Sunday, June 16, 2013

"Penyakit Aras 2,400 Meter"

Assalamualaikum semua..:)

puncak gunung kinabalu..:)

Selamat pagi dan selamat berhujung minggu semua, semoga kita semua senantiasa dilindungi dan diberkahi oleh ALLAH swt... amin. Pagi ni us nak kongsikan info tentang penyakit aras 2,400 meter kepada kawan-kawan semua. Penyakit ini adalah sinonim dengan kaki-kaki gunung di luar sana dan kawan-kawan yang memang gemarkan aktiviti lasak yang berketinggian tinggi melebihi 2400 meter. Pembacaan dan maklumat berkaitan penyakit ini membantu kita lebih berjaga2 dan sekurang-kurangnya kita tidak terlalu panik bila berhadapan situasi ini. 
Alhamdulillah, dalam persediaan us nak menawan gunung Rinjani, Lombok nanti, sekurang-kurangnya maklumat sebegini sedikit sebanyak dapat membantu us apabila berhadapan dengan situasi AMS.. heheh.. Al-maklumlah, da hampir 3 tahun us merehatkan diri daripada sebarang aktiviti lasak. terketar-ketar kaki nak memanjat gunung ni.. hehehhe.. Apapun, sebelum menawan Rinjani, persediaan fizikal dan mental adalah sangat-sangat penting. Jadi jangan abaikan diet dan stamina jika anda gemarkan aktiviti sebegini. 
Selalunya penyakit aras 2,400 meter atau penyakit akut ketinggian (AMS) berlaku dalam keadaan udara dingin, tekanan udara yang rendah atau bersalji. Penyakit itu sering menyerang para pendaki dengan menampilkan simptom-simptom seperti sakit kepala, loya dan tidak bermaya. Penyakit ini mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pendaki kerana ia boleh menyebabkan kematian.
Baru-baru ini, seorang penolong jurutera di Perbadanan Putrajaya, Mohammad Shahrulnizam Ahmad Nazari, 25, yang merupakan salah seorang daripada 14 pendaki Ekspedisi Mendaki Gunung Kala Patthar dan Kem Pusat Everest, Perbadanan Putrajaya menjadi korban akibat penyakit AMS di Banjaran Himalaya di Nepal. Pada awalnya, dia dilaporkan sihat dengan tidak mendapat sebarang simptom AMS pada ketinggian 2,000m. Bagaimanapun, dia mula mengalami tanda-tanda tidak sihat ketika melangkah ke aras 2,600m. Situasi menjadi semakin buruk apabila dia menunjukkan perubahan drastik termasuk sesak nafas yang teruk ketika tiba di Labouche yang terletak setinggi 4,930m .Kem Pusat Everest terletak pada ketinggian 5,364m yang menjadi tumpuan pendaki ke puncak Gunung Everest yang setinggi 8,848m. 
Penyakit akut ketinggian (AMS) ini berlaku akibat tekanan oksigen yang terlalu rendah semakin berkurangan pada ketinggian yang melebihi 2,400m. Pada kebiasaannya, ia menyerang para pendaki yang berasal dari kawasan aras laut. Mereka yang mempunyai masalah jantung dan paru-paru perlu lebih berhati-hati (dengan penyakit itu).
Penyakit AMS sebenarnya dianggap serangan biasa yang dihadapi kebanyakan pendaki, namun ia tetap berbahaya dan boleh bertukar menjadi lebih buruk. Cara anda mendaki juga penting kerana semakin pantas anda mendaki, semakin tinggi risikonya. Bagi mengelakkan meningkatnya risiko terkena AMS, pendaki disarankan melangkah dengan perlahan dan relaks. Berikan ruang untuk berehat sehari dalam sela pendakian 600m apabila berada pada aras 2,400m dan ke atas.
Jika kumpulan anda tidak boleh bergerak terlalu perlahan, pastikan cecair dalam badan mencukupi, elakkan minuman alkohol dan beri perhatian tentang pengambilan diet yang betul untuk memberi tenaga. Kandungan oksigen dirasakan mula berkurangan dan cuaca silih berganti. Pada peringkat itu, bibir mula membeku dan retak manakala muka mula sembap dan terbakar. Selera makan makin berkurangan dan kepala mula pening. Lebih teruk lagi, hidung mula berdarah.
Selain rasa loya, sakit kepala dan tidak bermaya, simptom-simptom lain AMS ialah muntah, sesak nafas, hilang selera makan dan sukar tidur. Cara terbaik untuk meredakannya adalah dengan turun semula ke paras yang lebih rendah sehingga badan kembali normal. Kemudian barulah boleh kembali meneruskan pendakian ke puncak seperti telah dirancang.
Dalam pada itu, seorang pakar perubatan dari Universiti Tubingen, Jerman, Dr. Gabriel Willmann dalam kajiannya memberitahu, para pendaki tidak boleh lari daripada mendapat serangan AMS jika mendaki ke tempat yang tinggi. Dalam beberapa kes, edema serebral atau edema pulmonari juga berlaku. Kebocoran kapilari dikaitkan menjadi penyebab kepada AMS. Jika itu berlaku, ia boleh membawa maut,

Noktah..=))

2 comments:

che mid said...

Fuhh.. ingatkan gambar di puncak everest tadi.. tapi tak percaya le sebab muka lawa-lawa belaka. Che Mid tak tahan sejuk, baru kena sejuk ekon lebih sikit je dah gigil nak demam.. jangan mimpi le nak naik eberes..

wawa said...

hehhe.. baru puncak kinabalu je kak,. everest x berkesampaian lagi..:)