Wednesday, June 20, 2012

"Endometriosis"



 Assalamualaikum..=))
ovarian cysts 
Perkataan endometrium ataupun rahim berasal daripada perkataan endo, "dalam", dan metra, "rahim". Penyakit endometriosis ini adalah satu keadaan di mana selaput didalam rahim ataupun digelar endometrium telah tumbuh di luar rahim. Kebiasaannya, campuran darah dan selaput daripada lapisan endometrium ini akan luruh bersama-sama semasa kitar haid. Penyakit ini boleh menyebabkan kesakitan dan senggugut, kemandulan dan keguguran yang mungkin berulang-kali.

Penerangan mengenai punca pertumbuhan tisu ini tidak diketahui dengan tepat. Terdapat beberapa kemungkinan berlakunya penyakit ini. Di antaranya ialah berkemungkinan daripada darah kotor melimpah atau tumpah ke belakang rahim melalui saluran fallopian. keadaan ini disebabkan oleh kedudukan rahim tersebut yang jatuh ke belakang ke arah tulang tongking (retroverted uterus). Keadaan rahim begini sering dikaitkan dengan penyakit endometriosis sedangkan rahim yang menghadap ke hadapan (anteverted) jarang penyakit endometriosis.

Semasa kitar haid, sisa-sisa tisu endometrium yang tertanggal didalam rahim ini melekat pada tempat-tempat tertentu di luar rahim. Jika keadaan begini berlaku pada bahagian ovari, penyakit ini dikenali sebagai penyakit ovarian cysts yang mengandungi darah kotor, lemak dan tisu-tisu darah yang membentuk gumpulan bulat.
  
Tanda-Tandanya

1. Tanda yang paling utama sekali di kalangan wanita ialah senggugut ataupun kesakitan pada bawah perut dan pinggang. Senggugut ini mungkin dialami dari sejak remaja lagi dan ia berterusan dan mungkin tidak reda walaupun selepas kahwin. Ada setengahnya sembuh sekejap selepas berkahwin dan melahirkan anak tetapi senggugut ini akan timbul balik akibat daripada penyakit endometriosis. Kesakitan yang dialami biasanya berlaku sebelum datangnya haid yang biasanya berbentuk kesakitan yang amat kuat pada bahagian ari-ari dan sering juga ke bahagian pinggang. 

b. Biasanya sakit akan hanya reda selepas dua atau tiga hari sahaja, tetapi jika keadaan di mana endometriosis ini telah merebak, kesakitan ini mungkin akan berterusan waktu haid dan walaupun haid sudah berhenti kadang-kala kesakitan masih ada lagi. Ini menunjukkan bahawa penyakit ini berada di peringkat teruk dan mungkin telah melibatkan dinding rahim.

c. Gangguan lain ialah ketidaksuburan dan kemandulan. Ini adalah masalah besar di kalangan pengidap-pengidap penyakit endometriosis. Mereka tidak sedar yang penyakit ini mungkin telah timbul dan menyukarkan untuk mengandung, samaada buat kali pertama ataupun selepas melahirkan anak. 

Bagaimana pengidap endometriosis ini boleh jadi mandul? 

1.  Penyakit ini boleh merosakkan ovary atau tempat penghasilan ovum

2.  Penyakit ini mampu menyebabkan kerosakan pada saluran fallopian

3. Endometriosis mungkin juga mengeluarkan beberapa jenis racun yang mungkin mematikan benih dan telur atau embryo. Seterusnya endometriosis mungkin menimbulkan gangguan- gangguan hormon yang biasanya mengawal kesuburan wanita. Tetapi dikalangan pengidap endometriosis ada juga yang boleh hamil walaupun tanpa diberi rawatan. 

4. Endometriosis juga boleh menyebabkan kehamilan gugur di peringkat awal.  berkemungkinan endometriosis menyebabkan gangguan dalam hormon wanita yang boleh menganggu pertumbuhan janin. Kadang-kala wanita yang mengidap penyakit endometriosis boleh gugur berulang-kali. Lain-lain tanda atau gangguan akibat dari penyakit endometriosis termasuklah berbagai jenis kesakitan di bahagian perut, dibawah perut atau di bahagian pinggang serta juga berbagai masalah perdarahan samada waktu haid atau di luar waktu haid seperti haid yang banyak atau yang berpanjangan. Kadang-kadang berlaku perdarahan di luar waktu haid. 

Cara Pengesahan Endometriosis 
Ia dapat disahkan melalui beberapa pemeriksaan serta ujian. Apa yang biasa dilakukan yang mempunyai tanda-tanda ialah pemeriksaan kemaluan dan dari situ doktor dapat mengesan kedudukan rahim mungkin jatuh ke belakang (retroverted) dan bila disentuh bahagian belakang rahim ia akan merasa kesakitan. Ujian ultrasound melalui faraj (vaginal sonography) adalah sangat penting kerana ia boleh mengesan tumbuhan cyst pada bahagian kilang telur.

Rawatan
Oleh kerana kebanyakan daripada mereka yang bertemu doktor mengalami ketidaksuburan ataupun berulangkali gugur yang mungkin disertai oleh senggugut, mereka memerlukan rawatan yang sewajarnya. Tujuan utama rawatan ini adalah membantu wanita tersebut hamil. Ini kerana pengawalan penyakit ini semasa hamil mampu mengurangkan atau menghapuskan sama sekali penyakit endometriosis ini. 

Pembedahan 
1. Jika terdapat chocolate cyst ataupun keadaan rahim yang terbalik (retroverted) pembedahan akan dilakukan. Biasanya pembedahan secara laparoscopy disertai dengan pembedahan kecil pada bahagian bawah perut dengan hirisan lebih kurang dua atau tiga inci untuk membuang tumbuhan cyst serta untuk membersihkan dan membuat cautery atau tembakan pancaran laser pada bahagian-bahagian yang terkena tumbuhan endometriosis. 

2. Pembedahan ini juga membolehkan doktor membetulkan rahim dengan menjahit rahim ke otot perut di bahagian hadapan (ventro-suspension of the uterus). Setelah ini dilakukan, bahagian peranakan serta bahagian sekitarannya akan dibasuh dengan cecair untuk menghilangkan segala kotoran dan keracunan yang dikeluarkan oleh endometriosis. Jika berlaku halangan atau saluran fallopian yg tersumbat ketika pembedahan, keadaan ini juga boleh diperbetulkan sekali. 

3. Selain daripada secara pembedahan, rawatan dengan ubat-ubat sering juga dilakukan. Di pasaran terdapat banyak ubat-ubat hormon yang digunakan di antaranya hormon-hormon Progesterone yang mana diantara jenamanya ialah Primulut, Norculut atau lainnya yang digunakan selama enam hingga sembilan bulan dengan tujuan untuk menghentikan haid. terdapat juga ubat-ubat seperti Danazol yang mana tujuannya adalah sama iaitu untuk menghentikan haid dan mengurangkan tumbuhan endometriosis ini. 

Bolehkah Penyakit Berulang? 
Penyakit endometriosis adalah sejenis penyakit yang tidak diketahui apa puncanya dan ia sering berterusan tumbuh serta merosakkan peranakan dan usus. Kerosakan ini boleh menyebabkan seorang wanita terus mandul, atau mengalami kesakitan yang amat teruk. Pada kebiasaanya jika wanita itu hamil dalam masa setahun lepas pembedahan, kemungkinan ia berulang agak kecil. Tetapi jika tidak hamil lepas dua tahun, kemungkinan berulang adalah besar.

Selain dari kehamilan, kita tidak mengetahui dengan tepat kaedah mencegah penyakit endometriosis dari berulang. Tetapi amalan mengawal makanan, iaitu dengan menjauhkan makanan yang menyebabkan alahan seperti beberapa jenis makanan laut, daging lembu atau kambing. Banyakkan sayuran dan protien dari ikan dan kacang soya dan melatih diri untuk tenang daripada sebarang gangguan emosi..=))

Noktah..=))

1 comment:

Unknown said...

Salam puan der endometrosis ker..