Sunday, March 6, 2011

"Kahwin Bawah Umur..==))"


Assalamualaikum..==))



Apabila hubungan terlarang ini membuahkan hasil, ibu bapa mula menggelabah dan mengambil keputusan nekad sama ada segera mengahwinkan anak, Persoalannya, tidak mengapakah jika remaja terlalu awal mengadakan hubungan seks atau kahwin pada usia sangat muda (bawah umur — bawah 16 tahun bagi perempuan dan 18 tahun bagi lelaki)?

meskipun sudah baligh, pemikiran remaja belum sampai ke tahap yang membolehkan mereka mengawal emosi, mampu menangani cabaran sebagai suami, isteri atau ibu bapa. Bagi remaja perempuan, mereka mungkin masih belum bersedia menjadi ibu kerana mereka sendiri masih mentah. 

Berdasarkan kajian otak yang dijalankan Institut Kesihatan Mental Kebangsaan pada 2000, bagi kebanyakan orang didapati bahagian otak yang terbabit dalam kewarasan alasan, pemikiran logikal, penyelesaian masalah, membuat keputusan dan kawalan emosi belum berkembang sepenuhnya hinggalah mereka berumur 20 tahun. 

kesan perkahwinan di bawah umur lebih dirasai remaja perempuan berbanding lelaki kerana mereka akan melalui proses kehamilan dan melahirkan anak. Kebanyakan remaja yang berkahwin bawah umur atau terbabit dalam aktiviti seks pada usia sangat muda mempunyai tahap pendidikan rendah. Maknanya mereka juga kurang mendapat maklumat dan pengetahuan mengenai penjagaan kesihatan diperlukan. 

Remaja berkahwin awal akan hamil pada usia muda dan berdepan banyak komplikasi serta masalah kesihatan sepanjang kehamilan, ketika melahirkan anak dan selepasnya. Ini sebabnya kehamilan di kalangan remaja dianggap kehamilan berisiko tinggi. Kadar kematian ibu dan bayi juga meningkat di kalangan remaja. Ia bukan disebabkan komplikasi ketika proses kehamilan dan kelahiran saja, faktor persekitaran juga menyukarkan mereka mendapatkan kemudahan dan penjagaan kesihatan secukupnya.

Kebanyakan remaja tidak mendapat nasihat tepat mengenai kaedah pencegahan kehamilan dan perancangan keluarga serta sukar membeli ubat diperlukan untuk pencegahan kehamilan.Walaupun ada keinginan terhadap seks, pengetahuan kebanyakan remaja mengenai fisiologi dan kesihatan reproduktif sangat rendah. 

Ini menyebabkan mereka terdedah kepada pelbagai masalah kesihatan dan antara komplikasi yang berkait rapat dengan kehamilan pada usia remaja ialah Kematian ibu. Ibu remaja berdepan risiko 20 hingga 200 kali ganda meninggal dunia berbanding wanita dalam lingkungan umur 20 hingga 24 tahun. Kematian bayi yang dilahirkan ibu remaja juga dua kali lebih tinggi berbanding ibu dewasa . Perkahwinan bawah umur juga boleh memberi kesan kepada kesihatan mental, emosi, sosial dan kerohanian remaja. 

Sehingga kini dianggarkan 16,000 remaja perempuan di bawah umur 15 tahun di negara ini mendirikan rumah tangga dan kajian menunjukkan remaja yang berkahwin sebelum umur 18 tahun kehilangan empat tahun persekolahan berbanding orang yang berkahwin lebih lewat. 

Alam persekolahan bukan sekadar tempat menimba ilmu dan pelajaran, tetapi di situlah berlakunya perkembangan personaliti, persediaan melangkah ke alam dewasa yang secara tidak langsung menyumbang kepada kesejahteraan keluarga dan masyarakat serta kemampuan menjana ekonomi keluarga. 

Anak daripada ibu yang kurang berilmu mempunyai kecenderungan mengulangi corak hidup sama seperti ibu mereka. Remaja perempuan yang kahwin awal juga kerap berdepan isu ditinggalkan sama ada perceraian atau perpisahan

Noktah..==))

4 comments:

bash said...

hehe...ape salahnya kalo kawen muda..kalo takleh masuk u masa muda masukla pas anak2 dah besau..lagipon nk masuk u janji ader duit and sebelom 45 kot..setakat gaduh sket suami isteri tu normal la kn...hehehe...adehh apsal la i tak tepikir nk kawen muda, kalo tak, tak der la asik main gan anak sedara jer hahaha

wawa said...

hehheh...kwin muda mmg la bagus.. tp ni yg bawah umur la yg x eloknya...hihiih... agak2 bila la yer nk merasa nasik minyak cik shirah plak.. hihii

Nur Liyana said...

huhuhu..entahla..tapi yana tak sokong sgt kawen muda nie..huhu kukuhkan ekonomi dulu..tapi utk elak terjadinya benda2 yg tak elok..baik kawen ja

wawa said...

ya.. mmg tujuan berkawin utk elak benda2 plik..
ttpi perkahwinan dipenghujung usia kanak2 bukan penyelesaian..