Salam..==))
Sabda Rasulullah s. a. w, yang bermaksud ::-
“Perut manusia itu tempat bermula segala penyakit, .” (Riwayat ad-Dailami)
Tahukah anda apa itu kanser usus???..
Kanser usus yang juga dikenali sebagai kanser kolorektal adalah salah satu kanser yang kerap berlaku. kanser usus adalah kanser ke-3 selepas kanser payudara dan kanser paru-paru. Kanser ini merupakan kanser kedua yang paling biasa menyerang lelaki dan kanser yang ketiga yang paling biasa menyerang wanita di Malaysia.
Kanser usus ialah ketumbuhan kanser yang biasanya bermula dari dalam lapisan usus besar. Ia boleh membesar sebelum merebak ke bahagian tubuh yang lain. Oleh sebab itu, lebih awal kanser ini dikesan lebih cerahlah peluang untuk menyembuhkannya. Peluang untuk sembuh adalah 90%, jika penyakit ini dikesan pada peringkat awal.
Tanda-tanda kanser usus:-
Tidak semua kanser usus menunjukkan tanda-tanda atau simptom awal tetapi anda harus berjumpa dengan doktor jika anda alami mana-mana yang berikut::-
- Keluar darah daripada dubur atau terdapat darah selepas membuang air besar.
- Perubahan ketara pada tabiat membuang air besar: contohnya lebih kerap membuang air besar atau najisnya cair, kerap sembelit dan rasa lebih kerap hendak buang air besar daripada biasa.
- Berasa tidak puas selepas membuang air besar.
- Sakit perut.
- Berat badan turun tanpa sebab yang nyata.
- Berasa penat, lemah atau sesak nafas tanpa sebab. Gejala ini mungkin disebabkan oleh anemia akibat kekurangan zat besi. Anemia jenis ini boleh disebabkan oleh kanser usus.
Anda boleh mengurangkan risiko menghidapi kanser usus dengan:
- makan makanan yang berkhasiat, termasuk mengambil lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan dan mengurangkan pengambilan lemak haiwan.
- mengekalkan berat badan yang sihat.
- selalu bersenam.
- tidak merokok.
- kurangkan minum alkohol.
Dengan mematuhi panduan yang diberi tidak bermakna anda akan terlepas daripada diserang kanser usus tetapi ia boleh mengurangkan risiko anda dan juga memberi banyak faedah kesihatan yang lain.
Noktah..==))
4 comments:
us ku sayang..kesian xde org komen yer,meh sini alg komen..best woo cte kanser usus..hehehe
heheh... cbuk betoi la tom cruise ni..
x kisah la komen ke x.. ni hanyalah tempt membuang masa jer..hiihi..
time kasih atas infonya... :)
assalamualaikum wbt. Just nk sharing sedikit tentang masalah usus, masalah usus berpunca daripada perut. makanan yang kita makan semuanya masuk ke perut dan diproses sama ada makan yang kita makan tu berkhasiat atau tidak. Lama-lama, perut manusia ni akan bnyk toxic disebabkan masalah pembuangan dan kurangnya mengambil fibre. Perut juga harus di servis sebelum rosak, sama mcm kereta en. huhu :D
Kalau ada masa singgah la blog saya untuk keterangan lebih lanjut
http://ceriangguncantiksihat.blogspot.com/2012/06/penyelesaian-bagi-masalah-perut.html
Post a Comment