Sunday, December 30, 2012

"Neuroblastoma"

Assalamualaikum semua..=))


AMBIL BERAT... sambil melayan kerenah kanak-kanak, guna peluang itu bagi meneliti sebarang perubahan pada gerak-geri dan tubuh mereka.

Neuroblastoma adalah kanser pada tisu saraf di dalam badan. Ia adalah kanser kanak-kanak dalam lingkungan usia dua tahun ke bawah. Kanser ini ditemui oleh doktor Rudolf Virchow yang dikenali sebagai glioma pada 1846. Kira-kira 50 peratus kanser ini cepat merebak dan jika tidak dirawat, ia mampu meragut nyawa. Sehingga kini punca sebenar neuroblastoma tidak diketahui dan cara mencegah atau mengelak daripada kanser ini juga masih tidak ditemui.

Gangguan itu biasa berlaku kepada kira-kira 4.6 peratus daripada sejuta kanak-kanak di Malaysia tanpa mengira jantina samada lelaki atau perempuan. Kanser saraf boleh berlaku di beberapa bahagian badan. Ia terbentuk daripada tisu yang membentuk sistem saraf iaitu pada sistem saraf yang mengawal fungsi badan seperti denyutan jantung dan tekanan darah, penghadaman dan tahap hormon tertentu.

Barah ini boleh berlaku pada kelenjar adrenal di perut. Kelenjar ini kedudukannya di atas buah ginjal dan fungsinya adalah mengawal tekanan darah dan tekanan individu. Selain itu, ia boleh merebak ke tisu saraf dalam dada, saraf tunjang, leher, tulang muka, tengkorak, pinggul, bahu, lengan, kaki, tulang sumsum, hati, kelenjar limfa, kulit dan di sekeliling mata.

Pada peringkat awal, adalah sukar mengenal pasti tanda bahawa kanak-kanak diserang barah ini. Kanak-kanak terbabit mungkin mengalami simptom lesu, kurang makan atau demam, Susut berat badan, Sakit sendi dan ia juga bergantung pada bahagian yang terkena barah. Pemeriksaan doktor harus dilakukan jika ada gejala seperti di atas. Neuroblastoma dapat dikesan melalui ujian darah, air kencing dan radiologi seperti Imbasan Tomografi Berkomputer (CT scan) dan ujian imbasan (MRI).

Jika ada bengkak di bahagian seperti leher, perut dan dada, ia harus diambil sedikit isinya, iaitu ‘biopsy’ di mana ia akan diperiksa pada bawah mikroskop untuk mengenal pasti nueroblastoma menerusi sel yang dilihat. Selepas dikenal pasti ia neuroblastoma, doktor akan mengkelaskan penyakit ini sama ada di peringkat awal atau sebaliknya.

Ini penting untuk panduan rawatan neuroblastoma. Jika masih peringkat awal, ia boleh dirawat melalui pembedahan tetapi jika peringkat akhir, harus dirawat dengan kaedah kemoterapi atau radioterapi dulu sebelum dibedah. Neuroblastoma membabitkan enam hingga 10 peratus kanser kanak-kanak dan 15 peratus daripada kes berkenaan membawa kepada kematian.

Gejala lain



  • Sakit tulang (jika kanser merebak ke tulang)
  • Kesukaran bernafas atau batuk kronik (jika kanser merebak ke dada)
  • Abdomen diperbesarkan (daripada tumor yang besar atau cecair berlebihan)
  • Kulit kemerah-merahan
  • Pucat dan kulit warna kebiruan di sekeliling mata
  • Berpeluh yang berlebihan
  • Ketidakupayaan untuk mengosongkan pundi kencing
  • Lumpuh kaki
  • Pergerakan mata yang tidak terkawal atau pergerakan kaki tidak normal dipanggil   sindrom opsoclonus-myoconus

    Rawatan

    Setiap rawatan berbeza bergantung kepada tahap neuroblastoma seperti:
  • Lokasi kanser
  • Berapa banyak dan di mana ia merebak
  • Umur pesakit

    Dalam kes tertentu, pembedahan sudah memadai. Bagaimanapun, lazimnya Ubat anti kanser (kemoterapi)  dan terapi juga disyorkan jika tumor merebak kebahagian lain.  Kemoterapi berdos tinggi dan pemindahan sel stem autologous masih dikaji untuk digunakan di kalangan kanak-kanak dengan tumor yang sangat berisiko tinggi. 

    Kesimpulanya, mencegah lebih baik daripada merawat. Oleh itu, pengesanan awal pada perubahan tubuh anak-anak anda mampu menyelamatkan nyawa..P

    Noktah..=))
  • No comments: