Assalamualaikum..=))
Give your stress wing and let it fly away..=)) |
Dalam surah Al-Insyirah ayat 6 yang bermaksud sesungguhnya sesudah kesulitan itu akan ada kemudahan dan maksud ayat 2-3 surah At-Talaq pula menyebut barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah swt nescaya Allah swt akan mengadakan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka dan barangsiapa yang bertawakal kepada ALLAH nescaya ALLAH akan mencukupkan keperluannya.. Itulah janji Allah kepada hamba-hambanya yang bersabar dalam setiap ujian nya.. kerna ALLAH tidak akan membebankan seseorang melebihi kadar kemampuannya..=))
Jadi bergembiralah apabila setiap kali diuji dan diduga kerna segala masalah dan dugaan yang datang menjadikan kita semakin matang dan tabah dalam kehidupan..Inilah prinsip yang selalu us pegang setiap kali diuji...and yang pentingnya ialah sentiasa berfikiran positif dan lupakan masa lalu.. sebabnya sesuatu masalah tidak akan selesai jikalau dilihat dari sudut negatif jer ok.. tidak kiralah sebesar mana pon masalah dan stress yang anda alami, yang pentingnya jangan putus asa...Dan sentiasalah beringat bahawa setiap masalah dan dugaan yang datang pasti akan ada kesenangannya dan ALLAH swt tidak akan membebankan kita melebihi kadar kemampuan kita ok..=)).
Jadi andai kamu berasa dunia ini terlalu sempit utk kamu,.maka tadahlah tangan ke langit kerana di sana luas rahmat Allah swt yang maha indah..=)).. InsyaAllah, hanya doa saja yang mampu menjadi penghubung antara kita dan Allah swt dalam segala hal..=)).. Ini kerana, segala takdir dan bahagian manusia masing-masing telah ditetapkan dalam luh-mahfuzNya.. Jadi janganlah kita bersedih dan merintih tentang nasib yang Allah berikan kerana perbuatan ini hanya akan mengheret kita ke lembah kekufuran (peringatan utk diri sendiri juga)..=)). Ini kerana, mengimani dan menerima Qada dan Qadar merupakan salah satu cara kita beriman kepada Allah yang telah termaktub dalam rukun iman bagi orang islam.. Apapon moga-moga kita menjadi hamba kepada pahala,..dan bukan menjadi raja kepada dosa, supaya kita mampu untuk mengejar nikmat Syurga dan tidak pula dikejar oleh azab Neraka...Insyallah...:P
Apapun moga-moga yang baik dapat dijadikan pengajaran... Dan andai ada ilmu di dalamnya, ambillah ia untuk dijadikan pedoman hidup.. Jikalau sebaliknya pula, maka buangkanlah ia sejauh-jauhnya... Kerna ketahuilah, itu merupakan kelemahan us sendiri. Moga-moga kita menjadi manusia terbaik yang mampu bangkit dari kejatuhannya.. Ameen..;p
Apapun moga-moga yang baik dapat dijadikan pengajaran... Dan andai ada ilmu di dalamnya, ambillah ia untuk dijadikan pedoman hidup.. Jikalau sebaliknya pula, maka buangkanlah ia sejauh-jauhnya... Kerna ketahuilah, itu merupakan kelemahan us sendiri. Moga-moga kita menjadi manusia terbaik yang mampu bangkit dari kejatuhannya.. Ameen..;p
Jom layan lagu 99 names of Allah..=))
Noktah..=))
No comments:
Post a Comment