Saturday, June 30, 2012

"Penyakit Tiroid"

 Assalamualaikum..=))


Kelenjar Tiroid merupakan organ endokrin yang terletak dibahagian hadapan leher manusia. Kelenjar ini berperanan mengeluarkan hormon tiroid. Antara hormon yang terpenting ialah Thyroxine (T4) dan Triiodothyronine (T3).  Hormone ini berperanan mengawal metabolisma (pengeluaran tenaga) manusia. Penyakit tiroid mempengaruhi hampir kesemua bahagian badan dan juga merbahaya kepada kesihatan. Penyakit tiroid kerap berlaku kepada golongan wanita berbanding lelaki.

1. Kelenjar Tiroid
Kelenjar tiroid mengeluarkan dua hormon utama iaitu tiroksin (T4) dan triiodotiroksin (T3). Hormon-hormon ini mengawal kadar perjalanan fungsi badan yang dipanggil metabolisma. jika ada peningkatan terhadap hormon-hormon ini, ini bermakna metabolisma badan meningkat dan begitulah sebaliknya jika hormon terbabit berkurangan. Jika metabolisma badan seseorang  tinggi, anda mungkin berasa panas dan begitulah sebaliknya. Jadi kelenjar tiroid membantu fungsi badan anda berjalan pada kadar yang selamat dan berkesan. Kawalan terhadap kelenjar ini dilakukan oleh kelenjar pituitari yang terletak pada bahagian otak, melalui hormon perangsang tiroid. Apabila kadar hormon tiroid terlalu banyak, penyakit hipertiroidisma berlaku dan sekiranya hormonnya sedikit, penyakit hipotiroidisma pula berlaku.


2. Diagnosis Penyakit Tiroid
Penyakit ini berlaku apabila kelenjar tiroid pada leher manusia menghadapi masalah dan ganguan pada penghasilan hormon tiriod.  Pesakit tiroid akan mengalami gejala bengkakan pada kelenjar tersebut pada leher. Jika dipegang, boleh dirasai bentuk kelenjar dan juga pergerakannya dengan menelan. Di samping itu suhu badan juga akan meningkat beserta penurunan berat badan mendadak.

3. Penyakit Hipotiroidisma
Penyakit ini berlaku apabila kelenjar tiroid tidak berfungsi secara optimum dan  menyebabkan hormon yang dikeluarkan tidak mencukupi. Selain itu, pengambilan ubat juga boleh menyebabkan penyakit hipotiroidisma. Biasanya penyakit hipotiroidisma ini disebabkan oleh keradangan pada kelenjar tiroid, dipanggil Tiroiditis. Penyakit ini juga dikenali sebagai penyakit Hashimoto.

Penyakit ini merangsang pertahanan badan supaya mengeluarkan antibodi terhadap kelenjar tiroid. Akibatnya, otak mengeluarkan isyarat melalui hormon perangsang tiroid supaya kelenjar tiroid berkerja dengan lebih kuat. Kelenjar ini akan dan membentuk goiter. Jika keadaan ini berlaku, Lama kelamaan, kelenjar tiroid tidak lagi dapat mengeluarkan hormon yang diperlukan oleh badan. Ujian paras darah hormon tiroid akan dilakukan bagi mengesahkan penyakit hipotiroidisma. Sekiranya paras hormon adalah normal, mungkin anda mempunyai penyakit-penyakit lain dan ujian lanjutan mungkin diperlukan. Hormon tiroid akan diberi oleh doktor supaya paras hormon tiroid badan kembali normal.  

4. Hipertiroidisma
Penyakit ini berlaku apabila kelenjar tiroid mengeluarkan hormon secara berlebihan. Ini menyebabkan metabolisma badan meningkat. Penyakit ini lazimnya berlaku pada wanita sekitar umur 20 hingga 40 tahun. Penyakit Grave adalah penyebab utama peningkatan aktiviti kelenjar ini.
pembedahan yang dilakukan bagi membuang tiroid
Selain itu, ubat yang diambil untuk penyakit hipotiroid juga bole merangsang hipertiroid, jadi pengawasan doktor amatlah penting. Penyakit hipertiroid ini boleh juga menyebabkan ‘ribut tiroid’ terutamanya apabila anda mengalami masalah kesihatan lain yang akut. Ribut tiroid ini menyebabkan anda mendapat demam, peningkatan degupan jantung, dan juga perubahan fungsi otak seperti kekusutan pemikiran, sawan, cemas keterlaluan dan mungkin juga menyebabkan koma.

Rawatan yang diberikan akan mengurangkan pengeluaran hormon tiroid. Ubat bagi mengurangkan degupan jantung juga perlu diberikan. Sekiranya rawatan yang diberikan gagal, rawatan menggunakan iodin beradioaktif diberikan bagi memusnahkan sebahagian daripada kelenjar tiroid anda. Pembedahan juga salah satu daripada kaedah rawatan yang boleh membantu.Sekiranya anda mendapati adanya bengkak kecil iaitu nodular pada kelenjar tiroid, pemeriksaan perlu dilakukan untuk mengetahui sama ada ianya kanser ataupun masalah nodular biasa.Pemeriksaan ultrasound dan juga biopsi perlu dilakukan.

Tanda-tanda orang yang menghidapi hipertiroidisme:
  •  Bengkak di leher
  •   Cirit birit
  •   Degupan jantung bertambah, sentiasa berdebar-debar
  •   Gementar dan gelisah, terketar-ketar
  •   Haid tidak teratur, kurang atau tidak datang
  •   Kesuburan turun
  •   Penumpuan kurang
  •   Mata menjadi besar (bulging)
  •   Angin yang tidak menentu
  •   Kejang otot
  •   Oesteoporosis (kereputan tulang)
  •   Pengeluaran peluh banyak, bertambah. Kulit lembap
  •   Suhu badan naik, tak tahan panas
  •   Rambut tidak kuat
  •   Sukar bernafas
  •   Sukar tidur
  •   Tekanan darah naik
  •   Turun berat badan walaupun selera naik
  •   Lemah
 Rawatan Penyakit Tiroid 

1. Memperbanyakkan makanan yang kaya dengan iodin seperti ikan air masin dan rumpai laut.

2. Mengurangkan kobis, turnip, kacang tanah dan mustard yang menghalang penggunaan iodin oleh badan.

3. Memperbanyakkan makanan yang kaya dengan vitamin B seperti ikan, bijirin dan benih untuk mengatasi masalah kehilangan berat badan.

4. Makanan kaya protein seperti ikan dan telur untuk penggantian tisu otot dalam kes kehilangan berat badan yang serius.

5. Mengurangkan rokok, alkohol dan kafein yang dapat meningkatkan kadar metabolisme.

Noktah=))

No comments: