Sunday, May 13, 2012

"Andropaus (LOH)"

Assalamualaikum..=))


Jika wanita mengalami menopaus atau putus haid, Lelaki juga mengalami fenomena yang lebih kurang sama yang dikenali sebagai Andropaus, viropaus atau lewat mula hipogonadisme (LOH). Keadaan ini disebabkan oleh penurunan tahap testosteron rendah (TDS) yang dikaitkan dengan usia lanjut. Penyelidikan Kesihatan Lelaki Subang 2007 mendapati kadar kewujudan LOH sebanyak 18.5 peratus di kalangan lelaki berumur 40 tahun ke atas di negara ini.

Kebiasaanya, penurunan tahap hormon testosteron dialami lelaki berusia 40 tahun ke atas. Testosteron ialah hormon seks lelaki paling penting yang bertanggungjawab terhadap perkembangan seorang budak lelaki untuk menjadi dewasa dan hormon itu diperlukan sepanjang hayatnya demi kesihatan dan kualiti hidup lelaki. Keadaan ini semakin kerap  berlaku di kalangan lelaki berusia lanjut di Asia.

Gejala LOH tidak mudah dikenal pasti kerana gejala dialami tidak jelas dan mudah disalahertikan sebagai masalah lain. Ia juga boleh menyebabkan penurunan ketara dalam kualiti hidup dan memberi kesan buruk kepada individu yang mengalaminya. Tiga gejala utama yang biasa dialami lelaki berusia lanjut ialah kelesuan, kurang nafsu dan perubahan mood. Antara lain, ia menyebabkan mati pucuk, kekuatan dan jisim otot berkurangan, peningkatan lemak badan, pengurangan ketumpatan tulang dan kemurungan.

Wanita mengeluarkan hormon estrogen dan progesteron yang membentuk payudara dan kitaran haid manakala lelaki cuma memiliki satu hormon iaitu testosteron yang bertanggungjawab membangunkan otot kasar dan misai/bulu.

Testosteron Hormon seks utama lelaki yang dihasilkan oleh testis. Ia berfungsi sebagai:
  1. membangunkan tisu reproduktif lelaki seperti testis dan prostat
  2. membentuk ciri seksual sekunder termasuk otot kasar, tulang dan pertumbuhan misai/bulu
  3. mengekalkan kesihatan tubuh dan mencegah osteoporosis
  4. meningkatkan nafsu seks
  5. menyebabkan perubahan suara (lebih kasar)
  6. membantu meningkatkan daya tumpuan dan ingatan
Secara purata, tubuh lelaki dewasa menghasilkan 10 kali ganda lebih testosteron berbanding tubuh wanita dewasa tetapi wanita lebih sensitif terhadap hormon. Tahap testosteron yang rendah menyumbang kepada:
  1. sindrom metabolik
  2. hiperinsulinaemia (tahap berlebihan insulin yang beredar di dalam darah)
  3. diabetes
  4. penyakit arteri koronari
  5. darah tinggi
  6. obesiti
  7. trombosis (pembekuan darah dalam salur darah)
  8. retensi protein
  9. penurunan ketumpatan tulang (osteoporosis)
  10. penurunan jisim otot
  11. perkembangan tisu buah dada
  12. peningkatan lemak badan
  13. letih keterlaluan
  14. anemia
  15. lemah badan
  16. penurunan pertumbuhan bulu badan
  17. murung
  18. kurang keinginan seks
  19. kurang daya tumpuan
  20. mengalami masalah lupa
  21. ereksi pada waktu pagi semakin berkurangan
  22. kurang ghairah seks
Terapi penggantian testosteron (TRT) antara pilihan paling baik bagi menangani gejala LOH. Banyak data klinikal menunjukkan TRT berkesan dan selamat. TRT membantu mengembalikan fungsi seks, nafsu dan kesejahteraan. Penggunaan TRT juga mengoptimumkan ketumpatan tulang untuk menghalang osteoporosis dan meminimumkan risiko patah tulang serta meningkatkan komposisi badan dengan mengurangkan peningkatan obesiti dan meningkatkan fungsi otot. TRT sepatutnya menjadi sebahagian daripada pendekatan menyeluruh dalam pengurusan LOH. Aspek pengurusan lain termasuk mengubah gaya hidup, mengamalkan pemakanan seimbang, kerap bersenam, berhenti merokok dan mengelakkan pengambilan alkohol. 

Ujian makmal bagi mengukur tahap testosteron akan dilakukan bagi mengenal pasti masalah itu. Terapi testosteron dimulakan pada 1940 dengan penggunaan picagari. Teknologi bagi penggantian terapi hormon semakin berkembang dari semasa ke semasa hingga mendorong penciptaan pil, koyok dan kemudian, gel pada 2000 dan yang terbaru gel yang dikeluarkan Orient Europharma. 

Pada umumnya, lelaki mungkin sukar menerima hakikat mereka boleh menghadapi perubahan hormon kerana ia mencabar kejantanan. Oleh itu, kesedaran dan pemahaman terhadap LOH akan membantu lelaki memahami keadaan mereka dengan lebih baik dan membolehkan mereka membuat keputusan bijak untuk memastikan kualiti lebih baik. Terapi penggantian hormon testosteron memberi penyelesaian kepada lelaki berusia lanjut untuk menghadapi LOH dengan pembekalan testosteron secara berterusan, bantuan menangani gejala fisiologi, seksual dan psikologi secara berkesan serta kaedah aplikasinya yang mudah. 

Selepas menjalani TRT, berlaku peningkatan:
  1. jisim tulang
  2. jisim tubuh dan otot
  3. penghasilan sel darah merah dalam tisu sumsum tulang
  4. aktiviti fizikal
  5. aktiviti mental
  6. mood baik
  7. keupayaan kognitif (kemahiran berasaskan otak)
  8. ghairah seks
  9. kualiti hidup
Noktah..=))

No comments: