Friday, July 31, 2009

Virus Influenza A (H1N1)


Assalmualaikum..=))

Kes - Kes Baru:36
Kes - Kes Import: 0
Kes Jangkitan Tempatan: 36
Kes Kematian: 0


Jumlah Kes di Malaysia: 1,302 termasuk 4 kematian...
574 (44%) merupakan kes import dan 728 (56%) kes jangkitan tempatan. Daripada jumlah ini, 1,272 kes (98%) telah sembuh, hanya 19 kes atau 1% sahaja yang sedang menerima rawatan antiviral di hospital dan daripadanya berada di Unit Rawatan Rapi. Sebelas (11) orang atau 1% sedang menerima rawatan antiviral di rumah

Virus influenza A (H1N1) adalah virus baru dan semua orang tiada daya ketahanan kepada jangkitan ini. Vaksin bagi melindungi jangkitan juga belum ada. Jika penularan dalam komuniti tidak dikawal dengan baik, penyakit yang mudah menular ini (contangious) akan merebak dengan cepat serta melibatkan kejadian kes-kes yang tinggi atau banyak dan jika keadaan ini tidak terkawal kejadian kes berkomplikasi akan berlaku termasuk kematian.

Sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini, untuk membendung wabak pandemik di Malaysia (to slow down the spread), aktiviti kawalan dan pencegahan yang sedia-ada akan diteruskan melalui langkah-langkah pencegahan dan mitigasi. Langkah pencegahan dan mitigasi ini perlu diambil bagi memastikan kes-kes yang berisiko dikenal pasti dan diambil tindakan awal untuk mengelakkan komplikasi. Orang ramai adalah diminta untuk sama-sama mengambil bahagian dalam menangani pandemik ini.


Peranan Masyarakat Semasa Fasa Mitigasi

Masyarakat perlu mengetahui cara virus ini merebak. Influenza A (H1N1) virus berjangkit dari manusia kepada manusia melalui titisan cecair, (yang dikeluarkan semasa bercakap, batuk atau bersin). Mana-mana individu yang berhubung rapat (lebih kurang 1 meter) dengan individu yang mengalami gejala selesema (demam, bersin, batuk, hidung berair, menggigil, sakit sendi dan lain-lain adalah berisiko untuk mendapat jangkitan penyakit akibat dari titisan cecair.

Oleh itu, masyarakat perlu mengambil langkah pencegahan berikut:

Amalkan kebersihan diri dan adab batuk yang betul. Amalkan kawalan jangkitan sama ada di rumah, tempat kerja atau pengangkutan awam....Peranan penutup mulut dan hidung (mask) dalam masyarakat. Tiada bukti kukuh mengenai keberkesanan memakai mask di tempat awam. Namun, ia telah digunakan dalam ruang yang sesak/tertutup apabila berhubung dengan individu yang mengalami gejala selesema

Individu boleh memakai penutup mulut dan hidung (surgical mask) di rumah dan di kalangan masyarakat, terutamanya jika mereka berhubung rapat dengan individu yang mengalami gejala influenza, contohnya semasa menjaga ahli keluarga yang sakit.

Penggunaan mask membolehkan individu yang mengalami gejala influenza untuk menutup mulut dan hidung mereka bagi menghalang titisan cecair dari tersebar, salah satu kaedah adab batuk yang betul/baik.  Surgical mask juga disyorkan kepada golongan yang berisiko tinggi apabila berada di kawasan yang sesak
.
Pesakit dinasihatkan untuk tinggal di rumah, elakkan berhubung rapat dengan ahli keluarga yang lain serta mengambil langkah kawalan dan pencegahan dari menjangkiti mereka yang menjaga pesakit. Sekiranya gejala influenza semakin teruk, pesakit hendaklah SEGERA mendapatkan rawatan di hospital.

Sekiranya individu yang tergolong dalam kumpulan yang berisiko tinggi mengalami gejala influenza, segera dapatkan rawatan awal. Elakkan berada di kawasan sesak dan seboleh-bolehnya tangguhkan/ batalkan / kurangkan menghadiri majlis keramaian

Kesimpulannya, kesihatan adalah hadiah paling bernilai dalam kehidupan..... jadi,..jaga dan hargai la...=))
Noktah...

Wednesday, July 22, 2009

"Homesick..!!!!"

Assalamualaikum semua..=))



EMMM.. wangi nya cempedak kat bilik us ni, dah sebulam peram ,baru ari ni pula berbau and masak. Mencabar betoi la,  maklum la tgh posa plak ari ni.. haha...dugaan2... mlm nnt siap la ko cempedak...jaga2 la..Emm.. bez betoi klu kat rumah ni... da la musim buah.. bertambah homesick la us ni... hehehehhe... maklum la us ni penggemar buah, semua buah us hentam,.. kecian kan klu da org yg alergik buah and rugi la sapa2 yg x mkn buah...=))

Hari ni hari yg bole dikatakan agk bez w/pon x dak apa2 aktiviti sgt la selain kls.. tp cam happy je... senang plak senyum.. ringan plak otak ni... enta sbb cempedak ni apa... bau menusuk sampai ke perut.. sampai satu aras blok us boleh berbau ni.. heheheh. Emmm... ni may be tandanya us kena blk ke rumah... heheh.. maklum la tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula bermain..betoi x??..=))

Hari ni bermulalah klas pertama bagi subjek "inovasi dan teknologi dalam pendidikan".. emmm.. kali pertama us menjejakkan kaki ke fakulti pendidikan w/pon hampir 4 tahun us study kat ukm ni.. hehehhehe. kelakar betoi..., teruk pon da...hhuhuu... tp terpaksa lah aku cover line bt macam tempat sendiri..=))

Inilah kali pertama us rasakan makna belajar yg sebenar... huhuhu....maklumlah sebelum ni..hidup us sebahagiannya dihabiskan hanya dihadapan laptop dan berkomunikasi dgn komputer mengunakan bahasa komputer..php,..asp,..c++,.. visual basic,.. java,.. graphic,.. micromedia,.. dreamwiver.. arena.. and bla.. bla.. bla.. yang semuanya berkomunikasi dalam bahasa "coding"... cam org tak dak mulut pon da kan,... huhuhuu...maybe us patut bertukar angin and belajar cabang ilmu yg lain pula yg berkomunikasi dgn manusia sebenar plak.. hehehhe... maklum la,.. sejak dibangku sekolah lagi us da diajar belajar pelbagai subjek and ilmu..;p


us masih teringat kata2 mak us yg selalu memberi nasihat takala us mengeluh malas ke sekolah....."katanya harta (ilmu) ini la yg paling berharga dalam hidup kita...klu sebidang tanah apabila mati kelak terpaksa la dibahagi - bahagikan yang akhirnya hilang hak dan nama.. tetapi ilmu ni adalah milik mutlak kita. yang tak perlu dibahagikan...and tidak akan kurang sedikit pon...tp semakin bertambah.".;p

Sekarang us da memahami apa maksud kata2 ini... menuntut ilmu ibarat bumi yang tiada sempadan dan penghujung.... semakin dewasa... semakin terasa terlalu kerdil... terlalu byk lagi ilmu di dunia Ini yg kita belum kutip dan belajar..maybe da masa nya aku travel ke tempat lain pula utk cari makna kehidupan and pengalaman + ilmu... insyaALLAH..;p



Noktah....==))

Sunday, July 19, 2009

"Kembali Senyum."

Assalamualaikum semua..==))



Apakah makna senyuman dalam diri anda???...namun bagi ku... pastinya senyuman adalah anugerah dan hadiah yang paling bernilai dan istimewa kerna hadiah ini tidak akan rosak & expire serta tidak ada dijual dimana-mana kedai di dunia ini.....wah hebatkan.....huhuhu... w/pon hebatnya cinta laila & majnun... romeo & julie.... namun....smile,..happy...and senyum...adalah perasaan yang lahir secara semulajadi dan tidak perlu dipupuk dan dijaga seperti ikatan dan hubungan manusia malahan smile adalah tali penghubung manusia....hahahaha...seperti kata-kata pujangga... hehhehhe... iaitu hargailah benda yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit (RM) kerna itulah (senyuman) kekayaan sebenar kehidupan kita..huhuh..lagu cute ni khas untuk semua kwn2 yang suka happy2 and kembali senyum...



First of all.... us nak ucapkan tahniah kat team manchester united and skuad kebangsaan yang menang tipis 3-2 semalam.. heheheh... and bones satu lagi perlawanan pada mlm esk setelah menunjukkan persembahan hebat di Stadium Nasional, Bukit Jalil petang semalam... us tumpang gumbira jer la and bagi sokong dr luar stdium...hehehe....maklumlah stadium tak nak trima us .. hahahahah...pastinya lebih 85,000 penonton yang hadir berasa puas hati,..gumbira and kembali senyum kerna rata-rata penyokong yang hadir adalah penyokong red devil ...hahaha... and julung2 kalinya MU bertandang ke malaysia untuk dua kali perlawanan,..maklum la gaji penjawat awam baru masukkan.heheh.

May be kwn2 penah dgr lirik lagu senyumlah ini... yang selalu kita dgr kat corong2 radio masa kecil2 dulu... cam ni... hhahahah...


Senyum seindah suria...yang membawa cahaya...senyumlah dari hati...duniamu berseri...senyum umpama impian dalam kehidupan...kau tersenyum...ku tersenyum...kemesraan menguntum

senyum.... kepada semua...senyumanmu amatlah bermakna...senyum membahagiakan..dengan senyuman...terjalinlah...ikatan..."

may be kita sendiri tidak sedar sejak bila kita berhenti senyum dalam kehidapan.... maklum la us ni mmg jenis org suka senyum.... depan laptop pon bole senyum sorang2... tp korang jangan la pula salah tafsirkan yer...hehehehehe.....senyuman adalah terapi semulajadi yang dapat membantu menghilangkan masalah..,stress and yang penting awek muda...so smile yeah...... huhuhuhu.. smile merupakan nilai kehidupan yang sebenar yang payah jumpa... and susah cari...hehe... korang paham2 sendiri la ekk... namun hakikatnya ramai manusia di dunia ni tidak tahu bagaimana hendak memulakan smile pada diri sendiri..ibarat penghargaan pada diri sendiri laa ..emm renung2 kan lah... huhuhu..

Mungkin kwn-kwn semua penah dgr or x dak penah tahu-menahu langsung mengenai kisah pinky smile yang dicalonkan sebagai dokumentari terbaik 2009 di Oscar awards .Pinki adalah seorang budak yg berasal dr india selatan yg mempunyai kecacatan sejak dalam kandungan lagi... pada setiap tahun seramai 35,000 org kanak2 dilahirkan sumbing or clefts di India..... pinki antara kanak2 malang yang tidak pernah mengenal erti senyum dalam kehidupanya sehinggalah dibantu oleh doktor dan sokongan perubatan bagi membantu kanak2 sumbing yg sekaligus mengembalikan semula senyuman pada wajah kanak2 tersebut...emm bertapa gumbiranya kan sekiranya kita dapat membantu orang lain tersenyum w/pon bukan dgn bentuk RM...emm.. fikir2lah sejenak...... huhuhu...

video ini khas kepada semua kawan2 yang tidak tahu nilai sebenar senyuman dalam kehidupan..senyumlah... senyumlah..==))


P/S..Mulakan hari anda dengan senyuman..;P


Noktah...

Friday, July 17, 2009

"Beranilah Katakan Tidak"


Assalamualaikum ....==))





sekiranya anda berusaha memenuhi kenginan orang lain, 
anda sebenarnya berusaha untuk gagal

Gambar bersama dato fadhilah kamsah ini diambil semasa menghadiri program menjadi pelajar cemerlang di IPTA di komplek bestari ukm....macam program pengisian rohani la...w/pon berlangsung dalam masa yang singkat tetapi pengisian dan kualiti nya yang cukup bermakna serta membantu mengembangkan kredibiliti diri.. dato fadhilah kamsah juga adalah salah sorang idola us..;p


Seperti kata-kata dato fadhilah kamsah dalam buku nya yang bertajuk 55 petua orang berjaya..tajuk katakan Tidak juga telah dimuatkan oleh beliau.. Mungkin semua kawan-kawan pernah mengalami keadaan tidak berani katakan Tidak sebelum ini ataupon mmg selalu menghadapi situasi sebegini dalam kehidapan seharian. Tidak kiralah semasa membeli belah, berkerja, makan, ajakan rakan-rakan, kekasih atau suami isteri..S0, bukan katakan tidak pada rokok jer 0k..=))

Memang tidak dinafikan, us juga merupakan salah seorang yang bole dikatakan tergolong dalam kategori ni la... hehehe.. tapi untuk perkara yang kecil-kecil and remeh jer la.. sebabnya,  us ni malas nak bising2... contohnya dalam bab makan... us ni org yg agak cerewet ttg bab makanan dan terlalu jaga mkn...hehhehe.. tapi bila ada diner or lunch dgn kwn-kwn atau family... us hanya tahu cakap ya, boleh la makanan ni and angguk je la...hehe..=)).. mungkin kita patut katakan "Ya" pada sesetengah perkara kan..=))


us memang sederhana and low profile orangnya and pastinya tidak suka mencari masalah dan tidak mahu terlibat dengan sebarang kontroversi. Setiap langkah dan keputusan, adalahlah bergantung kepada kemampuan diri dan berfikir sebelum melakukannya...Bukan nk promote diri 0k..maybe kualiti diri and mengenal diri sendirilah..=))


Rata-rata komen or pendapat yang selalu us dgr apabila bercakap mengenai situasi ini adalah kerna hendak menjaga HATI orang lain yang akhirnya susah hati kerana terlalu baik HATI.... harap korang paham yee. kehidupan us juga tidak penah lari daripada hal sebegini...setiap minggu us selalu mendengar rungutan and ngomelan kakak us. Maklumlah nk lepaskan stress melalui bercerita and nak audit dairy mingguan..=))


Katanya, masalah inilah yang selalu dihadapinya dan terpaksa menanggung beban seorang diri dan rasa tidak puas hati...katanya x sampai hati nak kata tidak,..;p.. Maklumlah hendak menjaga hati semua org katanya terpaksa,terpaksa dan  terpaksa.  w/pon pahit terpaksa us telan juga mendengar ngomelan kakak us ni.. heheh.. Adakah berbaloi sekiranya selalu menjaga hati orang lain.. w/pon kadang2 tiada sesiapa yang hendak menjaga hati kita, bukan hendakkan balasan tetapi cukuplah sekadar menjaga hati..heheh..;p

selalunya orang yang tidak berani katakan TIDAK ni adalah berpura-pura pada diri sendiri and tidak memberi diri sendiri ruang dan pilihan yang akhirnya perlukan rawatan dan ubat.. seperti pepatah melayu iaitu,.. buat baik berpada-pada., buat jahat jangan sekali. Namun perkara ini adalah terlalu subjektif, bergantung kepada penilainya. Adakah berbaloi menjaga hati semua orang w/pon hati sendiri menderita atau inilah lumrah dunia yg terpaksa diterima...;p


Apapon, kaulah apa kau fikirkan..=))
1. sanggup berkorban apa saja??
2. ingin menjaga hati???
3. orang ln bahgia,saya pon bahgia???.
4. be gentlemen??.. jadi pak turut..??
5. kamu la pemanupulasi org ln....???


Siapakah kamu.??..;P

Noktah...

Wednesday, July 15, 2009

Mengenal Diri Sendiri Melalui Tarikh Lahir

Assalamualaikum..=))


 ciri-ciri diri sendir
i

1. Pemimpin
2. Lembut
3. Kemas (Cerewet)
4. Rajin
5. Boleh berbincang
6. Angin
7. Patuh
8. Bisnes
9. Glamour

Contoh: 13/10/1986

1 +3 = 4

Maka kotak pertama adalah 4.. Kemudian campurkan kesemua nombor..
1 + 3 + 1 + 0 + 1 + 9 + 8 + 6 = 29

Kemudian hasil campur yang lebih dari 9 akan dicampur lagi seperti:
2 +9 = 11

Kemudian hasil campur yang lebih dari 9 akan dicampur lagi seperti:
1+1 = 2

Maka kotak kedua adalah 2.. Selepas itu kotak pertama akan dicampur ngan kotak kedua
4 + 2 = 6

Maka kotak ketiga adalah 6
hasilnya..

4: Rajin

2: Lembut

6: Angin

rupanya aku ni angin juga... heheheh... watch up.... huhuhu
Maka anda sudah cerminkan diri anda mungkin sifat-sifat ini ada dalam diri anda dan mana tahu mungkin suatu hari nanti dengan sifat ini anda akan menjadi seorang yang berguna..

ciri ini hanya la untuk suka-suka...

Noktah..;P

Monday, July 13, 2009

"Two Voices One song."

Assalamualaikum..=))



First of all...Thankz kat semua kawan yang ada di sisi us... hehe. us tujukan lagu yang sgt istimewa ni kepada semua sahabat...It's so rare to find a friend like you....If I could wish for one thing ....I take the smile that you bring,...Wherever you go in this world my pray will come along.. selamat hari kawan sedunia... w/pon da lama lepas..=))





Hari yang membosankan, ini la kerja us hari-hari sepanjang bergelar pelajar, kalah study kan... hahah.. Seingat us la kan disekolah dulu, aku la pelajar paling malas mengarang dan menulis terutamanya subjek bahasa.. haha... tp hari ini, us da mula berjinak2 belajar menulis kembali w/pon kurang 350 patah perkataan macam waktu exam. us da mula memaksima kan penggunaan laptop kesayangan us ni.. maklum la dok single room plak tu... on 24 jam.. klu x sunyi la hidup us.=))

Semalam adalah hari yang menbosankan, bermula pada pukul 7 am us macam biasa membelek2 kosmo and hmetro online.. itu la kerja yg dapat us lakukan bersama teman us  ini... heheheh...then us keluar bersama geng2 us. namun tiada hala tujuan...segala perancangan us tidak menjadi pada saat2 akhir.. dr bukit tiara (salah satu kawasan banglow mewah di malaysia dgn pengawai keselamatan yg menakutkan..) ke klcc then ke putrajaya, namun semua nya sia2. sepanjang perjalanan us hanya memikirkan masalah. masalah dan masalah saja..=)).. Nape la otak us selalu aktive pikir pasal semua masalah ni.  Masalah ini selalu memberi masalah kepada mood us,  expresion muka pon x dapat hidden.. heheh..=))

Sebenarnya hari ahad semalam merupakan hari bermakna sahabat us iaitu majlis perkahwinannya di sabah, namun agak mengecewakan juga la.. kerna us x dapat pegi mengacau kat majlis tu.. =))

Apapon, utk semua kengkawan... w/pon da lama x bersua, x bermesej, x bercakap.. doa us sentiasa bersama sahabat semua.. tak kira jauh ke dekat...us doakan semoga bahagia selalu.  harap korang kenal us.. tiada istilah dendam n marah dalam hati...sekali bergelar kawan.. us pegang sepanjang hayat w/pon jarang bertemu..and you always in my heart..;p


us dedikasikan lagu ini utk kawan semua ok..;p

Noktah..;p

Friday, July 10, 2009

"Mistake are ok, as long you learned"

Assalamualaikum..=))




14 REJAB 1430 - 0130 pm

Today, may be my unlucky day, hari ini hari yang meletihkan, berjalan ke hulu ke hilir macam orang x betoi je...makin maju negara, makin berbirokrasilah semua perkara and makin banyak peraturan dan makin banyak la duit keluar..=))

Da 3 hari us kat blok d1101 kolaj zaba... hampir 2 bulan tinggalkan kolej ni.. dan byk juga crita yg pelik2 yang us dgr kat cni...takziah juga pd keluarga mangsa jatuh bangunan blok c kolej ni, moga2 apa yang berlaku mempunyai hikmah disebalik perkara ni..walaupon kedengaran teka teki... namun Allah lebih mengetahui...=))

" kena denda".... tu la yang berlaku sebenarnya, kali pertama dalam hidup di denda...malu pon ada juga.. nape la us x alert awal -awal lagi... "kamu taun brapa tanya kerani di fakulti us dengan nada yang sinis "..huhuhu.. aduh malunya!!!! ... pas tu us pon berlaku pergi.. tanpItalica fikir panjang bayar jer la denda tu... malas nk gaduh and fikir panjang..=))

Banyak betoi perkara x diduga, satu persatu berlaku.. masa membaca online metro, byk betoi kes jenayah berlaku...terutamanya kat area kajang ni... cni mmg tempat jenayah utama.. maklum la ramai org asing di sini and org2 yang hidup segan dan mati x mau ni.. asyik menyusahkan org saja, sambil membaca brita ni us teringatkan kwan us yang ditawan dalam bas mini diluar ukm. hanya 2 or 3 org penyamun rasanya. semua penumpang kena spot check dalam bas tu. yang teruk nya adalah org pompuan yang pakai rantai.. di hentap sesuka hati.

kena saman lagi!!!!..polis pon macam penyamun juga... apa la yg diorang belajar sampai 9 bulan di pulapor..(pusat latihan polis).. ada ke patut saman org macam penyamun.  kelakar pon da malu pon da tapi  us  ni orang yang low profile.. malu alah kut.. malas nk gaduh. macam ni la  us tidak akan bertolenrasi and cakap dgn org yang  us  x suka and x respect...  kisah lawak and bahaya ni bermula pada satu ptg, tetiba moto  us tenat sebab kurang minyak.. so dgn berhati2 and cover line  us bergerak ke petronas...=))

Tp enta macam mana la 2 org mamat polis ni bole berada kat belakang  us ni... dgn pantas diorang yang menaiki motosikal melakukan kerja terhormat diorang iaitu menyaman orang awan.. maklum la.. tu la kerja diorang.. salah seorangnya menyentap kunci motor  us  yang sedang bergerak dengan pantasnya.. hampir nak tercabut jantung pon ada juga..  us  ingatkan org melanggar belakang motor ku,  namun..nak cakap pandai pon x.. n maybe kurang cerdik la..=))

polis yang menyamun kunci moto  us  itu, terus memintas jalan motosikal us  dan blok motosikalnya pada hala jalan moto us.. and itu la kali pertama us melanggar polis atas tindakan kurang cerdiknya.. macam org nk bunuh diri pon da juga... itukah yang dia belajar masa latihan dulu iaitu blok hadapan kenderaan bergerak. Apa lagi terus us  meluncurkan moto us pada moto mamat polis dan bergolek la mamat tu atas jalan.. hahaha.. maka berlakulah kisah lucu n malu disitu..=))

org ramai yang melihat kejadian itu pon tertanya2 kenapa polis tu menghalang moto org begitu.. polis itu pon bangun dgn pantas.. konon nya nk cover line la.. nasib baik  us  x jatuh moto  maklum la x sempat nk break,.. terlalu dekat juga lah.. klu x maybe berparut2 la muka us  jawabnya.. di situ la  us  di saman walaupon polis itu la yg menyebabkan berlaku kemalangan...may be dia menang sbb dia polis...=))

setahu  us ,.. bila nak menyaman polis kena bt sekatan jalan raya..nape pula terus samun kunci motor yang bergerak dari belakang..tanpa ada sekatan and arahan,, us bawa moto pon slow.. bukan mat rempit yang melarikan diri. Emm nak salah kan sapa ni dan last2 us dapatlah surat cinta. 


kesimpulanya, berkerja secara berhemat and utamakan keselamatan..;p



Noktah..==))

Thursday, July 9, 2009

"Satu Bintang Berjuta Kerdipan"

Assalamuailaikum..=))




al-fatihah..


Sudah sekian lama menyepi, hari ni terpanggil nk update blog ni. Hari ini genap 2 mggu tentang pemergian jakco, namun masih ramai bercakap tentangnya dan ranking downloader pon semakin bertambah. Nape jadi cam tu.. lebih famous selepas pergi... jom kita view ckit sapa jacko ni....=))

REST IN PEACE
..MJ

Michael Joseph Jackson atau Jacko, lahir pada 29 Agustus 1958-26 june 2009 dan dikenali serata dunia.... sebagai 'The King of Pop'. Ia adalah seorang pemuzik, penghibur, dan ikon pop Amerika . Ia telah mempengaruhi budaya pop di Amerika lebih 40 tahun .

Michael Jackson dipandang sebagai salah seorang penghibur terhebat dengan hasil rakaman paling popular dalam sejarah musik dunia. Dengan mempamerkan teknik-teknik fizikal yang rumit, seperti tarian robot dan moonwalking. 
Bintang yang mula menyinar ini memulakan cariernya seawal usia tujuh tahun sebagai penyanyi utama kumpulan The Jackson 5. Ia telah mengeluarkan rekaman solo perdana, 'Got to Be There' pada tahun 1971.

Dalam karier solonya, Jackson menerbit album yang terlaris dijual sepanjang zaman, iaitu album Thriller sebanyak 104 juta. Selepas Thriller, Jackson mengeluarkan album-album yang menjadi juara carta antarabangsa seperti Bad (1987), Dangerous (1991), HIStory (1995), dan Invincible(2001), album terkini beliau yang mengandungi semuanya karya asli.

Michael Jackson telah menerima 13 anugerah Grammy dan mencatat 13 kali menduduki top #1 single di Amerika. Pada bulan November 2006, World Music Awards mengumumkan Michael Jackson telah menjual lebih 750 juta di seluruh dunia dan Dari 1988 hingga 2005, Jackson menetap di Neverland Ranch. Disana Jacko mendirikan panti sosial untuk anak-anak yang kurang bernasib baik yang telah disalah ertikan sebagai tempat perlakuan seksual terhadap kanak-kanak.

Sebenarnya, Moral de story di sebalik cerita tentang jacko ini adalah tentang bagaimana sebutir bintang yang mengembangkan sinarnya di serata dunia. Ini kerana, jacko menjadi ikon kerana kualiti nya tiada pada mana-mana artais lain. selain itu, jenama yang di bawa nya juga di kenali ramai dan mempunyai expectation dan performance yang tinggi di kalangan peminatnya. Bukan us nak mengagungkannya tetapi setiap manusia perlu tahu akan kualiti diri dan jangan la berbangga atas kejayaan atau harta orang lain, tetapi berusahalah untuk kejayaan diri sendiri,tetapi jangan sesekali riak atas kejayaan sendiri, tetapi ikut la seperti resmi padi...=))

16 reJaB 1430 hijrah..
0251 pm..
video

Noktah..=))