18 jan 2011: 2:00 pm
Tetibe rasa best plak membuli budak kecil.. hihihi..
Tetibe plak muncul pic ni... pic ni hanyalah iklan semata-mata... xdak kena mengena dgn cite ni...hihih...
AL-kisah bermula..
Ada dua beranak, yang sorang bapak,dan sorang lagi anaknya. Mereka berdua ni selalu berbohong apabila tentang sesuatu. Sudah ramai la penduduk kampung yang menjadi mangsa pembohongan mereka berdua.
Lama kelamaan, mereka berniat untuk insaf dari perbuatan mereka. Mereka telah bertemu dengan seorang bomoh dan bertanyakan bagaimana cara menghilangkan tabiat buruk mereka tuh. Bomoh pon bagitau la mereka supaya menuju ke satu bukit, dan naik ke puncak air terjun, kemudian terjunlah ke bawah, moga-moga ia dapat menyembuhkan penyakit mereka.
Mereka berdua pun pergi la ke air terjun tersebut. Sampai di tempat berkenaan, masing-masing takut untuk terjun ke bawah...setelah hampir 10 minit, si bapak pon sanggup untuk terjun dahulu. lalu terjunlah dia. Si anak mula panik kerana bapaknya tak timbul-timbul. Setengah jam kemudian, barulah bapaknya naik dan menghampiri anaknya.
Anak : Kenapa lama sangat pak?
Bapak : Bapak jumpa kawan kat bawah, dia ajak minum kopi dulu kat
warung tu. Apa lagi kamu tunggu tuh, terjun jer lah.
Si anak pon terjunlah, dan sekejap saja timbul ke permukaan dan
menghampiri bapaknya.
Bapak : Hah,kenapa dengan benjol dahi kamu tu?
Anak : ini semua bapak punya pasal la. Bapak minum kopi tadi tak bayar.
Dah tu saya pulak yang kena pukul...
Noktah..==))
No comments:
Post a Comment