Thursday, July 9, 2009

"Satu Bintang Berjuta Kerdipan"

Assalamuailaikum..=))




al-fatihah..


Sudah sekian lama menyepi, hari ni terpanggil nk update blog ni. Hari ini genap 2 mggu tentang pemergian jakco, namun masih ramai bercakap tentangnya dan ranking downloader pon semakin bertambah. Nape jadi cam tu.. lebih famous selepas pergi... jom kita view ckit sapa jacko ni....=))

REST IN PEACE
..MJ

Michael Joseph Jackson atau Jacko, lahir pada 29 Agustus 1958-26 june 2009 dan dikenali serata dunia.... sebagai 'The King of Pop'. Ia adalah seorang pemuzik, penghibur, dan ikon pop Amerika . Ia telah mempengaruhi budaya pop di Amerika lebih 40 tahun .

Michael Jackson dipandang sebagai salah seorang penghibur terhebat dengan hasil rakaman paling popular dalam sejarah musik dunia. Dengan mempamerkan teknik-teknik fizikal yang rumit, seperti tarian robot dan moonwalking. 
Bintang yang mula menyinar ini memulakan cariernya seawal usia tujuh tahun sebagai penyanyi utama kumpulan The Jackson 5. Ia telah mengeluarkan rekaman solo perdana, 'Got to Be There' pada tahun 1971.

Dalam karier solonya, Jackson menerbit album yang terlaris dijual sepanjang zaman, iaitu album Thriller sebanyak 104 juta. Selepas Thriller, Jackson mengeluarkan album-album yang menjadi juara carta antarabangsa seperti Bad (1987), Dangerous (1991), HIStory (1995), dan Invincible(2001), album terkini beliau yang mengandungi semuanya karya asli.

Michael Jackson telah menerima 13 anugerah Grammy dan mencatat 13 kali menduduki top #1 single di Amerika. Pada bulan November 2006, World Music Awards mengumumkan Michael Jackson telah menjual lebih 750 juta di seluruh dunia dan Dari 1988 hingga 2005, Jackson menetap di Neverland Ranch. Disana Jacko mendirikan panti sosial untuk anak-anak yang kurang bernasib baik yang telah disalah ertikan sebagai tempat perlakuan seksual terhadap kanak-kanak.

Sebenarnya, Moral de story di sebalik cerita tentang jacko ini adalah tentang bagaimana sebutir bintang yang mengembangkan sinarnya di serata dunia. Ini kerana, jacko menjadi ikon kerana kualiti nya tiada pada mana-mana artais lain. selain itu, jenama yang di bawa nya juga di kenali ramai dan mempunyai expectation dan performance yang tinggi di kalangan peminatnya. Bukan us nak mengagungkannya tetapi setiap manusia perlu tahu akan kualiti diri dan jangan la berbangga atas kejayaan atau harta orang lain, tetapi berusahalah untuk kejayaan diri sendiri,tetapi jangan sesekali riak atas kejayaan sendiri, tetapi ikut la seperti resmi padi...=))

16 reJaB 1430 hijrah..
0251 pm..

Noktah..=))

2 comments:

Anonymous said...

salam us :D

wawa said...

wasalam cyg...
amboi lama x dgr cita... sombong ekkkk...
x semapat nak jumpa marni cuti ari tu....