Thursday, May 24, 2012

" Sesudah Kesulitan Pastinya Ada Kemudahan.;p"

Assalamualaikum..=))

Give your stress wing and let it fly away..=))
Dalam surah Al-Insyirah ayat 6 yang bermaksud sesungguhnya sesudah kesulitan itu akan ada kemudahan dan maksud ayat 2-3 surah At-Talaq pula menyebut barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah swt nescaya Allah swt akan mengadakan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka dan barangsiapa yang bertawakal kepada ALLAH nescaya ALLAH akan mencukupkan keperluannya.. Itulah janji Allah kepada hamba-hambanya yang bersabar dalam setiap ujian nya.. kerna ALLAH tidak akan membebankan seseorang melebihi kadar kemampuannya..=))

Jadi bergembiralah apabila setiap kali diuji dan diduga kerna segala masalah dan dugaan yang datang menjadikan kita semakin matang dan tabah dalam kehidupan..Inilah prinsip yang  selalu us pegang setiap kali diuji...and yang pentingnya ialah sentiasa berfikiran positif dan lupakan masa lalu.. sebabnya sesuatu masalah tidak akan selesai jikalau dilihat  dari sudut negatif jer ok.. tidak kiralah sebesar mana pon masalah dan stress yang anda alami, yang pentingnya jangan putus asa...Dan sentiasalah beringat bahawa setiap masalah dan dugaan yang datang pasti akan ada kesenangannya dan ALLAH swt tidak akan membebankan kita melebihi kadar kemampuan kita ok..=))



Jadi andai kamu berasa dunia ini terlalu sempit utk kamu,.maka tadahlah tangan ke langit kerana di sana luas rahmat Allah swt yang maha indah..=)).. InsyaAllah, hanya doa saja yang mampu menjadi penghubung antara kita dan Allah swt dalam segala hal..=)).. Ini kerana, segala takdir dan bahagian manusia masing-masing telah ditetapkan dalam luh-mahfuzNya.. Jadi janganlah kita bersedih dan merintih tentang nasib yang Allah berikan kerana perbuatan ini hanya akan mengheret kita ke lembah kekufuran (peringatan utk diri sendiri juga)..=))Ini kerana, mengimani dan menerima Qada dan Qadar merupakan salah satu cara kita beriman kepada Allah yang telah termaktub dalam rukun iman bagi orang islam..  Apapon moga-moga kita menjadi hamba kepada pahala,..dan bukan menjadi raja kepada dosa, supaya kita mampu untuk mengejar nikmat Syurga dan tidak pula dikejar oleh azab Neraka...Insyallah...:P 


Apapun moga-moga yang baik dapat dijadikan pengajaran... Dan andai ada ilmu di dalamnya, ambillah ia untuk dijadikan pedoman hidup.. Jikalau sebaliknya pula, maka buangkanlah ia sejauh-jauhnya... Kerna ketahuilah, itu merupakan kelemahan us sendiri. Moga-moga kita menjadi manusia terbaik yang mampu bangkit dari kejatuhannya.. Ameen..;p

                                                  Jom layan lagu 99 names of Allah..=))
 
Noktah..=))

Monday, May 21, 2012

"Jagalah hubungan kita dengan Allah swt,..Allah pasti menjaga kita..;p"

Assalamualaikum..=))


Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman",.. sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?..Dan demi sesungguhnya!.. Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta. [Al-Ankabut: 2-3] 

Kadangkala kita terlupa apakah hakikat cinta yang sebenar. Jika dijadikan subjek cinta sebagai perbualan pasti ramai yang lebih gemar untuk berkongsi berkenaan cinta antara manusia, yakni cinta antara sepasang kekasih. Tetapi berapa ramaikah diantara kita yang berkongsi suka dan duka tentang cinta antara dia dan penciptaNya? Dan pasti, ramai yang tidak gemar berkongsi cerita tentang cinta agung yang tiada tandingan ini kerana mereka tidak merasai kemanisan mencintai penciptaNya kerana kelemahan iman kita sendiri.

Mengapa apabila semakin dekat kita dengan Allah Swt, semakin tinggi ujian yang Allah timpakan?..Mereka yang dekat dengan Allah, menerima ujian yang sangat hebat kerana dengan cara inilah Allah mencintai kekasihNya. Lihat sahaja bagaimana Allah Azzawajjala menguji kekasihnya Rasullah S.A.W dengan pelbagai ujian. Allah tidak memberikan jalan mudah kepada Rasullah S.A.W untuk berjaya dalam usaha dakwah baginda di Mekah dan Madinah meskipun baginda adalah kekasihNya. Begitu juga dengan ujian sakit yang berpanjangan yang diterima oleh Nabi Allah Yaakub dan ujian yang Allah turunkan kepada Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Ismail apabila turunnya perintah supaya Nabi Ibrahim menyembelih anaknya Nabi Ismail.

Hebatnya cinta Allah apabila Dia menggunakan ujian dan dugaan yang diturunkan kepada hambaNya untuk melihat tingkat ketaqwaan dan kekuatan iman hambaNya... Percayalah, apabila diturunkan ujian kepada kita walau seberat mana sekalipun Allah ada bersama kita. Allah tidak memerlukan kita, tetapi kita memerlukan Allah dan Allah sangat mencintai dan menyukai apabila hambaNya sujud, menangis, merintih dan meminta pertolongan dariNya.  Kerana dengan cara ini Allah mencintaimu...=))


Alhamdulillah,. akhirnya kita berkesempatan bertemu kembali dengan bulan Rejap esok pada 22 mei 2012. Bulan Rejab disebut  Allah swt di dalam kitabnya merupakan bulan Haram  yang dimuliakan (Rejab, Zul Qaedah, Zul Hijjah dan Muharram). InsyaAllah, segala kebaikan w/pon sebesar zarah pun akan digandakan oleh Allah swt kerana bulan Rejap adalah bulan bagi umatnya merebut segala keberkatan dan beribadat kepadanya.. Rasullah ada menyebut,.bulan Rejab bulan Allah, Sya'ban bulanku dan Ramadhan bulan umatku.   Jadi jom kita niat puasa sunat esok dan moga-moga semua kesalahan yang penah kita lakukan diampunkan oleh Allah.. InsyaALLAH.. Amin..==)) 

Noktah..=))

Saturday, May 19, 2012

"Hadiah..=))"

Assalamualaikum..=))

Selamat malam, selamat berhujung minggu dan selamat bergembira bersama orang-orang tersayang semua.. Moga-moga kegembiran hari-hari esok juga adalah milik kita ok...==)).

Alhamdulillah, kurang 3 bulan lagi berakhirlah sesi pengajian 2011/2012.. and ini bermakna kurang 2 bulan lagi us pon akan menamatkan pengajian bagi tahun 2012.  Terasa bahagia betullah bila berada disaat akhir pengajian ni... =))..  Tekanan dan stress dipenghujung semester pon agak "membahagiakan" juga....hehhehe.. kiranya sampai boleh lebam bijik mata jugalah bila hari-hari dok menempek kat depan skrin laptop ni..heheheh..=))

Alang-alang dah dapat hadiah insomnia ni...=)).. Maka dengan ini, bolehlah us menghupdate blog ni sekejap.. hehhe...maklumlah stress juga asyik dok membaca, membaca, and membaca pasal eye tracking and usability testing setiap hari.. sampaikan  bila tido pon asyik termimpi-mimpi tesis jer..=))... sebenarnya, us tgh mengodek-godek incik google and  tgh mencari present utk org tersayang.. tp x tau nak beli apa pula..;p. hehehhe.. susah betullah nak memilih hadiah yang sesuai.. maklumlah semua suggestion incik google mahal-mahal belaka and lari dari budget us..hahahah.. Bukan apa, us tgh menyimpan duit nak p melancong kat Hong Kong..hehehhe.. so bukan diistilah sebagai kedekut 0k..=))



Emm setelah difikir and fikir,.. us rasa hadiah ttuuttt ni yang paling sesuai and ada nilai sentimental sbb hadiah (suprise) ni mengambarkan keperibadian seseorang...Apapon yang paling penting adalah keikhlasan and paling murah..hahahah..;p..

Nak tau hadiah ttuuutt tu apa?.. tggu 0k.... Hope u like it..;p

 Noktah..=))

Monday, May 14, 2012

"Selamat Hari-Hari...;p"

Assalamualaikum semua..=))



Alhamdulillah, Setiap tahun kita akan menyambut dan mengiktiraf insan-insan yang pernah  berjasa dalam hidup kita.. kiranya belum terlambat utk us nak ucapkan Selamat Hari Guru, Selamat Hari Ibu dan Selamat Hari Jururawat kepada semua guru-guru, ibu-ibu dan jururawat or misi diseluruh dunia,.. ucapan terima kasih terutamanya kepada ibu tersayang yang telah banyak berkorban sejak  0 hari sampai lah sekarang, dan juga tidak dilupakan kepada jururawat-jururawat di hospital tungku fauziah Kangar,Perlis yang menyambut kelahiran us pada tanggal 13/oct/1986 dan guru-guru dan pensyarah2 yang penah mendidik us terutamanya guru2 di sekolah SK Kuala Perlis, SK Seberang Ramai, SMK Kuala Perlis, SMK Perlis dan tidak dilupa pensyarah2 UKM.. Tanpa didikan dan restu anda semua, pastinya tidak mungkin us akan berada ditahap ini..=))


Insan-insan yang menyambut HARI-HARI sebegini semestinya adalah orang yang sangat bertuah...kerna pengiktirafan ini sedikit sebanyak memberi motivasi dan perasaan terasa masih dihargai kan kan....=)). jadi beruntunglah insan yang tersenarai dalam HARI-HARI ini.. heheh.. maklumlah us hanya tersenarai untuk HARIJADI jer.. tp bila igt2 balik,.. penah ke us sambut hari tu  ??.. hehehe.. may be bila da berusia ni memori x bole nak recall dan x igt ada sambut ke idak.. hihih...;p

Apapun..Semoga Allah merahmati anda semua..and us dedikasi lagu ini untuk semua kawan2.. tidak kira jauh ke dekat... salah silap harap dimaafkan.. ameen...=))


Noktah..;p

Sunday, May 13, 2012

"Helicobacter Pylori Penyebab Sakit Perut"

Assalamuaikum..=))

 Helicobacter pylori
Apabila mengalami sakit perut, anda mungkin menyangka ia akibat anda tersalah makan dan berharap ketidakselesaan itu pulih tidak lama kemudian. Namun, tahukah anda, ada sejenis kuman yang menyebabkan penyakit perut dinamakan Helicobacter pylori (H pylori)?

Saintis Jerman menemui H pylori dalam perut manusia pada 1875 manakala saintis Itali menjumpainya dalam perut anjing pada 1893. Barry Marshall dan Robin Marshall yang pertama mengasingkan kuman itu pada 1981. Mereka percaya kuman itu menyebabkan penyakit perut. 

Kuman itu berbentuk rod dan berflagela (bebenang halus panjang seperti cemeti tersemat pada sel tertentu) dan berada di atas dinding perut dekat antrum (bahagian hujung perut). Mereka yang berusia lebih 50 tahun berisiko mendapat jangkitan kuman itu. Ia boleh tumbuh selepas tiga hari pada agar-agar darah dalam makmal yang terkawal. Ujian genetik untuk kuman itu berguna pada masa akan datang kerana mungkin vaksinasi baru boleh direka untuk menghalang kuman itu membiak dalam perut manusia.

Bakteria ini biasanya tidak mendatangkan masalah pada peringkat kanak-kanak. Jika menjangkiti kanak-kanak, dia mungkin mengalami gejala gastritis, termasuk loya, muntah dan sakit di perut. Bagaimanapun, ia mungkin tidak disedari pesakit kerana tiada gejala jelas, malah gejala sama turut dialami ketika berdepan banyak penyakit lain.  Jika tidak dirawat, ia boleh membawa kepada masalah penghadaman, termasuk gastritis iaitu  radang pada lapisan perut dan penyakit ulser peptik. Hematemesis menyebabkan muntah berdarah atau muntah yang kelihatan seperti serbuk kopi dan melena iaitu najis hitam, berdarah atau kelihatan seperti tar. 

Pesakit lebih menderita kesakitan ketika perut kosong. Ia perlu diatasi segera dengan mengambil makanan atau ubat anti asid. Dalam kes teruk, kuman ini mungkin boleh menyebabkan kanser perut. Bakteria itu boleh didapati di seluruh dunia, terutama di negara membangun berbanding di negara maju. Sesiapa saja boleh dijangkiti bakteria H pylori tanpa menunjukkan gejala. Setakat ini, tiada vaksin untuk kuman ini. 

Gejala dijangkiti: 
  1. Kadangkala tiada gejala langsung 
  2. Simptom yang biasa didapati ialah sakit di perut, rasa kembung walaupun tidak makan banyak 
  3. Apabila penyakit ini mempunyai komplikasi, ia menyebabkan pendarahan daripada luka dinding perut atau menembusi dinding perut 
  4. Ia menyebabkan kanser perut atau kanser esofagus 
Kuman ini didapati di air liur, gigi dan najis. Kemungkinan kuman ini merebak melalui makanan atau air yang tercemar. Rawatan bagi penyakit ini biasanya mengambil ubat atau antibiotik. Selepas rawatan antibiotik, pesakit perlukah menjalani semula ujian endoskopi. ini kerana, Ada kuman yang kebal atau tidak dapat dibunuh dengan antibiotik yang biasa diberi. Untuk memastikan kuman mati, amat penting mengulangi ujian endoskopi. Jika kuman tidak mati, antibiotik perlu diganti dengan yang lain. Jika kuman tidak mati selepas rawatan pertama,  doktor akan menukar antibiotik kerana kemungkinan kuman terbabit tahan dengan ubat terdahulu. Endoskopi biopsi untuk menumbuhkan kuman boleh dibuat untuk ujian antibiotik sensitiviti. 

Noktah..;p

"Andropaus (LOH)"

Assalamualaikum..=))


Jika wanita mengalami menopaus atau putus haid, Lelaki juga mengalami fenomena yang lebih kurang sama yang dikenali sebagai Andropaus, viropaus atau lewat mula hipogonadisme (LOH). Keadaan ini disebabkan oleh penurunan tahap testosteron rendah (TDS) yang dikaitkan dengan usia lanjut. Penyelidikan Kesihatan Lelaki Subang 2007 mendapati kadar kewujudan LOH sebanyak 18.5 peratus di kalangan lelaki berumur 40 tahun ke atas di negara ini.

Kebiasaanya, penurunan tahap hormon testosteron dialami lelaki berusia 40 tahun ke atas. Testosteron ialah hormon seks lelaki paling penting yang bertanggungjawab terhadap perkembangan seorang budak lelaki untuk menjadi dewasa dan hormon itu diperlukan sepanjang hayatnya demi kesihatan dan kualiti hidup lelaki. Keadaan ini semakin kerap  berlaku di kalangan lelaki berusia lanjut di Asia.

Gejala LOH tidak mudah dikenal pasti kerana gejala dialami tidak jelas dan mudah disalahertikan sebagai masalah lain. Ia juga boleh menyebabkan penurunan ketara dalam kualiti hidup dan memberi kesan buruk kepada individu yang mengalaminya. Tiga gejala utama yang biasa dialami lelaki berusia lanjut ialah kelesuan, kurang nafsu dan perubahan mood. Antara lain, ia menyebabkan mati pucuk, kekuatan dan jisim otot berkurangan, peningkatan lemak badan, pengurangan ketumpatan tulang dan kemurungan.

Wanita mengeluarkan hormon estrogen dan progesteron yang membentuk payudara dan kitaran haid manakala lelaki cuma memiliki satu hormon iaitu testosteron yang bertanggungjawab membangunkan otot kasar dan misai/bulu.

Testosteron Hormon seks utama lelaki yang dihasilkan oleh testis. Ia berfungsi sebagai:
  1. membangunkan tisu reproduktif lelaki seperti testis dan prostat
  2. membentuk ciri seksual sekunder termasuk otot kasar, tulang dan pertumbuhan misai/bulu
  3. mengekalkan kesihatan tubuh dan mencegah osteoporosis
  4. meningkatkan nafsu seks
  5. menyebabkan perubahan suara (lebih kasar)
  6. membantu meningkatkan daya tumpuan dan ingatan
Secara purata, tubuh lelaki dewasa menghasilkan 10 kali ganda lebih testosteron berbanding tubuh wanita dewasa tetapi wanita lebih sensitif terhadap hormon. Tahap testosteron yang rendah menyumbang kepada:
  1. sindrom metabolik
  2. hiperinsulinaemia (tahap berlebihan insulin yang beredar di dalam darah)
  3. diabetes
  4. penyakit arteri koronari
  5. darah tinggi
  6. obesiti
  7. trombosis (pembekuan darah dalam salur darah)
  8. retensi protein
  9. penurunan ketumpatan tulang (osteoporosis)
  10. penurunan jisim otot
  11. perkembangan tisu buah dada
  12. peningkatan lemak badan
  13. letih keterlaluan
  14. anemia
  15. lemah badan
  16. penurunan pertumbuhan bulu badan
  17. murung
  18. kurang keinginan seks
  19. kurang daya tumpuan
  20. mengalami masalah lupa
  21. ereksi pada waktu pagi semakin berkurangan
  22. kurang ghairah seks
Terapi penggantian testosteron (TRT) antara pilihan paling baik bagi menangani gejala LOH. Banyak data klinikal menunjukkan TRT berkesan dan selamat. TRT membantu mengembalikan fungsi seks, nafsu dan kesejahteraan. Penggunaan TRT juga mengoptimumkan ketumpatan tulang untuk menghalang osteoporosis dan meminimumkan risiko patah tulang serta meningkatkan komposisi badan dengan mengurangkan peningkatan obesiti dan meningkatkan fungsi otot. TRT sepatutnya menjadi sebahagian daripada pendekatan menyeluruh dalam pengurusan LOH. Aspek pengurusan lain termasuk mengubah gaya hidup, mengamalkan pemakanan seimbang, kerap bersenam, berhenti merokok dan mengelakkan pengambilan alkohol. 

Ujian makmal bagi mengukur tahap testosteron akan dilakukan bagi mengenal pasti masalah itu. Terapi testosteron dimulakan pada 1940 dengan penggunaan picagari. Teknologi bagi penggantian terapi hormon semakin berkembang dari semasa ke semasa hingga mendorong penciptaan pil, koyok dan kemudian, gel pada 2000 dan yang terbaru gel yang dikeluarkan Orient Europharma. 

Pada umumnya, lelaki mungkin sukar menerima hakikat mereka boleh menghadapi perubahan hormon kerana ia mencabar kejantanan. Oleh itu, kesedaran dan pemahaman terhadap LOH akan membantu lelaki memahami keadaan mereka dengan lebih baik dan membolehkan mereka membuat keputusan bijak untuk memastikan kualiti lebih baik. Terapi penggantian hormon testosteron memberi penyelesaian kepada lelaki berusia lanjut untuk menghadapi LOH dengan pembekalan testosteron secara berterusan, bantuan menangani gejala fisiologi, seksual dan psikologi secara berkesan serta kaedah aplikasinya yang mudah. 

Selepas menjalani TRT, berlaku peningkatan:
  1. jisim tulang
  2. jisim tubuh dan otot
  3. penghasilan sel darah merah dalam tisu sumsum tulang
  4. aktiviti fizikal
  5. aktiviti mental
  6. mood baik
  7. keupayaan kognitif (kemahiran berasaskan otak)
  8. ghairah seks
  9. kualiti hidup
Noktah..=))

"Bulimia"


Assalamualaikum..=))


Bulimia berasal daripada perkataan Latin (Bous Limos Nervosa) iaitu lapar dan juga merupakan gangguan emosi makan iaitu perilaku terhadap cara makan. Bulimia merupakan tabiat mengambil makanan dan kemudian mengeluarkan semula apa yang dimakan seperti memuntahkan semula makanan.  

Tabiat pemakanan tidak sihat yang sering dilakukan pesakit yang terlalu obses terhadap bentuk badan seperti makan terlalu banyak pada satu-satu waktu dan diikuti dengan usaha membuangkan apa dimakan, sama ada memuntahkan semula atau menggunakan ubat bagi membuang makanan dengan kadar cepat. Tabiat gangguan ini lebih cenderung kepada kaum Hawa dan tabiat bulimia berlaku seawal usia 13 tahun, bahkan golongan ini dikenal pasti mempunyai kecenderungan tinggi mengambil dadah, alkohol dan merokok.

Hakikatnya pesakit bulimia masih boleh diselamatkan berbanding pesakit aneroxia yang sememangnya membawa maut. Pesakit bulimia tidak mengehadkan jumlah makanan diambil, bahkan mereka makan tanpa berhenti tetapi memuntahkan semula selepas beberapa ketika, berbeza dengan aneroxia yang langsung tidak makan dan memudaratkan diri hingga membawa maut. Mereka juga sering menganggap diri gemuk dan mempunyai bentuk badan kurang menarik. Penghidap bulimia turut menghadapi masalah psikologi kerana fikiran mereka hanya tertumpu kepada persoalan mengenai penampilan kurus, berat badan dan makanan.

Penghidap bulimia biasanya makan dengan banyak tetapi akan cepat pula ‘memuntahkan’ kembali apa yang mereka makan dengan kaedah menjolok anak tekak. Namun, ada juga yang sanggup menggunakan ubat laksatif atau diuretik supaya cepat membuang air besar, berpuasa panjang untuk mengurangkan berat badan dan senaman keterlaluan. Golongan ini juga sering dikaitkan dengan suka berbelanja (boros) dan paling mengejutkan, turut memiliki masalah seksual selain disebabkan faktor keturunan.

Simptom yang biasa dilihat pada penghidap bulimia ialah kegagalan mengawal nafsu pemakanan, malah makan dalam kuantiti banyak sebelum berhenti apabila perut terasa tidak selesa. Selain itu, pesakit bulimia kerap dilihat melakukan senaman dengan kadar berlebihan dalam tempoh singkat yang mampu menyebabkan degupan jantung tidak terkawal, malah ia juga dikesan penyebab penyakit gastrik refluks paling kronik.

Ramai tidak tahu, bulimia boleh menyebabkan pelbagai komplikasi dan penyakit lain. Pesakit turut berisiko mendapat trauma mulut (oral trauma). Ia berlaku apabila pesakit menjolok makanan menggunakan jari berkuku panjang dan menyebabkan kecederaan dalam tekak. Mengakibatkan kerosakan gigi dan gusi akibat kesan asid perut dalam bahan yang dimuntahkan. Dehidrasi badan dan penurunan paras kalium akibat kerap muntah boleh menyebabkan gangguan degupan jantung, selain badan menjadi tidak bermaya. Pembuangan bahan daripada usus secara kerap menyebabkan keradangan pada dinding saluran pemakanan dan sembelit.

Gejala penyakit bulimia pula meliputi:
  1. Makan terlampau mengikut nafsu dan tidak henti-henti.
  2. Tabiat makan yang tidak dapat dikawal.
  3. Usaha dilakukan bagi mengurangkan berat badan, sama ada secara memuntahkan apa yang dimakan, menggunakan ubat julap, berlapar, berpuasa atau bersenam secara keterlaluan selepas makan secara melampau.
  4. Memberi tumpuan tidak sihat kepada isu berkaitan bentuk dan berat badan.
  5. Kekeringan badan atau dehidrasi.
  6. Letih, lesu dan tidak bermaya.
  7. Sembelit.
  8. Gigi dan gusi rosak disebabkan kesan asid perut yang keluar bersama bahan muntah.
  9. Pipi bengkak akibat sering muntah.

Ciri-ciri penghidap bulimia
  1. Bermula dengan berdiet dan bersenam secara berlebihan.
  2. Makan banyak tetapi memuntahkan semula semua makanan.
  3. Mudah rasa bersalah selepas makan.
  4. Mengambil ubat laksatif atau diuretic serta pil lain.
  5. Pipi kembung akibat pembesaran kelenjar liur kerana selalu muntah dan kerosakan enamel gigi sebelah dalam.

Kesan buruk bulimia
  1. Berat badan sentiasa turun naik atau lebih sedikit daripada berat normal.
  2. Boleh menyebabkan kematian akibat penghasilan asid gastrik berlebihan.
  3. Muntah berulang kali.
  4. Ketidakseimbangan elektrolit dalam badan.
  5. Kerosakan lapisan perut.
  6. Degupan jantung tidak seragam.
  7. Kerosakan buah pinggang.
  8. Enamel gigi rosak kerana selalu muntah.
  9. Kerongkong berdarah.
  10. Kerap terbabit dengan penyalahgunaan dadah dan alkohol.
  11. Gangguan fikiran, resah dan murung.

Rawatan bulimia
  1. Pendedahan mengenai tabiat pemakanan dan makanan yang betul.
  2. Pengambilan makanan 1,500 kalori sehari.
  3. Pengambilan makanan berlemak dapat melambatkan penghasilan asid gastrik dan menimbulkan rasa lebih kenyang.
  4. Rawatan psiokologi dan kaunseling mampu menyelamatkan pesakit ini. 
Kesimpulannya, kita mempunyai pelbagai pilihan dalam hidup, maka buatlah keputusan dengan bijak..Dan Sayangilah diri anda untuk kesejahteraan hidup pada hari esk.==))

Noktah..=))

Wednesday, May 9, 2012

" Happy Mother Day..;p"

Assalamualaikum..=))


‎"No other present in the world can be more special and beautiful than the gift of a mother.

I am so so glad to have you and 
You mean so much to Me.

 I just want you to know how special and fortunate I find myself to be blessed with a mother who loving, caring and wonderful as you.

You mean everything to me.
Happy Mother's day to you dearest Mum.
May Allah swt bless you.;p"
I love u so much..=))

I want to dedicate this beautiful song to you Mum...=))


Noktah..;p