Monday, April 20, 2009

Blur..!!!.


20/4/2009..

salam..==))

Tepat jam 6 pagi... alarm clock menjerit di kala sunyi...argggggggghhhh...hari ni bermula la final exam kat ukm ni... alangkah bagusnya x dak peksa kan..,itu la benda pertama yg terlintas di fikiran yg blur pagi2 ni........


emm........ bangun awal hari ni,,.. dgn harapan nak sambung study sblm peksa.... tp kenapa la asyik menguap jer dr tadi... tanpa ku sedari mulut yg sedang kusyuk menghafal melantunkan melodi lagu.. hehehehE.. apa yg aku study ni..huhuhuhu..
arrrgggghhhhhh.....


emm.... agak mengecewakan juga.. tak tahu dimana clap nya... kenapa la otak ku tepu tahap maksimun apabila hendak menjawab soalan robot ni..soalan bole dikatakan agak mudah... mungkinkah da lama aku x menjawab soalan peksa.. abis lupa bagaimana nk menjawab dan menulis yg penah ku belajar di sekolah rendah dahulu.. dalam benak ku terlintas segala kekesalan.. emm da abis nota yang aku hafal.. kenapa la x dapat ku tintakan jawapan nya.. emm may be nerves ni.. huhuhuu.. excited nak menjawab sampai tak tahu yang mana pangkal nya


emm....lupakan jer la... x guna di kenang lagi..jom p jogging.. huhuhu.....p release tension kat stadium..

noktah.....

Tuesday, April 14, 2009

Adakah berat badan anda sihat??


Assalamualaikum..=))



Kaedah biasa yang di gunakan untuk menilai keadaan berat badan seseorang ialah dengan menghitung Indeks JisimTubuh (BMI) Cari BMI anda dengan menggunakan formula di bawah dan lihat sama ada berat anda sihat atau tidak.

Cara kita BMI:- W (berat dalam kg)/ H (tinggi dlm m) x H (tinggi dlm m)

Contoh: JIka berat badan anda 65kg dan tinggi anda 1.56m 
 BMI anda = 65 / (1.56 x 1.56) = 26.71

BMI Dibawah 18.5 ---- Tidak cukup berat
18.5 - 25 ---- Berat Yang Berpatutan
25 - 30 ---- Terlebih berat
30 - 40 ---- Gemuk Lebih
40 ---- Sangat Gemuk (obesiti)

Kenapa berat saya tak mahu turun?
Berhenti memikirkan berat anda dan mula melihat bentuk tubuh badan anda! Berat badan semata-mata tidak memberikan maklumat tepat tentang komposisi berat otot (lean mass) dan berat lemak (fat mass). Apabila anda berdiet dan mula bersenam, besar kemungkinan tubuh anda membakar lemak tetapi dalam masa yang sama turut membina otot. Apabila ini berlaku, anda hanya tahu bahawa berat anda tidak berubah, walau pun sebenarnya lemak anda telah berkurang dan tubuh anda lebih fit. Oleh itu, tumpu perhatian kepada ukur lilit perut atau pinggang anda lebih daripada berat anda. Sekali-sekala, cuba semula pakaian lama anda yang dahulunya ketat bagi mengagak perkembangan penurunan berat badan anda.


Noktah..=))

Bagaimana Usus Toksin Menjejas Kesihatan Kita?

Bagaimana Usus Toksin Menjejas Kesihatan Kita? Semasa proses penghadaman, sebahagian besar makanan yang kita makan akan membentuk bahan bendalir dalam saluran usus. Walaupun kebanyakan bahan ini akan dikeluarkan daripada badan melalui proses pembuangan yang normal, tetapi masih ada sebahagian daripadanya yang melekat di atas dinding usus yang kemudiannya menjadi plag.

Plag bendalir ini bukan sahaja menyekat proses pembuangan yang betul dan mencegah penyerapan khasiat yang sewajarnya, tetapi ia juga merupakan tempat pembiakan parasit dan patogen yang boleh mencemarkan darah dan limpa serta meracunkan sistem keseluruhan. Keadaan ini dikenali sebagai usus toksin. Jika badan terpaksa mengeluarkan toksin buangan yang berlebihan untuk sepanjang masa, maka tidak hairanlah kadang-kala ia akan terjejas keberkesanannya dan membenarkan penyakit berjangkit.

Usus toksin adalah faktor utama di mana makanan yang dimakan tidak ditolenransi dan membawa masalah kesihatan. Jika organ utama yang bertanggungjawab mengeluarkan bahan buangan toksin gagal berfungsi, maka badan kita akan mendapat penyakit dengan mudah. Apabila badan kita tidak mengeluarkan bahan buangan, toksin-toksin akan berkumpul di dalam usus dan mengakibatkan auto-intosifikasi ataupun penghasilan toksin sendiri. Ini juga akan menyebabkan saluran darah yang melapisi dinding usus menyerap toksin-toksin ini ke dalam aliran darah dan akhirnya mencemarkan semua organ badan. Sebahagian tanda-tanda yang nyata gejala toksin-toksin ini adalah : cirit birit, masalah sembelit, keletihan, sakit kepala, mata menjadi kusam, kulit yang bermasalah, berbintik, sakit otot, masalah saraf, badan dan nafas berbau serta kelihatan murung.

Masalah Usus Dan Sembelit Salah satu masalah usus yang dihadapi kebanyakan orang adalah sembelit. Sembelit bermaksud masa yang lama diambil untuk melakukan proses pembuangan toksin. Jika masa pengangkutan ini berpanjangan, lebih lamalah toksin akan tertinggal di dalam usus dan ini akan membenarkan bahan-bahan toksin tersebut menjadi busuk, menapai dan kemungkinan diserap semula ke dalam badan.

Lebih lama badan anda terdedah kepada bahan rosak dan toksin ini, lebih besar risiko pembentukan penyakit. Mukus yang lekit dan licin berlumut terbentuk diatas dinding dalam usus dan menjadi tempat untuk pembiakan bakteria, cacing dan parasit. Parasit ini akan menyerap khasiat yang diperlukan oleh badan dan menjejaskan kesihatan sistem badan.

Mengapakah manusia jatuh sakit?

salam..==))

Sebab utama ialah serangan sistem keimunan dalam tubuh badan oleh bakteria/virus atau pencemaran tisu dan organ oleh bahan-bahan merbahaya yang dikenali sebagai TOKSIN. Selepas rekaan antibiotik, ia telah berjaya mengatasi banyak penyakit yang disebabkan oleh bakteria/virus tetapi pergantungan berlebihan ke atas antibiotik telah menyebabkan kemerosotan sistem keimunan dan metabolisma manusia.


Ini telah mengakibatkan penyerapan lebih banyak TOKSIN melalui sistem pernafasan dan pencemaran seperti gas-gas, kimia buangan, sisa-sisa bahan kimia pertanian dan logam-logam berat. Bahan-bahan merbahaya ini menakung dalam darah dan diangkut serta disimpan di dalam berbagai organ dan tisu.


Oleh kerana TOKSIN-TOKSIN ini tidak menyebabkan bahaya serta merta yang menjejaskan nyawa kita, ramai daripada kita biasanya mengabaikan kesan-kesannya tetapi selepas jangkamasa panjang, perubahan-perubahan patologik yang serius akan wujud dalam tubuh badan termasuk bisul, penyakit-penyakit kardio-vaskular, kegagalan fungsi organ, ketidak seimbangan sistem pernafasan, pencemaran, endoktrin dan metabolisma serta perubahan-perubahan patalogik dalam tisu-tisu kulit dan kelenjar.


Oleh itu bagaimana kita boleh menyingkirkan TOKSIN dalam tubuh badan kita secara berkesan? Ini merupakan soalan penting.

noktah==))