Assalamualaikum..==))
Persoalan makan dan minum berdiri ini berlaku perbezaan pendapat yang panjang di kalangan ulama. Secara ringkasnya:
Terdapat hadith daripada Anas bin Malik R.A. yang Nabi S.A.W. melarang dari minum berdiri, lalu ditanya kepada Anas, “Bagaimana dengan makan (berdiri).” Jawab beliau: “Perkara itu lebih jahat dan keji.” (ذلك أشرٌ وأخبث). Di dalam sahih Muslim pula daripada Anas bin Malik juga, katanya:
زجر رسول الله صلى الله عليه وسلم أن يشرب الرجل قائماً
Maksudnya: “Rasulullah S.A.W. melarang seseorang minum berdiri.”
Di dalam sahih Muslim juga, meriwayatkan apabila Nabi S.A.W. melihat seorang lelaki minum berdiri, baginda berkata kepadanya:
أتحب أن يشرب معك هر؟
Maksudnya: “Apakah kamu suka, minum bersama kamu seekor kucing?” jawab orang itu: “Tidak.” Lalu Baginda bersabda kepadanya:
كيف وقد شرب معك الشيطان
Maksudnya: “Bagaimana, sedangkan telah minum bersama kamu syaitan.”
Maka berdasarkan larangan ini, hukum asal bagi makan dan minum adalah dalam keadaan duduk, dan minum dimulai dengan 3 teguk selepas membaca bismillah, kemudian bertahmid kepada Allah S.W.T.
Namun begitu terdapat juga hadith sahih yang menunjukkan Nabi S.A.W. pernah minum dengan berdiri. Antaranya hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim juga di dalam sahihnya daripada Ibn ‘Abbas R.A.:
سَقَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ زَمْزَمَ فَشَرِبَ وَهُوَ قَائِمٌ
Maksudnya: “Aku memberi Rasulullah S.A.W. minum air zam-zam, lalu baginda minum dalam keadaan berdiri.”
Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanad yang jayyid, bahawasanya ‘Ali R.A. berkata:
لئن شربت قائما لقد رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم شرب قائما ولئن شربت قاعدا لقد رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم شرب قاعدا
Maksudnya: “Sekiranya engkau minum berdiri, sesungguhnya aku pernah melihat Rasulullah S.A.W. juga minum berdiri, sekiranya engkau minum dengan duduk, sesungguhnya aku juga pernah melihat Rasululah S.A.W. minum dengan duduk.”
Maka setelah digabungkan dua keadaan ini, sebahagian ulama berpendapat perbuatan Nabi S.A.W. minum secara berdiri bagi menunjukkan larangan minum secara berdiri itu bukanlah suatu yang haram akan tetapi hanya makruh.
Manakala sebahagian yang lain seperti Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah R.H. berpendapat hukum asal makan dan minum adalah dengan duduk dan haram dengan berdiri melainkan jika ada keperluan.
Ulama yang berpendapat seperti ini mengatakan bahawa kaedah:
أنَّ النَّبِيَّ إذَا فَعَلَ الْمَنْهِى عَنْهُ لِيُصْرِفَهُ مِنَ التَحْرِيْمِ إلى الْكِرَاهَةِ، لَيْسَتْ بِصَوَابٍ
Maksudnya: “Jika Nabi melakukan sesuatu perkara yang dilarang bagi memalingkan hukum daripada haram kepada makruh, (kaedah ini) bukanlah suatu yang tepat.”
Sebaliknya mereka berpendapat apabila Nabi S.A.W. melarang sesuatu, kemudian baginda melakukannya, maka larangan itu berlaku dalam satu keadaan dan perbuatan baginda itu dilakukan dalam keadaan yang lain.
Penerangan..==))
Maksudnye kat cni, cth mcm hukum minum berdiri..satu keadaan Rasullah S.A.W minum dlm keadaan berdiri & dlm 1 keadaan dlm keadaan duduk. Keadaan berdiri ni hukumnye makruh yang bermkna Rasulullah hendak mengingatkan @ menyedarkan kepada mereka yg minum berdiri supaya mereka tidak berbuat sedemikian kecuali keuzuran. Dalam 1 keadaan lain Rasulullah minum dlm keadaan duduk yg menunjukkan minum dalam keadaan duduk itu lbh baik dr berdiri. Ini berdasarkan kepada pada hadis yang menegah minum berdiri itu, dapat di lihat mengapa rasulullah saw menegah kita minum berdiri.
Di antara sebab di larang minum berdiri ialah, menurut pakar perubatan Dr Abdul Razzak Al-Kailani “Sesungguhnya makan dan minum duduk lebih baik dr segi kesihatan, lebih selamat, lebih puas; dimana makanan dan minuman lalu di dinding perut dgn tenang. Adapun minum berdiri menyebab cecair akan jatuh ke dasar perut dgn keras dan akan melanggar lapisan perut. Kalau perkara ini selalu berlaku dan lama masa berlalu akan menyebabkan perut akan longgar dan jatuh sehingga menyebabkan susah nak hadam. Begitu juga dgn makanan.
Menurut pandangan Dr Ibrahim Ar-Rawi, apabila seseorang itu berdiri ototnya menjadi tegang (strain) dan pada masa yang sama sisitem imbangan pada sistem saraf pusat (central nervous system) dalam keadaan terlampau aktif mengawal semua otot, untuk melakukan proses pengimbangan dan berdiri tegak. Ia adalah proses gabungan diantara sistem saraf dan sistem otot dlm satu masa yg menyebabkan manusia tidak mampu mendapat kerehatan anggota. Kerehatan otot adalah syarat yg terpenting ketika makan dan minum dan wujud ketika mana duduk.
Apabila duduk maka sistem saraf dan sistem otot dlm keadaan tenang dan sensation (rasa) akan menjadi aktif serta sistem penghadaman akan bertambahnya kemampuan (ability) untuk menerima makanan dan minuman dan akan menyerap (assimilation) makanan dengan cara yang betul. Namun demikian diharuskan berdiri ditempat yg tak sesuai duduk sprti tempat yg terlampau sesak. Ini adalah kerana Nabi s.a.w pernah minum berdiri,ini berdasarkan kepada hadis Ibn Abbas yang menyatakan rasulullah minum air zam-zam berdiri.
Persoalannya di sini, mengapa rasulullah minum air zam-zam dalam keadaan berdiri. Menurut kajian pakar, air zam-zam mengandungi fluorida yang memiliki daya efektif membunuh kuman serta ia mengandungi kalsium dan garam magnesium yang tinggi berbanding air biasa, dari segi saintifik air zam-zam bersifat alkali, jadi air zam-zam boleh meneutralkan asid hidroklorik yang terhasil di dalam perut dan mengurangkan pedih ulu hati. Jadi inilah sebab rasulullah minum air zam-zam berdiri supaya air tersebut cepat dapat meneutralkan asid yang terhasil dalam perut.
Wallahu a’lam.
Noktah..==))
1 comment:
Sekarang dah trend pulak makan minum berdiri kalau sekadar tea-break di hotel. Kalau kita cari tempat duduk dipandang pelik.
Post a Comment