Tuesday, February 19, 2013

"Makanan segera merosakan hati"



Assalamualaikum semua..=))



Kajian mendapati kekerapan memakan makanan segera bukan sahaja boleh menggemukkan tubuh badan tetapi ianya juga boleh menyebabkan kerosakan hati seperti menghidapi penyakit hepatitis. Penulis buku Better in 7, Dr. Drew Ordon berkata, kajian mendapati kekerapan memakan makanan segera dalam tempoh sebulan boleh memberikan kesan perubahan mendadak kepada hati.

Ini kerana, makanan segera terutamanya kentang goreng sangat berbahaya kerana mempunyai bahan tambahan dan mengandungi kuantiti garam dan gula yang banyak sebelum digoreng dalam minyak yang berlemak. Selain itu, makanan seperti ayam goreng dan 'onion rings' juga sangat tidak baik kepada hati. Ini kerana, bahan tambahan yang terdapat dalam makanan segera akan merangsang perubahan enzim hati dan mengakibat kesan pembengkakan hati seperti jangkitan hepatitis. Selain itu, sebarang produk yang ditandakan sihat atau segar di restoran makanan segera juga berkemungkinan tinggi mempunyai bahan kimia tambahan kerana tiada peraturan jelas tentang makanan berkenaan. Ini kerana, terdapat beberapa tempat yang menggunakan sejenis bahan dikenali sebagai propylene glycol yang merupakan sejenis bahan antibeku ke atas sayur-sayuran untuk mengelak daripada sebarang kerosakan.

Disamping itu, makanan segera juga boleh merangsang peningkatan jumlah bilirubun dalam darah terutamanya bagi pengidap sindrom gilbert yang mana merupakan sindrom bawaan genatik. Sindrom gilbert merupakan keadaan dimana hati tidak dapat berfungsi dengan baik bagi menyingkirkan bilirubun yang terhasil daripada darah.  Selain itu, hati juga berfungsi sebagai penapis segala bahan kimia dan toksik. Jadi pesakit disarankan mengurangkan sebarang makanan dan ubat-ubatan yang boleh membebankan fungsi hati. walaubagaimanapun, sindrom ini adalah tidak berbahaya dan bebas daripada sebarang rawatan. Namun, penjagaan dan pemilihan makanan bagi penghidap sindrom gilbert adalah sangat penting bagi membantu mengurangkan jumlah bilirubin dalam darah



No comments: