Wednesday, February 9, 2011

7 Pahala Yang Dapat Dinikmati Selepas Mati


salam..==))



====> " Dari Anas r.a. berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya."

1. Sesiapa yang mendirikan masjid selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat didalamnya.

2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.

3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.

4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.

5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.

6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.

7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya. Yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.


=====>> "Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda : "Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam "

1. Sedekah dan Amal Jariah

2. Ilmu yang berguna dan diamalkan (yang bermanfaat).

3. Anak yang soleh yang mendoakan kedua ibubapanya.

Noktah..==))

5 comments:

bash said...

hehe..nampaknya us semakin maju ke depan dengan menitikberatkan sumber rujukan dan credit yg sahih...keep up the good work girl, the authority and true fact are truly important to ensure the knowledge's dignity.

wawa said...

hehhehe........ semestinya saya bukan lah seorang suka mereka2 cerita... semua nya berdasarkan hadis yg sahih.. hihihi....
so jgn ragu2 utk dtg n baca lg...==))
u all bole copy n paste..... sharing is caring here..==))

bash said...

hehe...us mmg tak akn mereka-reka cerita tp ada kes2 sebilangan org yg mengubah dan menokok tambah sesuatu ayat dan hadis mengikut sesuka hatinya. tu sbb kita kena hati2 dgn merujuk kepada terjemahan Quran yg authority dan diyakini serta Hadith sahih supaya kemuliaan ayat Allah dan agama islam terus dijaga. kita taknak sebab kekufuran diorang (terutama musuh Islam) kita plak ter'bersubahat menyebarkan cerita yg tak tepat.
p/s: moto hidup: share cerita kumpul pahala...hehe

wawa said...

hehehhe....... yeah.. sharing is caring...
pertama nya utk rujukan dri sendri agar tidak lupa... hihi..

wawa said...
This comment has been removed by the author.