Thursday, March 10, 2011

"Katakanlah yang benar walaupun pahit...==))"

Assalamualaikum..==))


Tahukah anda, apabila  kita menegur seseorang, terdapat satu aura yang kuat untuk membolehkan seseorang itu berfikir kembali tentang kesalahan yang telah mereka lakukan..==))

Sekiranya anda tidak percaya, cuba anda berikan teguran kepada rakan anda sekiranya mereka melakukan kesalahan. Sudah tentu setiap nasihat dan teguran itu akan membuatkan mereka berfikir kembali tentang kesalahan yang telah dilakukan. Setiap manusia mempunyai cara yang berbeza-beza. Ada yang menggunakan cara lemah lembut untuk menegur seeorang, ada yang menggunakan cara yang keras dan ada juga yang menggunakan cara yang berhikmah untuk menegur.

Teknik dan cara menegur adalah mengikut tahap ilmu yang kita dimiliki. Kita amat memerlukan teguran dan nasihat daripada insan di sekeliling kita kerana Teguran dan nasihat dapt meruntuhkan kubu  ego yang kita miliki.

Jika diteliti, nasihat dan teguran ini amat diperlukan oleh mereka yang ingin berubah. Ramai yang cuba  berubah tetapi  tidak mendapat  bimbingan daripada orang  di sekeliling. Teguran dan nasihat yang  ikhlas dapat membantu mengejutkan diri daripada hanyut dalam  dunia sendiri.


Oleh kerana setiap manusia sering alpa dan sukar untuk mengakui kesalahan diri sendiri. Jadi teguran membina dapat membantu manusia untuk berubah dan merenung kembali kesalahan yang telah dilakukan.


kesimpulannya,  Setiap teguran dan nasihat menjadikan manusia  saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain di muka bumi ALLAH..==))

Noktah..==))

6 comments:

faiz said...

tula..teguran ni ade pelbagai cara dan kaedah mengikut org yg kita nak tegur tu...

wawa said...

jd... tegurlah dgn teknik hikmah n bijaksana...==))

Anonymous said...

cadangan cara tegur:

1) MESTI pastikan tiada orang lain yg xde kena mengena dengan perkara teguran tu masa kita cuba nak tegur

2) MESTI gunakan bahasa lembut atau nada lembut untuk permulaan bicara

3) BERSEDIA dengan apa jua kemungkinan hasil teguran

p/s: saya xsuka tegur sebab saya xpandai tegur (T__T)

wawa said...

marni.... betoi tu.. nak tegur pon kenalah tgk keadaan .. jgn lah tegur depan org ramai.. nnt mengaibkan plak namanya..

Anonymous said...

ha ah, kalau org tu tegur kita tanpa ada org ramai, mmg kita kena tahu la yg dia mmg tegur kita ikhlas :)

p/s: oh ya, marni ada tag us kat post baru marni :P

wawa said...

hehheh.. us da tgk tag tu.. nnt us try follow ya.. hiihih