Monday, May 21, 2012

"Jagalah hubungan kita dengan Allah swt,..Allah pasti menjaga kita..;p"

Assalamualaikum..=))


Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman",.. sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?..Dan demi sesungguhnya!.. Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta. [Al-Ankabut: 2-3] 

Kadangkala kita terlupa apakah hakikat cinta yang sebenar. Jika dijadikan subjek cinta sebagai perbualan pasti ramai yang lebih gemar untuk berkongsi berkenaan cinta antara manusia, yakni cinta antara sepasang kekasih. Tetapi berapa ramaikah diantara kita yang berkongsi suka dan duka tentang cinta antara dia dan penciptaNya? Dan pasti, ramai yang tidak gemar berkongsi cerita tentang cinta agung yang tiada tandingan ini kerana mereka tidak merasai kemanisan mencintai penciptaNya kerana kelemahan iman kita sendiri.

Mengapa apabila semakin dekat kita dengan Allah Swt, semakin tinggi ujian yang Allah timpakan?..Mereka yang dekat dengan Allah, menerima ujian yang sangat hebat kerana dengan cara inilah Allah mencintai kekasihNya. Lihat sahaja bagaimana Allah Azzawajjala menguji kekasihnya Rasullah S.A.W dengan pelbagai ujian. Allah tidak memberikan jalan mudah kepada Rasullah S.A.W untuk berjaya dalam usaha dakwah baginda di Mekah dan Madinah meskipun baginda adalah kekasihNya. Begitu juga dengan ujian sakit yang berpanjangan yang diterima oleh Nabi Allah Yaakub dan ujian yang Allah turunkan kepada Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Ismail apabila turunnya perintah supaya Nabi Ibrahim menyembelih anaknya Nabi Ismail.

Hebatnya cinta Allah apabila Dia menggunakan ujian dan dugaan yang diturunkan kepada hambaNya untuk melihat tingkat ketaqwaan dan kekuatan iman hambaNya... Percayalah, apabila diturunkan ujian kepada kita walau seberat mana sekalipun Allah ada bersama kita. Allah tidak memerlukan kita, tetapi kita memerlukan Allah dan Allah sangat mencintai dan menyukai apabila hambaNya sujud, menangis, merintih dan meminta pertolongan dariNya.  Kerana dengan cara ini Allah mencintaimu...=))


Alhamdulillah,. akhirnya kita berkesempatan bertemu kembali dengan bulan Rejap esok pada 22 mei 2012. Bulan Rejab disebut  Allah swt di dalam kitabnya merupakan bulan Haram  yang dimuliakan (Rejab, Zul Qaedah, Zul Hijjah dan Muharram). InsyaAllah, segala kebaikan w/pon sebesar zarah pun akan digandakan oleh Allah swt kerana bulan Rejap adalah bulan bagi umatnya merebut segala keberkatan dan beribadat kepadanya.. Rasullah ada menyebut,.bulan Rejab bulan Allah, Sya'ban bulanku dan Ramadhan bulan umatku.   Jadi jom kita niat puasa sunat esok dan moga-moga semua kesalahan yang penah kita lakukan diampunkan oleh Allah.. InsyaALLAH.. Amin..==)) 

Noktah..=))

1 comment:

Anonymous said...

Kadangkala kita terlupa apakah hakikat cinta yang sebenar. Jika dijadikan subjek cinta sebagai perbualan pasti ramai yang lebih gemar untuk berkongsi berkenaan cinta antara manusia, yakni cinta antara sepasang kekasih. Tetapi berapa ramaikah diantara kita yang berkongsi suka dan duka tentang cinta antara dia dan penciptaNya? Dan pasti, ramai yang tidak gemar berkongsi cerita tentang cinta agung yang tiada tandingan ini kerana mereka tidak merasai kemanisan mencintai penciptaNya kerana kelemahan iman kita sendiri.


--

saya suka yang ni! hehe