Assalamualaikum..==))
selamat malam, selamat berhujung minggu dan selamat bergembira bersama orang2 tersayang.. moga2 kegembiran hari2 esok juga adalah milik kita ok...==)).
Sepanjang 2 mggu ni, us asyik dikejutkan dengan banyak berita sedih tentang kematian jer, terutamanya untuk 3 orang rakan baik us yang kehilangan ibu dan ayah tersayang. memang tak dapat di bayangkan lah perasaan kehilangan orang tersayang...tiada perkataan yang dapat diungkapkan kalau kehilangan keluarga tersayang and tempat bergantung harap anak2..sedih yang teramat sangat.. apapun, hanya redha dan doa anak2 soleh yang dapat menjadi penghubung kepada arwah.. moga2 kawan2 us ni tabah and redha atas ujian Allah ya al-fatihah..==)).
**********************************************************************
0k, berbalik kepada tajuk us malam ni, rasa2nya senario macam ni dah banyak berlaku and menjadi perkara biasa dalam masyarakat kita,.. terutamanya remaja2 yang masih belum kenal erti kehidupan dan konsep berkeluarga,..hihii.. topik yang agak berat kalau nak dibincangkan terutamanya oleh orang yang belum berkahwin macam us ni. may be, ada orang bersetuju and ada yang tak sependapat dgn us... Apapun ini hanyalah sekadar pendapat bebas and berdasarkan pemerhatian us terhadap orang sekelilinglah...==))
Setiap orang mesti nakkan kebahgiaan kan....macam us jugalah, kita mesti mahukan perkahwinan berkekalan seumur hidup.. jadi istilah bermadu atau dimadu adalah perkara yang sangat berat dan sangat sensitif..sedikit sebanyak akan membuatkan seorang isteri terasa hati dan yang paling teruknya adalah hilang rasa hormat terhadap suami dan seterusnya berakhir dgn penceraian.. sebabnya, Fitrah manusia yang bergelar lelaki or perempuan adalah sukar untuk berlaku adil.. tidak kira dari semua aspek.. sebab kita semua adalah manuasia biasa..==)).. semua makhluk ada sifat cemburu.. tak kira lelaki or perempuan kan.. macam tu juga us,.. setiap org ada prinsip masing2,.. hehhe.. maklumlah,. us ni adalah org yang sangat tamak,.. jadi agak kedekut nak berkongsi dgn org lain, terutamanya berkongsi suami or kekasih.. hahahah,.. jadi kaedah dia senang jer,..klu org nak and suka sama suka,.. us kasi free n ambil jer terus and hargai diri sendiri selagi boleh... hahahah.. sbb hidup kita ni lebih bernilai daripada bermasam muka and gaduh2.. ibarat berkongsi baju adik beradik la kan.. ada sampai gaduh2.. inikan pula kalau kongsi org tersayang.. speechless kata omputihnya.. heheh.
Berbalik pada topik,..sebenarnya, us ada seorang kawan, boleh dikatakan baik juga la,.. kiranya setiap kali jer berjumpa and berbual dgn us, mesti topik ni lah yang menjadi tajuk panas.. hihihi.. maklumlah, us boleh dikatakan menjadi tempat mengadu and luahan perasaan lah..sebenarnya, banyak benda yang us perhatikan and agaknya dah 2 tahun perkara ini berlarutan.. and jawapan or nasihat dari us tetap adalah sama.. maaf ya kawan, w/pun sebagai kwn, us tetap tidak menyokong tindakan and keputusan anda bila berhadapan dengan situasi macam ni.. byk masalah yang menanti ...apapun, semua ini adalah untuk kebaikan diri and masa depan ok..==))
ok,.. pertamanya.. agak2 lah kenapa golongan muda or perempuan bujang boleh tertarik kepada suami orang ni ya??. hihihi.. banyak juga research yg us bt pasal benda alah ni yg boleh menyebabkan kes bunuh-membunuh ni.. (heheh...research pasal thesis malas plak nak bt kan.).. kenapa ya !!!.. apa sebabnya ya yang orang2 bujang ni tetarik... pening us fikir2 faktor ni..hihihi...=)
ok.. pertamanya, mungkin faktor kewangan..mmg bila difikirkan blk, duit adalah penting kan dlm semua kehidupan.. keluar ckit jer dah kena cas kan. may be org lelaki yg berkahwin ni berada pada tahap yg agak stabil la.. itu pada pendapat org lain... tp bagi us sendiri, bila dah berkahwin,.. byk ujian dan dugaan dia.. selalunya, ada perkahwinan gagal seawal 2 tahun perkahwinan or kuranglah... tetapi kalau nak difikirkan balik,.. ramai lelaki or wanita berkahwin seawal belasan tahun or pada usia remaja (bawah 30 tahun).. jadi majoritinya adalah masih muda2 and x berduit pon lah.. sbb waktu ini, mereka sepatutnya berada di institut pengajian utk penuhkan ilmu di dada.. Realiti zaman sekarang, sangat susah mencari pekerjaan kalau setakat lepasan spm.. Jadi tiada pilihan lain ok..==))... Jadi bagi us, lelaki yg berkahwin ni, masih lagi x stabil sgtlah.. sbb masih baru jer nak menapak.. Jadi alasan ni x boleh diguna pakai sgt lah.. dr pemerhatian us, kes2 cinta suami org or berstatus isteri kedua pada usia muda ni byk terjadi pada golongan sederhana, kurang berilmu and yang bernafsu semata2 jer and tidak fikir panjang.. ==))
faktor keduanya, mungkin faktor layanan, romantik and lebih perhatian kut...itu berdasarkan apa yg kawan us katalah... us belum dapat pastikan lagi kebenaran faktor ni,.. hahahah...may be kurang betoinya,.. apapun semua bergantung pendapat masing2.==)). ok meh kita kaji betoi ke idak.. pada pendapat us sendirilah, faktor ni adalah lebih kepada lelaki yg berkasanova la and lelaki yg agak playboy. tp bukan semua ok.. ada juga faktor dalaman rumah tangga yg membuatkan lelaki mencari pasang lain.. semua ni bergantung macam mana org lelaki tu settle masalah dia.. sebab dari pemerhatian us sendirilah, majoriti lelaki suka bersikap cool,.. x suka melenting n berleter.. berbeza lah dgn sikap sesetengan org perempuan.. ada yg suka berleter n gaduh tetapi ada yg bersikap diplomatik.. semua tu bergantung pada tahap ilmu yang kita milikilah kan.. hihi. mungkin dari sudut lelaki yg suka lepas tangan ni akan memberi layanan kepada perempuan lain, kononnya, isteri tidak dapat menjadi teman mendengar masalah and x romantik and bla.. bla.. bla.. tp mesti di ingat, kelakuan adalah cerminan identiti kita.. jadi wanita perlulah berlajar menilai seseorang dari kaca mata rasional. S0, kalau ada yg nak pasang 2 or 3 tu baik kita cek and fikir balik kemampuan diri...sebabnya, hadiah seorang lelaki semasa diakhirat kelak adalah tanggungjawab pada keluarganya and yang penting nya bykkan bersabar w/pun diambang taufan melanda..==))
Emm.. apa lg yg perempuan suka dari suami org ya??.. mungkinkah dari segi kematangan dan tanggungjawab??..susah juga nk mengkaji faktor ni... sebabnya faktor ini adalah terlalu peribadi,.. ada sesetengah kes, usia tidak menunjukkan kematangan seseorang sbb ada yang dah tua pon masih lagi tidak matang and kurang profesional...ok.. kalau dari segi tanggungjawab tu, mmg kompem dah out la kan.,iye lakan.. jikalau lelaki asyik nak settlekan masalah dgn hanya melarikan diri,.and hanya nak kan hiburan semata2,.. us rasa org sebegitu patut muhasabah diri and igt blk tujuan asal perkahwinan and tanggungjawab sebagai ketua keluarga...bagaimana agaknya kalau nak kemudikan 2 buah kapal kalau satu pon dah lintang pukang kan... apa pon.. jawapan pada faktor ni tidak lain and tidak bukan adalah dgn adanya ilmu dunia and akhirat..==))
emm.. mmg tak dinafikan.. bukan semua masalah berpunca daripada si suami or si isteri.. ada juga berpunca dari orang ketiga..apapun,.. segala masalah tidak dapat diselesaikan dgn hanya menuding jari and asyik nk salah menyalahkan org lain.. tetapi, mesti di ingat,.. perkara ini tidak akan menjadi semakin serius jikalau si suami or isteri itu tidak membuka ruang pada wanita or lelaki lain.. mungkin niat dihati hanya nk test market or sekadar kawan... ttp dlam hati sapa lah tahukan.. hahahha.. jadi berbalik lah pada agama,.. lelaki adalah pemimpim kaum wanita,.. jadi dari segi hukum,.. salah and dosanya akan dijatuhkan lebih berat pada seorang yang bergelar suami or lelaki..==))
so,.. us rasalah,.. mungkin seseorang wanita or gadis perlu ada sensor dalam diri sendiri.. hihihi.. jadi bila terasa terlibat dalam konflik ni..cepat2 mengundurkan diri dari menjadi org ketiga.. sebabnya, hidup kita ni terlalu bernilai utk dijadikan taruhan dalam kebahagian yang belum pasti and akhirnya hanya mengundang permusuhan seumur hidup..emm.. ada org cakap, cakap sgt senang dari melakukannya..... yess semua cabaran dapat diatasi kalau kita ada prinsip sendiri,..iaitu, sentiasa menilai dari sudut rasional and bukan dgn emosi semata2.. jadi macam mana nak menjadi org yg rasional adalah dgn ILMU.. keduanya, setkan hati, minda and diri kita untuk berjaya tanpa memandang duit, pangkat, and harta org lain.. jadi hiduplah dgn usaha sendiri.. and lastly,.. us rasanya,.. kita perlulah bersabar dgn jodoh kita,.. and bangun kejayaan and hidup bersama2 dari bawah.. jadi kalau kita berusaha kearah itu, insyaAllah kita akan lebih sayangkan pasangan kita and sebabnya, duit and harta bukanlah sebab utama perkahwinan.. yg pentingnya cara kita settle problem dgn rasional, kematangan and yg penting dgn ilmu..==))
kesimpulanya, us x nampak apa sebabnya wanita or remaja perlu sukakan suami org,..hahah..maybe us ni agak sensitif and prejudis tentang lelaki yg kurang tanggungjawab and lepas tangan ni..(us rasa tak salah klu kita bersifat keras hati kan..kan.. heheh)... tetapi, dari segi pendapat org tertentu may be berlainan.. sebabnya faktor ekomoni, agama, politik, cara didikan and sosial seseorang adalah sangat berbeza dgn yg lain..==)) jadi, kalau jodoh dijadikan alasan tu adalah sgt tidak boleh diterima pakai kecuali setelah diakad nikahkan,.. apa pon tepuk dada, tanya lah iman ok..==))
p/s.. bila us fikir n discuss perkara ni.. terasa takut plak nak kawin and bila difikirkan balik, byk cabaran kepada seorang bergelar ibu or ayah untuk membentuk seorang bayi menjadi manusia berjaya nnt..tanggungjawab yg sgt besar,.. ttp masih ramai yg lepas tgn..=))
Noktah..==))
2 comments:
kekasihmu masih bujang..don wori bebeh
hehehe.. x worry pon lor...
Post a Comment