Wednesday, October 26, 2011

"Muammar Muhammad al-Gaddafi"

Assalamualaikum..==))


Baru-baru ni dunia digemparkan dengan kematian pemimpin bersuara lantang dari libya. Kepimpinan tokoh islam yang hampir 42 tahun meninggal dalam keadaan begitu tragis.  w/pun terletak di benua Afrika, tetapi kedudukan nya adalah bersebelahan dengan tanah arab. bila us baca2 pasal ghadafi, us rasa banyak sumbangan ghadafi kepada libya and tanah besar arab lain. tetapi kebanyakan engin carian terutamanya google and lain2 hanya memaparkan kisah yang kebanyakan berunsur negatif dan keburukan semata-mata.

bila dikaji baik2 ttg penglibatan kuasa barat terutamanya USA dan perancis and israel secara langsung di libya yang bertopengkan keamanan, adalah tidak boleh diterima akal, namun kematiannya tidak mendapat pembelaan dari pertubuhan dunia. may be salah satu sebabnya, mana2 tokoh islam yang berjuang untuk agama dunia adalah musuh tegar kepada usa n israel. selain itu, faktor dalaman and ciri2 kepimpinan kroni yg yang menyumbang kepada perpecahan libya, sebabnya dalam revolusi penggulingan ghadafi, terdapat golongan remaja yang  boleh dikatakan kurang mengkaji sejarah negara sendiri sejak 40 tahun dahulu pon terlibat...==)). 

soo.  siapa Muammar Muhammad al-Gaddafi ni ??..


Muammar Muhammad al-Gaddafi yang dilahirkan pada lahir 7 Jun 1942- 20 Oktober 2011 merupakan anak bongsu dalam keluarga petani di padang pasir kering kontang di Oasis Hun,Sirte. Beliau keturunan suku Arab  Badawi. Datuknya, Abdessalam Bouminyar dikatakan mati syahid ketika menentang penjajahan Itali ke atas Libya di Khoms pada 1911. Menerima pendidikan rendah agama tradisional dan sekolah persediaan Sebha di Fezzan dari 1956 hingga 1961. Pada akhirnya ghadafi dan rakan-rakan dari sekolah ini menjadi kumpulan teras revolusi dan merampas kepimpinan negara ekoran daripada kekalahan dunia arab kepada pada israel pada tahun 1948


Inspirasi Gaddafi ini adalah Gamal Abdel Nasser, presiden Mesir yang telah menjatuhkan kerajaan monarki di  Mesir. Pada 1961, Gaddafi telah keluar dari Sebha dan memulakan aktiviti politik secara aktif. Kemudian, Gaddafi belajar undang-undang di universiti Libya dan lulus dengan cemerlang. Selepas itu, beliau menyertai Akademi Tentera di Benghazi pada 1963Di sini, beliau bersama sekumpulan yang lain telah membentuk kumpulan militan secara rahsia untuk membuang pemimpin Libya yang pro Barat. Selepas tamat belajar pada 1965, dia telah dihantar ke Britain untuk latihan lanjutan di Kolej Pegawai Turus Britsih (British Army Staff College) dan pulang pada 1966 dan berkhidmat sebagai pegawai komunikasi dalam Signal Corps. Pada 1 September 1969, satu kumpulan kecil pegawai tentera yang dipimpin oleh Gaddafi telah melakukan rampasan kuasa terhadap Raja idris 1 yang ketika itu menjalani rawatan perubatan di TurkiTidak seperti pemimpin diktator tentera yang lain, Gaddafi  digelar  "Pemimpin besar dan Pengasas Revolusi."

Rejim tentera Gaddafi memiliki campuran semangat kebangsaan Arab, nasionalisme dan sosialisme  berteraskan islam. Gaddafi memanggil negara Libya sebagai  Negara kebajikan dengan sistem pemerintahan dikenali sebagai "Sosialisme Islam". Libya kini membenarkan ekonomi dikawal oleh syarikat-syarikat kecil dengan kawalan minimum daripada kerajaan. Gaddafi juga memmperkenalkan sistem moral Islam yang melarang minuman alcohol dan berjudi kalangan rakyatnya. Falsafah politik beliau direncakan dalam sebuah buku rasmi Libya yang dinamakan buku hijau'. Buku Hijau ini merangkumi 3 jilid dan dicetak di antara 1975 dan 1979. Bagaimanapun, dalam praktik pemerintahan, sistem politik yang dilaksanakan tidaklah idealis sebagaimana sepatutnya. Ini kerana Presiden Gaddafi berhadapan dengan kekangan dalam negeri dan terpaksa berhadapan dengan tekanan antarabangsa.

Pada hari Khamis, 20 Oktober 2011, Gaddafi cedera parah di sebuah terowong di bawah lebuh raya di kampung halamannya Sirte LibyaKonvoi beliau dihujani bom dari jet pejuang  NATO. Pejuang Majlis Peralihan Kebangsaan NTC kemudian telah mengheret beliau dan menembak mati.Ketika ditangkap , beliau masih bernafas dan kedua-dua kakinya cedera. Sumber lain menyatakan Gaddafi ditembak mati oleh pengawalnya sendiri. Tentera NATO terutama Perancis telah membantu penduduk tempatan memburu dan mengusir tentera Gaddafi. Selama beberapa bulan, tentera NATO mengebom di merata-raya tempat yang disyakki menjadi kubu persembunyian Gaddafi , anak-anak dan penyokongnya. Gaddafi merupakan pemerintahan pertama yang dibunuh dalam siri kebangkitan Arab di  timur tengah...

noktah..===))

No comments: