Sunday, March 6, 2011

"Risiko penghidap diabetes..==))"

Assalamualaikum..==))


Kencing manis atau diabetes berlaku apabila kelenjar pancreas gagal untuk menghasilkan hormon insulin dengan secukupnya atau insulin yang dikeluarkan tidak dapat berfungsi dengan normal.

Penyakit kencing manis berlaku apabila wujudnya kadar gula yang berlebihan dalam peredaran darah. kejadian ini disebabkan oleh kekurangan hormon Insulin yang bertanggungjawab menukar gula kepada tenaga dalam badan kita. 

kegagalan ini  menyebabkan, glukos atau gula tidak dapat memasuki sel-sel badan dan seterusnya menyebabkan Kadar gula dalam peredaran darah menjadi tinggi. Gula yang berlebihan ini akan disingkirkan oleh badan melalui air kencing. Inilah sebabnya, penyakit ini dikenali sebagai penyakit kencing manis. Tanpa insulin sel-sel badan tidak menerima bekalan glukos walaupun kadar gulanya amat tinggi dalam peredaran darah dan sekaligus menyebabkan badan  kekurangan tenaga.

Diabetes merupakan penyakit yang dipercayai menjadi pemangkin utama kepada penyakit lain di dalam tubuh manusia. Penyakit ini dapat meningkatkan risiko kematian yang disebabkan kegagalan fungsi sistem saluran darah seperti kanser payu dara dan radang paru-paru.


Diabetes dikaitkan dengan obesiti melampau yang menyebabkan risikonya bertambah dua kali ganda untuk pesakit diserang lemah jantung atau strok. Selain itu, pesakit diabetis juga lebih berisiko menderita kanser dan maut akibat kehadiran pelbagai penyakit lain termasuk jangkitan, komplikasi jantung dan buah pinggang.

Dalam kes jangkitan penyakit berbahaya, diabetes melemahkan sistem imunisasi badan pesakit sekali gus memudahkan peluang virus menyerang sistem tubuh. Diabetes juga boleh menyebabkan masalah penglihatan dan kegagalan sistem saraf pada kaki dan anggota badan yang lain. 
Diabetes adalah penyakit kronik yang akan kekal seumur hidup. Setakat ini belum ada ubat yang dapat menyembuh penyakit diabetes tetapi penyakit ini boleh dikawal dengan cara berikut:
  • Penjagaan pemakanan dan berat badan
  • Kerap bersenam
  • Perubatan
  • Pemakanan pesakit Diabetes seharusnya kurang lemak dan kalori serta seimbang.

Noktah..==))

No comments: