Saturday, February 12, 2011

"Detox Foot Patch Penipu jer..!!!"

Assalamualaikum semua..==))


Anda tahu apa itu toksin??....mesti korang pernah dengar istilah ni kan...terutamanya klu anda semua baca buku2 sains kesihatan or anda bole search dan baca entry pasal toksin kat Myblog ni..(klu x silap, us penah post Entry pasal toksin ni dulu)...hihihi. sebenarnya, apa yang us nak crita ni ada  kena mengena dgn toksin ni iaitu mengenai Detox Foot Patch.. mesti anda semua tau kan.. Ala pelekat yg dikatakan dapat  menyingkirkan toksin dalam badan tu.. 

Baru-baru ni, us ada Try Detox Foot Patch ni....Enta macam mana la tiba2 bole terbeli pon us x tau.. hihihi. biasa la, klu korang tgk iklan dia sekali pandang pon bole terus melekat.. Yg x tahan tu,siap tulis penerangan pasal benda alah ni beserta dgn istilah sainstifik lg tu, mmg terus tergoda lah..hehhehe.. Da lah us  x penah tgk pom rupa bentuk detox ni....aleh2 x pasal2 lesap RM us.. hehehe.. rugi betoi la.. klu beli nasik dgn duit tue bole  kenyang seminggu .. 

Klu u all godek2 kat dlm internet ni.. x kira la dlm facebook, blog or website... mesti korang akan terjumpa  article or online selling pasal Detox Foot Patch  kat dalam tu...and klu korang perhati betoi2 ayat2 and penerangan diorang pon sama jer.. nampak sgt la copy and paste jer kan.. kan.. Bukan us nak mengata ke kutuk ke.. sbb rata2 yg jual tu pon mak2 or kak2 yang dok kat rumah. Maklum la kan sekarang ni ramai yang nak bekerja dari rumah and jadi bisneswoman. Memang sgt baik klu berkerja dari rumah.. tapi klu nak berniaga tu, biar lah kita tahu apa yg kita jual.. seelok2nya tu cuba dulu kan...or dgn lebih tepat lagi Jgn lah Menipu..

Klu korang perhati betoi2 (dr website or blog), bagaimana peniaga ni mengaitkan kaedah or rawatan reflexology dgn toksin.... klu korang x tahu apa-apa ttg ni..mest 500% lah korang percaya and tertipu lah....hihi...

so..klu diteliti betoi2 gambar kaki kat bawah ni, setiap bahagian kaki manusia saling berhubung dgn anggota badan yg lain. Jadi peniaga yg bijak menipu ni akan kata, dgn memakai jer pelekat detox ni.. semua toksin yg ada dlm setiap bahagian tubuh badan dapat disingkirkan melalui liang2 kaki.. so klu semua toksin dapat disingkir dgn pelekat kertas ni, jadi apalah gunanya fungsi ginjal and hati manusia yg ada dr azzali ni kan.. kan??... jadi fikir2 lah.. hihih.
Apa itu Refleksology?

Refleksologi adalah satu kaedah/rawatn merangsang berbagai bahagian refleks di kaki, tangan, dan telinga  dengan pelbagai kelenjar, organ, dan bahagian tubuh lainnya...kaedah ni macam mengejutkan kembali saraf2 kita yg tidor tu..==))

Terapi ini dapat melancarkan fungsi sistem limfa yg menyingkirkan racun dan bahan berbahaya lain dari tubuh,.. sekaligus mengembalikan keseimbangan kimia badan....Refleksologi juga dapat memperbaiki keseimbangan potensi elektrikal dan melancarkan peredaran darah....Anda bole mencuba kaedah reflexology dgn memijak batu kecil yg ada di taman2 or tempat yg disediakan... kaedah ni free jer.. hihii.. ok kaedah reflekxology ln seperti  akupuntur, akupresur, dan shiatsu.
ok.. kita kembali pada pelekat Detox Foot Patch Penipu ni.. korang tgk kat picture bawah ni.. klu anda teliti betoi2 kat hasil  " kononnya toksin " tu..Ala yg tulis cellulite...atau dlm bahasa melayu nya selulit.. hihi..mesti korang tahu kan selulit tu apa kan??. ala selulit terjadi klu kulit korang pecah n menjadi kasar macam buah limau tu..selalunya selulit terjadi pada bahagian betis, paha, badan..==))...


Jadi jgn berharap la dgn pakai jer detox ni korang leh buang selulit tu.. sbb selulit tu akan kekal and may be dpt kurang sedikit klu anda mengamalkan gaya hidup sihat... iaitu bersenam and jaga pemakanan....Soo.. utk hasil toksik yg lain iaitu bahan chemical, parasite n lain2 tu..korang faham2 sendiri la.. terutamanya pasal parasite tu sbb parasit dlm badan manusia ni macam2.. cacing pita ada, cacing kerawit, protozoa, kuman n virus pon ada la.. jadi benda2 hidup ni kadang x dapt dilihat oleh mata kasar... Benda2 hidup ni x mungkin dapat di singkirkan oleh kertas pelekat ok.. baik korang minum ubat cacing lagi dijamin berkesan.. hihihi.


Ni adalah rupa Detox Foot Patch iaitu pelekat yg sama us terbeli.. so klu korang teringin or ada niat nk beli tu baik batal kan jer... tp klu nak juga.. u all email n bagi alamat.. us kasi free jer kat korang.. hehhe... org kata sharing is caring kan.. korang leh try klu x caya.. ( dr us buang dlm tong sampah baik kasi org)... sbb us da tgk n da bt experimen kat benda alah ni... klu korang rendam kat air kosong pon.. hasil kat pelekat ni tetap warna hitam.. sbb bahan yg digunakan adalah arang n debu bakar semata2..==))

kesimpulannya... utk penjual barang2 tipu ni.. jgn lah menggunakan ayat2 or hadis dlm al-quran utk melariskan jualan and menguatkan auta anda.. mmg tepat seperti sabda Nabi Muhammad SAW iaitu:  “Sumber dari segala penyakit adalah perut, perut adalah gudang penyakit .. tapi peniaga ni mesti tahu klu hasil yg diperoleh itu dicemuh orang and automatically duit yg diperolehi tu akan menjadi duit haram.. jadi berhati2 lah pada duit haram and tidak diberkati. Takut hasil pendapatan yg kita dapat tu plak menjadi penyakit kepada perut and darah daging kita dan keluarga...=))

Jadi bagaimana nak singkir kan toksin dgn berkesan... ialah..dgn  mengamalkan gaya hidup sihat (joging 20 mint) sehari, and jaga pemakanan and minum air kosong byk2..hihihi...
Renung2 kan lah dan selamat beramal....
Noktah..==))



6 comments:

ummiarissa said...

mmm..pulak dah...tak pernah beli pun

wawa said...

ahha kak.. mmg byk jer jual benda ni.. terutamanya kat fb or blog.. hehhe

chik lah said...

ha..bru siap wt ekprimen pasal bnda pelekat kaki ni..mmg pnipu..haha..dh kne men aku ni..dh 3 kali pkai..coiittt..puii...

chik lah said...

ha..bru siap wt ekprimen psl bnda nipu ni..sndri buat ekprimen..dh 3 kali pkai..coiittt..puii..kne tipu..hahahampeh..

chik lah said...

ha..bru siap wt ekprimen pasal bnda pelekat kaki ni..mmg pnipu..haha..dh kne men aku ni..dh 3 kali pkai..coiittt..puii...

kOcHa said...

betul2.. saya setuju..saya pn br pas wat kajian pasal benda nie.. btw, thnks 4da info. mohon singgah blog saya pula :: http://bubblesblow.blogspot.com/