberapa generasi menghidapi kanser pada usia yang muda dan kanser didapati pada kedua-dua payudara. Walaubagaimanapun, terdapat wanita yang ada gen BRCA1 di mana saudaranya tidak menghidapi kanser payudara. Sindrom Li-Frameni adalah sejenis kanser payudara yang jarang berlaku dan dikaitkan dengan gen p53. Kanser pada pesakit-pesakit ini dikaitkan dengan ketumbuhan tisu lembut, tulang, otak dan kelenjar adrenal.
6. Adanya riwayat penyakit payudara - Ini meliputi semua keadaan di mana terdapat sel-sel abnormal. Wanita di mana sel-sel agak abnormal iaitu hiperplasia atypical mempunyai kadar risiko 4 kali ganda menghidapi kanser payudara. Begitu juga dengan penyakit fibrosistik atau penyakit proliferatif.
7. Riwayat haid - Sekiranya seorang wanita baligh pada usia sebelum 12 tahun atau putus haid selepas 55 tahun, risiko ia menghidapi kanser meningkat 2 atau 3 kali ganda. Ini berkaitan dengan fasa kesuburan dan pendedahan terhadap pengaruh hormon oestrogen.
8. Jumlah anak - Seorang wanita yang tidak mempunyai anak atau tidak pernah hamil selepas umurnya 30 tahun mempunyai risiko tinggi menghidapi kanser payudara. Ini mungkin ada kaitan dengan pusingan haid yang tidak terganggu.
9. Pendedahan radiasi - Pendedahan radiasi seperti sinar-X semasa usia atau sebelum usia 30 tahun boleh meningkatkan risiko terhadap kanser payudara tetapi pendedahan seperti ini jarang sekali berlaku. Pendedahan kepada letupan bom atom boleh meningkatkan risiko sebanyak 3 kali ganda. Risiko radiasi diperolehi daripada data pendedahan tinggi seperti mangsa letupan bom atom, pelombong uranium, mangsa pendedahan gas radon, pesakit tuberculosis yang pernah mengalami floroskopi ulangan (satu cara pemeriksaan yang tidak dilakukan lagi) dan pesakit yand didedahkan radiasi untuk rawatan penyakit mastitis dan penyakit Hodgkins. Dos yang didapati merangkumi 250mGy – 20Gy (25 sehingga 2000rads). Dos seperti ini tidak digunakan semasa pemeriksaan diagnostik
11. Pemakanan - Pemakanan telah dikatakan mempengaruhi kadar kanser di antara negara-negara. Walaubagaimanapun kajian telah menunjukkan bahawa kaitan antara kadar kanser payu dara dan pemakanan adalah lemah atau tidak secara langsung. Pengambilan minuman beralkohol telah membuktikan peningkatan risiko 1.4 sehingga 2.0 kali ganda.
12. Saiz tubuh - Wanita yang gemuk selepas putus haid mempunyai risiko yang meningkat. Ini adalah kerana lemak mengandungi oestrogen dan pada wanita seperti ini paras oestrogen lebih tinggi
14. Penyusuan - Kajian telah menunjukkan bahawa tidak ada kaitan antara penyusuan dan kanser payudara. Penyusuan tidak memberikan apa perlindungan. Kajian Carolina Breast Center pada tahun 1999 telah menunjukkan bahawa penyusuan merendahkan sedikit risiko terhadap kanser payudara di kalangan wanita yang boleh hamil (child bearing). Kajian ini juga memperingatkan wanita jangan melakukan penyusuan hanya sebagai perlindungan untuk kanser payudara. Penyusuan harus dilakukan kerana manfaat kepada kedua dua ibu dan bayi.
Mengenali Peringkat Serta Tahap Penyakit Barah Payudara
Tahap serta peringkat penghidapan penyakit ini boleh dibahagikan kepada empat tahap;-
Tahap 1
Ini adalah tahap terawal penghidapan penyakit barah payudara. Pada peringkat ini, ketumbuhan barah adalah dalam ukuran sebesar 2 cm ataupun kurang daripadanya. Dalam tahap ini, sasaran serangannya adalah terhad kepada bahagian payudara sahaja.
Tahap 2
Pada tahap serta peringkat yang kedua ini, ukuran ketumbuhan barah payudara akan meningkat diantara 2 cm hingga 5 cm. Selain daripada bahagian payudara, ia turut menjadikan nodus limfa (yang terdapat pada bahagian bawah ketiak) sebagai sasaran serangannya.
Tahap 3
Saiz ketulan barah payudara berukuran 5 cm. Pada peringkat ini, barah payudara sudah melibatkan nodus limfa ketiak, kulit ataupun otot yang terdapat di bawahnya (otot bahagian dada).
Tahap 4
Pada peringkat serta tahap ini, serangan barah ini akan menjalar kepada bahagian serta organ-organ yang terletak agak jauh daripada bahagian payudara. Antara bahagian yang menjadi sasaran serangan barah payudara pada peringkat ini ialah nodus limfa pada leher, paru-paru, hepar ataupun tetulang penghidapnya.
Jangkamasa bebas dan sembuh daripada kanser payudara adalah selama 5 tahun selepas rawatan. kejayaan terhadap rawatan bergantung kepada tahap-tahap kanser yang dihadapi pesakit iaitu 80% di tahap 1, 50-75% di tahap 2, 30-40% di tahap 3 dan kurang daripada 10% di tahap 4. Jadi anda disarankan melakukan pemeriksaan awal dan berkala bagi mengelakkan berlakunya penularan kanser ini ke kawasan-kawasan penting organ badan dan seterusnya meningkatkan keberkesanan rawatan.
kesimpulannya, mencegah lebih baik daripada merawat.... kenali diri dan tubuh anda dgn melakukan pemeriksaan berkala terhadap payudara dan amalkan gaya hidup sihat.. Rawatan awal mampu menyelamatkan nyawa anda.. =))
kesimpulannya, mencegah lebih baik daripada merawat.... kenali diri dan tubuh anda dgn melakukan pemeriksaan berkala terhadap payudara dan amalkan gaya hidup sihat.. Rawatan awal mampu menyelamatkan nyawa anda.. =))
p/s..Untuk maklumat lanjut..klik
Noktah..==))
No comments:
Post a Comment