Tuesday, June 19, 2012

"Langkah Bendul"

Assalamualiakum..=))



Anda tahu apa itu "langkah bendul"?.. menurut kamus dewan langkah bendul ni terjadi jikalau si adik berkahwin dahulu daripada kakak atau abangnya... Sebenarnya istilah langkah bendul ini tiada pun dalam islam dan tiada pun pantang larang terhadap perkahwinan langkah bendul ini. Ada sesetengah golongan percaya perkahwinan langkah bendul akan menyebabkan si abang or si kakak tu akan lambat jodoh dan selalunya, si adik yang langkah bendul ni akan bagilah cincin utk si kakak atau apa-apa hadiah la..=))

Bagi us sendirilah, us tak percaya tentang larangan langkah bendul  ni sebabnya segala takdir dan jodoh sudah ditentukan oleh Allah swt... Jadi bila bercakap pasal langkah bendul ini,..tetiba pula us teringatkan adik us maklumlah adik us dah mula berkira-kira nak berkahwin..Menyakitkan hati dan telinga jer bila us dengar berita ini.. hahaha...Berani betoi budak kecik ni nak melangkah bendul.. bukan satu bendul dia hentam..tetapi 2 bendul serentak dia shoot..=)) Frust menonggeng us and kakak us ni..:)). Maklumlah bila time cuti sekolah jer, banyak pula jemputan ke sana sini menyengah and mungkin sebab ini agaknya budak kecik ni terkial-kial nak kawin.. hahaha..;p.


Tetiba pula us yang risau bila bercakap pasal perkahwinan and kekeluargaan ni, macam-macam yang us fikir walaupon perkara tu hanyalah isu kecil.. dan apa yang us tidak boleh terima adalah keputusan yang budak kecik ni buat.. heheheh.. Bagi us sendiri, bila memasang niat dan merancang hendak berkahwin, pertamanya mestilah berkemampuan dan kukuh dari segi ekomoni, fizikal, mental, ilmu agama, and bla..bla.. lagi  sebabnya ia melibatkan pembinaan generasi, keturunan dan juga perhubungan diantara dua buah keluarga. Jadi tidak kira langkah bendul atau tidak yang pentingnya tahu niat asal perkahwinan dan tanggungjawab..;p

Apapon setiap orang lain cara pemikirannya. Emmm.. mcm x caya jer budak kecik ni nk jadi suami orang.. hehehe.:))

p/l.. x sabar jer nak buli adik ipar and jadi pengapit.. hahah..;p

Noktah..=))

Saturday, June 16, 2012

"If it's meant to be,. It will find it's way...;p"

Assalamualaikum..=))



p/s...Untuk mendidik orang lain supaya menjadi manusia yang baik... mudah sahaja, didiklah dan mulakan dgn diri sendiri dahulu supaya menjadi manusia yang BAIK dan insyaALLAH akan menjadi contoh ikutan yang baik pada yg lain..=))


Noktah..=))

"Pengharaman Seks Semasa Haid"

Assalamualaikum..=))

Islam mengharamkan melakukan hubungan seks antara suami dan isteri ketika waktu haid. Hukum ini telah dijelaskan oleh Allah Ta’ala didalam firman Nya yang bermaksud:
“Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. Katakanlah: “Darah haid itu adalah kotoran dan mendatangkan mudarat”. Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. SesungguhNya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.” (Surah Al-Baqarah 2:222)
Didalam Hadis Nabi Muhammad s.a.w banyak memperkatakan hal ini, diantaranya sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Sesiapa yang menyetubuhi wanita yang sedang haid ataupun menyetubuhi wanita di saluran duburnya ataupun mendatangi tukang tenung nasib dan mempercayainya, sesungguhnya dia telah kufur dengan apa yang diturunkan ke atas Muhammad.” (Riwayat Ahmad dan Tarmuzi)
Imam Al Ghazali merumuskan hukum ini di dalam Ihya Ulumuddin dengan berkata, “Janganlah suami menyetubuhi isteri yang sedang haid dan juga jangan sesudah haid sebelum si isteri menyempurnakan mandi wajib terlebih dahulu, kerana yang demikian itu diharamkan dengan dalil Al-Quran.“
Kajian Mengenai Bahaya Seks Ketika Haid
Melakukan hubungan seks ketika haid mempunyai banyak risiko, menurut kajian yang dijalankan oleh Dr. Diana Antoniskis (MD)dari Kumpulan Penyelidikan dan Pendidikan (The Research And Education Group) yang beribu pejabat di Oregon, dalam artikel yang bertajuk Women With HIV Infection, risiko jangkitan kuman HIV meningkat di kalangan wanita yang mengadakan hubungan seks ketika haid ataupun dengan lelaki yang tidak berkhatan.
Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit (Centers for Disease Control And Prevention) di Amerika, pada Perhimpunan kesebelas Pertubuhan Antarabangsa Berhubung Penyakit-Penyakit Jangkitan Seksual di New Orleans yang diadakan pada 27 hingga 30 Ogos pada tahun 1995 melaporkan,menjauhi hubungan seks ketika haid ataupun ketika mengalami pendarahan di bahagian faraj adalah penting untuk mengurangkan risiko dijangkiti kuman HIV bagi lelaki dan wanita.
Laporan itu juga menjelaskan, wanita yang mengadakan hubungan seks ketika haid meningkatkan risiko dijangkiti AIDS sebanyak enam kali ganda. Persetubuhan pada waktu haid juga boleh mengakibatkan pendarahan yang teruk ke atas wanita. Kajian yang dilakukan oleh Dr. Winnifield Cutler dan rakan-rakannya dari Institut Athena Bagi Kesihatan Wanita di Chester Springs menunjukkan, wanita yang hampir putus haid atau perimenopausal, yang kerap mengadakan hubungan seks ketika haid sering kali mengalami masalah pendarahan yang teruk daripada biasa.
Kebiasaannya kes-kes seperti ini akhirnya terpaksa menjalani pembedahan berisiko tinggi untuk membuang rahim atau hysterectomy dan ovari atau ovariectomy. Penemuan ini dilaporkan di dalam Journal of Psychosomatic Obstetrics and Gynaecology pada tahun 1996. Bagi golongan wanita, tiub fallopian dan ovari mereka boleh diserang kuman bakteria sehingga menyebabkan keputihan, sakit dan demam yang kuat.
Risiko untuk menghidap penyakit ini adalah tinggi di kalangan mereka yang melakukan hubungan seks ketika haid. Hal ini disebabkan, kebiasaannya tiub fallopian dan ovari dilindungi daripada serangan bakteria oleh bahan asid yang terdapat di kawasan faraj atau vagina.
Ketika wanita itu didalam keadaan haid, kawasan faraj menjadi alkali justeru memudahkan kuman untuk membiak dan mendatangkan penyakit terutamanya apabila berlaku persetubuhan pada waktu itu. Oleh yang demikian, hukum pengharaman persetubuhan ketika haid oleh agama Islam adalah amat baik kerana ia mendatangkan banyak manfaat dari sudut kesihatan. Walaubagaimanapun Islam tidak melarang diantara suami isteri bergurau senda dan bergaul mesra semasa haid, asalkan perbuatan itu tidak membawa kepada persetubuhan.
Menurut Hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari, Aisyah pernah ditanya oleh Masruq bin Ajdak,“Apakah yang boleh dilakukan oleh suami semasa isterinya sedang dalam keadaan haid?”..Lalu Aisyah menjawab, “Apa-apa sahaja kecuali bersetubuh.” (Hadith Sahih Bukhari).. 
Noktah..=))

Wednesday, June 13, 2012

"Scream or Enjoy..p"

Assalamualaikum..=))



Life is like a roller coaster.... It has its 

ups and downs...But it's your choice to


 either Scream or Enjoy the ride..


Be Positive..=))


Noktah..=))

Sunday, June 3, 2012

"Hernia"


Assalamualaikum..=))


Hernia atau angin pasang sering dikaitkan sebagai penyakit bagi orang lelaki walaupun perempuan turut mengalaminya. Penyakit ini berlaku kepada individu tanpa mengira peringkat umur yang berpunca daripada kelemahan otot tubuh yang menyebabkan kandungan dalam badan membonjol keluar.

Kandungan itu biasanya terjadi pada bahagian usus atau tisu lemak abdomen yang menembusi dinding abdomen yang kurang tebal membentuk kantung. Hernia berlaku akibat kecacatan otot di badan sejak lahir yang dikenali sebagai kongenital, manakala jenis lain berpunca daripada kerosakan otot badan disebabkan kecederaan, pembedahan atau tekanan dalam badan meningkat akibat batuk berulang kali, mengangkat objek berat, meneran, sembelit yang teruk dan sukar kencing.  Jenis hernia yang biasa ialah epigastric, umbilical, inguinal dan femoral.

Ramai lelaki mengalami hernia inguinal disebabkan proses perkembangan alat reproduksi mereka yang berbeza daripada wanita. Pada janin lelaki, testis (buah zakar) turun dari rongga perut menuju skrotum (kantung kemaluan) pada bulan ketujuh hingga kelapan usia kehamilan. Lubang berupa saluran itu akan tertutup menjelang kelahiran atau sebelum anak mencapai usia setahun. Ketika dewasa, kawasan itu boleh menjadi titik lemah yang berpotensi mengalami hernia.

Ada hernia yang pasang surut, tidak surut dan hernia jerutan. Hernia pasang surut boleh muncul sebagai bonjolan baru di bahagian kelangkang atau kawasan abdomen lain. Pesakit merasa sedikit senak, tetapi lazimnya sentuhan pada bonjolan tidak menyebabkan rasa sakit. Bonjolan akan timbul atau saiznya bertambah apabila pesakit berdiri atau berlaku peningkatan tekanan dalam abdomen, misalnya disebabkan batuk.

Hernia tidak surut ialah bonjolan besar yang mungkin sakit yang sebelum ini ada pasang surut, tetapi kemudian tidak boleh masuk semula ke dalam abdomen dengan sendiri atau tidak dapat ditolak masuk dengan tangan. Sebahagiannya mungkin kronik iaitu dialami dalam jangka waktu lama tetapi disebabkan tidak sakit, pesakit tidak mendapatkan rawatan.

Hernia jerutan bermula sebagai hernia tidak surut yang kemudian mengalami jerutan pada bukaan hernia, menyebabkan himpitan pada salur darah seterusnya mengakibatkan usus yang terperangkap dalam bonjolan tidak mendapat bekalan darah. Pesakit merasa sakit jika bonjolan ditekan. Antara tanda usus tersumbat ialah loya, muntah dan perut kembung, malah pesakit boleh demam dan kelihatan tenat. Rawatan kecemasan dan pembedahan segera perlu dilakukan.

Untuk mendiagnosis hernia, doktor akan meminta pesakit batuk atau berdiri untuk pemeriksaan badan. Bahagian terbonjol boleh ditekan masuk dengan tangan. Semua jenis hernia patut dibedah. Ini kerana usus yang tertonjol keluar menerusi lubang hernia menyebabkannya tersumbat, seterusnya mengakibatkan pengaliran darah ke bahagian itu terganggu dan akhirnya bocor. Rawatan setiap hernia adalah berbeza dan doktor akan berbincang dengan pesakit kaedah rawatan, termasuk risiko dan faedah jika dibedah atau tidak.

Jenis pembedahan yang biasa dilakukan ialah menggunakan jaring untuk menampal lubang hernia. Pembedahan terbuka atau tebukan laparoskopi dilakukan iaitu dengan penggunaan kamera dan peralatan bagi menebuk bahagian tubuh yang mengalami hernia. Tampalan jaring di bahagian berlubang boleh mengelak hernia berulang. Jaring untuk menampal bahagian berlubang diperbuat daripada sejenis plastik dan ia tidak mengandungi protein yang boleh mengakibatkan alahan atau penolakan pada tolakan.

Jangkitan kuman jarang berlaku pada jaring tampalan. Bagaimanapun, jika terjadi, komplikasi boleh dirawat dengan antibiotik tanpa pembedahan kedua. Hernia seperti inguinal, umbilical, femoral, incisional atau epigastric hernia boleh dibedah secara harian iaitu pesakit datang ke hospital untuk membuat pembedahan dan pulang ke rumah pada hari sama. Bagaimanapun, hernia besar atau ada komplikasi perlu menjalani prosedur lebih rumit, menyebabkan tidak boleh dibedah secara harian. Hernia kecil boleh dibedah dengan bius setempat. 

Pesakit hernia yang mempunyai penyakit lain seperti lemah jantung, diabetes atau tekanan darah tinggi yang terkawal masih boleh menjalani pembedahan dengan selamat. Ada sebahagian pesakit perlu diperiksa oleh pakar perubatan dan pakar bius sebelum pembedahan dibenarkan. Selepas menjalani pembedahan, pesakit sembuh dengan cepat dan boleh melakukan tugasnya tanpa gangguan dan selamat. kerja di pejabat boleh diteruskan seperti biasa dua atau tiga hari selepas pembedahan.

Noktah..=))

"Diabetes Pemacu Segala Penyakit."

Assalamualaikum..=))


Diabetes atau kencing manis ialah penyakit kronik akibat kandungan gula di dalam darah melebihi tahap normal. Ada yang menganggap diabetes merupakan ibu segala penyakit kerana penyakit ia boleh menyebabkan dan merangsang kerosakan lain pada tubuh seperti mata, jantung, saluran darah, hati, buah pinggang, kulit dan kaki serta kemerosotan fungsi saraf. Untuk maklumat lanjut mengenai diabetes klik disini..=))

Antara tanda dan gejala diabetes ialah penghidapnya sentiasa haus, kerap kencing, gangguan penglihatan, lesu dan mengalami penurunan berat badan. Diabetes boleh menyebabkan aliran pembuluh darah merosot dan menyebabkan organ yang seharusnya dialiri darah kekurangan nutrisi dan oksigen. Keadaan ini akan menyebabkan serangan jantung koroner, strok serta luka yang sukar sembuh.

Masalah lain yang kerap dialami penghidap diabetes ialah gastropati diabetik iaitu gejala perut kembung dan cepat kenyang. Pesakit kelihatan kurus kerana tubuh memerlukan lebih banyak insulin. keadaan ini disebabkan oleh ketidakcekapan reseptor atau resitensi insulin yang tidak mampu memproses insulin secara keseluruhan. Diabetes turut menjadi penyebab kepada kebocoran protein pada buah pinggang iaitu kegagalan fungsi organ untuk menapis segala bahan kumuh dan akhirnya menyebabkan kerosakan buah pinggang. Komplikasi lain yang mungkin dihadapi pengidap diabetes adalah penyakit kaki diabetik iaitu terjadi akibat kerosakan saraf. Pesakit tidak dapat membezakan suhu panas dan dingin dan rasa sakit berkurangan. Diabetes dibahagi kepada dua iaitu tahap satu dan tahap dua. 

Diabetes tahap satu 

Dikenali juga diabetes bersandar insulin (Insulin Dependent Diabetes Mellitus) atau diabetes awal remaja. Diabetes jenis satu adalah akibat kegagalan kelenjar pankreas menghasilkan insulin. Biasanya, penghidap mula mendapat simptom penyakit ketika kanak-kanak atau remaja. Disebabkan kegagalan penghasilan insulin semula jadi oleh badan, pesakit memerlukan suntikan insulin untuk mengawal tahap glukos darah. Tidak ramai menghidap diabetes jenis ini. 

Diabetes tahap dua 

Disebabkan oleh rintangan insulin iaitu tisu badan kian kurang sensitif terhadap insulin atau penghasilan insulin yang berkurangan. Diabetes tahap ini, diabetes jenis ini masih lagi boleh dikawal secara pemantauan pengambilan makanan, pengurangan berat badan, bersenam dan pengambilan ubat. Diabetes jenis ini biasa berlaku kepada mereka yang berusia dan mempunyai berat badan berlebihan. Pesakit perlu memakan ubat dan suntikan insulin. 

Antara faktor risiko bagi diabetes tahap dua: 

1. Faktor usia. Lebih lanjut usia seseorang, lebih tinggi risiko mendapat diabetes. 
2. Faktor keturunan - mempunyai ahli keluarga mengalami diabetes, termasuk dalam golongan populasi yang mempunyai risiko tinggi mendapat diabetes. 
3. Faktor lain - mempunyai sejarah paras glukos darah yang lebih tinggi daripada biasa, pesakit jantung serta wanita yang melahirkan anak pada usia lanjut dengan berat bayi lebih empat kilogram. 

Kes diabetes tahap dua menunjukkan peningkatan mendadak, banyak berlaku di kalangan mereka yang berusia. Ia seiring dengan trend membimbangkan peningkatan jumlah mereka yang obes serta peningkatan jumlah pesakit muda.  Amalan gaya hidup sihat dan pemantauan berat badan idea iaitu indeks jisim tubuh (BMI) pada tahap normal, boleh menghindar diabetes. Sebaliknya, berperut besar atau buncit menambahkan lagi risiko mendapat diabetes. 

Komplikasi akibat diabetes: 
  1. Sindrom metabolik. 
  • obesiti berpusat iaitu ukur lilit perut wanita 80 sentimeter (sm) manakala lelaki 90 sm. 
  • hiperinsulinemia (tahap insulin yang beredar di dalam darah daripada yang dijangkakan berbanding tahap glukosa yang berlebihan). 
  • ujian tahap plasma gula ketika puasa menunjukkan paras glukos darah lebih tinggi daripada biasa. 
  • hipertrigliseridemia (lebihan trigliserida dalam darah iaitu bahan lemak dalam darah). 
  • lipoprotein berketumpatan tinggi (HDL) rendah. 
  • tekanan darah tinggi. 
2. Penyakit makrovaskular (kerosakan pada saluran darah besar)
  • penyakit koronari jantung. 
  • penyakit serebrovaskular (gangguan pada pembuluh darah otak). 
  • penyakit vaskular periferal (halangan arteri yang besar tidak hanya dalam koronari, juga aortik gerbang vaskulatur atau otak. 
3. Penyakit jantung koronari
  • Faktor risiko 
  • umur 
  • jantina 
  • sejarah kesihatan keluarga. 
  • kolestrol 
  • tekanan darah 
  • tabiat merokok
4. Penyakit serebrovaskular dalam diabetes 
  • strok berlaku dua kali ganda dalam diabetes dan tekanan darah tinggi berbanding mereka yang menghidap darah tinggi saja. 
  • serangan strok ringan berlaku dua hingga enam kali lebih kerap. 
5. Vaskular periferal (penyempitan pembuluh yang menyekat aliran darah) 
  • Aliran darah berkurangan akibat penyakit makrovaskular. 
6. Penyakit mikrovaskular (kerosakan pada salur darah kecil) 
  • Retinopati diabetes - gejala kerosakan pada retina mata berlaku dengan diabetes jangka panjang. Selalunya tiada simptom sehingga kerosakan mata makin teruk. 
  • Nefropati diabetes - penyakit buah pinggang atau kerosakan yang berlaku pada mereka yang menghidap diabetes. Simptomnya: Selalunya, terdapat tidak menunjukkan sebarang gejala sebagai bermula kerosakan buah pinggang dan perlahan-lahan semakin teruk. 
  • Neuropati diabetes - kerosakan pada saraf di dalam badan kerana tekanan darah tinggi. Kecederaan saraf disebabkan pengurangan aliran darah dan tahap gula dalam darah tinggi. 
7. Nefropati diabetes (kerosakan buah pinggang) - kira-kira 20 hingga 30 peratus mengalami diabetes ini. 
  • Neuropati (kerosakan saraf) 
  • Simptom: rasa terbakar, rasa dicucuk dengan pin atau jarum, sakit, tiada gejala. 
8. Amputasi (pemotongan) akibat diabetes : 
  • Penyakit vaskular atau neuropati. Pemotongan akan dilakukan sekiranya bahagian tubuh dijangkiti kuman dan  kegagalan untuk sembuh. 
Petua mencegah atau melengahkan komplikasi diabetes 
  • kawal kadar gula darah ke paras normal. 
  • diet dan ambil makanan sihat. 
  • elakkan makanan yang tinggi lemak dan gula. 
  • kawal berat badan. 
  • kawal kadar kolesterol. 
  • kawal tekanan darah. 
  • lakukan senaman. 
  • berhenti merokok.
kesimpulanya, hidup kita mempunyai pelbagai pilihan, jadi amalkan gaya hidup sihat untuk kesejahteraan hari esok... Sayangailah diri dan keluarga ANDA.. Jangan biarkan mereka menangisi atas    kecuaian diri anda sendiri... Mencegah adalah lebih baik daripada merawat..=))

Noktah..=))

"Parkinson."

Assalamualaikum..=))

Parkinson adalah penyakit penyusutan keupayaan otak di mana berlakunya kekurangan dopamine dalam otak. Dopamine ialah bahan kimia yang diperlukan untuk mengawal pergerakan badan yang lancar.Ia berlaku kepada semua bangsa di dunia, tanpa mengira lelaki atau perempuan. Meskipun gejala ini biasa berlaku di kalangan warga emas, namun 10 peratus daripada pesakit ini mula menghidapinya ketika berusia 45 tahun. 

Penyakit Parkinson ini mula diketahui sejak tahun 1817. Ketika itu doktor berbangsa Inggeris, James Parkinson menamakannya sebagai Shaking Palsy tetapi kemudian ia dikenali sebagai Parkinson.Walaupun diketahui kewujudannya sejak sekian lama, tiada siapa tahu sebab sebenar serangan Parkinson. Ia adalah penyakit yang tidak boleh sembuh. Dunia perubatan secara amnya bersetuju Parkinson terjadi kerana tahap dopamine rendah di dalam otak. Namun, penyebab sebenar mengapa substantia nigra yang menghasil dopamine rosak dan mati tidak diketahui.

Sesetengah pakar perubatan mengaitkannya dengan perubahan gen tertentu dalam individu itu sendiri sebagai puncanya. Ada juga yang mengaitkannya dengan pengaruh persekitaran. Meskipun ia boleh diwarisi secara genetik dan meletakkan sesetengah orang dalam kumpulan berisiko.Serangan Parkinson tidak boleh dicegah. Ini kerana tiada rawatan atau ubat untuk melawan penyakit itu. Semua warga tua, sama ada lelaki atau perempuan berumur melebihi 60 tahun, mempunyai risiko samada mendapat Parkinson dengan nisbah dua kes bagi 1,000 (2:1000) penduduk, dan dianggarkan sekitar 10,000 rakyat Malaysia menghidapinya.


Kajian mendapati lima peratus pesakit mula diserang Parkinson sebelum mencecah umur 40 tahun. Malah, dianggarkan jumlah pesakit melonjak dalam tempoh 10 tahun berdasarkan jangka hayat penduduk yang semakin panjang. Sehingga kini penawar Parkinson belum ditemui. Ubat di pasaran hanya mampu mengawal dan meredakan gejala penyakit. Keadaan pesakit akan bertambah berat dari setahun ke setahun, walaupun sudah mendapat rawatan. Selepas lima tahun, pergerakan pesakit semakin perlahan dan sukar. Keadaan Ini menyebabkan ramai pesakit hilang harapan untuk hidup, sedih dan tertekan. Pun begitu, mereka tetap perlu mengambil ubat. Keberkesanan ubat biasanya berkurangan selepas lima tahun.

Gejala
  1. Tangan, kaki atau badan menggeletar
  2. Masalah pergerakan tidak normal (dyskinesia)
  3. Kepala, tangan dan kaki bergoyang seperti menari
  4. Serangan bermula pada sebelah badan
  5. Penyakit bertambah buruk jika pesakit mengalami tekanan perasaan
  6. Tekanan darah akan lebih tinggi

Rawatan

Pengambilan ubat seperti madopar dan sinemet bukan saja penting bagi mengawal gejala menggeletar, bahkan mampu memberikan kualiti kehidupan lebih baik kepada pesakit untuk menjalani rutin harian.  Pesakit yang tidak mendapatkan rawatan lebih cepat, menemui ajal kerana komplikasi lain termasuk mudah diserang penyakit lain seperti jangkitan paru-paru atau terjatuh akibat tiada keseimbangan badan.

Kaedah rawatan terbahagi kepada dua, iaitu am dan khusus. Rawatan am termasuk memberi sokongan moral, fisioterapi (senaman menguatkan otot dan pergerakan badan yang lancar) serta amalan pemakanan seimbang bagi mengekalkan kekuatan otot dan anggota badan. Rawatan khusus pula membabitkan dua jenis pembedahan iaitu rangsangan otak dalaman dan pembedahan otak pallidotomy.

Pembedahan rangsangan otak dalaman, iaitu penanaman bateri khas di bawah kulit dada, bertujuan memberi rangsangan kepada otak melalui elektrod halus yang disambungkan ke dua bahagian di otak, iaitu subthalamic nucleus (STN) atau globus pallidus interna (GPI) yang terlalu aktif hingga mendatangkan kesan menggeletar. Aliran elektrik pada satu atau kedua-dua bahagian ini akan membantu menyembuhkan pesakit daripada gejala secara serta-merta. Pembedahan otak pallidotomy pula membabitkan sinaran thermal (haba) yang akan mengurangkan keaktifan globus pallidus interna (GPI).

Fakta 

Penyakit Parkinson merupakan penyakit yang tidak dapat disembuhkan. Ia hanya boleh dikawal dengan ubat supaya pergerakan pesakit pulih dan tangan kurang menggeletar. Dari tahun ke tahun, gejala ini semakin bertambah. Pengambilan ubat pula bermula sehari dua kali bertambah hingga empat kali sehari. Simptom Parkinson biasanya muncul dua tahun sebelum didiagnos. Penghidap hanya mengetahui dia diserang Parkinson apabila tangannya menggeletar dan pergerakannya terjejas.

Noktah..=))