Monday, November 21, 2011

"Mengapakah pengguna perlu terlibat bersama dalam pembangunan standard? "



 Assalamualaikum..==))


Peraturan standard yang kurang ketat tidak kira di peringkat nasional, wilayah, ataupun antarabangsa boleh mendatangkan kesan yang tidak diingini. Sebagai contoh, di negara India, telah dilaporkan bahawa sebanyak 21 jenis jenama termometer, 20 jenis daripadanya dikatakan telah memberikan bacaan suhu yang kurang tepat. Ketiadaan peraturan standard yang ketat untuk mengawal pengilangpengilang termometer ini telah menimbulkan banyak masalah kepada beberapa keluarga berkenaan. Ini kerana sedikit kenaikan atau penurunan bacaan suhu yang direkodkan boleh memberikan perbezaan yang besar lebih-lebih lagi apabila soal hidup dan mati dipertikaikan.

penggunaan telefon bimbit tanpa kawalan juga boleh mengancam kesihatan seseorang seperti risiko mendapat penyakit kanser, alzheimer, sakit kepala, dan kerosakan pada sistem ketahanan badan. Di negara Sweden misalnya, telah terbukti bahawa penggunaan telefon bimbit yang berlebihan akan meningkatkan risiko penyakit tumor otak sebanyak 2 1/2 kali lebih daripada kebiasaan.

 Selain itu juga, pengguna yang  membuat panggilan telefon sebanyak 4 kali atau lebih dalam sehari boleh meningkatkan risiko sakit kepala  sebanyak 3.6 kali lebih daripada kebiasaan. Oleh itu, memandangkan situasi yang genting ini, maka perlaksanaan peraturan standard yang ketat amat diperlukan bagi mengawal tahap radiasi pada semua telefon bimbit. Standard bukan sesuatu yang mudah dibentuk tetapi ianya mengambil masa yang panjang untuk dicapai.

Walaubagaimanapun, kesedaran pengguna terhadap bagaimana sesuatu standard itu dilaksanakan adalah penting dan perlu diketahui oleh setiap pengguna supaya mereka akan menghargai dan memahami nilai standard kepada mereka. Selain itu, penglibatan pengguna dalam membuat rangka standard juga tidak kurang  pentingnya.

Mengapa demikian? Standard memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seharian kita.!!

Cuba bayangkan suatu keadaan di mana anda tidak dapat mengeluarkan wang dari mesin ATM disebabkan oleh kad ATM yang anda gunakan itu terlalu besar ataupun keadaan di mana bateri yang baru dibeli oleh anda tidak sesuai digunakan pada semua peralatan elektrik. Dengan adanya standard, semua keadaan ini dapat dikawal dan segala kehidupan harian anda akan menjadi lebih mudah. Standard yang dibentuk adalah berdasarkan kepada keperluan harian dan kehidupan pengguna dalam pelbagai bidang. Oleh yang demikian, pengguna perlu terlibat secara aktif dalam aktiviti merangka dan membentuk standard kerana hanya pengguna itu sendiri yang akan tahu keperluan mereka sendiri.

Noktah..==)

No comments: