Tuesday, April 14, 2009

Adakah berat badan anda sihat??


Assalamualaikum..=))



Kaedah biasa yang di gunakan untuk menilai keadaan berat badan seseorang ialah dengan menghitung Indeks JisimTubuh (BMI) Cari BMI anda dengan menggunakan formula di bawah dan lihat sama ada berat anda sihat atau tidak.

Cara kita BMI:- W (berat dalam kg)/ H (tinggi dlm m) x H (tinggi dlm m)

Contoh: JIka berat badan anda 65kg dan tinggi anda 1.56m 
 BMI anda = 65 / (1.56 x 1.56) = 26.71

BMI Dibawah 18.5 ---- Tidak cukup berat
18.5 - 25 ---- Berat Yang Berpatutan
25 - 30 ---- Terlebih berat
30 - 40 ---- Gemuk Lebih
40 ---- Sangat Gemuk (obesiti)

Kenapa berat saya tak mahu turun?
Berhenti memikirkan berat anda dan mula melihat bentuk tubuh badan anda! Berat badan semata-mata tidak memberikan maklumat tepat tentang komposisi berat otot (lean mass) dan berat lemak (fat mass). Apabila anda berdiet dan mula bersenam, besar kemungkinan tubuh anda membakar lemak tetapi dalam masa yang sama turut membina otot. Apabila ini berlaku, anda hanya tahu bahawa berat anda tidak berubah, walau pun sebenarnya lemak anda telah berkurang dan tubuh anda lebih fit. Oleh itu, tumpu perhatian kepada ukur lilit perut atau pinggang anda lebih daripada berat anda. Sekali-sekala, cuba semula pakaian lama anda yang dahulunya ketat bagi mengagak perkembangan penurunan berat badan anda.


Noktah..=))

No comments: