Friday, March 25, 2011

"Sempurnakah kita..??"


Assalamualaikum..==))


Jika kamu memancing ikan.... Sekiranya ikan itu terlekat di mata kailMu, hendaklah kamu mengambil ikan itu.... Janganlah sesekali kamu Lepaskan ia semula ke dalam air begitu saja.... Kerana ia akan Sakit dan mungkin ia akan Menderita selagi ia masih hidup..Begitulah juga... Setelah kamu memberi segunung Harapan kepada seseorang... Setelah ia mulai MenyayangiMu hendaklah kamu Menjaga hatinya... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.... Kerana dia akan Terluka dan mungkin Tidak dapat Melupakan segalanya selagi dia mengingatmu...==))

Jika kamu menadah air biarlah berpada-pada,.. jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....  Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat digunakan lagi...==))

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, Terimalah dirinya seadanya... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa.. Apabila sekali dia melakukan Kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.. akhirnya kamu Kecewa dan terus meninggalkannya. Sedangkan jika kamu Memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan Terus hingga ke akhirnya....  

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi dan kamu pasti ianya baik untuk dirimu. Mengenyangkan, Berkhasiat, Mengapa kamu berlengah2 dan cuba mencari makanan yang lain. Sekiranya Terlalu ingin mengejar kelazatan... Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak dapat memakannya dan akhirnya Kamu akan menyesal.  

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan... yang pasti membawa kebaikan kepada dirimu,..iaitu MenyayangiMu dan MengasihiMu,.. Mengapa kamu berlengah, cuba Membandingkannya  dengan yang lain.... sekiranya kamu terlalu mengejar kesempurnaan,... Kelak, kamu akan Kehilangannya dan menyesalinya....==))


Soo,.. kesimpulannya.. hargailah orang tersayang disisi dan terimalah mereka seadanya..==))
Noktah..==))

3 comments:

faiz said...

hargaila org yg disayangi..

wawa said...

hehehe.. adat manuasia sekarang ni.. hargai selepas kehilangan...==))

Solihin Zubir said...

tiada manusia yg sempurna..
jgn terlalu mengejar kesempurnaan sedangkan diri sndiri tak sempurna mana.. =)