Monday, October 17, 2011

"Pen Pintar Digitar"




Assalamualaikum..==))

Perkembangan dunia sains dan teknologi telah mencipta pelbagai aplikasi moden yang mampu menjadikan aktiviti manusia semakin mudah daripada pelbagai segi. 

Terkini, melalui pen pintar yang diberi nama Pulse Digital, kerja-kerja mencatat menjadi lebih senang kerana ia bukan sahaja mampu merekod data, malah turut berkeupayaan untuk merakam audio. Pen berkenaan perlu digunakan bersama sebuah buku khas di mana setiap helaian kertas pada buku itu didatangkan dengan titik mikro yang berfungsi membantu pen berkenaan mengenalpasti tulisan pengguna dan seterusnya memperdengarkan rakaman yang telah dibuat.

Lebih menarik lagi apabila ia dilengkapi dengan fungsi tambahan seperti kalkulator, penterjemah bahasa dan juga piano mini. Dengan saiz kompak 155 milimeter (mm) panjang dan berdiameter 16 mm, operasi pen tersebut dipacu oleh sistem pemproses Samsung ARM 9 dengan kelajuan 32-bit 150 MHz.

Noktah..==))

No comments: