Assalamualaikum semua..=))
Selamat malam dan selamat berhujung minggu kepada semua kawan-kawan, moga-moga sentiasa dipanjangkan umur, dilapangkan hati, rezeki dan diberi kesihatan oleh ALLAH swt.
Alhamdulillah, hari ini genap 12 rabiuakhir 1434 yakni hampir sebulan lagi sebelum us dan keluarga berangkat ke tanah suci. Terasa sangat bersyukur sangat apabila terpilih menjadi tetamu Allah SWT ke baitullah (InsyaALLAH) dan Madinah. Tidak ketinggalan untuk menziarahi penghulu segala manusia yakni Rasulullah saw dan sahabat baginda iaitu Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar di Madinah. Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud, sesiapa yang menziarahi ku sesudah kewafatanku adalah sama seperti dia menziarahi aku ketika aku hidup.
Terasa rasa rindu, sayu dan berdebar-debar untuk menziarah makam Rasulullah dan masjid Nabawi dan Baitullah. Ku tahu diri berdosa dan khilaf terhadap-Mu ya ALLAH, Ampunkan lah ku ya Allah, Ya Allah, Kau letakkanlah Rasulullah di tempat yang tertinggi seperti mana yang telah Engkau janjikan. Ya Allah, berilah peluang kepada ku untuk mendapat syafaat daripada nabi ku, Nabi Muhammad S.A.W di Padang Masyar kelak. Ya Allah, berilah peluang kepada ku untuk minum air dari telaga Al Kauthar, mudah mudahan dengan minuman itu aku tidak akan haus buat selama lamanya.
Moga-moga semua jemaah mendapat umrah yang mabrur. Disebabkan kekangan masa dengan pelbagai kerja, thesis, proseding dan majlis perkahwinan adik us yang bakal berlangsung kurang sebulan lg, terpaksalah us mencuri masa untuk belajar, bertanya dan pelbagai persediaan yang lain secara maya. Jadi meh sama-sama kita belajar cara-cara mengerjakan umrah dan menghindarkan diri daripada perkara-perkara terlarang... amin.
PENGERTIAN
menurut bahasa : ziarah
atau berkunjung. Menurut istilah syarak
: mengunjungi baitullah (Kaabah) untuk mengerjakan ibadah umrah dengan
niat dan syarat-syarat yang tertentu.
Rukun Umrah ada lima iaitu
:-
1) Niat
2) Tawaf di Baitullah
3) Sae’i di antara Bukit Safa dan Marwah.
4) Bercukur atau
bergunting
5) Tertib
IHRAM
Ihram bererti memakai
pakaian ihram di miqat tertentu serta niat.
NIAT IHRAM HAJI
نَوَيْتُ الْحَجَّ
وَأَحْرَمْتُ بِهِ لِلَّّهِ تَعَالَى
Maksudnya : Sahaja aku mengerjakan haji dan berihram dengannya kerana
Allah Taala.
NIAT IHRAM UMRAH
نَوَيْتُ الْعُمْرَةَ
وَأَحْرَمْتُ بِهَا لِلَّّهِ تَعَالَى
Maksudnya : Sahaja aku mengerjakan umrah dan berihram dengannya
kerana Allah Taala.
Perkara-Perkara Yang Haram Semasa Ihram
- Menutup kepala bagi lelaki lelaki dan menutup muka serta memakai sarung tangan bagi wanita
- Memakai pakaian berjahit bagi lelaki.
- Memakai bau-bauan pada badan, pakaian, dan makanan.
- Memakai minyak pada rambut dan janggut.
- Mencabut bulu atau rambut dari badan
- Memotong kuku.
- Membunuh binatang buruan.
- Bercumbu-cumbuan yang menaikkan nafsu syahwat.
- ijmak (bersetubuh)
- Melakukan akad nikah, mewalikan pernikahan, atau menikahkan. (Nikah yang dilakukan dalam masa ihram adalah tidak sah.
Selepas
berniat ihram jemaah disunatkan banyak bertalbiyyah. Lafaz talbiyyah adalah
seperti berikut :
Maksudnya
: “HambaMu datang menyahut panggilanMu, Ya Allah, HambaMu datang menyahut panggilanMu.
HambaMu datang menyahut panggilanMu, Tidak ada sekutu bagiMu, HambaMu dating menyahut
panggilanMu. Sesungguhnya segala pujian, nikmat dan pemerintahan adalah
kepunyaanMu. Tidak ada sekutu bagiMu.”
TAWAF.
Tawaf bermaksud
mengelilingi kaabah sebanyak 7 kali dengan syarat-syaratnya.
Jenis-Jenis Tawaf
- Tawaf Ifadhoh.(rukun)
- Tawaf Qudum : Tawaf selamat datang dilakukan ketika mula-mula sampai ke Mekah.
- Tawaf Wida’ : Tawaf selamat tinggal dilakukan ketika hendak meninggalkan Mekah.
- Tawaf Sunat
- Tawaf Nazar : Tawaf yang dilakukan kerana menunaikan nazar yang telah dibuat.
SYARAT-SYARAT TAWAF
- Suci daripada hadas besar pada badan, pakaian, tempat tawaf.
- Menutup aurat.
- Bermula pada sudut Al-Hajar Aswad dan berniat tawaf ketika itu.
- Menjadikan Baitullah di sebelah kiri dan berjalan ke hadapan
- Bertujuan Tawaf bukan bertujuan lain.
- Cukup 7 kali dengan yakin
- Dilakukan dalam Masjidil Haram dan di luar dari Hijir Ismail Syazarwan.
Sunat-Sunat Tawaf
- Berjalan kaki
- Berittiba’ (berturutan) bagi tawaf yang diiringi dengan sae’i (lelaki)
- Mengucup Al-Hajar Aswad / Istilam Rukun Yamani dan tidak mengucupnya.
- Membaca zikir dan doa.
- Berturutan 7 kali pusingan.
- Tawaf dengan khusyuk dan tawadhuk.
- Sembahyang sunat Tawaf.
SAE'I
Pengertian Saie :. Sae’i bererti berjalan berulang-alik di antara Bukit Safa dan Marwah sebanyak 7 kali.
Lafaz
niat saie umrah sebelum memulakan saie ketika berada di atas Bukit Safa : Maksudnya
: “Sahaja aku saie umrah tujuh
keliling kerana Allah Taala.
Syarat-Syarat Sae'i
- Dilakukan selepas Tawaf
- Bermula dari Bukit Safa dan berakhir di Bukit Marwah.
- Sampai ke hujung setiap tempat Sae’i.
- Berniat Sae’i semata-mata kerana Allah Taala.
- Cukup bilangan 7 kali. Bilangan dikira sekali dari Bukit Safa ke Bukit Marwah.
Sunat-Sunat
Sae'i
- Berlari-lari anak bagi lelaki apabila sampai di tempat bertanda hijau.
- Menghadap Qiblat dan melambai-lambai kedua-dua tangan serta bertakbir di Safa dan Marwah.
- Keluar ke tempat Sae’i melalui Bab Al-Safa.
- Berdoa.
- Berwudhuk.
- Berjalan kaki.
- Berturut-turut.
Selepas selesai melakukan saie, maka sampailah
masanya bagi jemaah untuk bergunting atau bercukur bagi melepaskan dirinya
daripada pantang larang ihram (tahallul). Afdal bercukur atau bergunting
di Marwah. Afdal bercukur kesemua sekali bagi lelaki dan bagi wanita bergunting
sahaja. Bagi yang botak licin: sunat baginya melalukan mata pisau di atas
kepalanya. Sunat bergunting (jika memilih untuk bergunting)
sekurang-kurangnya 3 helai rambut sepanjang kadar ruas jari kuku pada hujung mana-mana
rambut yang digunting. Jika kurang daripada saiz itu masih dibolehkan.
Boleh mengunting rambut orang lain walaupun diri sendiri belum lagi bergunting.
Namun yang afdalnya, gunting rambut sendiri terlebih dahulu, kemudian barulah
mengunting rambut orang lain. Dengan melakukan guntingan/cukuran ini,
maka terlepaslah jemaah daripada segala pantang larang dalam ihram umrah dan
tertib.
Akhir
sekali sebelum keluar meninggalkan kota suci Mekah, jemaah wajib melakukan
tawaf wadak dengan mengikuti syarat-syarat dan sunat-sunat tawaf yang telah
disebutkan sebelum ini. Niatnya : “Sahaja aku tawaf
wadak tujuh keliling kerana Allah Taala”
Tawaf wadak ini dilakukan selepas segala
persiapan untuk pulang ke tanah air sudah dilakukan seperti beg sudah
dikemaskan, urusan membeli-belah sudah selesai dan pelbagai lagi urusan. Wanita dalam haid
dikecualikan daripada melakukan tawaf wadak ini. Cara yang sunat baginya untuk meninggalkan
kota Mekah ialah pergi ke hadapan pintu Masjidil Haram, memandang Kaabah dan
melambai-lambai tangan dengan perasaan yang sayu.
Melakukan Tawaf Wadak ini
terdapat sedikit perbezaan dengan Tawaf Umrah, iaitu :
i. Memakai
pakaian biasa dengan menutup aurat. Bukan memakai kain ihram.
ii. Tidak
melakukan ittiba’ (membuka bahu sebelah kanan) bagi lelaki sebab jemaah memakai
pakaian biasa.
iii. Tiada perbuatan berlari-lari anak
bagi lelaki pada pusingan pertama (1), kedua (2) dan ketiga (3).
Noktah..=))
No comments:
Post a Comment