Sunday, May 13, 2012

"Bulimia"


Assalamualaikum..=))


Bulimia berasal daripada perkataan Latin (Bous Limos Nervosa) iaitu lapar dan juga merupakan gangguan emosi makan iaitu perilaku terhadap cara makan. Bulimia merupakan tabiat mengambil makanan dan kemudian mengeluarkan semula apa yang dimakan seperti memuntahkan semula makanan.  

Tabiat pemakanan tidak sihat yang sering dilakukan pesakit yang terlalu obses terhadap bentuk badan seperti makan terlalu banyak pada satu-satu waktu dan diikuti dengan usaha membuangkan apa dimakan, sama ada memuntahkan semula atau menggunakan ubat bagi membuang makanan dengan kadar cepat. Tabiat gangguan ini lebih cenderung kepada kaum Hawa dan tabiat bulimia berlaku seawal usia 13 tahun, bahkan golongan ini dikenal pasti mempunyai kecenderungan tinggi mengambil dadah, alkohol dan merokok.

Hakikatnya pesakit bulimia masih boleh diselamatkan berbanding pesakit aneroxia yang sememangnya membawa maut. Pesakit bulimia tidak mengehadkan jumlah makanan diambil, bahkan mereka makan tanpa berhenti tetapi memuntahkan semula selepas beberapa ketika, berbeza dengan aneroxia yang langsung tidak makan dan memudaratkan diri hingga membawa maut. Mereka juga sering menganggap diri gemuk dan mempunyai bentuk badan kurang menarik. Penghidap bulimia turut menghadapi masalah psikologi kerana fikiran mereka hanya tertumpu kepada persoalan mengenai penampilan kurus, berat badan dan makanan.

Penghidap bulimia biasanya makan dengan banyak tetapi akan cepat pula ‘memuntahkan’ kembali apa yang mereka makan dengan kaedah menjolok anak tekak. Namun, ada juga yang sanggup menggunakan ubat laksatif atau diuretik supaya cepat membuang air besar, berpuasa panjang untuk mengurangkan berat badan dan senaman keterlaluan. Golongan ini juga sering dikaitkan dengan suka berbelanja (boros) dan paling mengejutkan, turut memiliki masalah seksual selain disebabkan faktor keturunan.

Simptom yang biasa dilihat pada penghidap bulimia ialah kegagalan mengawal nafsu pemakanan, malah makan dalam kuantiti banyak sebelum berhenti apabila perut terasa tidak selesa. Selain itu, pesakit bulimia kerap dilihat melakukan senaman dengan kadar berlebihan dalam tempoh singkat yang mampu menyebabkan degupan jantung tidak terkawal, malah ia juga dikesan penyebab penyakit gastrik refluks paling kronik.

Ramai tidak tahu, bulimia boleh menyebabkan pelbagai komplikasi dan penyakit lain. Pesakit turut berisiko mendapat trauma mulut (oral trauma). Ia berlaku apabila pesakit menjolok makanan menggunakan jari berkuku panjang dan menyebabkan kecederaan dalam tekak. Mengakibatkan kerosakan gigi dan gusi akibat kesan asid perut dalam bahan yang dimuntahkan. Dehidrasi badan dan penurunan paras kalium akibat kerap muntah boleh menyebabkan gangguan degupan jantung, selain badan menjadi tidak bermaya. Pembuangan bahan daripada usus secara kerap menyebabkan keradangan pada dinding saluran pemakanan dan sembelit.

Gejala penyakit bulimia pula meliputi:
  1. Makan terlampau mengikut nafsu dan tidak henti-henti.
  2. Tabiat makan yang tidak dapat dikawal.
  3. Usaha dilakukan bagi mengurangkan berat badan, sama ada secara memuntahkan apa yang dimakan, menggunakan ubat julap, berlapar, berpuasa atau bersenam secara keterlaluan selepas makan secara melampau.
  4. Memberi tumpuan tidak sihat kepada isu berkaitan bentuk dan berat badan.
  5. Kekeringan badan atau dehidrasi.
  6. Letih, lesu dan tidak bermaya.
  7. Sembelit.
  8. Gigi dan gusi rosak disebabkan kesan asid perut yang keluar bersama bahan muntah.
  9. Pipi bengkak akibat sering muntah.

Ciri-ciri penghidap bulimia
  1. Bermula dengan berdiet dan bersenam secara berlebihan.
  2. Makan banyak tetapi memuntahkan semula semua makanan.
  3. Mudah rasa bersalah selepas makan.
  4. Mengambil ubat laksatif atau diuretic serta pil lain.
  5. Pipi kembung akibat pembesaran kelenjar liur kerana selalu muntah dan kerosakan enamel gigi sebelah dalam.

Kesan buruk bulimia
  1. Berat badan sentiasa turun naik atau lebih sedikit daripada berat normal.
  2. Boleh menyebabkan kematian akibat penghasilan asid gastrik berlebihan.
  3. Muntah berulang kali.
  4. Ketidakseimbangan elektrolit dalam badan.
  5. Kerosakan lapisan perut.
  6. Degupan jantung tidak seragam.
  7. Kerosakan buah pinggang.
  8. Enamel gigi rosak kerana selalu muntah.
  9. Kerongkong berdarah.
  10. Kerap terbabit dengan penyalahgunaan dadah dan alkohol.
  11. Gangguan fikiran, resah dan murung.

Rawatan bulimia
  1. Pendedahan mengenai tabiat pemakanan dan makanan yang betul.
  2. Pengambilan makanan 1,500 kalori sehari.
  3. Pengambilan makanan berlemak dapat melambatkan penghasilan asid gastrik dan menimbulkan rasa lebih kenyang.
  4. Rawatan psiokologi dan kaunseling mampu menyelamatkan pesakit ini. 
Kesimpulannya, kita mempunyai pelbagai pilihan dalam hidup, maka buatlah keputusan dengan bijak..Dan Sayangilah diri anda untuk kesejahteraan hidup pada hari esk.==))

Noktah..=))

No comments: