Sunday, May 13, 2012

"Helicobacter Pylori Penyebab Sakit Perut"

Assalamuaikum..=))

 Helicobacter pylori
Apabila mengalami sakit perut, anda mungkin menyangka ia akibat anda tersalah makan dan berharap ketidakselesaan itu pulih tidak lama kemudian. Namun, tahukah anda, ada sejenis kuman yang menyebabkan penyakit perut dinamakan Helicobacter pylori (H pylori)?

Saintis Jerman menemui H pylori dalam perut manusia pada 1875 manakala saintis Itali menjumpainya dalam perut anjing pada 1893. Barry Marshall dan Robin Marshall yang pertama mengasingkan kuman itu pada 1981. Mereka percaya kuman itu menyebabkan penyakit perut. 

Kuman itu berbentuk rod dan berflagela (bebenang halus panjang seperti cemeti tersemat pada sel tertentu) dan berada di atas dinding perut dekat antrum (bahagian hujung perut). Mereka yang berusia lebih 50 tahun berisiko mendapat jangkitan kuman itu. Ia boleh tumbuh selepas tiga hari pada agar-agar darah dalam makmal yang terkawal. Ujian genetik untuk kuman itu berguna pada masa akan datang kerana mungkin vaksinasi baru boleh direka untuk menghalang kuman itu membiak dalam perut manusia.

Bakteria ini biasanya tidak mendatangkan masalah pada peringkat kanak-kanak. Jika menjangkiti kanak-kanak, dia mungkin mengalami gejala gastritis, termasuk loya, muntah dan sakit di perut. Bagaimanapun, ia mungkin tidak disedari pesakit kerana tiada gejala jelas, malah gejala sama turut dialami ketika berdepan banyak penyakit lain.  Jika tidak dirawat, ia boleh membawa kepada masalah penghadaman, termasuk gastritis iaitu  radang pada lapisan perut dan penyakit ulser peptik. Hematemesis menyebabkan muntah berdarah atau muntah yang kelihatan seperti serbuk kopi dan melena iaitu najis hitam, berdarah atau kelihatan seperti tar. 

Pesakit lebih menderita kesakitan ketika perut kosong. Ia perlu diatasi segera dengan mengambil makanan atau ubat anti asid. Dalam kes teruk, kuman ini mungkin boleh menyebabkan kanser perut. Bakteria itu boleh didapati di seluruh dunia, terutama di negara membangun berbanding di negara maju. Sesiapa saja boleh dijangkiti bakteria H pylori tanpa menunjukkan gejala. Setakat ini, tiada vaksin untuk kuman ini. 

Gejala dijangkiti: 
  1. Kadangkala tiada gejala langsung 
  2. Simptom yang biasa didapati ialah sakit di perut, rasa kembung walaupun tidak makan banyak 
  3. Apabila penyakit ini mempunyai komplikasi, ia menyebabkan pendarahan daripada luka dinding perut atau menembusi dinding perut 
  4. Ia menyebabkan kanser perut atau kanser esofagus 
Kuman ini didapati di air liur, gigi dan najis. Kemungkinan kuman ini merebak melalui makanan atau air yang tercemar. Rawatan bagi penyakit ini biasanya mengambil ubat atau antibiotik. Selepas rawatan antibiotik, pesakit perlukah menjalani semula ujian endoskopi. ini kerana, Ada kuman yang kebal atau tidak dapat dibunuh dengan antibiotik yang biasa diberi. Untuk memastikan kuman mati, amat penting mengulangi ujian endoskopi. Jika kuman tidak mati, antibiotik perlu diganti dengan yang lain. Jika kuman tidak mati selepas rawatan pertama,  doktor akan menukar antibiotik kerana kemungkinan kuman terbabit tahan dengan ubat terdahulu. Endoskopi biopsi untuk menumbuhkan kuman boleh dibuat untuk ujian antibiotik sensitiviti. 

Noktah..;p

No comments: